iklan baris

Rahsia Solat Berjemaah Dirungkai Melalui Teori Fizik

5 ulasan:








Seorang Professor Fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki.

Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.
Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.




Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini, tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang.
Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.
Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.

Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.
Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran Professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam. wallahu a’lam


11 Jenis Orang Yang DiDoakan Malaikat

2 ulasan:



Percaya kepada malaikat adalah antara rukun iman . Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.



Kali ini saya ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.  Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:



1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
.


5. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”


6. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”

Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’
.

10. Orang yang sedang makan sahur

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”


Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah… Jom share dengan sahabat anda :)

Maksud / Makna Setiap Bacaan Dalam Solat

Tiada ulasan:





Fokus dan khusyuk didalam sembahyang boleh dicapai jika kita faham akan maksud kalimah yang di baca, baik dimulut atau di dalam hati, disini MediaSerius berkongsi maksud bacaan tersebut untuk rujukan saya sendiri dan juga untuk rakan2 moga kita diberkati Allah selalu.. Amin




Takbiratul-Ihram & Takbir

Allah Maha Besar..
.


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam..


.
Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya..
.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya..
.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian..
.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya..
.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku,angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
.


Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
..

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan keatas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.  Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.  Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.  Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.  Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.  Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.  Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.  Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya

Panduan Lengkap Lulus Peperiksaan MEdSI Bakal Cikgu

Tiada ulasan:







Panduan Lengkap Lulus Peperiksaan MEdSI dan Temuduga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Dikesempatan ini TAHNIAH diucapkan kepada semua calon yang mendapat tawaran menduduki peperiksaan bertulis MEDSI pada 5-7 Januari 2013. Tahniah anda adalah antara yang terpilih diantara ribuan calon yang memohon!


Kementerian Pengajian Tinggi telah mewujudkan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) pada 29 Ogos 2006 melalui Mesyuarat Penyelarasan Kementerian Pengajian Tinggi bagi memenuhi permintaan kerjaya di dalam sektor pendidikan selain melalui program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP).

Malahan Peperiksaan Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) telah diperkenalkan bagi memastikan kualiti guru yang dilahirkan melalui DPLI dan ISMP menepati Standard Guru Malaysia yang telah ditetapkan.

BAHAGIAN SOALAN DALAM PEPERIKSAAN MEDSI

Soalan dalam ujian ini adalah berbentuk psikometrik. Jumlah soalan ialah sebanyak 300 soalan yang perlu dijawab dalam masa 1 jam. Peperiksaan MEdSI mengandungi 300 item yang terbahagi kepada empat instrumen iaitu :

Personaliti (110 item)

Minat Kerjaya (60 item)

Nilai Integriti (60 item)

Kecerdasan Emosi (60 item)

Apakah sebabnya kebanyakan calon-calon guru mengalami keGAGALan dalam temuduga ini?


Baru-baru ini Cikgu Ikhwan ada membuat kajian berkaitan dengan masalah ini. Dalam kajian yang dijalankan, terdapat 15 kajian kes kegagalan calon KPLI, DPLI dan ISMP sepanjang temuduga pendidikan dijalankan.



Ebook Panduan Lulus Peperiksaan MEdSI Untuk DPLI dan ISMP.


Panduan Lulus Peperiksaan MEDSI

Pakej Rujukan Peperiksaan MEDSI ini lengkap kerana mengandungi format lengkap peperiksaan, contoh soalan bertulis serta jawapan dan juga tips-tips lulus dengan jayanya dalam peperiksaan Medsi. Faktor utama keGAGALan calon adalah kerana tidak tahu format soalan.

Jangan lepaskan peluang untuk beli panduan lengkap contoh soalan peperiksaan Medsi ini supaya tidak menyesal kerana jualan E-book ini TERHAD dan akan ditutup pada bila-bila masa. Serta buatlah persediaan untuk menghadapi peperiksaan lebih awal supaya semuanya dapat berjalan dengan lancar.

Rasanya tidak perlu panjang lebar saya huraikan. Lebih baik anda semua dapatkan maklumat lanjut mengenai panduan ini terus di website Cikgu Ikhwan dengan klik  dibawah



atau klik banner dibawah 








p/s : jika anda mempunyai rakan yang bakal menjadi guru , anda boleh lah share link ini kepada rakan anda . kerana mungkin sedikit sebanyak panduan mampu untuk mereka lulus dan peperiksaan MEdsi :)



Teknik Facebook Ads – Teknik Hasilkan Keuntungan Lumayan Dalam Masa Singkat

Tiada ulasan:







Berdasarkan penghasilan produk informasi yang diterbitkan oleh beberapa usahawan Internet tempatan, kebanyakannya berkait rapat dengan medium pengiklanan yang ditawarkan oleh Facebook.

Facebook Ads. Satu daripada faktor utama Facebook Ads menjadi medium pengiklanan popular di Malaysia adalah disebabkan oleh kos. Kos untuk membayar iklan di Facebook jauh lebih murah, berbanding pengiklanan konvensional.




Selain itu, kadar ketepatan sasaran pelanggan juga menyebabkan Facebook Ads ditagih oleh syarikat-syarikat besar. Termasuk Starbucks, Coca-cola, Les Copaque dan ramai lagi.
Dari sudut pemilik bisnes kecil, ini adalah satu peluang keemasan.

Facebook adalah laman web yang bercirikan konsep pengiklanan social reach. Kita boleh terus berinteraksi dengan pelanggan apabila menggunakan Facebook Ads.

Berbeza dengan sumber pengiklanan lain, Facebook Ads lebih mesra dengan rakyat Malaysia.


Berapa Kos Iklan Facebook Ads ?


Pertama, ia bergantung pada jenis pemilihan iklan. Facebook menawarkan dua jenis pemasangan iklan iaitu:

Cost per click (CPC) – Setiap kali iklan itu diklik, kita akan dicaj.
Cost per impression (CPM) – Bayaran adalah untuk 1,000 kali paparan iklan kita di Facebook.


Kedua-duanya mempunyai pro dan kontra. Ia bergantung pada produk yang ingin kita jual serta jumlah sasaran pelanggan. Dalam kes pengiklanan, ia bukan sekadar jumlah manusia yang boleh kita sampaikan mesej bisnes kita.

Pengiklanan menjurus kepada conversion. Yakni perubahan tingkah laku individu yang melihat iklan, kemudian bertukar menjadi pembeli.

Kos pengiklanan menggunakan CPC boleh ditetapkan dari angka RM0.03 untuk satu klik. Manakala untuk CPM, cara yang terbaik untuk mengaut keuntungan dengan kempen jenis ini adalah melakukan kiraan yang spesifik.

Berdasarkan pengalaman peribadi, CPM bukan kempen pengiklanan yang menjadi taruhan. Kempen berbentuk CPC lebih mudah untuk melakukan analisis.


Apa Kelebihan Bisnes Kecil ?


Kos pengiklanan murah, cepat buat untung.

Pengiklanan konvensional ibarat pengiklanan peluru tabur. Kita bayar dalam satu amaun yang besar (sekitar RM10,000) untuk paparkan kepada jutaan rakyat Malaysia. Tetapi kebanyakan masa, kita tidak tahu siapa yang bakal melihat iklan kita.

Berbeza dengan Facebook Ads. Kita bayar dalam satu amaun yang kecil, malah bajet harian juga boleh dikawal. Sebagai contoh, Abu menggunakan Facebook Ads untuk mengiklankan produk Tudung Arianoy.
Dia menggunakan Facebook Ads kerana beliau kekurangan bajet. Kempen pertama beliau bernilai RM0.03 untuk satu klik. Bajet harian pula sudah ditetapkan RM10 sahaja.

Apabila melakukan kajian kiraan, setiap 10 pelawat yang klik, beliau akan memperoleh satu jualan. Satu produk tudung Arianoy untungnya RM10.

Kiraan ringkas adalah seperti berikut:


Kos Pelaburan Iklan:

RM0.03 x 10 klik (RM0.30)

Harga Untung 1 Produk Tudung Arianoy:
RM10

Jumlah Untung Keseluruhan:

RM10 – RM0.30 = RM9.70



Kiraan di atas adalah sekadar gambaran untuk memberikan maklumat tentang kelebihan Facebook Ads
untuk bisnes kecil. Tetapi cuba anda bayangkan dengan modal pelaburan serendah RM0.30 dengan  facebook ads . anda mampu memperolehi RM9.70   berdasarkan contoh penjualan produk diatas.

bayangkan jika anda laburkan 100 kali ganda dari modal permulaan RM0.30 . modal anda baru RM30 untuk facebook ads . dan jika dengan RM0.30 anda mampu mendapat satu sales . bayangkan dengan RM30 pelaburan anda dengan facebook ads anda mampu mendapat 100 sales  yang bermakna jumlah keuntungan anda ada RM970 !!!!

Bagi yang ingin belajar teknik yang betul menggunakan Facebook Ads, klik pada pautan banner di bawah untuk maklumat lanjut: