Berdasarkan penghasilan produk informasi yang diterbitkan oleh beberapa usahawan Internet tempatan, kebanyakannya berkait rapat dengan medium pengiklanan yang ditawarkan oleh Facebook.
Facebook Ads. Satu daripada faktor utama Facebook Ads menjadi medium pengiklanan popular di Malaysia adalah disebabkan oleh kos. Kos untuk membayar iklan di Facebook jauh lebih murah, berbanding pengiklanan konvensional.
Selain itu, kadar ketepatan sasaran pelanggan juga menyebabkan Facebook Ads ditagih oleh syarikat-syarikat besar. Termasuk Starbucks, Coca-cola, Les Copaque dan ramai lagi.
Dari sudut pemilik bisnes kecil, ini adalah satu peluang keemasan.
Facebook adalah laman web yang bercirikan konsep pengiklanan social reach. Kita boleh terus berinteraksi dengan pelanggan apabila menggunakan Facebook Ads.
Berbeza dengan sumber pengiklanan lain, Facebook Ads lebih mesra dengan rakyat Malaysia.
Berapa Kos Iklan Facebook Ads ?
Pertama, ia bergantung pada jenis pemilihan iklan. Facebook menawarkan dua jenis pemasangan iklan iaitu:
Cost per click (CPC) – Setiap kali iklan itu diklik, kita akan dicaj.
Cost per impression (CPM) – Bayaran adalah untuk 1,000 kali paparan iklan kita di Facebook.
Kedua-duanya mempunyai pro dan kontra. Ia bergantung pada produk yang ingin kita jual serta jumlah sasaran pelanggan. Dalam kes pengiklanan, ia bukan sekadar jumlah manusia yang boleh kita sampaikan mesej bisnes kita.
Pengiklanan menjurus kepada conversion. Yakni perubahan tingkah laku individu yang melihat iklan, kemudian bertukar menjadi pembeli.
Kos pengiklanan menggunakan CPC boleh ditetapkan dari angka RM0.03 untuk satu klik. Manakala untuk CPM, cara yang terbaik untuk mengaut keuntungan dengan kempen jenis ini adalah melakukan kiraan yang spesifik.
Berdasarkan pengalaman peribadi, CPM bukan kempen pengiklanan yang menjadi taruhan. Kempen berbentuk CPC lebih mudah untuk melakukan analisis.
Apa Kelebihan Bisnes Kecil ?
Kos pengiklanan murah, cepat buat untung.
Pengiklanan konvensional ibarat pengiklanan peluru tabur. Kita bayar dalam satu amaun yang besar (sekitar RM10,000) untuk paparkan kepada jutaan rakyat Malaysia. Tetapi kebanyakan masa, kita tidak tahu siapa yang bakal melihat iklan kita.
Berbeza dengan Facebook Ads. Kita bayar dalam satu amaun yang kecil, malah bajet harian juga boleh dikawal. Sebagai contoh, Abu menggunakan Facebook Ads untuk mengiklankan produk Tudung Arianoy.
Dia menggunakan Facebook Ads kerana beliau kekurangan bajet. Kempen pertama beliau bernilai RM0.03 untuk satu klik. Bajet harian pula sudah ditetapkan RM10 sahaja.
Apabila melakukan kajian kiraan, setiap 10 pelawat yang klik, beliau akan memperoleh satu jualan. Satu produk tudung Arianoy untungnya RM10.
Kiraan ringkas adalah seperti berikut:
Kos Pelaburan Iklan:
RM0.03 x 10 klik (RM0.30)
Harga Untung 1 Produk Tudung Arianoy:
RM10
Jumlah Untung Keseluruhan:
RM10 – RM0.30 = RM9.70
Kiraan di atas adalah sekadar gambaran untuk memberikan maklumat tentang kelebihan Facebook Ads
untuk bisnes kecil. Tetapi cuba anda bayangkan dengan modal pelaburan serendah RM0.30 dengan facebook ads . anda mampu memperolehi RM9.70 berdasarkan contoh penjualan produk diatas.
bayangkan jika anda laburkan 100 kali ganda dari modal permulaan RM0.30 . modal anda baru RM30 untuk facebook ads . dan jika dengan RM0.30 anda mampu mendapat satu sales . bayangkan dengan RM30 pelaburan anda dengan facebook ads anda mampu mendapat 100 sales yang bermakna jumlah keuntungan anda ada RM970 !!!!
Bagi yang ingin belajar teknik yang betul menggunakan Facebook Ads, klik pada pautan banner di bawah untuk maklumat lanjut:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai