iklan baris

Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Berkesan ( Review )

1 ulasan:
Hari ini saya tertarik untuk review satu produk untuk menghilangkan parut dan masalah berkaitan kulit .

Wajah berparut boleh menyebabkan individu hilang keyakinan diri tanpa mengira jantina sama ada lelaki mahupun wanita. Lambakan produk menghilangkan parut dalam pasaran juga membuatkan individu ingin mencuba produk tersebut dan ada antara mereka yang berjaya dan ada juga yang kecewa sehimembuatkan segelintir mereka yang mempunyai masalah parut berputus asa untuk menyelesaikan masalah mereka. 


Pernahkah anda mendengar rawatan derma roller untuk ,menyelesaikan masalah seperti parut berlubang, parut jerawat? Derma Roller merupakan salah satu alat yang mempunyai jarum yang halus dalam satu roller yang mempunyai saiz untuk merawat masalah tertentu. Hari ini, derma roller bukan sahaja digunakan oleh golongan profesional di salon atau pusat kecantikan tetapi boleh juga digunakan dirumah sendiri. Penggunaan derma roller amat mudah dan berkesan menyelesaikan masalah jika anda mengikut cara, jangka masa rolling dan pemilihan saiz yang betul mengikut masalah yang anda hadapi.



Derma Roller boleh digunakan untuk merawat  pelbagai masalah kulit dengan pemilihan saiz jarum yang betul
  • Masalah parut jerawat
  • Masalah parut berlubang
  • Masalah liang roma besar
  • Masalah selulit
  • Masalah strecth mark
  • Masalah kepala botak  
  • Masalah kedutan/garis halus
Pemilihan saiz jarum dan material jarum juga adalah penting kerana ianya menentukan keberkesanan dalam proses 'dermarolling' dan ketahanan jarum serta jarum yang anda beli telah pun 'strelized'. 

Sekiranya anda berminat untuk menyelesaikan masalah parut berlubang, parut jerawat, pori besar dan masalah seperti yang dinyatakan di atas, anda boleh 


Whatsapp 0179656087 
Facebook: 

Perempuan Akal Setipis Rambut

1 ulasan:

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri , permaisuri dan pelbagai lagi gelaran . Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman'.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidin Ali

Apa Beza Antara Samak dan Sertu ?

Tiada ulasan:


Ini mungkin biasa terpacul di mulut anda, namun apakah anda tahu dan faham apa itu samak dan apa itu sertu?

Samak

1. Samak ialah menyucikan sesuatu darmughalazah ( Najis Berat)t binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya.

2. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman­kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang mafhumnya:

Setiap kulit yang disamak menjadi bersih.
(Riwayat Muslim)

Contoh : Kulit kambing akan disamak terlebih dahulu untuk menyucikan daging tersebut untuk dibuat kompang atau kegunaan yang lain.

Sertu

1. Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu menyentuh anjing, babi dan keturunannya yang sedang basah akibat terkena hujan, ataupun terkena air liurnya/

2. Najis Mughalazah hendaklah disucikan dengan membasuhnya dengan 6 basuhan air mutlak dan 1 kali basuhan air yang dicampurkan tanah. Jumlah basuhan adalah 7 kali.

3. Menyucikan najis mughalazah dengan mengguna­kan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan tanah

Contohnya : Anda terpegang seekor anjing, dan anda hendaklah sertu tangan anda mengikut cara yang ditetapkan syarak.

Sekarang, anda dapat membuat kesimpulan bahawa apa yang anda sebut-sebutkan selama ini banyak yang salah.

Dalam dialog di atas sebentar tadi, ayat yang sebenarnya adalah :

“Woi, kau terpegang babi tu! Cepat, SERTU tangan kau. Eee, najis Mughalazah!”

Wallahu alam. Moga anda mendapat ilmu yang bermanfaat .