iklan baris

40 Amalan Nabi Muhammad S.A.W

Tiada ulasan:



1. Jangan tidur antara Fajr dan Ishraq (saat muncul), Asr dan Maghrib, Maghrib dan Isha.

2. Hindarkan duduk dengan orang yang bau badan. Contoh (bawang)

3. Jangan tidur dekat orang yang bicara buruk sebelum tidur.

4. Jangan makan dan minum dengan tangan kiri.

5. Jangan makan makanan yang dikeluarkan dari gigimu.

6. Jangan membunyikan sendi-sendi jari.

7. Periksa sepatumu sebelum memakainya.

8. Jangan memandang ke langit ketika shalat.

9. Jangan meludah dalam toilet.

10. Jangan bersihkan gigi dengan arang.

11. Duduk/jongkok baru kenakan celana.

12. Jangan meniup makananmu ketika panas, tapi kamu boleh mengipasinya

13. Jangan melihat kesalahan orang lain.

14. Jangan berbicara antara iqamah dan adhan.

15. Jangan bicara dalam toilet.

16. Jangan membicarakan keburukan temanmu.

17. Jangan membuat temanmu marah

18. Jangan sering melihat ke belakang ketika berjalan.

19. Jangan hentakkan kakimu saat berjalan.

20. Jangan curigaan pada temanmu.

21. Jangan pernah berdusta.

22. Jangan membaui makanan saat memakannya.

23. Bicara yang jelas agar orang lain bisa memahami.

24. Hindari bepergian sendirian.

25. Jangan memutuskan sendiri namun berkonsultasilah dengan orang yg tahu.

26. Jangan bangga diri.

27. Jangan sedih dgn makananmu.

28. Jangan besar mulut.

29. Jangan mengusir pengemis.

30. Layani tamumu dengan baik dengan sepenuh hati.

31. Sabar ketika dalam kemiskinan.

32. Bantulah perkara kebaikan.

33. Pikirkanlah kesalahanmu dan bertaubatlah.

34. Berbuat baiklah kepada orang yg berlaku jahat padamu.

35. Qana’ah (hidup apa adanya)

36. Jangan tidur terlalu sering, menyebabkan pikun.

37. Bertaubatlah minimal 100 kali sehari (Istighfaar).

38. Jangan makan dalam keadaan gelap.

39. Jangan makan sepenuh-penuh mulut.

Rasulullah S.A.W bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.”(HR. Al-Bukhari)

Semoga bermanfaat buat kita semua.
Aamiin...

Rahsia Rukuk Dalam Solat

Tiada ulasan:


Rahsia Rukuk Dalam Solat


Dalam entry Sujudlah Dengan Cara Yang Betul sebelum ni, kita ada berkongsi kenapa perlunya sujud dengan betul dalam solat. Sebenarnya selain daripada kepentingan sujud dari sudut kesihatan, Rukuk juga mempunyai rahsia yang amat penting.

Pergerakan Rukuk Dalam Solat


Rasulullah s.a.w. ketika solat menunjukkan contoh pergerakan rukuk dengan amat sempurna. Menurut beberapa hadis, rukuk Baginda rata seperti permukaan air. Maka pergerakan rukuk yang sempurna itu dapat dilihat dengan tulang belakang yang lurus sehingga apabila diletakkan segelas air di atas belakang tersebut tidak akan tumpah. Kedudukan kepala lurus dengan tulang belakang.

http://candrazr.files.wordpress.com/2012/08/gerakan-sholat3.jpg
Posisi Rukuk Yang Betul (Source)

Rukuk Menjaga Fungsi Tulang Belakang


Kedudukan ini ternyata amat bermanafaat untuk menjaga kesempurnaan kedudukan serta fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) sebagai penyokong tubuh dan fungsi saraf. Di dalam posisi rukuk, seseorang akan berasa sakit di bahagian belakang peha jika menekan kedua belah lutut dengan meluruskan tangan. Posisi 90 darjah seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW mampu menyembuhkan penyakit berkaitan tulang belakang.

Rukuk Memudahkan Pengaliran Darah


Kedudukan jantung yang sejajar dengan otak menjadikan aliran darah mengalir dengan maksima pada tubuh bahagian tengah menjadikan tubuh lebih sihat dan dapat mencegah pelbagai penyakit. 

Rukuk Merehatkan Otot


Tangan yang ditumpukan pada lutut juga berfungsi untuk merehatkan otot bahu sehingga ke bawah. Selain itu, rukuk merupakan cara latihan pada saluran kencing sehingga gangguan prostat dapat dicegah.

Semoga kita semua tidak lalai dalam menjalankan tanggungjawab kita kepada Allah dan jom sama-sama kita betulkan rukuk kita, semoga kita semua mendapat manafaatnya. 

Biodata Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Malaysia Ke-8

Tiada ulasan:
Biodata Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Malaysia Ke-8

Di bawah merupakan Biodata Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Ke 8 Malaysia.





Nama: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Isteri: Puan Sri Noorainee Abdul Rahman

Anak: 4 orang

Tempat lahir: Muar, Johor

Ahli Parlimen Pagoh, Johor sejak 1978

10 April 2009 – 11 Ogos 2013 – Menteri Pelajaran

26 Mac 2009 – 26 Februari 2016 – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional

26 Mac 2009 – 26 Februari 2016 – Timbalan Presiden UMNO

19 Mac 2008 – 9 April 2009 – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

27 Mac 2004 – 18 Mac 2008 – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

15 Disember 1999 – 26 Mac 2004 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

4 Mei 1995 – 14 Disember 1999 – Menteri Belia dan Sukan

* 1970 – Memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Johor Darul Ta’zim (Bahagian Latihan dan Biasiswa)

* 1971 – Dilantik Bendahari UMNO Muar-Pagoh

* 1974 – Ketua Pemuda UMNO Pagoh/ Setiausaha pemuda UMNO Johor

* 1978 – Ahli Parlimen Pagoh.

* 1982 -Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh

* 1986 – Menteri Besar Johor ke-13

* 1985 – Ahli Majlis Tertinggi UMNO

* 1993 – Menang Naib Presiden UMNO

* 1996 – Gagal pertahankan jawatan Naib Presiden UMNO

* 2000 – Menang semula pemilihan Naib Presiden UMNO, undian ketiga tertinggi.

* 2009 – Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional

* 2016 – Digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO berikutan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

* Jun 2016 – Dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO.

* September 2016 – Antara pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan dilantik sebagai Presiden.

* 13 Julai 2017 – dilantik sebagai Timbalan Presiden dalam struktur baharu Majlis Presiden Pakatan Harapan.

* 22 Ogos 2017 – Dilantik Pengerusi Pakatan Harapan Johor

* 29 Februari 2020 – Diumumkan sebagai Perdana Menteri kelapan

Biodata Tan Sri Muhyiddin Yassin


sumber : Berita Harian