Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz. entri kali ini saya kongsikan dengan anda subjek tokoh . sebelum ini saya pernah kongsikan entri mengenai ibn khaldun seorang ilmuwan dan cendekiawan islam tersohor dalam bidang sejarah dan sosiologi . Tokoh yang saya kongsikan ialah seorang ilmuwan dan cendekiawan besar kerana sumbangannya dalam sains terutama ilmu falak dan astronomi di dunia ini.
Seruan supaya manusia sentiasa berfikir, mengkaji dan menuntut ilmu terkandung di dalam ajaran Islam. Sebab itu, apabila Islam bertapak di tanah Arab, ilmu pengetahuan, seperti falsafah, sains, astronomi dan seni turut mengalami perkembangan yang pesat. Kelahiran para cendekiawan Islam dalam bidang-bidang tersebut merupakan bukti yang kukuh bahawa Islam menggalakkan umatnya sentiasa mencari ilmu pengetahuan hatta sampai ke negara China sekalipun
Di zaman kegemilangan Islam, tamadun dan pusat ilmunya menjadi rujukan kepada para sarjana yang datang dari timur dan barat. Pada masa itu, barat masih berada di dalam zaman kegelapan. Pengetahuan sains, matematik, falsafah, perubatan dan sebagainya masih belum lagi berkembang luas. Berbanding dunia Islam yang telah berjaya menghasilkan sejumlah ahli sains yang cukup terkenal di dalam bidang masing-masing. Salah seorang daripada mereka ialah Al Battani atau lebih dikenali di barat sebagai Albategnieus.
Beliau dilahirkan pada 230 Hijrah atau 854 Masihi. Nama asalnya ialah Abu Abdullah Muhammad ibn Jabir ibn Sinan al-Harrani al-Raqi. Al Battani merupakan gelaran yang diberikan kepada beliau bersempena tempat kelahirannya di Battan
Al Battani lahir di Battan, Harran, Suriah pada sekitar 858 M. Keluarganya merupakan penganut sekte Sabbian yang melakukan ritual penyembahan terhadap bintang. Namun beliau tidak mengikuti jejak langkah nenek moyangnya, Beliau lebih memilih untuk memeluk Islam. Minat beliau dengan benda-benda yang ada di langit membuat Al Battani kemudian tekun menuntut ilmu astronomi. Secara informal beliau mendapat pendidikan dari ayahnya yang juga seorang ilmuwan, Jabir Ibn San’an Al-Battani
Bukunya tentang astronomi yang paling terkenal adalah Kitab Al Zij. Buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad ke-12 dengan judul De Scienta Stellerum u De Numeris Stellerum et Motibus oleh Plato dari Tipoli. Terjemahan tertua dari karyanya itu masih ada lagi didunia dan disimpan di Vatican City. Terjemahan buku tersebut tak melulu dalam bahasa latin tetapi juga bahasa lainnya.
Terjemahan ini keluar pada 1116 sedangkan edisi cetaknya beredar pada 1537 dan pada 1645. Sementara terjemahan karya tersebut ke dalam bahasa Spanyol muncul pada abad ke-13. Pada masa selanjutnya baik terjemahan karya Al Battani dalam bahasa Latin mahupun Sepanyol tetap bertahan dan digunakan secara luas.
Tidak menghairankan apabila tulisannya, sangat memberikan pengaruh bagi perkembangan ilmu pengetahuan di Eropah hinggakan pada Zaman Pencerahan ( Enlightenment Era ) . Dalam Kitab Al-Fihrist, yang ditulis Ibn An-Nadim pada 988 ( kitab Al-Fihrist ini merupakan bibliografi terbesar mengenai perkembangan dunia islam ). Di dalam karya ini dinyatakan bahawa Al Battani merupakan ahli astronomi yang memberikan gambaran paling tepat mengenai bulan dan matahari.
Sumbangan beliau dalam bidang astronomi yang mendapatkan pengiktirafan didunia Barat adalah mengenai jangka masa bumi mengelilingi matahari . Berdasarkan perhitungannya, beliau menyatakan bahwa bumi mengelilingi matahari dalam orbitn tersebut dalam waktu 365 hari, 5 jam, 46 menit, dan 24 detik. Perhitungannya mendekati dengan perhitungan terakhir yang dianggap sangat tepat .
Itulah hasil jerih payah beliau selama 42 tahun melakukan penelitian yang dimulai pada masa mudanya di Raqqa, Suriah. Beliau menemukan bahawa garis bujur terjauh matahari mengalami peningkatan sebesar 16,47 darjah sejak perhitungan yang dilakukan oleh Ptolemy ( ahli falsafah dan astronomi masyhur yunani kuno ). Ini sekaligus membawa penemuan yang penting mengenai gerak lengkung matahari.
Beliau juga berhasil menemui orbit bulan dan planet dan menetapkan teori baru untuk menentukan sebuah keadaan kemungkinan terlihatnya bulan baru. Ini berkaitan dengan penggantian dari sebuah bulan ke bulan lainnya.
Beliau menggunakan gagasan ilmuwan al-Marwazi tentang tangen beliau mengembangkan lagi persamaan-
persamaan untuk menghitung tangen, cotangen dan menyusun tabel perhitungan tangen. Informasi lain yang terkandung dalam Fihrist menyatakan bahawa Al Battani melakukan penelitian antara tahun 877 dan 918. Bukan sekadar itu, di dalamnya juga terkandung informasi mengenai akhir hidup ilmuwan ini. Fihrist menyatakan bahwa Al Battani meninggal dunia ketika dalam perjalanan dari Raqqa ke Baghdad.
Walaupun peralatan pada zaman Al-Battani tidak semaju dan secanggih zaman ini tetapi beliau telah membuktikan kebenaran ajaran Islam bahawa akal merupakan sebaik-baik kurniaan Tuhan kepada mahklukNya. Melalui pemerhatian dan pengkajiannya terhadap bintang di langit akhirnya Al-Battani menemui beberapa teori yang ternyata amat berguna dan memberikan manfaat yang besar kepada umat manusia seluruhnya.
Jadi adalah tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa Al-Battani lselayaknya digelar sebagai Bapa Ilmu Falak dan Astronomi Moden kerana sumbangannya dalam bidang ini telah merintis jalan kepada berbagai-bagai penemuan lain dan penerokaan untuk membongkarkan rahsia alam semesta.

Sumbangan terbesar beliau kepada dunia sains ialah dalam bidang falak di mana Al-Battani telah menghabiskan sebahagian besar hidupnya membina pusat kajian cakerawala di Rakyah. Beliau telah mengemukakan kaedah pengukuran bintang di cakerawala menggunakan garis lengkuk. Sebelum itu, para saintis Yunani telah memperkenalkan pengukuran bintang menggunakan tali. Pengukuran Al-Battani itu didapati lebih tepat dan praktikal kerana ia berdasarkan kepada teori tangen dan kotangen yang ditemuinya.
Namun begitu, barat tidak pernah memberi penghargaan kepada Al-Battani berhubung penemuan teorinya itu. Sebaliknya mereka menceduk dan "mencuri" teori Al-Battani serta mengubahsuai dan menukarnya kepada istilah Yunani ialah sine yang berasal daripada kata dasar "sinus". Dalam teorinya, Al-Battani telah membahagikan garis kotangen kepada 12 berdasarkan kepada formula seperti berikut:
Kos a
Kot a = ---- 12
Sin a
Kot "a" yang terdapat dalam formula itu merujuk kepada satu hari yang dibahagi 12. Kos "a" pula merupakan perjalanan matahari dalam sehari. Sin "a" pula adalah istilah bagi mewakili perjalanan malam yang sama waktunya dengan Kos "a" iaitu waktu siang. Berdasarkan kepada formula ini, sekiranya Kos a + Sin a hasilnya ialah 24 jam. Jikalau Kos a - Sin a maka hasilnya ialah 12 jam pada waktu siang dan malam.
Perhitungan yang digunakan oleh Al-Battani ini masih digunakan sehingga ke hari ini dan menjadi asas kepada penciptaan jam yang digunakan dalam kehidupan kita seharian. Teori yang dikemukakan oleh beliau ternyata mendahului zamannya dan merupakan satu penemuan yang cukup besar serta merubah perjalanan sejarah dan ilmu pengetahuan manusia. Bagaimanapun usaha Al-Battani itu tidak pernah diberikan pengiktirafan yang sewajarnya oleh saintis barat. Beliau bukan sahaja dinafikan hak ciptanya ke atas teori tersebut tetapi juga kaedah "algorism" atau "algorithm" yang dirintis oleh beliau.
Nasib yang serupa juga dihadapi oleh seorang ahli falak yang hidup sezaman dengan Al-Battani yang bernama Al-Habash pernah cuba membahagikannya kepada 60 bahagian sebagai asas kepada penghitungan 60 saat bagi satu minit dan 60 minit sebagai satu jam. Tetapi yang menjadi masalah ialah pembahagian 60 jam tidak sama dengan satu hari yang mengandungi 24 jam sahaja. Jadi, teori Habash dikatakan gagal dan sumbangannya di dalam bidang falak tidak lagi pernah disebut dan menjadi sebutan.
Walhal sumbangan dan jasa Al-Habash dan Al-Battani cukup banyak serta tidak terbatas kepada ilmu falak semata-mata. Al-Battani sesungguhnya merupakan seorang saintis Islam yang terulung dan tiada tolok bandingannya di dalam bidang matematik, geometri dan fizik. Dalam bukunya yang berjudul "al-Mijisti", beliau telah membetulkan beberapa kesilapan yang dibuat oleh Batlaimus, seorang saintis Yunani. Buku ini bukan sekadar menerangkan konsep dan kepentingan cakerawala tetapi juga menunjukkan cara-cara untuk mengukur perjalanan planet serta bintang.
Bukunya tentang astronomi yang paling terkenal adalah Kitab Al Zij. Buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad ke-12 dengan judul De Scienta Stellerum u De Numeris Stellerum et Motibus oleh Plato dari Tipoli. Terjemahan tertua dari karyanya itu masih ada lagi didunia dan disimpan di Vatican City. Terjemahan buku tersebut tak melulu dalam bahasa latin tetapi juga bahasa lainnya.
Terjemahan ini keluar pada 1116 sedangkan edisi cetaknya beredar pada 1537 dan pada 1645. Sementara terjemahan karya tersebut ke dalam bahasa Spanyol muncul pada abad ke-13. Pada masa selanjutnya baik terjemahan karya Al Battani dalam bahasa Latin mahupun Sepanyol tetap bertahan dan digunakan secara luas.
Tidak menghairankan apabila tulisannya, sangat memberikan pengaruh bagi perkembangan ilmu pengetahuan di Eropah hinggakan pada Zaman Pencerahan ( Enlightenment Era ) . Dalam Kitab Al-Fihrist, yang ditulis Ibn An-Nadim pada 988 ( kitab Al-Fihrist ini merupakan bibliografi terbesar mengenai perkembangan dunia islam ). Di dalam karya ini dinyatakan bahawa Al Battani merupakan ahli astronomi yang memberikan gambaran paling tepat mengenai bulan dan matahari.
Sumbangan beliau dalam bidang astronomi yang mendapatkan pengiktirafan didunia Barat adalah mengenai jangka masa bumi mengelilingi matahari . Berdasarkan perhitungannya, beliau menyatakan bahwa bumi mengelilingi matahari dalam orbitn tersebut dalam waktu 365 hari, 5 jam, 46 menit, dan 24 detik. Perhitungannya mendekati dengan perhitungan terakhir yang dianggap sangat tepat .
Itulah hasil jerih payah beliau selama 42 tahun melakukan penelitian yang dimulai pada masa mudanya di Raqqa, Suriah. Beliau menemukan bahawa garis bujur terjauh matahari mengalami peningkatan sebesar 16,47 darjah sejak perhitungan yang dilakukan oleh Ptolemy ( ahli falsafah dan astronomi masyhur yunani kuno ). Ini sekaligus membawa penemuan yang penting mengenai gerak lengkung matahari.
Beliau juga berhasil menemui orbit bulan dan planet dan menetapkan teori baru untuk menentukan sebuah keadaan kemungkinan terlihatnya bulan baru. Ini berkaitan dengan penggantian dari sebuah bulan ke bulan lainnya.
Al Battani juga telah menemukan sejumlah persamaan trigonometri