Harini terasa tertarik untuk berkongsi dengan anda mengenai sebuah pulau di Jepun yang kini ditinggalkan sepi dan dilupakan masyarakat Jepun. Pulau yang dahulunya pernah mencapai populasi kepadatan pendudukyang tertinggi didunia. mungkin anda sendri pun xtau tentang kewujudan pulau ni :) jom baca info pasal pulau ni :)
Pulau Gunkan Jima ini adalah satu daripada 505 pulau tidak berpenghuni yang terletak di kawasan Nagasaki Jepun, sekitar 15 kilometer dari Nagasaki. Pulau ini dikenali sebagai "Gunkan Jima" atau pulau kapal perang. Pada tahun 1890 syarikat (Mitsubishi) telah membeli pulau tersebut dan memulakan projek untuk mendapatkan batu bara dari dasar laut di sekitar pulau ini. Pada tahun 1916 kawasan pulau ini dibangunkan besar-besaran. sebuah blok apartemen dibangun untuk para pekerja dan juga berfungsi untuk melindungi mereka dari angin taufan. segala kemudahan asas yang moden dan lengap turut dibangunkan. pejabat dan bangunan turut dibina.
Pada tahun 1959, pulau ini telah mencapai kepadatan penduduk dengan 835 orang untuk per hektar untuk keseluruhan pulau. Antara sebuah populasi paling padat yang pernah terjadi di dunia pada dekad tersebut.
Perusahaan petroleum yang berkembang pada dekat 1960-an telah menggantikan batu arang pada tahun 1960. Akhirnya pada tahun 1974 Mitsubishi secara rasmi mengumumkan penutupan kawasan tersebut, dan akhirnya mengosongkan pulau tersebut.
Pada tahun 2003 pulau ini diambil sebagai latar tempat bagi filem "Battle Royal II" dan telah menjadi ilham untuk sebuah permainan popular "Killer7".
Dibawah merupakan antara gambar-gambar Pulau Gunkanjima, pulau terpencil dan telah ditinggalkan sepi tanpa penghuni :
p/s: kalau difikirkan secara logik takkanla pulau ni akan dikosongkan dan ditinggalkan begitu sahaja. mungkin ada misteri disebaliknya yang menyebabkan semua penghuni pulau ni diarahkan berpindah. pendapat korang apa sebab lain pulau ni ditinggalkan sepi tanpa penghuni? anyway feel free to drop ur comment ,
huhu~~mmg seram la bro.
BalasPadamnakal rasa lah mybe pulau ni berhantu
ada hantu jipang
hakhakhak
info menarik ni..nakal pn x tahu kewujudan blog ni
hahaha.. mungkin berhantu pulau ni, pic pulau ni nampak sgt mnyeramkan. kalau bg sebijik aprtmen kat pulau ni pun aku pun xnk bro.
BalasPadamhehehe seram plak rasa
BalasPadamemng y beneran ada tuh ko kg da info yang lengkap lg????
BalasPadameee seram lak ai....tp perasan la jgk kn....pulau ni mcm pulau yg dgunakn produksi filem resident evil la....tp mcm jela kot...ke mmg btol pulau ni dorg gne tuk buat filem tu???
BalasPadamsalam...
BalasPadammungkin ke berlaku peristiwa besar sbgmana yg berlaku di loji janakuasa nuklear chernobyl? wallahualam...
kalo ada any info berkenaan peristiwa yg berlaku kat pulau ni secara lebih detail, harap boleh publish. lg menarik. confirm ramai yg nak tahu.
ada zombi la kot. haha
BalasPadamKunfayakun
BalasPadammungkin tsunami...x pon takot tenggelam mcm bndr atlantis..haha..hnye imaginasi..gempa bumi ke..saya pelik kalau ditinggalkan sebegitu sahaja macam mana bangunan-bangunannya boelh ada yang runtuh macam ada rusuhan atau sesuatu bencana berlaku??hurmm....
BalasPadam