iklan baris

Kepentingan Doa Bagi Orang Islam

Tiada ulasan:

Kenapa Kita Perlu Berdoa ?


Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca setia blog redzuan-ridz . Semoga kita semua sentiasa dilimpahi rahmat-Nya .Semua penganut agama dimuka bumi ini akan berdoa namun, bagi kita yang merupakan seorang muslim doa merupakan satu kuasa spiritual yang menjadi pengikat kita dengan pencipta kita . setiap dari kita pasti pernah berdoa meminta pelbagai hajat dan sesuatu dari pencipta kita . Setelah setiap kali selesai solat pasti kita akan berdoa kepada Allah swt . Namun pernahkah anda tahu kepentingan berdoa itu sendiri . kebiasaan daripada kita hanya berdoa ketika ingin meminta sesuatu hajat atau permintaan .dan ketika kita didalam kesusahan . 



Dibawah ini saya kongsikan diantara kepentingan dan hikmah disebail kita berdoa kepada Allah swt :  

1. Yang pertama Doa merupakan  pelindung dan senjata kepada setiap orang mukmin agar dapat mengelakkan diri dari godaan dan hasutan syaitan dan juga dari kejahatan manusia.

2. Berdoa dapat meningkatkan lagi ketaqwaan dan kekuatan iman seseorang mukmin itu sendiri. Apabila kita berdoa ianya secara tidak langsung akan mendekatkan kita kepada pencipta kita sekalgus dapat meningkat rasa ketaqwaan kita.

3. Allah swt amat mengasihi dan menyukai akan hamba-hambaNya yang selalu berdoa dan meminta sesuatu kepada-Nya. Maka oleh itu jika anda berada dalam kesusahan mahupun ketika senang berdoalah kepada-Nya . jika mendapat kesenangan dari-Nya berdoa lah kerana Allah swt akan sentiasa menambahkan lagi rezeki pada hambanya yang bersyukur dengan rezekinya dan yang mereka yang tabah menghadapi ujian dari-Nya .

4. Berdoa dapat mententeramkan jiwa kita, berdoa dapat menjadi penawar dan penenang kepada hati yang sedang bersedih dan ditimpa musibah . Firman Allah, 'Ketahuilah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang'. (surah Ar-Ra'du ayat 28).Maka jika menghadapi sesuatu msalah atau musibah berdoalah padanya nescaya hati akan menjadi lebih kuat dan tenang dalam menghadapi ujiannya

5.Dengan berdoa ianya dapat menjadi ubat penyembuh bagi segala jenis penyakit yang ada pada diri manusia sama ada penyakit zahir mahupun penyakit batiniah seperti hasad dengki , irihati ,bangga diri ,riak dan seumpamanya.

6. Doa merupakan tali penghubung di antara anak dengan kedua ibu bapa yang telah meninggal dunia maka doa dari anak-anaknya yang soleh amatlah dinantikan untuk mendoakan kesejahteraan mereka di dalam kubur. Bersabda Rasulullah, 'Apabila anak Adam meninggal dunia, maka putuslah semua amalannya melainkan 3 perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu yang manfaat dan anak yang soleh yang (setiasa) mendoakannya'. (H.R.Bukhari dan Muslim)

7. Dengan berdoa , Allah swt akan membukakan pintu rahmat-Nya kepada manusia. Apabila kita sentiasa dibawah rahmat-Nya hidup kita akan tenang dan berjaya dalam segala kita lakukan . Sabda Rasulullah SAW , 'Doa itu adalah anak kunci kepada pintu rahmat'. (H.R.Ad-Dailami) .

8.Akhir sekali Doa adalah penghubung dan pengikat tali persaudaraan dan kasih sayang di antara sesama mukmin.Jika berlaku persengketaan atau pergeseran berdoalah untuk kedamaian kerana Allah swt akan memakbulkan . Sabda Rasulullah, 'Doa seseorang mukmin terhadap saudaranya (mukmin) secara diam-diam, pasti diperkenankan oleh Allah. (H.R.Muslim)


Kesimpulannya , walau apapun kejayaan yang kita kecapi atau kita berada dalam musibah ingatlah bahawa segalanya datang dari Allah SWT . maka berdoalah kerana dengan beroda ianya akan mendekatkan lagi kita dengan pencipta kita . sehebat hebat senjata di muka bumi ini . tiada satu senjata yang mampu melawan Doa . Maka berdoalah dalam apa jua keadaan kerana pertolongan dan janji Allah swt itu pasati :)

Ringgit Jatuh Ke Paras Terburuk Sejak 17 Tahun

Tiada ulasan:
Malaysia Ringgit Jatuh Ke Paras Terburuk Sejak 17 Tahun  Berbanding Dollar Amerika



Ringgit Malaysia jatuh lagi dan kali ini jatuh ke-tahap paling buruk sejak 1998 . Kebimbangan mengenai kewangan firma pelaburan  ditambah dengan skandal politik pemimpin Malaysia memburukkan prospek ekonomi  Malaysia disamping  kejatuhan harga minyak dunia menyebabkan Ringgit malaysia jatuh ketahap terendah dan terburuk sejak krisis ekonomi 1998 . 


Ringgit telah menyusut nilai 0.8 peratus kepada RM4.2485  untuk setiap Dollar  di Kuala Lumpur, menterbalikkan 1.2 peratus keuntungan pada Selasa, menurut harga daripada bank-bank tempatan yang dikumpul oleh Bloomberg. Ianya terus mencapai  tahap tukaran RM4.2990 untuk setiap Dollar, yang terendah dan terburuk sejak Julai 1998.


Abu Dhabi International Petroleum Investment Co. mungkin menarik diri daripada rancangan untuk membantu menyusun semula 1Malaysia Development Bhd yang memiliki hutang sejumlah 3.5 Billion , sumber yang dipetik daripada  Business Times Singapura .  1MDB berkata ia masih terlibat dalam perbincangan. Langkah China yang mengurangkan kadar faedah buat kali kelima sejak November tahun lepas gagal untuk membantu mengangkat nilai ringgit supaya kembali stabil, yang diserang oleh kelembapan ekonomi dan skandal yang melibatkan pemindahan dana kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Prestasi ringgit menurun mungkin disebabkan laporan yang IPIC Abu Dhabi ingin menarik diri daripada membantu dalam plan penyusunan hutang 1MDB," Nizam Idris, ketua bahagian pertukaran asing dan strategi pendapatan  tetap di Macquarie Bank Ltd yang berpangkalan di Singapura -  "



Sarawak Report yang berpangkalan di UK dan Wall Street Journal bulan lalu melaporkan mengenai dokumen dimana hampir $ 700 juta mungkin telah bergerak melalui agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan 1MDB sebelum dimasukkan ke dalam akaun yang tertera nama Najib. yang seterusnya membawa kepada desakan supaya Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.


1MDB, Minyak

Kenyataan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 3 Ogos bahawa Najib telah menerima 2.6 bilion ringgit ($ 608,000,000) daripada penderma dan bukan dari 1MDB  masih gagal untuk meyakinkan para pelabur luar . Dana global telah menarik lebih daripada $ 3 bilion daripada pasaran saham tempatan tahun ini dan pegangan pelabur luar negara  jatuh ke tahap terendah sejak tiga tahun pada bulan Julai.

Penurunan 58 peratus pada minyak mentah Brent mentah berbanding setahun yang lalu  megurangkan pendapatan eksport minyak Malaysia selain dari penurunan nilai yuan bulan ini turut menjadi faktor kepada keatuhan ringgi.Ditambah dengan  kemerosotan 16 peratus dalam harga minyak sawit dunia juga memberi kesan kepada Malaysia yang merupakan pengeluar kedua terbesar di dunia bagi komoditi itu.

"Berita yang IPIC Abu Dhabi boleh menarik diri daripada rancangan untuk membantu 1MDB menyusun semula hutangnya mungkin mempengaruhi sentimen," kata Khoon Goh, Ahli Strategi Australia & New Zealand Banking Group Ltd di Singapura. "Harga komoditi yang lemah, terutamanya minyak mentah dan minyak sawit, menambah lagi tahap menurun Ringgit ."


sumber : asiannewschannel . msnnews


Rahsia Senang Dapat Pinjaman | Cara Mudah Lulus Pinjaman Bank

1 ulasan:

Salam sejahtera dan  salam hormat buat semua pembaca . harini saya tertarik untuk review sebuah buku cara senang lulus dan dapat pinjaman bank 

 Bagaimana Akaun Simpanan Boleh Dijadikan Dokumen Sokongan Pinjaman ? mungkin anda pernah terfikir tapi tidak tahu bagaimana caranya . Nak guna teknik ini agak sukar sikit,  kerana pemohon perlu mempunyai displin tinggi untuk menyimpan dan ambil masa yang lama.  Jadi apa cara yang senang  untuk menyokong pemohonan pinjaman sekaligus anda dapat lulus pinjaman bank ?. 


Rahsia Senang Dapat Pinjaman


Okey, ini rahsianya.. Rahsia Senang Dapat Pinjaman yang dikongsikan oleh En Wahi, seorang usahawan berjaya yang membuat pinjaman sebanyak RM2.7 Juta Tanpa Penjamin, kertas kerja ataupun cagaran. Caranya sangat senang dan mudah diikuti. Setakat ini, ramai yang telah berjaya  menggunakan teknik beliau untuk mendapatkan pinjaman dan akhirnya berjaya memiliki rumah , dan kebebasan kewangan hasil dari duit pinjaman .


Antara rahsia yang dibongkarkan dalam buku ini ialah ;


* Cara membuka _____ dan mengurusnya dengan baik bagi memudahkan pinjaman.
* Bagaimana caranya memohon pinjaman bank tanpa memerlukan cagaran, penjamin atau kertas kerja yang hebat untuk .
* Langkah-langkah dan persediaan yang perlu anda lakukan, semasa dan selepas mendapat pinjaman bank.
* Cara menggunakan penyata akaun semasa untuk mendapatkan pinjaman bank .


 
Buku ini ditulis, khusus bagi mereka yang ingin ;


* Mengembangkan perniagaan sedia ada ketahap lebih tinggi
* Memiliki aset yang banyak, tetapi pemohonan pinjaman bank tidak pernah lulus
* Mengubah perjalanan hidup ke arah hidup lebih senang dan berjaya dengan bantuan pinjaman
*.Menjadi seorang usahawan berjaya



Buku ini telah berjaya membantu ramai orang untuk lulus mendapatkan pinjaman dari bank ,  seterusnya berjaya mengubah nasib mereka ke arah lebih baik dengan perancangan kewangan yang tepat setelah itu .


jadi pandangan saya anda harus memilikinya, mana tahu dapat membantu anda ??


Harga buku Rahsia Senang Dapat Pinjaman (bukan ebook) ini, hanya RM50 sahaja. Anda juga akan memperolehi 4 lagi bonus hebat   :


BONUS 1 (Ebook Bernilai RM50) - Tips Menjadi Usahawan

BONUS 2 (Ebook Bernilai RM50) - 5 Langkah Bebas Belenggu Makan Gaji

BONUS 3 Akses Premium Facebook Group Support

BONUS 4 Akses Koleksi Video Tip Bisnes



Pada hemat saya buku ini memang terbaik kerana penulis berjaya menerangkan teknik yang digunakan dengan bahasa yang santai dan mudah difahami. dengan pelaburan yang kecil dengan memiliki buku ini , ianya mampu mengubah hidup anda ! Jadi bertindak sekarang dan dapatkan satu buku Rahsia Senang Dapat Pinjaman hari ini. Memang tak rugi membeli buku ini .


http://www.rahsiapinjaman.com/hop.php?ref=redzniey

Kerja Online Translator | Penterjemah Online

Tiada ulasan:

Kerja Part Time 2015 | Kerja Online Translator Di Rumah | Kerja Translator Freelancer | Kerja Dari Rumah


Salam sejahtera semua . hari ini saya ingin review satu skop pekerjaan secara freelancer dan part time dengan menjadi seorang translator .  SIDE INCOME dari RM1500-RM3500 bergantung pada jumlah job anda mampu sempurnakan .Inilah peluang anda untuk bekerja sebagai penterjemah bebas dari rumah untuk syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa. Waktu berkerja sangat fleksibel , hanya dari rumah dan paling lumayan bayaran US Dollar dan ada juga dibayar dalam Ringgit !

Pendapatan RM1500-RM3500 sebulan bergantung pada job terjemahan anda sempurnakan


Apakah Tugas Seorang Penterjemah ?

Tugas utama seorang penterjemah adalah menukar satu bahasa ke bahasa yang lain . Translator bekerja dengan bahan bertulis manakala bahasa pertuturan di terjemah oleh juru bahasa. Dengan peningkatan pelbagai sektor dalam ekonomi , permintaan untuk penterjemah meningkat dengan mendadak sekali.

Sebagai seorang translator, anda perlu memastikan kandungan dokumen di sampaikan dengan maksud yang tepat. Isi dan nahu ayat perlu betul agar tidak lari dari makna asal .


Skop Kerja Translator

Terdapat pelbagai jenis kerja menterjemah, antara yang paling mendapat permintaan ialah menterjemah laman web, blog – blog, kandungan e-mel, kandungan laman sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram , sari kata video, dokumen perniagaan, pendidikan, perundangan dan perubatan.

Tapi bukan itu sahaja, pada masa sekarang ada banyak permintaan untuk menterjemah kandungan bagi aplikasi telefon pintar, pengiklanan, permainan video dan banyak lagi.


 kerja penterjemah


 Bayaran Translator

Bagaimana bayaran dikira ? Anda dibayar mengikut jumlah perkataan , rate bayaran dari USD$0.03 – USD$0.15 sen untuk setiap perkataan. Untuk tugasan biasa , selalunya dalam 500 patah perkataan dan dengan mudah anda akan perolehi bayaran antara USD$15.00 hingga USD$75.00 utuk satu tugasan .

Jia dikira tukaran matawang sekarang, anda mampu mendapat antara RM60 – RM285 bagi setiap job yang anda sempurnakan. Bagi sebuah laman web pula anda mampu mendapat sehingga USD$500 atau RM1900  untuk tugasa terjemahan  !!


Anda tidak perlu risau kerana kerja terjemahan ini adalah real dan bukan scam . apa yang perlu anda laukakn dapatkan akses direktori dan pangkalan data  dari kami yang diupdate setiap hari  untuk job terjemahan .


lihat bukti mereka yang telah menggunakan akses dari kerjatranslator dan mendapat job menterjemah .



kerja dari rumah 


Anda berminat untuk bermula ? dapatkan akses direktori job menterjemah dan update pangkalan data setiap hari . support dan bimbingan .  untuk details sila klik link dibawah 

Apa itu Teknologi Wifi

1 ulasan:

KENALI TEKNOLOGI WI-FI



Apa itu Wi-Fi? Wi-Fi semakin popular dan menjadi perkataan yang melekat pada bibir pengguna IT pada masa kini. Namun tahukah anda apa itu Wi-Fi? Kali ini anda boleh mengetahui apa itu Wi-Fi secara ringkas. kini dengan adanya wifi kita mampu berhubung dengan mudah dan mendapat pelbagai maklumat dengan pantas .

Wi-Fi merupakan singkatan bagi Wireless Fidelity dimana istilah ini telah diberikan secara rasmi oleh WECA (Wireless Ethernet Compatibility Alliance). Wi-Fi mula diperkenalkan menerusi produk-produk tanpa wayar pada penghujung tahun 1998. Penggunaan Wi-Fi adalah merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang menggunakan hubungan jalurlebar(broadband), titik capaian (access point) dank ad Wi-Fi yang diinstal di dalam computer bagi membolehkan pengguna berkongsi fail dan pencetak serta melayari internet sama seperti rangkaian LAN biasa.

Titik capaian adalah merujuk kepada satu peranti elektronik kecil yang bertindak sebagai penghubung dengan kad Wi-Fi yang diinstal di dalam computer pengguna bagi membolehkan perpindahan data berlaku.

Menerusi spefikasi 802.11 di antara sumber jalurlebar seperti DSL atau kabel dengan computer tersebut. 802.11 pula merujuk kepada spefikasi teknikal keluarga pautan tanpa wayar LAN yang diberikan oleh IEEE (Institute of Electrical and Electronic Engineers). Teknologi Wi-Fi dikatakan tergolong dalam spefikasi 802.11b yang membolehkan perpindahan data berlaku dalam kelajuan sehingga 11Mbps di dalam jalur 2.4 GHz. Sementara itu, teknologi 802.11a pula adalah lanjutan kepada teknologi 802.11b di mana teknologinya lebih pantas. Teknologi 802.11a membenarkan perpindahan data berlaku dalam kelajuan sehingga 54 Mbps di dalam jalur 5 GHz. Teknologi ini juga dikenali sebagai Wi-Fi5 atau WECA.

Ethernet merupakan senibina LAN yang telah dibangunkan oleh Xerox Corp dan ianya merupakan kad antaramuka rangkaian yang digunakan dalam rangkaian LAN biasa. Sedangkan Wi-Fi pula adalah merupakan senibina LAN yang digunakan dalam persekitaran tanpa wayar. Ringkasnya ethernet digunakan dalam rangkaian LAN yang berwayar (menggunakan kabel seperti CAT5 untuk dihubungkan ke jalurlebar) manakala Wi-Fi pula digunakan dalam rangkaian Lan tanpa wayar (menggunakan kad Wi-Fi dan dihubungkan ke titik capaian seterusnya akan menghubungkan ke jalur lebar).

LAN adalah merujuk kepada rangkaian komputer bagi kawasan setempat di mana setiap komputer dihubungkan antara satu sama lain dengan menggunakan wayar. WLAN pula adalah merujuk kepada rangkain komputer bagi kawasan setempat di mana setiap komputer dihubungkan antara satu sama lain tanpa menggunakan wayar. Konsep WLAN adalah sama dengan LAN misalnya dari segi penggunaan pelayan dan sistem pentadbiran. Bezanya cuma dari segi medium iaitu WLAN menggunakan gelombang radio manakala LAN menggunakan kabel untuk mentransmisikan data.

Wi-Fi Hotspot adalah merujuk kepada satu kawasan khas di mana titik capaian disediakan bagi membolehkan pengguna dihubungkan ke internet menerusi gelombang Wi-Fi. Biasanya, pengguna-pengguna ini menggunakan komputer jenis mudah alih seperti notebook. Pada masa ini, Wi-Fi boleh didapat di lapangan terbang, hotel, kafe-kafe utam seperti StarBucks Coffe dan tempat-tempat tumpuan umum seperti komples membeli belah dan pusat rekreasi. Hubungan Wi-Fi ini boleh dilakukan dalam jarak 300 kaki dari lokasi Hotspot tersebut.

Tidak sama sekali. Sebenarnya kedua-duanya adalah saling melengkapi antara satu sama lain dan mempunyai sasarannya tersendiri. Teknologi Wi-Fi digunakan untuk menggantikan sistem rangkaian wayar iaitu LAN yang sedia ada, biasanya pada komputer desktop dan notebook manakala Bluetooth pula digunakan dalam lingkungan PAN iaitu Personal Area Network di mana peranti-peranti khusus digunakan misalnya telefon mudah alih, pengimbas barkod dan PDA bagi menggantikan peranti yang menggunakan wayar. Walaupun secara logiknya kedua-dua teknologi ini mungkin akan terganggu antara satu sama lain disebabkan jalur frekuensinya sama iaitu 2.4 GHz tetapi pada hakikatnya tidak. Ini berdasarkan penyelidikan yang telah dilakukan oleh Bluetooth SIG dan IEEE menerusi teknik AFH (Adaptive Frequency Hopping) yang m

Selain daripada itu, keupayaan audio juga berbeza diantara kedua-dua teknologi ini. Sebagai contoh, Ericsson telah membangunkan telefon mudah alih yang boleh memindahkan audio menerusi teknologi Bluetooth dari telefon ke headset tanpa menggunakan wayar. Sebaliknya dalam teknologi Wi-Fi, keupayaan audio adalah menerusi VOIP (Voice Over IP) dimana spesifikasi dan keperluannya adalah sama sekali berbeza. Ini jelas menunjukkan kedua-dua teknologi ini mempunyai kelebihan masing-masing, mempunyai sasaran tersendiri dan yang lebih penting ialah bukannya bersaing antara satu sama lain. Penggunaan kedua0dua teknologi ini menunjukkan akan kepentingan sistem pautan tanpa wayar dalam dunia digital masa kini.

Penggunaan kedua-dua teknologi ini juga boleh dilihat dalam syarikat UPS (United Parcel Service) di mana pengimbas barkod mengimbas kod dengan menggunakan teknologi Bluetooth lalu data-data tersebut dihantar ke titik capaian WLAN yang menggunakan teknologi Wi-Fi untuk dihubungkan ke cawangan-cawangan lain diseluruh dunia.

Selain itu, dengan adanya teknologi-teknologi ini ia juga telah dapat mengurangkan tekanan kerja. Ini adalah kerana sesuatu perbincangan atau mesyuarat boleh dilakukan di tempat-tempat santai yang menyediakan sambungan tanpa wayar ini. Teknologi Wi-Fi ini juga menyediakan lebar jalur yang besar, di mana perpindahan data dapat dilakukan dengan pantas dan cepat. Malah penyelenggaraan perkakasan juga mudah kerana tiada wayar atau kabel yang digunakan. Maka dengan ini jelas menunjukkan bahawa teknologi Wi-Fi dan bluetooth ini banyak membantu dan memudahkan kerja seharian manusia hari ini.

Kesimpulannya, teknologi pautan tanpa wayar ini memberikan banyak kelebihan atau kebaikan dalam aktiviti seharian kita seperti boleh melayari internet di mana-mana sahaja seperti di kafe-kafe atau tempat-tempat umum yang digelar sebagai hotspot. Ini adalah kerana adanya titik capaian untuk teknologi Wi-Fi disediakan. Teknologi Bluetooth pula memudahkan kita memindahkan atau berkongsi data antara notebook dan PDA. Ini sangat berguna ketika melakukan persembahan sesuatu projek atau laporan perancangan ketika mesyuarat di mana data-data perlu dikongsi dengan staf-staf yang lain.


Nilai Sebenar Seorang Isteri

Tiada ulasan:




Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan.

PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda”
Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya.

PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya"
Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.

PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."

PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...”
Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya.
Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan padam 1 nama lagi!”
Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.

PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!"
Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.
Setelah suasana tenang,

PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu, "kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?"

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut.
Lalu lelaki itu menjawab:

”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya.

Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.”


Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas.pernahkah anda terfikir apakah nilai sebenar isteri bagi anda yang bergelar suami ? renung-renungkan .Sayangilah isteri anda .

Menjana Income Lumayan dengan Google Adsense

Tiada ulasan:

AdSense Kini Menerima sepenuhnya blog dan website Bahasa Melayu .



Salam buat semua pembaca blog redzuan-ridz.dah terlalu lama saya tidak berkongsi sebarang tips, perkongsian , mahupun review dalam blog ini .Mungkin ramai telah mengetahui yang Google secara rasminya telah menerima blog , website   berbahasa Melayu untuk menyokong program AdSense mereka .


Buat Duit dengan Google AdSense

Adsense merupakan program pengiklanan blog dan website paling lumayan didunia dibayar dalam usd yang dimiliki Oleh Google .Kini terdapat lebih 2 juta Publisher  diseluruh dunia yang memaparkan iklan google didalam laman web , blog , forum , laman iklan , mahupun dalam google playstore .

Bagi yang telah mempunyai blog atau website sendiri dalam Bahasa Melayu, kini anda tidak perlu lagi bersusah payah memohon adsense dengan blog bahasa Inggeris yang memerlukan sekurang kurangnya 15-25 entri original hasil tulisan anda sendiri .

Anda kini boleh memaparkan AdSense di dalam blog bahasa melayu milik anda dengan syarat anda perlu menghasilkan blog dengan hasil tulisan sendiri yang berkualiti dan tidak meniru (copy) hasil dari blog atau website orang lain .

Bahasa Melayu  merupakan salah satu daripada bahasa yang paling pesat berkembang di alam Maya dan mempunyai antara penutur paling ramai didunia .

Hampir 65% daripada penduduk Malaysia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penuturan mereka dan menjadi bahasa utama mereka. Terdapat kira-kira 40 juta penutur bahasa Melayu dirantau Asia tenggara ini . Manakala diseluruh dunia terdapat lebih dari 220 juta menuturkan bahasa melayu . dan hasil perkembangan dan penggunaan bahasa melayu yang besar inilah maka AdSense kini menyokong Bahasa Melayu .

kini peluang anda untuk menjadi sebahagain Dari keluarga AdSense dan menjana income lumayan yang akan dibayar dalam dollars . (USD)

Sebelum anda ingin menjana income lumayan dengan AdSense,  anda perlu ketahui apa sebenarnya program AdSense , syarat-syarat menyertai program adsense dan bagaimana ianya berfungsi menjana income lumayan . bukan mudah untuk lulus dari menjadi publisher AdSense.

pelbagai syarat ketat dikenakan Google .Saya akan bahaskan dalam entri selanjutnya  mengenai apa itu adsense , cara daftar dan bagaimana untuk lulus permohonan adsenseuntpermohonan AdSense anda .

Dengan Adsense telah menerima Bahasa Melayu, Google berharap dapat menarik lebih banyak para pengiklan yang ingin memasarkan produk mereka melalui medium pengiklanan AdSense dimana kandungan akan dipaparkan didalam pemilik website dan blog  . Dalam masa sama dapat mewujudkan kandungan web yang berkualiti dalam bahasa Melayu, sekaligus dapat mentambung pengiklan untuk pembaca dalam talian yang berkembang pesat

KISAH ANAK SAIYIDINA UMAR IBNU AL KHATTAB DI HUKUM KERANA BERZINA

Tiada ulasan:
Dalam satu riwayat daripada Abdul Aziz Ibnu Hajjaz Al- Khoulani daripada Shafwan daripada Ibnu Abbas r.a dia berkata," Bahawasanya Saiyidina Umar mempunyai dua orang anak lelaki, seorang bernama Abdullah dan seorang lagi yang bernama Abiidillah dan dia mempunyai gelaran Abu syamah, dia sangat suka membaca kitab Allah dan bacaannya sama dengan bacaan Rasullullah. Maka Allah menduganya dengan penyakit teruk selama setahun.

Setelah dia kembali sembuh dari penyakitnya, dengan hati yang senang dan sangat gembira dia pergi berjalan ke kampung orang yahudi kerana ada jamuan makan, Maka orang orang yahudi menjamu dengan minuman arak. Selepas itu, dia keluar meninggalkan kampung yahudi itu dan melintasi pagar kaum Bani najjar, Di tempat tersebut, dia berjumpa dengan seorang perempuan yang sedang berbaring, maka serta merta berusaha Abu syamah mendekatinya dan bermaksud untuk merogolnya. Apabila perempuan itu mengetahui keadaan yang akan menimpa dirinya, dia pun sedaya-upaya untuk menegahnya tetapi malangya dia tidak berupaya. Setelah selesai perbuatan itu,perempuan tadi berpaut pada leher baju Abu syamah dan mencakar-cakar bajunya sebagai di jadikan bahan bukti, akibat dari perkosaan itu, perempuan itu pun hamil.

Setelah cukup masanya, lahirlah seorang anak. Perempuan itu pun membawa anaknya ke masjid Rasulullah. untuk mengadap Amirul Mukminin untuk mengadukan hal kejadian yang menimpa dirinya. Kebetulan yang memangku jawatan khalifah pada waktu itu ialah Saiyidina Umar Al Khattab Perempuan itu pun berkata:''' Ya Amirul Mukminin, ambillah anak ini kerana engkaulah lebih patut memeliharanya daripada aku." mendengar kenyataan tersebut, umar merasa terkejut dan dengan perasaan hairan, lalu dia bertanya,,"Mengapa demikian?" jawab perempuan itu ,"Bayi ini adalah keturunan darah daging anak tuan yang bernama Abu syamah." Umar bertanya lagi," Dengan jalan halal kah atau haram?". perempuan itu menjawab,"Ya Amirul Mukminin, demi Allah daripada pihak aku anak ini halal tapi daripada pihak Abu syamah anak ini haram." Umar bertanya mengapa boleh jadi demikian? perempuan itu pun menceritakan peristiwa yang berlaku atas dirinya.

"Pada suatu hari, aku keluar dekat pagar Bani najjar untuk memetik sayuran. Malam harinya ketika aku tertidur di tempat itu, tiba-tiba anakmu Abu syamah lalu Ditempat itu dalam keadaan mabuk. Apabila dia terpandang diriku yang sedang tidur di situ maka dia memperkosa aku sedangkan aku tidak berdaya menengah perbuatannya. Setelah selesai dia melakukan perbuatan itu, aku berpaut pada leher bajunya untuk menjadikan bahan bukti atas apa yang dilakukan olehnya terhadapku. Kemudian aku kembali ke rumah dengan sabar menanti masa datang bulan tetapi tiada ia datang pada masanya. Maka nyatalah aku sedang hamil. Sekarang tuan ambillah anak ini kerana tuan yang patut memeliharanya. Sesungguhnya aku lebih menanggung malu dunia daripada menanggung malu di akhirat kelak."

Setelah Saiyidina Umar mendengar pengakuan perempuan itu, dia pun menangis sehingga janggutnya di basahi air mata. Dalam tangisannya Saiyidina Umar berkata,"Suatu perkara yang sangat memalukan diriku di hadapan Allah nanti di hari qiamat. "

Untuk lebih meyakinkan khabar tersebut,dia bertanya kembali pada perempuan itu dengan katanya, "Wahai jariah ceritakan dengan sebenarnya supaya aku dapat menghukum perkaramu dengan sebenarnya." Perempuan itu berkata,"Ya Amirul Mukminin penjelasan apa lagikah yang tuan kehendaki dari diriku? Demi Allah sesungguhnya aku tidak berdusta jika engkau Kehendaki aku bersumpah di hadapan al Quran aku sedia melakukannya, "Saiyidina Umar lalu mengambil mashaf al Quran dan perempuan itu pun bersumpah dari surah al Baqarah hingga surah Yasin kemudian dia menegaskan kenyataan. "Ya Amirul Mukminin sesungguhnya anak ini adalah daripada darah daging anakmu Abu syamah." Oleh kerana perkara itu memang benar, Saiyidina Umar dengan perasaan yang berat terpaksa menerimanya seraya berkata," Wahai jariah demi Allah engkau adalah benar dan tidak berdusta," Kemudian Sayidina Umar berdiri dan berkata. "Wahai sekalian sahabat-sahabat Rasulullah aku berharap supaya kamu tetap tinggal di sini sehingga aku kembali." Tidak berapa lama kemudian,dia kembali ke tempat itu sementara dalam tangannya terdapat wang sebanyak tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain, Di berkata pada wanita malang itu. "Wahai jariah ambil lah wang yang sebanyak tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain ini dan halalkan perbuatan anakku Abu syamah di dunia ini dan jika masih ada lagi bakinya maka ambillah nanti sewaktu berhadapan dengan Allah". Perempuan itu lalu mengambil wang dan kain yang diberikan serta membawa pulang anaknya kembali ke rumah.

Setelah perempuan itu kembali, Saiyidina Umar berkata pada sahabat sahabatnya ,,"Wahai sahabat-sahabat Rasulullah tetaplah kamu duduk di sini sehingga aku kembali." Sayidina Umar pergi menemui anaknya, abu syamah yang ketika itu sedang memjamu hidangan dia pun mengucapkan salam,dengan katanya. "Salam sejahtera atasmu wahai anakku,"ucapan salam itu di jawab oleh anaknya dengan rasa hormatnya sebagaimana layaknya hormat seorang anak kepada orang tuanya, Sayidina Umar berkata lagi ." Wahai anakku hampirlah padaku marilah kita makan bersama tidak ku sangka inilah akhir bekalanmu dari pada kehidupan dunia."Apabila mendengar perkataan ayahnya sedemikan rupa, Abu syamah sangat terkejut seraya berkata."" Wahai ayahku siapakah yang memberitahu bahawa ini adalah bekalan terakhir untukku dari kehidupan dunia?  Bukankah telah putus wahyu setelah wafatnya Rasulullah?"

Jawab ayahnya,"Aku ketahui dosa yang engkau telah buat." kata Abu syamah, "Demi Allah tidaklah aku lakukan perbuatan maksiat sekiranya ada orang menyampaikan kepadamu bahawa aku telah melakukan maksiat maka sebaiknya terlebih dahulu tanyalah padaku kerana aku tidak menyembunyikan sesuatu daripadamu."

Kata Sayidina Umar," Wahai anakku ceritakan lah pada ku dengan sebenarnya sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Dia tidak dapat dilihat oleh pandangan mata dan Dia Maha Luas Penglihatannya." sambungnya lagi,  "Adakah engkau masih ingat hari yang engkau pergi ke kampung orang yahudi dan mereka memberi engkau minuman arak? Kemudian dalam keadaan mabuk lalu engkau  meninggalkan meraka dan engkau melintasi pagar Bani najjar di mana engkau bertemu dengan seorang perempuan yang sedang tidur dan kemudian engkau memperkosanya?" Apabila Abu syamah mendengar kenyataan ayahnya,dia pun menundukan kepala kerana merasa malu sambil diam membisu. Ujar ayahnya lagi, "Wahai anakku katalah dengan jujur jika benar engkau selamat jika dusta engkau akan binasa."

Jawab anaknya, "Memang benar aku yang telah melakukan hal yang demikian tetapi aku telah pun menyesal dengan bersungguh-sungguh."

Kata Sayidina Umar pula, "Tiada manfaat pun bagimu menyesal setelah membuat satu kerugian sesungguhnya engkau adalah anak seorang Amirul Mukminin maka seorang pun tiada kuasa mengambil tindakan ke atasmu tetapi engkau telah memalukan aku dihadapan sahabat-sahabat Rasulullah," selepas itu Sayidina Umar lantas memegang tangan Abu syamah untuk di bawa kehadapan sahabat-sahabat Rasulullah. "Mengapakah ayah melakukan ini?" Tanya Abu syamah dengan ketakutan. "Kerana aku mahu tunaikan hak Allah semasa di dunia ini supaya aku dapat lepas daripada di tuntut di akhirat kelak, " jawab Sayidina Umar dengan tegas.

Abu syamah dengan perasaan cemas terus merayu, "Wahai ayahku aku memohon dengan nama Allah hak Allah itu di tempat ini dan janganlah malukan aku dia hadapan sahabat-sahabat Rasulullah."

Jawab Sayidina Umar , "Engkau telah membuat malu pada dirimu sendiri dan engkau telah menjatuhkan nama baik ayahmu." Apabila sampai di hadapan para sahabat Rasulullah mereka bertanya, "Siapakah yang di belakang mu itu?" jawab Sayidina Umar, "Wahai sekalian orang-orang muslimin sesungguhnya anakku Abu syamah telah mengakui atas segala dosanya yang dilakukannya dengan ini benarlah perempuan yang menyampaikan khabar tadi." Kemudian Sayidina Umar menyuruh seorang budak yang berkulit hitam yang bernama Muflih. "Sesungguhnya beruntunglah pada hari ini orang-orang yang berbuat ketinggian wahai Muflih pukullah anakku Abu syamah setelah itu kamu merdeka dari menjadi hamba kerana Allah."

Jawab Muflih, "Wahai penghuluku bagaimana aku harus melakukannya kerana aku takut dia akan mati atau cedera oleh pukulan tersebut!!!"  Sanggah Sayidina Umar, "Jangan engkau bercakap seperti demikian segeralah ambil rotan dan pukullah dia pada belakangnya sehingga dia merasa sakit sampai masuk ke rongga nya jika dia mati dengan sebab pukulan mu itu bererti sampai ajalnya dan jika dia hidup dia tidak akan kembali melakukan dosa selamanya." kerana sangahan Sayidina Umar yang keras itu, bersegeralah Muflih mengambil rotan dan langsung menghadap pada Abu syamah dan dia berkata, "Wahai penghuluku jangan engkau cela diriku tetapi cela lah dirimu sendiri kerana Allah dan penghuluku Saiyidina Umar telah menyuruh aku memukulmu."

Jawab Abu syamah,"Wahai Muflih lakukanlah sebagaimana yang diperintahkan Allah dan ayahku kerana ini adalah balasan bagi  orang yang menderhakai Allah dan menghina agamanya," kemudian Muflih mengangkat tangan Abu syamah hingga jelaslah kelihatan putih ketiaknya dan memukulnya sebanyak sepuluh kali pukulan.

Kata Abu syamah, "Wahai ayahku rasanya menyala api di jasad ku. "

Jawab Sayidina Umar, "Wahai anakku bahawasanya pada jasad ayahku terlebih panas rasanya daripada jasadmu," perintah Sayidina Umar pada Muflih,"Pukul lagi." maka Muflih memukulnya sebanyak sepuluh kali pukulan.

Berkata Abu syamah, "Wahai ayahku tinggalkanlah aku supaya supaya aku dapat mengambil sedikit kesenangan.

Jawab Sayidina Umar," Seandainya ahli neraka dapat menuntut kesenangan maka akan ku berikan kesenangan." perintah Sayidina Umar selanjutnya,." Wahai Muflih pukul kembali!!" Kemudian Muflih memukul Abu syamah sepuluh kali pukulan..

Maka Abu syamah berkata, "Wahai ayahku aku memohon padamu dengan nama Allah tinggalkan aku supaya aku dapat bertaubat."

Jawab Sayidina Umar dengan nada pilu, "Wahai anakku apabila selesai aku ambil hak Allah daripadamu, jika engkau hendak bertaubat maka bertaubatlah. Dan jika engkau melakukan dosa itu kembali engkau lakukanlah dan engkau akan dipukul seumpama yang engkau rasa sekarang. " kata Umar pada Muflih, "Pukul lagi" dan Muflih memukulnya sebanyak sepuluh kali.

Kata Abu syamah, "Wahai ayahku dengan nama Allah aku memohon kepadamu berikanlah aku seteguk air supaya dapat rasa sejuk dalam hatiku.""

Jawab Sayidina Umar, "Wahai anakku seandainya ahli neraka dapat meminta air sejuk untuk minum maka akanku berikan pada mu air minum." Perintah Sayidina Umar selanjutnya pada Muflih, "Pukul kembali." maka di pukulnya sebanyak sepuluh kali.

Berkata pula Abu syamah, "Wahai ayahku aku memohon kepadamu dengan nama Allah kasihanilah aku."

Jawab Umar, "Wahai anakku jika aku kasihan pada mu di dunia maka engkau tidak akan dikasihi di akhirat."kata Umar selanjutnya," pukul kembali," maka di pukul kembali sebanyak sepuluh kali.

Setelah itu berkata Abu syamah, " Wahai ayahku hairanlah ayah melihat keadaan ku dan aku akan hairan kepadamu sebelum aku mati."

Jawab Umar, " Aku akan hairan kepadamu sekiranya engkau masih hidup dan jika engkau mati kita akan berjumpa di akhirat."Wahai Muflih pukullah lagi sepuluh kali pukulan.

Kata Abu syamah dengan suara yang lemah," Wahai ayahku rasanya aku sudah hampir mati.

Jawab Umar, "Wahai anakku, jika engkau bertemu dengan Rasulullah katakan pada baginda ayahku memukul diriku sehinggalah aku mati." Perintah Umar pada Muflih "Pukul lagi, " maka Muflih pun memukul sebanyak sepuluh kali pukulan.

Setelah itu Abu syamah mengangkat kepalanya dan menyeru dengan suara yang sangat kuat." Wahai sekalian sahabat-sahabat Rasulullah mengapa kamu tidak meminta pada ayahku supaya memaafkan aku?" Apabila mendengar seruan demikian, sahabat-sahabat Rasulullah menghadap kepada Umar dan mereka berkata," Wahai Amirul Mukminin, hentikan pukulan ke atas anakmu itu dan kasihanilah dia!!"

Jawab Umar. "Wahai sekalian sahabat-sahabat Rasulullah apakah kamu tidak membaca ayat Allah yang bermaksud:- "Janganlah kamu mengambil kasih sayang pada keduanya apabila menjalankan hukum Allah." Mendengarkan penjelasan Saiyidina Umar yang demikian itu, sahabat-sahabat Rasulullah diam dan tidak membantah Perintah Umar selanjutnya ."Wahai Muflih pukul lagi .'" maka di pukul lagi sebanyak sepuluh kali pukulan,.

Akhiranya Abu syamah mengangkat kepala dan mengucapkan salam dengan suara yang sangat kuat sebagai salam perpisahan yang tidak akan berjumpa lagi sehingga hari qiamat tiba, Maka menangis lah sekalian sahabat-sahabat Rasulullah dengan teramat sedih.

Kata Umar " Wahai Muflih pukullah lagi sebagai menunaikan hak Allah." Muflih pun meneruskan pukulan yang sebanyak seratus kalinya, "Wahai Muflih,cukuplah," lalu Saiyidina Umar menghampiri anaknya yang kelihatan tidak bergerak lagi. Setelah mendapati Abu syamah meninggal dunia, umar lalu bangkit dan mengisytiharkan pada sekelian kaum muslimin dengan katanya, "Wahai sekalian umat islam bahawasanya Abu syamah telah pergi untuk menemui Allah." Mendengar pengumuman tersebut, maka bersegeralah orang islam yang datang hadir ke masjid sehingga masjid menjadi sesak. Ramai di antara mereka yang menangis kesedihan dengan peristiwa tersebut termasuklah ibu Abu syamah.

Ibunya berkata," Suatu kebahagiaan bagimu wahai anakku, aku kirimkan engkau pada tuhan yang tiada sia-sia segala pengkiriman.

Selepas itu, Saiyidina Umar mengangkat jenazah anaknya dan di letakkan pada suatu tempat dan di mandikan dan dikapankan, disembahyangkan dan kemudian di mandikan.

Pada malam harinya setelah Abu syamah di kebumikan itu, Ibnu Abbas bermimpi Rasullullah yang wajah baginda seperti bulan purnama dan baginda memakai pakaian serba putih manakala Abu syamah duduk di hadapan baginda dan dia berpakaian berwarna hijau. Aku mengucapkan salam pada Rasulullah dan aku kucup dahi baginda.

Setelah itu Rasulullah berkata." Wahai anak bapa saudaraku, sampaikan lah salamku kepada Umar dan Beritahukanlah kepadanya Allah telah membalas setiap kebaikannya kerana tidak mensia-siakan hak Allah dan suatu kebahagiaan baginya sebab Allah telah menyediakan baginya beberapa mahligai dan beberapa bilik di dalam jannatul naim. Bahawa sesungguhnya Abu syamah telah sampai pada Tingkatan orang-orang  yang benar di sisi Allah yang Maha kuasa.

Sumber: Kitab Lubab Hadits karangan Imam Jalaluddin Sayuti Rahimahullah