iklan baris

KISAH SEBENAR DISEBALIK APRIL FOOL DAY

KISAH SEBENAR DISEBALIK APRIL FOOL DAY 

Salam sejahtera dan salam pembuka kata. Untuk post kali ini, sy ingin berkongsikan 1 post menarik dan wajib kita tahu mengenai April Fool Day. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita majoritinya anak muda islam kita begitu taksub dengan budaya jahil ini. Namun tahukah anda, disebalik kegilaan kita meraikan April Fool's Day tersingkap peristiwa tragis dan berdarah yang menimpa saudara seislam kita.

Sambutan  April Fool yang diraikan kita  setiap tahun sebenarnya adalah 1 propaganda hina bangsa kafir ini sebagai mmperingati kejayaan mereka membunuh puluhan ribuan nyawa saudara islam kita yang telah ditipu semata2 untuk mendaptakan perlindungan mereka setelah keruntuhan kerajaan islam di Sepanyol yang kerana ditakluk oleh tentera Kristian.

April Fool's Day mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dlm rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang - orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan,telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka telah membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk- penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.

Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang  menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja diSepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Mudah-mudahan dengan perkongsian mengenai fakta sebenar April Fool Day ini akan menyedarkan kita semua.diharapkan anda akan berkongsi kepada rakan, sahabat taulan untuk renungan bersama.

Rujukan : Petikan drpd Risalah Fikrah

Kisah Teladan : Kisah Jibril AS, Kerbau, Kelawar dan Cacing

Pada suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk ciptaan-Nya iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah si kerbau bersyukur telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. lalu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya dan kemudian mula bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar.

Malaikat Jibril AS terus menemui seekor kelawar yang ketika itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian jibril AS mula bertanya kepada si kelawar, "hai kelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelawar. Mendengar jawapan itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.


Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya"

sumber: dipetik daripada koleksi 1001 kisah teladan dalam islam

p/s: terasa diri ni byk dosa dan kekurangan bila pertama kali membaca kisah teladan ini, manusia selalu terjerat dengan hawa nafsu, iman je yang mampu menyekat nafsu manusia dan mengelakkan kita dari menjadi golongan ahli neraka. subhahanallah.

GAMBAR DAN VIDEO PENEMUAN BAHTERA NABI NUH A.S

dalam entri sebelum ini, saya telah berkongsi info mengenai misteri bahtera Nabi Nuh a.s. untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda gambar asli penemuan Bahtera Nabi Nuh oleh sekumpulan penyelidik dan ahli arkeologis dari Turki dan Amerika China.

Sedikit info mengenai saiz bahtera nabi nuh ini. "Noah Ark" berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup utk memuatkan 170 gerabak ketapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak utk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.

berikut merupakan antara gambar-gambar asli penemuan bahtera Nabi Nuh a.s yang terdampar di Gunung Ararat yang dirakamkan oleh para penyelidik.


1)  Berita mengenai Bahtera Nabi Nuh pada 1960


2.Lokasi gambar Bahtera Nabi Nuh






Pengukuran yang dilakukan oleh kumpulan ahli penyelidik




struktur dalaman bahtera Nbi Nuh a.s



gambar bawah : foto yang lebih jelas bahtera Nabi Nuh a.s yang terdampar di Gunung Ararat.



gambar bawah setelah dibersihkan gambar asli bahtera Nabi Nuh a.s yang terdampar di Gunung Ararat.  gambar ini diambil setelah tapak kawasan ini dibersihkan dan dirakamkan oleh penyelidik ketika musim salji.
 


ilustrasi gambaran bahtera Nabi Nuh ketika banjir yang berlaku seperti yang disebut dalam kitab injil dan al-quran.



Video yang dirakamkan oleh ahli arkeologi penemuan Bahtera Nabi Nuh a.s di kawasan pergunungan Ararat





sumber:kaukus.us

MISTERI BAHTERA NABI NUH AS PART 1


Salam sejahtera buat semua pembaca blog ini.  untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai misteri bahtera nabi nuh. entri ini boleh saya katakan sebagai kupasan terlengkap  mengenai bahtera Nabi Nuh hasil dari penelitian saya dan bacaan sy dr pelbagai sumber-sumber yang sahih.

Di sebuah gunung yang sentiasa diselimuti salji yang terletak di Timur Turki, tersembunyi sebuah misteri 'berharga' yang berusia lebih 5000 tahun Peninggalan sejarah yang maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar. Pihak-pihak CIA telah menggunakan satelite dan pesawat 'Stealth' untuk mengambil gambar objek yang terdampar di puncak gunung itu.

Sehingga ke hari ini, hanya beberapa pendaki sahaja yang berjaya sampai ke puncak Gunung Ararat dan berjaya menyaksikan dgn mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yang 'mahaberharga' itu. Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar.


Apa yang masih menjadi tanda tanya, kesemua orang-orang yang berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa pelbagai bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dengan penuh misteri. Hanya semata-mata kerana gambar tersebut. Memang ramai yang telah mengambil gambar kesan sejarah  bahtera Nabi Nuh itu telah mati dengan misteri.


Persoalannya mengapakah 'kuasa-kuasa besar' mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat-tempat rahsia tentera? Mengapa mereka tidak mahu mengesahkan bahawa Bahtera Nabi Nuh benar-benar berada di puncak Gunung Ararat itu? Pada masa yang sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark !  Ianya tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 tahun itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa untuk dibongkar.


Sebenarnya, zaman Nabi Nuh AS dulu tidaklah seprimitif yang kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman tersebut sudah mencapai tahap kemajuan teknologi yang tinggi. Pengetahuan Sains mereka sudah maju pada masa itu. Di kaki Gunung Ararat itu sahaja pun, para arkeologis dan saintis Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yang digunakan utk menyadurkan logam.


Mengikut kiraan ahli astronomi secara berkomputer, Nuh AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C ( sebelum masihi) dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C ( sebelum masihi) Rupa bentuk "The Great Noah Ark' itu sebenarnya tidak sama seperti bentuk kapal laut yang ada di dunia sekarang. Mengikut para pendaki yang pernah melihat "Bahtera Nuh" di puncak Gunung Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yg cukup hebat. "Noah Ark" itu diperbuat daripada spesis kayu purba yang memang sudah tidak wujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, bebentuk 'kotak kasut', tidak cantik, tapi sangat berfungsi.




Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit. Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dengan jari yang digunakan oleh orang-orang zaman dahulu. 1 cubit bersamaan 18 inci, bermakna panjang "Noah Ark" ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi.


Ada juga Para Pengkaji berpendapat, "Noah Ark" berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup utk memuatkan 170 gerabak ketapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak utk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.


Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik/burung, 6300 jenis reptilia, 2500 jenis amfibia yang menaiki The Great Noah Ark itu. Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan. Mengikut seorang pengkaji 'Noah Ark' ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yg terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu. Gunung Ararat ini bukanlah sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yang unik. Antara salah satu keunikan yang terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu.

Gunung Ararat ini merupakan salah satu gunung yang mempunyai kemuncak yang luas di muka bumi ini dan merupakan gunung tertinggi  di Turki. Gunung ini tegak sendirian dengan kemuncak yang dipanggil Ararat Besar dengan ketinggian 16,984 kaki dan bertentangan dengan sebuah lagi puncak gunung yang dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki. dari puncak Gunung Ararat ini pendaki dapat melihat 3 buah negara iaitu "Russia, Iran dan Turki".




peta dan gambar lokasi Gunung Ararat



Keluasan dasar [bawah] Gunung Ararat itu kira-kira 25 batu garis pusat. Garis pusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki. Ketulan-ketulan air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jatuh ke dalam jurang Ahora. Sebuah 'anchor' purba yang besar telah ditemui di Khairouan, Tunisia. Menurut pengkaji, sauh itulah yang digunakan oleh 'Noah Ark' semasa berlabuh di puncak Gunung Ararat.

Menyingkap sejarah ekspidisi pencarian, Sebuah Pasukan pengkaji untuk ekspidisi mencari bahtera Nabi Nuh  pernah dihantar  pada 1917 oleh Kaisar Rusia Tsar Nicholas II dan telah mengirim 150 orang pakar dari pelbagai bidang  untuk mencari dan menyelidiki bahtera Nabi Nuh. ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan untuk sampai ke puncak Gunung Ararat itu. Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui 'Noah Ark' tersebut. Dalam keadaan tergamam, kagum mereka mengambil gambar sebanyak yang mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur saiz 'Noah Ark' dan didapati 'Noah Ark' itu berukuran 500 kaki panjang, 83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [bahagian selebihnya terbenam didalam salji]


Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Maharaja Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Revolusi Bolshevik  (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala 'laporan siasatan' itu masih disimpan atau dimusnahkan.


Tahun 1957, beberapa juruterbang Angkatan Udara Turki sempat menyelidiki puncak Ararat, dan mendapati objek di wilayah Agri menunjukkan bentuk sebuah perahu. Namun, kerana perang dingin Soviet Union dan Amerika Syarikat ketika itu, penemuan itu dilupakan dan dirahsiakan dengan alasan “memelihara kawasan itu dari diketahui oleh mata-mata A.S”, Soviet union telah melarang pesawat setiap negara memasuki di sekitar pegunungan Ararat. Larangan itu akhirnya dimansuhkan pada 1982, dan sejak itu pelbagai pasukan ekspedisi mulai datang ke kekawasan ini untuk membongkar misteri lokasi bahtera Nabi Nuh. namun tidak ada yang mampu membuktikan.


Namun pada 1995, analisis gambar satelit Amerika iaitu Bolsey Taylor mulai memperhatikan objek misteri raksasa di pergunungan ararat. pasukan penyelidik  menghabiskan beberapa tahun lamanya, mengumpulkan sejumlah besar gambar dari satelit, dan mengklasifikasi foto satelit tersebut,


Sekitar tiga tahun lalu pada 2007, seperti ditulis G. Joseph, ahli arkeologi Ron Wyatt dan David Fasold menyatakan telah menemukan pendaratan “Perahu Nabi Nuh”. Penemuan ini menyatakan juga bahwa jejak itu tidak berada di puncak Ararat tetapi sekitar 20 batu dari puncak Ararat, Pergeseran tanah selama ribuan tahun, gempa bumi, adanya gunung baru, dapat mengakibatkan bergesernya lokasi pendaratan tersebut dari puncak gunung Ararat ke posisi sekarang. Lihat gambar berikut, adalah penandaan yang dilakukan oleh para arkelogi.


Pengukuran objek yang ditandai mempunyai altitude 7.546 kaki. Panjangnya, 558 kaki, dan lebarnya 148 kaki. Ukuran tersebut hampir tepat seperti dalam Al-Quran di mana Allah memerintahkan Nabi Nuh untuk membuat suatu perahu yang besar. Di sekitar objek tersebut, juga ditemukan oleh Ron Wyatt sebuah batu besar dengan lubang pahatan.


Mereka percaya bahwa batu tersebut adalah “drogue-stones”, di mana pada zaman dahulu biasanya digunakan pada bahagian belakang perahu besar untuk menstabilkan perahu. Radar dan peralatan mereka menemukan sesuatu yang tidak lazim pada level “iron oxide” atau seperti molekul baja. Struktur baja tersebut setelah dilakukan penelitian bahwa jenis “vessel” ini telah berusia lebih dari 100.000 tahun, dan terbukti bahwa struktur dibuat oleh tangan manusia. Mereka percaya bahwa itu adalah jejak pendaratan perahu Nuh.


p/s : untuk entri selanjutnya saya akan berkongsi gambar2 jumpaan bahtera Nabi Nuh yang  ditemui di kawasan Gunung Ararat beserta video.


updated entri klik untuk lihat  ==> Video dan Gambar Penemuan Bahtera Nabi Nuh A.S

Misteri Pulau Besar Part 2 : Kawasan Menarik dan Kisah Misteri di Sebaliknya

Salam sejahtera dan salam pembuka kata, entri ini merupakan sambungan dari entri sebelumnya mengenai Pulau Besar Melaka, dalam entri kali ni saya ingin berkongsi dengan anda antara tempat-tempat menarik dan kisah-kisah misteri di tempat-tempat tersebut . jombaca ;)


Perigi Tempayan Pecah

Ada pelbagai versi cerita yang dikaitkan dengan perigi ini. Salah satunya mengisahkan seorang nenek tua yang menjadikan tempayan sebagai tempat simpanan harta yang diperolehi nenek itu melalui kerjayanya sebagai bidan dan peniaga ubatan herba di pulau itu. Pada suatu hari, tempayan itu ingin dicuri dan ketika tempayan itu ingin dilarikan, tiba-tiba tempayan itu pecah. Serta-merta harta yang tersimpan dalam tempayan itu bertukar menjadi air dan bekas tempayan itu tertanam sehingga menjadi seperti sebuah perigi.Sehingga kini, ramai yang cuba menyeluk tangan mereka ke dalam perigi itu. Keadaannya memang seperti menyeluk sebuah tempayan. Dahulunya, perigi ini terletak benar-benar di kaki air laut dan rasa airnya seperti air tawar yang telah lama bertakung, tetapi tidak berbau sehingga boleh diminum. Setelah kawasan ini dijadikan padang golf, sebuah binaan batu telah didirikan mengelilingi perigi tempayan ini sehingga menghilangkan rupabentuk asalnya.  Kononnya, ada pengunjung yang berjaya mendapat harta peninggalan nenek itu seperti barang kemas, syiling lama dan sebagainya ketika menyelukkan tangan ke dalam perigi itu. Bagaimanapun, hanya mereka yang ‘bernasib baik’ sahaja yang akan memperolehinya. Sejauhmanakah kebenarannya, wallahu’alam.

Perigi Bunian

Perigi ini terletak di bahagian kanan kawasan Marina Beach Resort dan kedudukannya memang hampir dengan pantai. Terdapat pokok bakau dan juga pokok mengkuang di sekelilingnya. Menurut cerita orang tempatan, perigi ini digelar perigi bunian kerana nelayan yang sering berlindung di kawasan ini ketika cuaca buruk selalu terdengar suara sekumpulan wanita sedang bersuka-ria di perigi itu. Oleh kerana kedudukan perigi itu terletak dalam kawasan perkampungan orang bunian, maka ia didakwa sebagai perigi yang dikuasai orang bunian. Tidak jauh dari kawasan perigi ini pula terdapat sebuah tasik yang dipanggil tasik bunian.


Makam Bersaiz Panjang

Semua makam-makam utama yang terdapat di Pulau Besar dilihat bersaiz panjang dan melebihi ukuran tinggi manusia. Keadaan ini boleh disaksikan pada Makam Sultan Ariffin, 7 Beradik, Sharifah Rodziah, Tok Putih dan lain-lain lagi. Ada pelbagai cerita yang telah dikaitkan dengan saiz makam tersebut. Bagaimanapun, saiz tersebut tidak menjadi sesuatu yang pelik. Ini kerana, orang zaman dahulu memang suka memanjangkan saiz kubur seseorang yang mempunyai nama dalam masyarakat untuk menghargai jasanya dan juga untuk memudahkan generasi akan datang mengenali kubur si mati itu. Keadaan ini juga boleh dilihat pada saiz Makam Tun Teja yang terdapat di Kampung Sempang Pantai, Melaka.

Makam Sultan Aarifeen

Nama sebenar Sultan Aarifeen ialah Sheikh Ismail (qaddasallahu sirrahu). Beliau adalah keturunan yang ke-18 Rasullullah (S.A.W). Sultan Aarifeen As Sayyid Ismail telah dilahirkan pada 17 Rabiul Awal tahun 867H di Baghdad. Bapanya bernama As Sayyid Abdul Qadir dan ibunya bernama As Sayyidah Fatimah.Beliau mempunyai ilmu yang tinggi dalam islam. Menurut riwayat sewaktu beliau ke Madinah menziarah makam Nabi, beliau telah didatangi satu suara yang menyuruh beliau mengembangkan dakwah Islam di kepulauan Jawa.

Sebagai seorang yang taat kepada agama beliau menunaikannya dan beliau telah mengembara dan akhirnya tiba di Pulau Besar bersama-sama dengan 16 orang ahli dalam kumpulannya. Di antara orang yang penting dalam kumpulan itu ialah gurunya Yusuf Siddiq dan saudaranya As Sayyid Ibrahim.Di Pulau Besar dakwahnya telah berkembang luas dan beliau mempunyai pengikut yang sangat ramai. Sultanul Aarifeen telah meninggal dunia pada 17 Rabiul Awal tahun 925H ketika beliau berusia 58 tahun. Selain dari beliau, di situ juga termakam antara 41 hingga 43 orang pengikut-pengikut beliau yang lain. Beliau mempunyai seorang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan.
Sekarang makam Sultanul Aarifeen terus dikunjungi orang ramai. Selain dari niat untuk ziarah mereka juga datang dengan pelbagai hajat.


Tapak kaki Sultan Ariffeen

Tapak kaki ini terletak di dalam kawasan Pusat Latihan IMM. Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa tapak kaki ini adalah kepunyaan Sultan Ariffeen. Manakala tapak kaki kirinya terdapat di Pulau Serimbun.


Perigi di Kaki Pulau

Perigi ini dipercayai digunakan oleh tentera Jepun untuk memancung kepala orang-orang Cina. Kepala yang telah dipancung akan dilemparkan ke dalam perigi ini. Perigi ini tidak pernah digunakan orang sehingga sekarang.Di kawasan sekitar perigi ini merupakan kawasan Panglima Hitam. Wajah serta anggota tubuhnya dipercayai berwarna hitam. Di kawasan ini juga merupakan salah satu tempat yang amat keras terutamanya pada waktu senja. Pernah suatu ketika dahulu sepasang kekasih duduk berdua-duaan di kawasan ini dan wanita tersebut diserang histeria.Sehingga kini, sesiapa sahaja yang bukan muhrim dilarang sama sekali ketika waktu senja duduk berdua-duaan di kawasan ini.


Batu belayar

Sebuah batu yang sederhana besar berbentuk seperti kepala kuda. Batu ini dikatakan pada asalnya terletak di dalam laut. Kemudian ianya terapung-apung di dasar laut dan tersangkut di pulau ini.Dipercayai batu ini juga digunakan oleh 7 beradik untuk mengikat tali kapal mereka sebaik sahaja mereka berlabuh di Pulau Besar ini.Kini batu ini masih jelas kelihatan sebaik sahaja sampai di pulau ini. Ianya terletak berhampiran dengan Jeti Pulau Besar.


Batu Tengkorak

Batu ini terletak di kawasan Pandanusa Golf Club dan berhampiran dengan pantai. Jika dilihat dengan teliti, batu ini seakan-akan menyerupai tengkorak manusia dan terdapat kesan belahan empat segi yang dipercayai telah dibelah oleh orang dahulu kala untuk mendapatkan harta karun di dalamnya. Namun usaha mereka gagal dan mereka menampal semula batu tersebut.Batu ini juga pernah dirancang untuk diletupkan tetapi usaha itu hanyalah sia-sia sahaja kerana batu itu sedikitpun tidak terbuka.Sehingga kini, sesiapa sahaja yang bukan muhrim dilarang sama sekali ketika waktu senja duduk berdua-duaan di kawasan ini.


Keramat Masin Tawar

Sebuah lopak air yang seakan-akan menyerupai perigi lama yang terletak berhampiran dengan pantai. Apabila air laut surut, airnya akan menjadi tawar. Dipercayai suatu ketika dahulu, perigi ini digunakan untuk mendapatkan harta karun. Keramat ini dijaga oleh seorang puteri bunian yang bernama Puteri Nilam.Airnya dikatakan mempunyai pelbagai azimat yang tertentu samada untuk dijadikan minuman, mandi atau untuk dibuat pelaris. Dipercayai juga, jika niat tidak baik kita tidak akan merasai air yang tawar meskipun air laut telah surut.


Istana Bunian

Terletak di tengah-tengah perkampungan bunian. Sebuah kawasan tanah tinggi yang tidak dapat ditolak oleh jentera biasa. Kawasan ini ingin dimajukan oleh pihak Marina Resort tetapi sehingga kini projek itu tidak dapat diteruskan.
Menurut sumber dari pihak pengurusan Marina Resort, jentolak yang ingin menolak jentera tersebut telah meletup sewaktu kerja-kerja meruntuhkan tanah tersebut sehingga menyebabkan pemandunya meninggal dunia.


Perkampungan bunian

Sebuah kawasan yang terdapat di Marina Resort dan dipercayai satu perkampungan orang-orang bunian. Kawasan sebenarnya ingin dimajukan tetapi disebabkan masalah ekonomi dan masalah jerebu yang melanda pada tahun 1997-1999, maka pembinaannya tidak dapat diteruskan.Menurut cerita, sebenarnya terdapat sejumlah 146 buah kampung orang bunian di kawasan Pulau Besar ini tetapi kawasan ketara yang boleh dilihat hanyalah di kawasan Marina Resort ini sahaja.


Pokok disula

Pokok ini terletak di kelab golf. Menurut apa yang telah diceritakan, dahulu terdapat sepasang kekasih sedang bercengkarama di bawah pokok ini. Maka di atas keterlanjuran mereka itu, mereka telah ditangkap dan di sula di bawah pokok tersebut.Jika diamati dengan teliti, kita akan dapati tangan kiri lelaki tersebut sedang memeluk pasangannya di bawah pokok tersebut.


Tasik biawak

Sebuah tasik biasa buatan manusia yang terletak di padang golf. Tasik ini dipenuhi dengan biawak-biawak yang luar biasa besarnya. Biawak-biawak ini singgah di tasik tersebut untuk memakan ikan-ikan yang ada di dalamnya.
Di dalam tasik biawak ini juga terdapatnya batu yang berbentuk tengkorak manusia.


Batu Belah

Sebuah batu besar setinggi 3 meter dan mempunyai rekahan di tengah-tengahnya selebar lebih kurang 35 cm dengan kedalaman sejauh 1.5 meter adalah hasil belahan Panglima Lidah Hitam.Ratusan tahun dahulu, sekumpulan pendekar dan pahlawan menunjukkan kehebatan ilmu masing-masing. Ada yang membelah dan menebang pokok besar dengan sekali cantas dan ada yang membelah bukit dengan sekali imbas dan bermacam-macam lagi. Sehingga pada suatu waktu seorang panglima yang dikenali sebagai Panglima Lidah Hitam merasa tercabar dengan kekuatan kawan-kawannya itu. Beliau menghampiri batu besar tersebut dan menjelirkan lidahnya yang hitam itu lalu membelah batu tersebut.Masyarakat kini datang ke tempat tersebut dengan membawa pelbagai hajat. Mereka akan masuk ke dalam batu tersebut dengan melalui bahu sebelah kiri dan berjalan secara mengiring kemudian apabila sampai di penghujung rekahan capailah dengan tangan kanan.


Keramat Ular


Dipercayai keramat seorang wali Allah yang menjelma sebagai seekor ular sawa. Barang siapa yang bernasib baik, dipercayai akan berjumpa dengan wali Allah tersebut yang membawa guni berisi arang. Apabila sampai di rumah, arang itu akan bertukar menjadi barang yang berharga.Di sekeliling kawasan keramat ular terdapat pokok pandan yang boleh digunakan untuk membuat tikar.


Makam Nisan Satu

Makam ini terletak berhampiran dengan Batu Tengkorak. Keanehannya, makam ini hanya terdapat satu batu nesan sahaja. Ianya dipercayai makam seorang pemuda yang berumur dalam lingkungan umur 18-19 tahun yang sangat kacak dan tampan. Namanya tidak dapat dikenalpasti.


Perigi Nenek Musallimah

Dipercayai nenek yang tertua yang terdapat di Pulau Besar ini. Beliau juga merupakan seorang dukun dan bidan. Air perigi ini mempunyai azimat yang tertentu seperti untuk menyihatkan tubuh badan, pelaris dan boleh juga digunakan sebagai mandi bunga. Perigi ini terletak di dalam kawasan Pusat Latihan IMM dan bersebelahan dengan Chalet 007.


Makam Syarifah Rodziah

Dipercayai Syarifah Rodziah juga adalah antara keturunan Sultan Arifeen. Beliau seorang wanita yang cantik. Beliau juga sangat taat kepada ajaran Islam sehingga di saat-saat akhir hidup beliau, beliau telah mengabdikan diri kepada Allah dengan menyendiri, berwirid dan berzikir. dan ada yang berpendapat beliau ialah wali perempuan . walluahalam.Akhirnya apabila beliau meninggal dunia , beliau telah dikebumikan di bahagian hadapan makam Sultan Arifeen.


Batu Lesung

Batu Lesung atau Batu Putih ini merupakan satu batu yang berbentuk seakan-akan lesung. Untuk sampai ke Batu Lesung, orang ramai terpaksa melalui kawasan batu karang ketika air laut surut .Manakala ketika air laut pasang, orang ramai terpaksa meredah air laut untuk sampai ke Batu Lesung ini. Ianya terletak di tengah-tengah laut. Dikatakan bahawa pokok yang terdapat di tengah-tengah batu lesung tetap sama saiznya walau pun telah bertahun-tahun lamanya

sumber : portal kerjaan negeri melaka, dan mrforum.net

klik sebelah untuk membaca ==> Misteri Pulau Besar Melaka Part 1

p/s : gambar akan sy update kemudian. bnyak lagi tempat menarik dan misteri di Pulau Besar. namun ini antara kawasan yang sering menjadi kunjungan para pelancong. segala misteri di kawasan ini yang terjadi itu semuanya atas kehendak allah S.W.T :)

MISTERI PULAU BESAR MELAKA PART 1

MISTERI PULAU BESAR MELAKA PART 1

mungkin ada diantara anda pernah mendengar dan mungkin ada yang langsung tidak mengetahui tentang kewujudan pulau ini. dan tergerak hati saya untuk search mencari info mengenai pulau yang sering dianggap sebagai antara kawasan misteri dan mistik di Malaysia  dengan pelbagai kejadian dan kisah aneh yang terjadi disini.
 
Meskipun terdapat pelbagai versi dan cerita yang dikaitkan dengan sesuatu kejadian misteri di pulau ini, namun sebagai umat Islam yang beriman pada kekuasaanNya, kita harus sentiasa berhati-hati agar akidah kita sentiasa terpelihara daripada sesuatu perkara yang boleh menyesatkan. untuk entri PART 1, ini saya akan berkongsi mengenai sejarah pulau ini .

terdapat banyak versi mengenai Pulau Besar, namun saya masih ingat lagi arwah atuk saya pernah memberitahu bahawa nama asal atau nama lama Pulau Besar ialah Pulau Pandan dan Gunung Ledang nama lamanya ialah Gunung Daik. dan nama lama ni anda mungkin pernah dengar dalam pantun orang melayu. Namun hasil dari pembacaan saya berdasarkan sumber yang sahih orang terawal yang meneroka dan mendiami Pulau Besar ialah Sheikh Ismail untuk menyebarkan dakwah islam dan makamnya ada di Pulau Besar.

Siapa Sheikh Ismail itu ? Sheikh Ismail dilahirkan pada 17 Rabiul Awwal 867H/1463M di Baghdad dan meninggal dunia di Pulau Besar, Melaka pada 17 Rabiul Awwal 925H/1520M ketika berumur 58 tahun. Beliau adalah cicit kepada Sultan al-Awliyaa Sheikh Abdul Qadir Jilani (470H/1077M – 561H/1166M). Sheikh Abdul Qadir adalah keturunan ke 14 dari Rasulullah s.a.w. Maka Sheikh Ismail adalah keturunan ke 18 dari Rasulullah s.a.w. sumber (Ana Faqir "Menyingkap Misteri Pulau Besar").

Pusat Dakwah Di Gugusan Kepulauan Melayu

Menurut cerita orang-orang terdahulu, Pulau Besar telah mula didiami oleh orang selat atau orang laut pada sekitar tahun 1400 masihi lagi, iaitu sebelum Kerajaan Kesultanan Melayu Malaka ditubuhkan. Sejak ianya diterokai, Pulau Besar sudah pun berperanan sebagai pusat bekalan air bersih kepada para nelayan dan juga pedagang yang melalui Selat Melaka.
Dakwaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan banyak perigi lama yang dianggarkan berusia lebih ratusan tahun di sekeliling pantai Pulau Besar dan kedudukan perigi-perigi itu pula hanya beberapa meter dari kawasan pantai. Pulau Besar dikatakan mempunyai ratusan buah perigi, namun kebanyakkannya sudah tertimbus dan tidak boleh digunakan lagi.


Selain Syeikh Ismail, pulau ini juga didiami Syeikh Yusuf As-Sidiq yang merupakan seorang Guru Sufi yang tinggi ilmunya serta menghafal beribu-ribu hadith Nabi Muhammad SAW. Tidak dapat dipastikan tahun kelahiran beliau namun beliau antara ulama yang turut serta di dalam rombongan Syeikh Ismail. Beliau merupakan guru kepada Syeikh Ismail.

Oleh kerana Pulau Besar sudah terkenal sebagai pusat bekalan air bersih di kalangan pedagang dan pengembara, maka ia telah muncul sebagai tempat yang paling strategik untuk para pendakwah Islam memperkenal dan mengembangkan ajaran Islam. Peranan Pulau Besar sebagai pusat bekalan air bersih turut diakui oleh Ma Huan, seorang pembantu Laksamana Cheng Ho dalam bukunya YING YAI SHENG LAN (1451), yang telah menyebutkan Pulau Besar digelar Pulau Air @ Wu Shu oleh para pedagang China.

Setelah Kesultanan Melayu Melaka terbentuk dan mencapai era kegemilangannya, Pulau Besar terus menjadi tumpuan kapal-kapal pedagang untuk mendapatkan bekalan air dan kayu api sebelum meneruskan pelayaran mereka ke destinasi seterusnya. Lama-kelamaan, Pulau Besar bukan sahaja dikenali sebagai pusat bekalan air bersih, malah ianya turut dikenali sebagai tempat untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama setelah pulau ini didiami ramai pendakwah Islam.

Tempat Tinggal Pendekar dan Hulubalang Silam

Oleh kerana Pulau Besar telah menjadi penempatan orang laut pada waktu dahulu, maka ramai yang telah datang ke pulau ini untuk mempelajari ilmu persilatan daripada guru-guru silat yang mendiami pulau tersebut. Terdapat beberapa nama pendekar besar yang dikatakan mendiami pulau ini seperti Panglima Lidah Hitam, Pendekar 7 Beradik, Tok Janggut dan Tok Putih. selain dijadikan pusat tinjauan perairan Selat Melaka untuk kerajaan silam Melaka, Pulau Besar turut dijadikan tempat untuk merekrut dan melatih hulubalang yang baru. Mungkin juga Laksamana Hang Tuah yang bertugas menjaga armada laut Sultan Melaka selalu datang ke pulau ini untuk mengatur sendiri kedudukan pertahanan negeri Melaka. Sehingga kini pun, Pulau Besar turut dijadikan tempat ‘penamat’ latihan untuk beberapa pertubuhan silat di negara ini.

Di atas puncak bukit Pulau Besar, terdapat seketul batu besar yang terbelah dan dikenali sebagai ‘batu belah’ oleh penduduk tempatan. Bahkan, di beberapa tempat lain juga terdapat beberapa batu yang ‘seolah-olah’ di belah oleh ‘sesuatu alat yang sangat bertenaga’. Penduduk tempatan percaya, batu-batu yang terbelah itu adalah peninggalan pendekar-pendekar lama yang menguji ilmu mereka. Sejauhmanakah kebenaran dakwaan ini, wallahu a’lam.

Pulau Hajat?

Pulau Besar dipercayai telah melahirkan ramai pendakwah Islam yang beraliran Sufi. Setelah mempelajari dan mendalami ilmu agama di Pulau Besar, mereka ini akan keluar berdakwah. Ada yang ke Gugusan Pulau Jawa, Semenanjung Tanah Melayu atau ke tempat lain. Sekali-sekala, mereka kembali ke Pulau Besar dengan membawa sekali para pengikut mereka untuk lebih mendalami ilmu-ilmu agama daripada guru-guru agama yang tinggal di Pulau Besar.
Mereka memanggilnya ‘pulau hajat’ kerana kebetulan, ada hajat-hajat mereka itu yang telah termakbul setelah mereka ‘berdoa’ di pulau ini. Keadaan ini telah menyebabkan semakin ramai yang ingin mencuba nasib mereka di sini sehingga membawa kepada perlakuan syirik dan khurafat seperti meminta dengan kubur, batu dan orang yang telah mati.

sumber : Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) ,  
Ana Faqir "Menyingkap Misteri Pulau Besar")


klik untuk baca sambungan  ===> Misteri Pulau Besar Melaka (Part 2)


p/s: ikuti sambungan misteri pulau besar melaka part 2, dalam entri seterusnya saya akan kongsikan dengan anda antara kawasan menarik dan kisah misteri dikawasan tersebut :)

SELINGAN : LAWAK POLITIK

sekadar selingan : lawak politik yang menggunakan status facebook ;)




p/s : Anwar oh Anwar.. impian yang masih tinggal impian.. tunggulah PRU 2012 nanti.. apa komen korg ? komen la ye :) anyway respect ketokohan Anwar but syg Anwar berpihak pada gagasan pemikiran yang mungkin bakal menghancurkan bangsanya sendiri . fikir2kan lah :)

BENARKAH PINTU NERAKA BERADA DI TURKMENISTAN ?

Untuk entri kali ini, saya nak berkongsikan sebuah misteri dan info yang sangat menarik tentang sebuah kawsan yang di gelarkan "Pintu Neraka".
nama  "Pintu Neraka" telah diberikan oleh penduduk tempatan. jom baca kisah dan misteri  disebaliknya :)

Pintu Neraka Misteri Pintu Neraka di Turkmenistan
Gambar lubang raksasa yang digelar "Pintu Neraka" di Darwaza,

Pintu neraka sering digambarkan dengan suasana api menyala yang sangat mengerikan panasnya. dan untuk pengetahuan anda semua keadaan seperti itulah yang terdapat di sebuah lubang api  di daratan Uzbekistan, Asia Tengah. tetapi dari pencarian saya berdasarkan "google earth" lokasi sebenar lubang yang digelar Pintu Neraka ini  terletak di Darwaza, ditengah-tengah gurun Kara-Kum, Turkmenistan.

Lubang api tersebut berukuran sekitar dua kali padang bola dengan kedalaman lebih dari 30 meter.  Ukurannya tidak sebesar sekarang ini sejak pertama kali “pintu neraka” itu dijumpai oleh manusia pada tahun 1975.


Awalnya ahli geologi menggali dengan alat berat untuk mendapatkan gas asli.namun yang sesuatu yang misteri dan aneh, di lokasi tersebut ditemukan jurang besar di bawah tanah.semua peralatan untuk penggalian itu telah terperosok ke dalam lubang tersebut. Jurang itu dipenuhi dengan gas bumi yang beracun.

Untuk mengelakkan gas beracun didalam lubang trsebut tersebar dan mencemarkan bumi, mereka memutuskan untuk membakarnya. Untuk pengetahuan anda lubang "Pintu Neraka" tersebut telah menyemburkan api seperti gunung berapi dan tetap menyala selama 35 tahun sehingga kini tanpa pernah padam.

Dibawah ni adalah antara gambar Pintu Neraka tersebut



Sehingga kini belum ada penjelasan saintifik tentang apa yang berlaku, dan sehingga kini kekal misteri, walaupun hujan lebat dikawasan ini, namun api  tetap menyala di kawasan lubang "Pintu Neraka" tersebut tanpa pernah padam. dan lebih luar biasanya cahaya api dari "Lubang Neraka" boleh kelihatan sejauh 40 km kerana terletak dikawasan dataran luas. dan sangat sukar untuk sesiapa yang datang untuk berada terlalu dekat dengan kawasan lubang neraka ini, kerana suhu yang sangat tinggi. Apabila waktu malam, tampak semakin jelas dengan cahaya merah kekuningan yang datangnya dari “pintu neraka” tersebut.


p/s: misteri yang tetap kekal misteri . sehingga kini tiada sesiapa pun mampu memberi penjelasan tentang apa yang telah terjadi. dan  persoalannya sampai bila lubang yang digelar Pintu Neraka akan terus mengeluarkan api ?

Misteri Volkswagen Kuning

mungkin ramai antara anda semua pernah melihat volkswagen kuning yang menawan dijalan raya kan ? tapi apa yang saya nak kongsikan harini bukan lah volkswagen kuning the beattles yang menjadi kegilaan ramai. yang nk sy kongsikan hari ni tentang sebuah misteri  volkswagen kuning yang sering mengganggu kenderaan yang melalui lebuh raya utara selatan ( PLUS). kat bawah ni ada kisah misteri disebalik volkswagen kuning ni.. jom baca untuk santapan minda bersama  ==>




Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.

Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin kerap muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.


Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen kuning yang misteri ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.



p/s: so kalau korang melalui kawasan area Jelapang ni, hati-hati la ye.. kalau terserempak dengan kereta volkswagen kuning pada waktu malam, pasang la ayat Al-Quran ke kalau xde baca la ayat-ayat yang patut :) kalau korang ada pengalaman terserempak dengan volkswagen kuning ni boleh ler sharing ye, nnti boleh update lg entri ni :)

JOM TIMBANG BERAT BLOG ANDA DISINI




Salam buat semua pembaca blog redzuan-ridz .Entri kali ni saya nk kongsikan dengan anda tool untuk anda menimbang berat blog anda.sebenarnya berat blog perlu diukur untuk memastikan Blog anda semua tak overwieght dan lembab time nak loading. kalau lembap nk loading orang pun malas nak singgah blog kita.


Ok sedikit info , berat blog di nilai dari segi Size, Load Time dan Avarege Speed per KB. Apa yang perlu anda fokuskan adalah pada saiz kerana nilai terbaik untuk sesebuah blog adalah di bawah paras 100kb dan kalau boleh jgn lebih drpd 150kb.


Bagi Load Time dan Avarege per speed per KB pula, ianya
bergantung pada kelajuan internet anda.Jika blog korg bersaiz lebih dari 150kb, cuba kurangkan beban pada blog.kat bawah ni saya da sediakn tool untuk timbang berat blog isikan je alamat blog diruangan disediakan.





Your domain(s): Isikan alamat website/blog anda dalam 1 baris.(Maksimum 10)




(eg. iwebtool.com)



10 ISTANA DIDUNIA INI YANG DIBINA ATAS LAMBANG CINTA

entri harini  sangat menarik untuk saya kongsikan.searching punya searching, terjumpalah 1 info yang sangat menarik kat website mat salleh yang sy google. jenuh nak translate dan taip dalam bahasa Melayu sebab nak kena susun ayat, tapi demi pembaca setia blog ni, saya kongsikan dengan anda entri ini, 10 istana yang dibina atas lambang cinta. sebenarnya ada 11 tapi satu tu mcm xberkaitan dan saya rasa  tidak layak digolongkan dalam senarai ni, so sy hanya kongsikan 10 sahaja. jom baca apa 10 istana or binaan indah yang dibina atas lambang cinta :)


1.Boldt Castle on Heart Island, New York



Istana ini dibina oleh George Boldt sebagai lambang cintanya kepada isterinya, Louise.Pada hari Valentine 1905 George Boldt memberi isterinya lima hektar tanah dan membina Istana Boldt di sebuah pulau. Setahun sebelum Boldt Castle selesai dibina, isterinya Louise ,41 tahun meninggal dunia.Kerana sedih, George Boldt menghentikan pembinaan istana itu dan tidak pernah kembali ke pulau tersebut.


2. Taj-Mahal di Agra, India

Inilah istana yang paling terkenal diseluruh dunia yang dibina  sebagai lambang cinta. Istana ini telah dibina oleh Shah Jahan untuk isterinya Mumtaz Mahal. Setelah isterinya meninggal dunia beliau terlalu merasa kehilangan isterinya.Akhirnya Shah Jahan telah membina Taj Mahal seperti yang kita lihat pada hari ini.Inilah monumen yang paling indah dan paling megah yang didirikan manusia sebagai lambang cinta yang suci.


3. Swallow’s Nest Castle: “Castle of Love” di Krimea, Ukraine



Pada mulanya istana ini diberi nama Castle of Love dan telah dibina pada tahun 1912. Namun masih belum diketahui siapa yang membina istana ini. Tapi dari pelbagai cerita penduduk tempatan,  tapak asal istana ini adalah bekas tapak bangunan pondok kayu dan akhirnya dibina istana seperti sekarang ini. Kawasan istana ini sering menjadi tempat pasangan bercinta menghabiskan masa.


4. Dobroyd Castle di Todmorden, England

Istana ini dibina oleh John Fileden anak seorang hartawan untuk kekasihnya, Ruth Stanfied, seorang gadis tempatan. Kisahnya bermula apabila, Johnjatuh cinta pada gadis tersebut dn telah melamarnya. Namun si gadis hanya bersedia berkahwin dengan John jika John berjanji dan bersedia membina sebuah istana diatas bukit.Di dalam  bangunan ini banyak terukir simbol nama mereka Yohannes and Ruth, JFR sebagai saksi cint mereka.

5. Kellie’s Castle di Batu Gajah, Malaysia

Kellie’s Castle termasuk bangunan yang tertua di malaysia. Istana ini dibina oleh William Kellie untuk isterinya Agnes Smith. Pembinaanya
dimulakan pada tahun 1915 dengan menggabungkan tiga gaya senibina iaitu Yunani-Romawi, Moor, dan India.

6. Mystery Castle di Phoenix, Arizona


Mystery Castle adalah sebuah istana yang dibina oleh Boyce Gulley untuk isteri dan anak perempuannya. Kisahnya cukup menyedihkan. Boyce Gulley  telah menghidapi  TBC(batuk kering) dan akhirnya beliau telah keluar meninggalkan isteri dan anak perempuannya kerana tidak ingin mereka tahu rahsia penyakitnya dan melihatnya mati .Dengan duit simpanannya yang ada , beliau  telah membeli sebidang tanah dikaki gunung Beliau kemudian menghabiskan masa 16 tahun untuk membina sebuah istana untuk isteri dan anaknya dengan kudratnya sementara menunggu detik kematiannya

7. Coral Castle di Homestead, Florida

Pada awal tahun 1920-an, seorang lelaki bernama Ed Leedskalnin ditinggalkan oleh tunangannya sehari sebelum pernikahan mereka.  akhirnya untuk mengenang masa-masa indah dan cintanya kepada kekasihnya, beliau membina sebuah istana dengan menggunakan batu karang. Leedskalnin bekerja selama 28 tahun dan hanya melakukan di pada malam hari. Dia menyusun batu karang tersebut menjadi sebuah istana dan kerana itulah istana ni diberi nama Coral Castle (Istana Batu Karang).

8. Winchester Mystery House di San Jose, California

Sarah Winchester, janda raja William pemerintah Winchester, percaya bahawa hidupnya terancam dan berada dalam bahaya kerana dihantui oleh hantu dari orang-orang yang dibunuh oleh Pemerintah Winchester.Kerana perasaan takut  beliau telah membina sebuah rumah untuk melindunginya dan juga suaminya agar hidup aman dan hidup selama-lamanya tanpa gangguan roh-roh tersebut.

9. Prasat Phimai di Phimai Hin, Thailand

Legenda dari Pajitt dan Orapima bermula apabila seorang Raja ingin anaknya mencari seorang isteri.Akhirnya si pangeran yang bernama Pangeran Pajitt pergi mencari calon isterinya ke kawasan pedalaman desa selama berbulan-bulan sehingga dia terlihat seorang wanita hamil yang berjaya memikat hatinya.Kerana tidak boleh menikah dengan wanita tersebut kerana berstatus janda(adat orang thai dahulu) maka dia pun ingin bernikah dengan anak dalam kandungan perempuan itu.
Dipendekkan cerita anak tersebut lahir dan diberi nama Orapima. Ketika Orapima, berusia 16 mereka pun saling jatuh cinta tetapi ayahnya  tidak setuju dengan pernikahan mereka.Orapima dan Pajitt melarikan diri ke hutan dan didalam hutan itu, Pangeran Pajitt telah dibunuh oleh seseorang yang inginkan Orapima. Orapima telah membina sebuah tempat suci, Prasat Hin Phimai. Prasat Hin Phimai dibangun, dicat, dan dipahat pada bahagian dalamnya dengan babak kehidupannya ketika bersama dengan Pajitt.



p/s: yang no. 10 nnti sy update, tgh taip yang ke-10 internet breakdown plak,  yang no 10 ialah candi prambanan. xsempat nak saved time taip td. nak search blik lupa nak bookmark webiste mat salleh yang sy dapat info ni.  nk tnya pendapat korg no 8 tu layak ke digolongkan ?

Misteri Penunggu di Penjara Alcatraz : Penjara Paling Berhantu Didunia


untuk entri harini, saya nak kongsikan dengan anda semua tentang Penjara Alcatraz yang sangat terkenal di dunia yang menyimpan pelbagai kisah menyeramkan dan misteri. Penjara ini telah mendapat julukan sebagai "Penjara Paling Berhantu Didunia" dan sering digelar juga sebagai "Pulau Kejahatan" oleh penduduk setempat. jom baca secebisan kisah dan kejadian misteri dan menyeramkan yang direkodkan terjadi di Penjara Alcatraz.



 Alcatraz :penjara yang terletak di tengah pulau


Penjara paling berhantu di dunia sentiasa menyeramkan pengunjung....

HANTU ada di mana-mana di Alcatraz. itulah ungkapan yang sering keluar jika anda bertnanya kepada penduduk di Amerika Syarikat. Jika satu ketika dulu, pulau yang menempatkan banduan ini tidak boleh dihampiri, kini ia ‘membuka pintu’ kepada pelancong yang berminat untuk mengetahui rahsia penghidupan di dalam penjara. Sebagai pulau terpencil, Alcatraz, penjara yang menempatkan paling ramai pembunuh kejam dan penjenayah licik di dunia, kini menjadi antara tempat pelancongan yang perlu dilawati sekiranya berkunjung ke California, Amerika Syarikat.

Juga dikenali sebagai The Rock, Alcatraz, tidak hanya menyimpan kenangan banduan yang pernah menghuni tempat diberi jolokan Penjara Paling Berhantu Di Dunia’ itu, sebaliknya turut diselubungi 1,001 misteri dan kisah menyeramkan.

Sejak menjadi Penjara Persekutuan pada 1934 hingga penutupannya pada 21 Mac 1963, Alcatraz adalah perhentian terakhir bagi 1,576 penjenayah termasuk pembunuh dan kumpulan samseng. Antara yang pernah tinggal di Alcatraz ialah Al Capone, samseng keturunan Itali yang menguasai Chicago dengan darah dan senjata.

“Saya tidak percaya ada hantu. Namun di Alcatraz, suasananya sungguh berbeza. Pada satu malam saya mendengar bunyi gelas berlaga seolah-olah ada parti sedang berlangsung. Tempat ini amat menyeramkan sebaik gelap. Bulu roma sentiasa meremang" kata Al Capone ketika dipenjarakan di Penjara Alcatra.

Seorang lagi pengawal yang pernah bekerja syif malam mengawal penjara itu selama 10 tahun, Erik Novencido, turut mengalami pengalaman menyeramkan. Dia pernah mengambil gambar bilik terapi kejutan elektrik pada waktu malam untuk ditunjukkan pada seorang rakan.

Apabila filem itu selesai diproses, gambar menunjukkan satu muka yang sedang merenung pegawai tersebut. Manakala Mary McClure, 52, bekas anggota paramedik yang bekerja di situ selama 12 tahun, pernah berasa punggungnya dipicit oleh seseorang walaupun ketika itu beliau sedang bertugas seorang diri
Menurut cerita, sel 14D dipercayai antara bilik kurungan yang paling menyeramkan. Pelawat dan pekerja dilaporkan berasa seram sejuk sebaik tiba di sel berkenaan. Kejadian berlaku pada 1940-an apabila seorang banduan yang dikurung di sel 14D menjerit sepanjang malam mengenai satu makhluk dengan mata terbeliak cuba membunuhnya. Keesokan hari, pengawal menemui lelaki itu mati dicekik di dalam sel itu.



gambar di sel penjara Alcatraz yang meyeramkan

Tiada siapa mengaku bertanggungjawab di atas kematian itu. Bagaimanapun, apabila dikira pada keesokan
hari, bilangan banduan terlalu ramai, malah sebahagian pengawal mendakwa melihat banduan yang mati itu di celah tahanan lain, sebelum ia lesap dalam sekelip mata.

Sementara itu, Al Capone yang menghabiskan sisa usianya di Alcatraz dengan kesihatan merosot disebabkan penyakit sifilis, suka bermain banjo, sejenis alat muzik bertali seperti gitar, dengan kumpulan pancaragam penjara. Bimbang dibunuh jika berada di luar sel, Capone diberi kebenaran menghabiskan masa lapang berlatih bermain banjo dalam bilik air.

Menariknya, ia tidak terhenti dengan kematian Capone, sebaliknya seorang renjer mendakwa mendengar muzik banjo dimainkan dalam bilik air.Tidak biasa dengan sejarah Alcatraz, renjer berkenaan tidak mengetahui punca bunyi itu dan mendokumentasikan kejadian aneh berkenaan. Pelawat dan pekerja juga melaporkan pernah mendengar bunyi banjo dimainkan.

Perkara pelik lain yang dialami pelawat dan pekerja penjara itu, termasuk terbau asap tetapi tidak menemui api, bunyi tangisan dan mengerang, berasa seram sejuk di bahagian tertentu, malah ada mendakwa ternampak hantu banduan atau anggota tentera.

sumber : www.prairieghosts.com/gpalcatraz,


p/s :Mungkin ada yang berkata ia cuma mainan perasaan apabila menjejakkan kaki di tempat paling menyeramkan tetapi rasionalnya tetap ada, apatah lagi dengan fizikal Alcatraz itu sendiri yang menyimpan pelbagai kisah duka. anyway jgn lupa komen ye :)

Pentingnya Mencuci Kemaluan( Perkongsian Info)

Apa yang patut dilakukan selepas kita kencing…

mungkin anda semua da fikir bukan2 bila dgr tajuk entri ni. mungkin ada yang rasa lucu,lucah dan kurang selesa bila mendengar tajuk entri ni, tapi entri ni sebenarnya saya nk kongsikan dengan anda pentingnya menjaga kebersihan alat kita ni. Perkongsian ni khas untuk anda semua dan terutama kita yang beragama islam. baca ye kisah dan info yang sy kongsikan ni :)


Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat si polan tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan si polan itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala anu mayat sipolan itu.
Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapat pula berkata-kata, Katanya” Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan” Diselidiki amalan sipolan semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.

 
Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

sumber :

Dr Masitah Adam
Fakulti Perubatan Islam
Sektor Kebahagiaan Rumahtangga


p/s: hope dgn scebis kisah dan info berguna ni akan mmbuat kita lebih peka dgn soal2 seperti ni dan x mmandang remeh. buat mreka2 terutama lelaki ye yang susah sgt nk cuci tuuut  lpas buang air kecil kalau trbca entri ni bolehla ubah tabiat tu. anyway feel free to drop ur comment ok :) 

5 SETEM PALING MAHAL DI DUNIA

seperti tajuk entri diatas, hari ni sy nk kongsikan dengan anda senarai top 5 setem paling mahal didunia. so rasanya tak perlu cerita apa tu setem sebab semua da sedia maklum dengan kegunaan setem. Anda bakal terkejut dengan pendedahan nilai harga setem yang  telah tercatat didunia ni sebagai setem termahal didunia. ramai ingat setem tiada value added( nilai tambah) tapi sebenarnya hobi mengumpul setem ni boleh mendatangkan hasil lumayan. makin lama usia setem dan setem tersebut makin sukar ditemui makin tinggilah nilainya. dibawah ini saya sempat senaraikan top 5 setem termahal didunia ==>


5.Hawaiian Misionaries (0.5 juta USD)


most expensive stamps in the world hawaiian missionaries Top 5 Most Expensive Stamps in the World
Setem Hawaiian Missionaries

Pada tahun 1851, The Hawaiian Missionaries adalah setem pertama yang telah dicetak di Hawaii. Hanya beberapa keping setem ini yang berjaya diselamatkan dan merupakan setem yang sukar ditemui. Bayangkan pada 1851 harga setem ini hanya 2.5 sen dan kini nilai . 0.5 juta USD !!!! dan diseluruh dunia hanya terdapat 16 keping setem asal ini.


4.Benjamin FranklinZ-Grill (1.5 juta USD) .

most expensive stamps in the world franklin z grill Top 5 Most Expensive Stamps in the World
Setem Benjamin Franklin Z-Grill

Setem ini adalah yang paling sukar ditemui dari semua setem yang pernah dicetak di  Amerika Syarikat, Hanya 2 keping setem ini sahaja yang dipercayai sehingga kini masih wujud didunia. bayangkanlah pada tahun 1868 setem "Z-Grill" dijual  pada harga 1 sen je. saya ulang balik hanya 1 sen je setem ni dijual.  dan pada tahun 1988 nilai setem ini adalah sekitar 1.5 juta USD !!!.


3.The Penny Black (2 juta USD)

most expensive stamps in the world the penny black Top 5 Most Expensive Stamps in the World

Penny Black adalah setem berpelekat rasmi pertama di dunia, dan dikeluarkan oleh Kerajaan England pada tarikh 1 Mei 1840 dan mula digunakan pada tarikh 6 Mei. nilai setem ni 2 juta USD !!!, 


2. Three Yellow Skilling ($ 2.7 juta)

most expensive stamps in the world Three skilling yelow1 Top 5 Most Expensive Stamps in the World
Setem Three Skillig Yellow

Three-Skilling Yellow merupakan salah satu setem yang paling sukar ditemui didunia.  Setem ni dipercayai satu-satunya setem yang masih wujud dan selamat daripada koleksi setem ini didunia. The Three-Skilling Yellow,adalah setem salah cetak yang diterbitkan oleh kerajaan Sweden dalam pencetakan pertama pada tahun 1855. Pada tahun 1990 nilai setem ini  mencecah 1 juta USD,  Pada tahun 1996 nilai setem ini dijual pada harga  2.7 juta USD. !!!! kalau convert ke RM hampir cecah RM9 JUTA!!!!


1. British Guyana One Cent Black on Magenta ( 3 juta USD)

most expensive stamps in the world british guyana Top 5 Most Expensive Stamps in the World
Setem British Guyana

Pada tahun 1856 setem ini telah dicetak buat pertama kalinya. The British Guiana One Cent Black on Magenta  adalah di antara setem yang paling sukar ditemui dan paling mahal di dunia. untuk pengetahuan anda setem ini sebenarnya telah dicetak di atas kertas berkualiti rendah dengan Magenta tinta hitam. Setem ini memegang rekod dunia sebagai setem paling mahal didunia.
nilai setem ni 3 juta USD!!!. kalau convert duit Malaysia hampir RM11 juta!!!

sumber : www.worldsbiggests.com , www.worldstampnews.com



p/s : mesti korang baca entri ni mcm sukar nak percaya je kan ? tapi inilah hakikatnya. so mungkin korang boleh start hobi kumpul setem, manala tau ada koleksi setem korang yang dicari 1 hari nanti :) anyway feel free to drop your comment :) 

"PULAU GUNKAJIMA" : PULAU YANG DITINGGALKAN SEPI TANPA PENGHUNI

Harini terasa tertarik untuk berkongsi dengan anda mengenai sebuah pulau di Jepun yang kini ditinggalkan sepi dan dilupakan masyarakat Jepun. Pulau yang dahulunya pernah mencapai populasi kepadatan pendudukyang tertinggi didunia. mungkin anda sendri pun xtau tentang kewujudan pulau ni :) jom baca info pasal pulau ni :)


Pulau Gunkan Jima ini adalah satu daripada 505 pulau tidak berpenghuni yang terletak di kawasan Nagasaki Jepun, sekitar 15 kilometer dari Nagasaki.  Pulau ini dikenali sebagai "Gunkan Jima" atau pulau kapal perang. Pada tahun 1890 syarikat (Mitsubishi) telah membeli pulau tersebut dan memulakan projek untuk mendapatkan batu bara dari dasar laut di sekitar pulau ini. Pada tahun 1916 kawasan pulau ini dibangunkan besar-besaran. sebuah blok apartemen dibangun untuk para pekerja dan juga berfungsi untuk melindungi mereka dari angin taufan. segala kemudahan asas yang moden dan lengap turut dibangunkan. pejabat dan bangunan turut dibina.

Pada tahun 1959, pulau ini telah mencapai kepadatan penduduk dengan 835 orang  untuk per hektar untuk keseluruhan pulau. Antara sebuah populasi paling padat yang pernah terjadi di dunia pada dekad tersebut.

Perusahaan petroleum yang berkembang pada dekat 1960-an telah menggantikan batu arang pada tahun 1960. Akhirnya pada tahun 1974 Mitsubishi secara rasmi mengumumkan penutupan kawasan tersebut, dan akhirnya mengosongkan pulau tersebut.

Pada tahun 2003 pulau ini diambil sebagai latar tempat bagi filem "Battle Royal II" dan telah menjadi ilham untuk sebuah permainan popular "Killer7".

Dibawah merupakan antara gambar-gambar Pulau Gunkanjima, pulau terpencil dan telah ditinggalkan sepi tanpa penghuni :


Gunkanjima deserted forgotten island picture
Panorama sepi lagi menyeramkan Pulau Gunkanjima dari kawasan laut


Gunkanjima deserted forgotten island apartment in gunkanjima picture
Apartmen di Pulau Gunkanjima yang ditinggalkan sepi tanpa penghuni 


Gunkanjima deserted forgotten island wall coast picture
gambar panorama pantai Pulau Gunkan Jima yang dikelilingi tembok


Gunkanjima deserted forgotten island ex room picture
gambar didalam apartmen Pulau Gunkajima



p/s: kalau difikirkan secara logik takkanla pulau ni akan dikosongkan dan ditinggalkan begitu sahaja. mungkin ada misteri disebaliknya yang menyebabkan semua penghuni pulau ni diarahkan berpindah.  pendapat korang apa sebab lain  pulau ni ditinggalkan sepi tanpa penghuni? anyway feel free to drop ur comment ,

10 Jenis Hubungan Pelik Yang Dilakukan Manusia Di Dunia

untuk entri kali ini, sy akan kongsikan dengan semua pembaca setia di blog ini,  mengenai hubungan pelik manusia dengan mahkluk selain manusia. actually da lama sy simpan info ni, cuma x publish kat blog sy mengenai entri ni. harini tergerak hati nk kongsikan utk anda semua, sy sendri rasa jelik dan pelik tentang segelintir manusia di dunia ni,  xsangka ada jugak manusia mcm ni kat muka bumi ni, semua ni yg sy kongsikan realiti yang benar2 berlaku, jom baca 10 hubungan paling pelik dengan info ringkas sebagai perkongsian minda kita bersama. 



Hubungan Manusia dengan Patung
Jun 2009,Dauveed melakukan Upacara Pernikahan dengan Patung yang bernama 'Clara' 

Hubungan Ayah dan Kedua Anak Gadisnya
Hubungan yang dilakukan oleh Lot's dengan 2 anak perempuannya, kononnya hubungan tersebut adalah hubungan yang pertama kali dilakukan di dunia. dan paling mengejutkan 2 anak perempuannya tidak kisah dengan hubungan yang mereka jalinkn dengan bapa mereka.

Hubungan Budak Perempuan dengan Anjing
Jharkand,India Timur terdapat Pernikahan antara Gadis (Mhunda danda Villager) dengan seekor anjing.
Hubungan Manusia dengan Alien

Nejdet Boyanay,Lelaki asal Turki ini mengaku pada tahun 1975 didatangi Makhluk Asing (Alien) ketika sedang tidur.kemudian mereka melakukan hubungan seks dan melangsungkan pernikahan keesokan harinya.

Hubungan Manusia dengan Kuda

Caligula menggangap Kuda sebagai Isterinya dan tidak akan makan malam tanpa kehadiran 'sang isterinya'.

Hubungan Ayah dengan Anak

John Deaves,melakukan hubungan tanpa paksa dengan Anaknya,Jenny 31 dan melahirkan seorang Anak Perempuan Celeste,yang sekaligus menjadi anak ketiga John dan Adik Jenny

Hubungan Perkahwinan Manusia dengan Anjing

Selvakumar terpaksa menikahi seekor anjing setelah ia menderita lumpuh tangan dan kaki akibat dari menyiksa 2 ekor anjing hingga mati.Menurut Bomoh di India,Selvakumar terkena kutukan dari 2 ekor anjing yang disiksanya sehingga mati,mengakibatkan Selvakumar menderita lumpuh tangan dan kaki.Oleh kerana satu-satunya jalan untuk mengobati penyakit tersebut,mau tak mau Selvakumar terpaksa menikahi anjing.

Hubungan Seksual Manusia dengan Kuda

Pada tahun 2005,Kenneth Pinyan mati akibat melakukan hubungan seks dengan kuda.

Hubungan Manusia dengan Dinding/Tembok

Eija-Riitta Berliner-Mauer,Wanita yang jatuh cinta dengan Tembok Berlin seawal umur 7 tahun.Pada tahun 1961,Dimana Tembok Berlin runtuh Eija hampir bunuh diri akibat tertekan.Setelah melakukan Terapi Psikologi selama 1 tahun Eija telah menemui 'kekasih baru' iaitu sebuah Dinding Taman di dekat rumahnya.

Hubungan Manusia dengan Mayat

Carl Tanzler berasal dari Jerman,seringkali mencuri mayat di tanah perkuburan hanya untuk menemaninya berbual dan minum kopi.


p/s: kalau korang rasa pelik aku pun lagi pelik dengan manusia zaman sekarang ni. speechless, xtau la nk ckp apa dah, makin lama makin sesat nafsu manusia ni, sehingga dengan binatang, makhluk, anak sendri, benda pun boleh nk jalinkan hubungan. anyway feel free to drop ur comment sbg tanda appreciate kpd penulis blog ni :)