iklan baris

Mustafa Kemal Ataturk : Pemimpin Islam Yang Dilaknati Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog redzuan-ridz. dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih. saya mulakan entri kali ini. entri kali ini saya ingin kongsikan kisah benar mengenai seorang pemimpin islam yang  dilaknati Allah s.w.t diatas pembaharuan dan juga pemodenan yang dilakukannya yang jelas ingin menjahanamkan dan melenyapkan islam. Siapa tidak kenal dengan Mustafa Kamal Ataturk . Beliau ini telah digelar sebagai Bapa Pemodenan Turki dan namanya terkenal diseluruh dunia baik di dunia islam mahupun barat. Beliau ini telah mencetuskan gerakan turki Muda dan akhirnya telah berjaya menjatuhkan institusi kekhalifahan Uthmaniyah pada 1923.  Namun kenaikannya bukan menyatukan umat islam tetapi sebaliknya menjadi tali barut agen laknatullah dalam menghancurkan islam.





Sejarah dan Latar Belakang Kemal Atartuk


Mustafa Kemal Ataturk  diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). nama Kemal diberikan oleh guru-gurunya semasa di sekolah, dan kalimah Ataturk yang bermaksud “Bapa Turki” pula diberikan sejurus selepas kejayaan beliau menghapuskan khilafah Othmaniyyah dengan sebuah pemerintahan sekular republik  Ataturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam -Turki pada tahun 1343H (1924M).Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan kerajaan dinasti Uthmaniyyah.

Sejarah telah membuktikan rekod buruk Mustafa ini dari sejak kecil lagi. Ada yang berpendapat Mustafa ini adalah seorang anak luar nikah yang telah diprogramkan oleh Yahudi untuk meruntuhkan Islam dan berkemungkinan bapa beliau adalah seorang Yahudi Donme iaitu Ali Riza suami kepada Zubeyde (Zubaidah). Ali Riza pula terkenal pula dengan sikapnya yang kuat minum arak dan terlibat di dalam angkatan tentera, selalu meninggalkan isterinya dan beliaulah yang bertanggungjawab menanamkan fahaman sekular kepada anaknya. Sejak Mustafa kecil lagi beliau ingin anaknya dididik dengan sistem barat dan mempersiapkan diri dengan ideologi-ideologi sekular. 

Ketika Mustafa Kemal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, beliau telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.


Keburukan Mustafa semakin terserlah apabila beliau tidak berminat dengan didikan agama dan beliau sering menentang serta membenci guru-guru agamanya di sekolah dan sebaliknya pula beliau cukup berminat dengan cara pendidikan barat, maka tidak hairanlah sekiranya beliau pernah mendapat pendidikan khas dari gereja Kristian selepas kematian bapanya yang diserang penyakit istentinal tuberculosis. 

Disini bermulanya usaha Kemal Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengingatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.Akhirnya pada tahun 1922, di zaman pemerintahan Sultan Mohammad IV sistem kesultanan dimansuhkan walaupun Sultan Abdul Majid masih lagi kekal di atas takhta sebagai boneka selepas pemansuhan sistem tersebut. ‘Republik Turki’ yang diimpikan oleh Ataturk telah dilaksanakan dengan rasminya pada tahun 1923 dan Ataturk telah menjadi ketua negara yang pertama pada 20 Oktober 1923. Dengan terlantiknya pemimpin sekular agung ini, maka dengan rasminya sistem khalifah tidak dibenarkan lagi beroperasi di Turki pada 3 Mac 1924. Dengan itu berakhirlah sebuah Daulah Islam yang agung yang menjadi benteng umat islam diseluruh dunia ketika itu dimana telah  digantikan dengan sebuah Daulah Sekular di bawah kepimpinan  si laknatullah Mustafa Kemal Ataturk




Khalifah dinasti Utmaniyah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh Laknatullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini..

Di antara pembaharuan dan pemodenan besar yang dilakukan selain daripada menghapuskan sistem kekhalifahan Islamiah ialah :

 a) Menandatangani Perjanjian Luzan

Pada awal abad ke-20 masihi, Mustafa Kamal Atartuk menandatangani satu perjanjian dengan Inggeris dan kuasa bersekutu barat. Dalam perjanjian tersebut, terdapat empat syarat penting yang perlu di patuhi oleh beliau iaitu:

 Sistem Khalifah Islamiah mesti dihapuskan

Mengeluarkan atau menghapus sesiapa sahaja penyokong Khalifah dan pejuang Islam dari bumi Turki .Mengguna pakai perlembagaan Turki baru (yang sekular) sebagai ganti kepada perlembagaan Turki lama (yang mengikut syariat Islam).Jika dilihat kepada syarat-syarat perjanjian di atas jelas sekali beliau adalah anti ajaran Islam. Beliau cuba menghapuskan sistem Khalifah Islamiah yang telah wujud sejak dari zaman khulafa ar-rasyidin lagi dan tidak mahu melaksanakan syariat Islam dalam urusan pemerintahan Negara dan sekaligus mahu melaksanakan system pemerintahan sekular ciptaan barat Kristian. dan akhirnya daulah islamiah yang tegak berdiri akhirnya runtuh.


b) Menukar Peraturan Syariat Islam Dengan Undang-undang Barat

Setelah berkuasa, Mustafa Kamal menukar undang-undang syariat Islam dengan undang-undang Barat sedikit demi sedikit, iaitu di ambil undang-undang sivil dari Switzerland, undang-undang jinayah dari Itali, undang-undang perundangan dari Jerman dan lain-lain lagi. Apa yang dilakukan adalah satu usaha kearah mahu melaksanakan kehendak perjanjian Luzan dan bagi menghalang syariat Islam dari dilaksanakan di dalam system pemerintahan Turki.

 c) Memisah Dan Mengasingkan Urusan Agama Dengan Politik Dan Negara

Mustafa Kamal merupakan seorang pemimpin Negara Islam pertama yang melakukan pemisahan antara agama dan politik. Bagi menjayakan pemisahan itu, beliau pernah menyebut “Tidak ada politik dalam agama dan tidak ada agama dalam politik” Ini bererti beliau telah menerima dan malaksanakan fahaman sekular yang di ambil dari barat dalam sistem pemerintahannya. Sistem itu memang bercanggah dengan ajaran Islam. Islam satu-satunya agama yang lengkap dan sempurna, ajarannya melipuli segala urusan hidup manusia di dunia dan akhirat. Ajarannya meliputi perkara-perkara akidah, syariat dan akhlak. Ajaran Islam tidak ada pemisahan antara agama dan politik Nabi S.A.W, para sahabat, para ulama dan lain-lain lagi. Semuanya menghayati keseluruhan ajaran agama yang merangkumi ketiga-tiga perkara pokok diatas. Mereka juga kuat beribadat, berpolitik, berniaga, belajar, bersukan dan lain-lain lagi.

d) Azan ditukarkan ke dalam Bahasa Turki

Setelah Mustafa Kemal Atartuk berkuasa di Turki, beliau mengeluarkan perintah kapada semua rakyat Turki Islam supaya azan dilakukan dalam bahasa Turki, iaitu ditukar azan dari bahasa Arab kepada bahasa Turki. Sedangkan azan disyariatkan oleh Rasullah S.A.W dalam bahasa Arab sebagaimana yang kita ketahui. Syariat ini berjalan semenjak dahulu sampai sekarang dan seterusnya sampai ke hari kiamat. Azan tidak boleh digunakan dalam bahasa lain selain bahasa Arab. Walaupun begitu Mustafa memaksa rakyat melakukan azan dalam bahasa Turki. Namun begitu dibeberapa tempat pedalaman umat Islam yang yakin kepada Islam tetap melakukan azan dalam bahasa Arab secara senyap-senyap bagi mengelak dari di ketahui oleh pihak berkuasa.

e) Al-Quran Dicetak Dalam Bahasa Turki

Bukan sahaja azan dipaksa supaya dilakukan dalam bahasa Turki, bahkan dipaksa supaya al-Quran dicetak dalam bahasa Turki dengan mengguna tulisan rumi. Beliau tidak mahu al-Quran ditulis dan dicetak dalam bahasa Arab sebagaimana ia diturunkan. Tindakan beliau ini merupakan satu jenayah besar dilakukan oleh beliau. Ulama Islam dahulu dan sekarang sepakat mengharamkan al-Quran ditulis dalam tulisan selain bahasa Arab.


f) Memaksa Perempuan Membuka Atau Mendedahkan Aurat.

Bagi membaratkan muslimat Turki dan menjauhkan mereka dari ajaran Islam yang sebenar, Mustafa Kamal memaksa mereka membuka hijab, mengharamkan pemakaian tudung. tetapi beliau mengalakkan wanita islam mendedahkan aurat, mendedahkan kepala dan menggalakkan memakai pakaian ala wanita barat. Manakala kaum lelaki dilarang memakai tarbus, serban dan dipaksa memakai topi keras seperti yang dipakai oleh orang barat Kristian. Dengan lama kelamaan rakyat Turki terus memakai pakaian seperti itu sehingga mereka seolah-olah orang barat.


g) Ditukar Hari Cuti Umum Kepada Hari Ahad

Kalau sebelum itu seluruh Negara Islam menjadikan cuti umum pada hari Jumaat, Mustafa Kamal merupakan pemimpin Islam pertama yang menukarkan cuti tersebut kepada hari Ahad sama seperti cuti di negera-negera barat Kristian. Perubahan yang dilakukan ini jelas kepada kita bahawa beliau ingin mengikut barat dan anti Islam. Itu adanya agenda beliau yang tersendiri yang sedikit sebanyak cuba menarik umat Islam Turki meniru gaya barat. Selain itu beliau juga menukar kalendar tahun Hijrah kepada kelendar tahun Masihi seperti yang diamalkan di barat. Kemudian lama-kelamaan umat Islam Turki lupa tahun Hijrah dan lupa cuti umum hari Jumaat. Akhirnya mereka lebih mesra dengan menggunakan cuti hari Ahad dan mengikut kalendar tahun Masihi sehingga ke hari ini.

lihat sahaja gambar diatas uniform yang dipakai laknatullah ini terdapat logo lambang salib


lain-lain pembaharuan atau dosa  yang dilakukan Kamal Atartuk

* Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin
* Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat
* Menghapuskan Kementerian Wakaf dan menghapuskan kementerian Perundangan Syariah.
* Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
* Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
* Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
* Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
* Agama Islam telah digugurkan sebagai agama rasmi negara.

Setelah Ataturk berjaya mensekularkan bumi Othmaniyah , banyak pula ulamak yang masih teguh dengan amalan-amalan mereka dibunuh terutama ulamak –ulamak sufi dari pelbagai tareqat contohnya, halaqah-halaqah tareqat Naqsyabandiah, Qadiriyah dan Ghazaliah, mereka dianggap seperti kumpulan rahsia yang merancang untuk menjatuhkannya daripada tampuk pemerintahan. Ini dapat dilihat sepertimana kata-kata beliau di dalam sebuah buku yang bertajuk “Ataturk’s Republic of Culture yang boleh didapati di mana-mana kedutaan Turki yang mana beliau telah menyatakan bahawa republik Turki tidak akan didiami oleh sheikh-sheikh dan ahli-ahli tareqat yang bersangkut paut dengan alam kerohanian. Dengan kuasa yang ada, Ataturk telah membuat dasar pelaksanaan negara melalui ideologi Kemalismanya yang jauh menyimpang dari ajaran Islam.

Demikianlah jika tidak keterlaluan saya katakan  adalah dosa-dosa yang dilakukan oleh Ataturk. Perubahan yang dilakukan Ataturk jelas bersifat sekular dimana seolah-olah ingin melenyapkan sinar Islam di bumi Turki sewaktu beliau berkuasa memerintah Turki. Perubahan-perubahan  yang disebut di atas itu kemudiannya disambung lagi oleh pengganti beliau silih berganti sehingga akhirnya jadilah Turki sebuah negara sekular dan rakyatnya juga turut menghayati sistem atau fahaman tersebut sama seperti masyarakat barat sehingga mereka jauh dari ajaran Islam yang sebenar.




Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Allah itu maha adil, di saat kematian Kemal Atartuk, Allah telah datangkan beberapa azab  penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tidak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. antaranya didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan, sakit jantung, penyakit darah tinggi, merasa panas sepanjang masa dan tidak pernah merasa sejuk bahkan sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau

Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).


Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

inilah makam Mustafa Kemal Ataturk yang hanya dikebumikan dicelah timbunan batu marmar kerana jasadnya tidak diterima bumi Allah

Inilah rentetan kisah sebenar Mustafa Kamal Attartuk yang membelakangi Islam dan Allah dan dalam masa yang sama ingin menjahanamkan islam !! tetapi Allah s.w.t itu maha berkuasa dan maha adil diatas setiap dosa-dosa yang dilakukan oleh Kemal Ataturk si laknatullah yang memusuhi dan ingin melenyapkan sinar islam dari muka bumi ini.  Berdasarkan keterangan di atas, benarlah bahawa Ataturk yang dikatakan Bapa Pemodenan Turki itu bukanlah seorang wira anak bangsa, bahkan beliau lebih zalim daripada segelintir sultan-sultan terakhir Othmaniyah. Akhirnya pada 10 November 1938, Ataturk telah dicabut nyawanya dengan azab yang amat dahsyat sekali. Cara kematian yang Allah datangkan pada Ataturk ini, sama seperti yang Allah lakukan kepada pemimpin-pemimpin zalim terdahulu, seperti Firaun dan Namrud. Allah hanya menggunakan air laut untuk menenggelamkan Firaun dan seekor nyamuk untuk membunuh Namrud.

nota tambahan dari saya :

H.S. Armstrong, antara salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi’bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis:


Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.’

Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluaga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M).Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Bani Israel.Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.

p/s : untuk rujukan bacaan anda boleh baca buku Tamadun Islam tulisan mahyudin haji yahya dan dalam buku TITAS ( Tamadun Islam Tamadun Asia)  ada menyentuh mengenai pembaharuan yang dilakukan oleh Kemal Atartuk dan juga mengenai gerakan turki muda.

dan untuk further reading  saya syorkan anda baca buku ini ==>  'Kamal Ataturk : ideologi dan kesannya ke atas rakyat Turki ' .  ada 1 copied di library UM.

100 ulasan:

  1. sejak dari sekolah sy ingin mengetahui ttg laknatullah ni..alhamdulillah..trmksh untuk infomasi ini..:)

    BalasPadam
  2. jika banyak mereka yang sedimikian di bumi islam pada zaman ini ...maka kiamat lh dunia

    BalasPadam
  3. baru jugak tau pasal mustafa kemal ni.nway tq for the infmation:)

    BalasPadam
  4. Tolong buang "Islam" dari tajuk cerita sebab Msutafa Kamal bukan Islam tapi Yahudi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beliau bangsa yahudi yg bragama islam

      Padam
    2. Yahudi yang b0d0h

      Padam
    3. Yahudi daunamah...

      Padam
    4. Jika begitu... KA L ni.. spesis Abdullah Ubai ....

      Padam
  5. dah lama nak cari pasal dia nyh. Thanks :)

    BalasPadam
  6. Bismillah.. Saya sharekan blog saudara di FB saya.

    https://www.facebook.com/nor.abdullah.982/posts/280916128682700

    BalasPadam
  7. kita bukanlah permulaan kepada perjuangan,dan kita bukanlah penakhiran kepada perjuangan tetapi kita adalah penerus kepada perjuangan,jadi kita mestilah menyambung perjuangan para nabi,sahabat,ulama,syuhada maupun aulia untuk menegakkan islam

    BalasPadam
  8. syukran, saya baru tahu hari ni kat sekolah dan terus buka. informasi yang diberi sangat baik .sama2lah kita ambil pengajaran dan berubah pada yg baik.bulan ramadhan penuh berkah,kta slalulh muhasabah diri antara satu sama lain.semoga kita mnjadi hamba allah yg di rahmati olehnya. amin ya rabbal alamin........

    BalasPadam
  9. syukran, sama2lah kta ambil iktibar.dan smoga dlm bln yg penuh berkah ini kta muhasabah diri antara satu sama lain.semoga kita smua mndpt rahmat dan keredhaan drpd allah.

    BalasPadam
  10. thank 4 this info...semoga Allah tidak memberi bala sebegini kpd kita semua.....amin

    BalasPadam
  11. Terima kasih atas maklumat yang diberi...

    BalasPadam
  12. thanks sebab bagi maklumat pasal pemimpin yang 'spoil'...

    BalasPadam
  13. SubhanALLAH...Maha Besar KekuasaanNYA..meliputi langit&bumi,serta alam semesta ini..milikNYA jualah segala-galanya..sewajarnya cerita ini harus diceritakan dan wajib menjadi topik penting dlm matapelajaran sejarah disekolah-sekolah,semoga golongan-golongan muda ini sedar betapa AGUNGNYA ALLAH s.w.t

    BalasPadam
  14. so ubahlah cuti hari ahad kepada hari jumaat sepeti di terengganu,kelantan dan kedah sebagaimana zaman kegemilangan islam terdahulu..
    fikir-fikirkan bersama...ideologi barat banyak erosakkan islam melalui perkara yang dianggap remeh oleh umat islam skrg

    BalasPadam
  15. amik lh iktibar dari cerita ni

    BalasPadam
  16. hm.. patut la kebanyakkan org2 turki smpi skrg tak tau sejadah... (walopn mereka mengaku Islam, hny pd nama...) tlah ditanam dgn mentaliti sebegini... Na'uzubillah.. M'sia jgn mcm nie... :)

    BalasPadam
  17. Terima kasih atas info yang berguna ini..

    BalasPadam
  18. saya baru tahu ternyata Mustafa musuh Islam. Mulanya saya pernah dengar pasal Mustafa Kemal Ataturk. Selepas saya lihat maklumat lebih dalam lagi. Dari laman ini saya melihat siapa Mustafa yang sebenar. Ternyata dia keturunan Yahudi! Banyak Orang Yahudi yang mendapat laknatullah dari Allah seperti dia.

    BalasPadam
  19. Wong jovo,Johor,kepada para sahabat yang menghayati kisah ini,marilah kita jadikan kisah ini sebagai sempadan dalam mengharungi kehidupan dialam fana ini.Muga pengajaran yang kita perolehi ini memberi kita kekuatan dan tahu mensyukuri nikmat Allah.

    BalasPadam
  20. Subhanalloh Bagus ..bs jd pencerahan ummat islam

    BalasPadam
  21. allah maha adil..laknatullah ni da tkena dgan ape yg die bt dlu..

    BalasPadam
  22. subhanallah.... Allah Maha Adil... cara dia mati mmg sesuai sgt....

    BalasPadam
    Balasan
    1. subhanallah..alhamdulillah walailahaillallah..wallahuakbar..jdkan pengajaran buat kita semua..

      Padam
  23. Klu nk tau kisah mustafa kamal ni spenuhnya bley la beli buku yg brtajuk Mustafa Jamal Atatürk "penegak agenda yahudi" tulisan Abdul Latip Talib..

    BalasPadam
  24. Nampak gaya macam ada pemimpin Malaysia yg cuba nak pisahkan agam dari politik, . . . .

    moga-moga dijauhkan, . . . .

    BalasPadam
  25. as'salam admin...
    saya mohon utk share bersama2 rakan kelas yg lain... semoga admin beroleh rahmat hasil berkongsian ini..amin...

    BalasPadam
  26. As'Salam Admin...

    saya mohon utk kongsi bersama2 dgn rakan2 kelas yg lain... semoga admin beroleh rahmat Allah hasil perkongsian murni ini.... amin...

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum

    Alhamdulillah.... Terima kasih atas perkongsian informasi. Saya baru sudah membaca mengenai keperitan Sultan Muhammad Al-Fateh berjuang untuk menakluki Empayar Constantinople (Islambol/Istanbul) - Rom Kristian Ortodox...Rasa benci yg teramat sangat dengan Kemal Ataturk LAKNATULLAH!

    Alhamdulillah.... saya baru juga pulang dari menziarahi tapak-tapak sejarah diTurki... Subhanallah!

    Mudah2an Allah jauh kan kita dari pasukan pemimpin yang cuba menukar status Malaysia kepada REPUBLIK. (Ya Allah...Jauhkan nasib negara kami seperti negara Turki / negara jiran kami..Amin)

    Doa dari Isteri dan Ibu kpd 5 khalifah Allah..... Taqabballah...

    BalasPadam
  28. alhamdulillah ada penceraha terima kasih, salam dari indonesia, wassalam....

    BalasPadam
  29. mohon untuk diletak dalam blog saya..=)

    BalasPadam
  30. sesungguhnya dengan nama ALLAH, acuan politik UMNO adalah sekular. sebab antara ciri utama nya ialah, menolak hukum ALLAH. menolak perlaksanaan hukum hudud.

    BalasPadam
  31. akhirnya jumpak jugak manusia laknatullah yang diceritakan oleh senior-senior dan kawan-kawan. terima kasih banyak-banyak.

    BalasPadam
  32. Info sangat bermanfaat ,, jadi tahu kisah sebenarnya ,,,

    BalasPadam
  33. mohon saya share info ni di blog saya yerr.. :)

    BalasPadam
  34. Dia ni pengasas sistem demokrasi kan ?

    BalasPadam
  35. terima kasih. saya betul2 tercari2 kisah si laknatuallah ini. saya harap ilmu sejarah dalam diri saya akan berkembang. tak kiralah sejarah jenis apa2 pun. Apa nak jadilah si laknatuallah mustaa kemal ataturk. saya harap tiadalah pemimpin macam itu lagi. Aammiin.

    BalasPadam
  36. subhanallah ana jadi lebih paham setelah membacanya semoga kit asemua bisa mengambil hikmat dari setelah membacanya

    BalasPadam
  37. Thnks..baru tau siapa sbnrnya Mustafa Kemal ni

    BalasPadam
  38. Terima kasih.. Ia menambah pengetahuan baru buat saya..

    BalasPadam
  39. Empayar Ottoman jatuh BUKAN kerana Kemal Atartuk. Empayar Ottoman dikenali sebagai "sick man of Europe" dalam kurun akhir hayatnya kerana masalah dalaman. Sebaik tamatnya Perang Dunia I, Istanbul dan bandar besar lain spt Izmir di Anatolia telah jatuh ketangan tentera musuh (Kristian) yang diketuai British dan France (dikenali sbg Tentera Bersekutu). Sebelum itu, Greece dengan bantuan Italy, negara-negara Balkan dengan bantuan Russia, Mesir, Libya dan negara Teluk dengan bantuan British dan France masing-masing berperang dan berjaya menuntut kemerdekaan daripada Empayar Ottoman. Malahan banyak wilayah asal Ottoman telah mula ditakluki tentera bersekutu. Katakanlah itu polisi "divide and rule" tapi yang pasti Kristian berjaya menghancurkan Ottoman. Kalau tiada kepimpinan Kemal Attartuk dengan tenteranya sudah pasti tiada negara Turki seperti hari ini, jangan kata nak wujud Empayar Ottoman. Orang-orang Arab TIDAK pernah menghiktiraf khalifah Ottoman tetapi hanya mengiktiraf Sultan Ottoman. Sebaik khalifah Ottoman terkhir, Abdulmecit II diakhiri mandatnya, orang-orang Arab melantik khalifah dari kalangan mereka.

    Hari ini rakyat Turki menyanjung Kemal Attartuk sebagai pengasas Turki moden. Mereka lebih berhak memberi penghormatan sedemikian berbanding kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lancau,ale uto kamal al firaun ni x perlu d beri hormat lgsung,sdgkan bumi x terima mayatnye...org yg sanjung maka tergolong dlm golongan pembenci islam

      Padam
  40. Empayar Ottoman telah runtuh sebelum Kemal Attartuk berkuasa. Malahan Istanbul, Izmit dan beberapa bandar lain telah pun ditawan tentera bersekutu (British dan France) sebaik tamatnya Perang Dunia I. Kamal Attartuk dan tenteranya berjaya menwan balik bandar-bandar tersebut dan akhirnya menubuhkan Turkeye yang kita kenal hari ini.

    Tentulah sebagai kaum muda pada zaman itu Kamal Attartuk dan pengikutnya melihat kekalahan Ottoman disebabkan kepincangan pelaksanaan pemerintahan Ottoman yang diketuai Sultan/Khalifah. Memang Attartuk menjadikan saki baki bumi yang diperintah Ottoman sebagai Turkeye yang sekular tetapi itu jauh lebih baik jika dibandingkan semua bumi tersebut menjadi tanah jajahan Britrish atau France yang di Kristiankan. Sampai sekarang bumi bekas jajahan Ottoman seperti Greece, Bulgaria, Armenia, Albania, negara-negara Balkan (kecuali Bosnia), malahan Cyprus Selatan kekal Kristian. Di Istanbul terdapat lebih 2000 cami dan mescit melaungkan azan untuk 15 juta penduduknya solat jika mereka mahu. 97% penduduk Turkeye masih mengaku mereka beragama Islam.

    Rakyat Turkeye melihat Attartuk sebagai penyelamat negara mereka. Merekalah yang lebih berhak menyatakan sanjungan sedemikian.

    BalasPadam
  41. subhanaAllah .. perancangan Allah melebihi segala2 nya ...

    BalasPadam
  42. Kalau anda baca balek sejarah kemal atartuk. Di yg sebenarnya yg menyelamatkan turkey dari kehancuran. Tentera greek british french semua menyerang turkey. Barat hendak menghancurkan empayer islam. Mereka hendak mengkristiankan setiap tempat islam. Tapi kemal atatuk yg menyelamatkan dari turkey di serang. Sultan turkey pada waktu itu hanya boneka british yg tinggal di istanbul manakala kemal atartuk menubuhkan kerajaan di ankara. Tanpa kemal atartuk bumi turkey pasti hancur. Mungkin dia fahaman sekular.tapi awak tak boleh menyatakan yang kemal atartuk bukan orang islam. Awak bukan tinggal di era yang sama. Awak tak boleh nyatakan yg kemal atartuk di laknat allah. Awak bukan tuhan. Awak tu dah cukup tak amal ibadat... jangan asal boleh menghukum. Cuma allah yang boleh menghukum. Saya rasa awak maseh mentah dalam sejarah. Saya seorang sejarahwan. Awak mengkaji hanya berdasarkan infomasi. Saya mengkaji bedasarkan infomasi dan bukti bukti yang kukuh. Yang pembaca lain yang tak tahu sejarah hanya menjadi ikut ikutan. Sepatutnya kaji sejarah turkey lebih mendalam. Sekian.

    BalasPadam
  43. Kalau anda baca balek sejarah kemal atartuk. Di yg sebenarnya yg menyelamatkan turkey dari kehancuran. Tentera greek british french semua menyerang turkey. Barat hendak menghancurkan empayer islam. Mereka hendak mengkristiankan setiap tempat islam. Tapi kemal atatuk yg menyelamatkan dari turkey di serang. Sultan turkey pada waktu itu hanya boneka british yg tinggal di istanbul manakala kemal atartuk menubuhkan kerajaan di ankara. Tanpa kemal atartuk bumi turkey pasti hancur. Mungkin dia fahaman sekular.tapi awak tak boleh menyatakan yang kemal atartuk bukan orang islam. Awak bukan tinggal di era yang sama. Awak tak boleh nyatakan yg kemal atartuk di laknat allah. Awak bukan tuhan. Awak tu dah cukup tak amal ibadat... jangan asal boleh menghukum. Cuma allah yang boleh menghukum. Saya rasa awak maseh mentah dalam sejarah. Saya seorang sejarahwan. Awak mengkaji hanya berdasarkan infomasi. Saya mengkaji bedasarkan infomasi dan bukti bukti yang kukuh. Yang pembaca lain yang tak tahu sejarah hanya menjadi ikut ikutan. Sepatutnya kaji sejarah turkey lebih mendalam. Sekian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nk jadi kafir adalah paling mudah senang cepat dan ringkas daripada
      nk kekal dalam agama islam.sebab itulah kita panggil Memeluk Agama Islam.
      kalau tak peluk,,,ia akan terlepas dari dakapan..sekelip mata.
      harap sejarahwan memahami kenapa anda dilahirkan sebagai sejarahwan..

      sekian.

      Padam
    2. kalau professional taksub kepada professionallismanya tanpa ingin mengaitkan walau sedikit
      sebarang kebesaran tuhan sekalian Alam....inilah hasilnya oleh seorang Sejarah-wan.

      Padam
    3. Maaf ye..mgkin btol dia mnyelamatkan turki...tapi dari segi agama plak awk xambil kira ke..harap sejarawan mcm awk..buat research pasal agama plak and bandingkan k..

      Padam
  44. kamal attaturk adalah pengkhianat agama islam...

    BalasPadam
  45. Banyak pelajaran yg boleh diambil dari bacaan ini.....renung jangan termenung....alhamdulillah

    ABD AZIZ SHUKRI

    BalasPadam
  46. Terima kasih info yg sgt be3guna.

    BalasPadam
  47. Terima kasih info yg sgt be3guna.

    BalasPadam
  48. Zaly misman. Sy rsa u baik bersemuka dgn penulis novel sejarah Abdul latip talib, mustafa kamar ataturk penegak agenda Yahudi mengenai sejarah mustafa kamal. I confuse u ckp mustafa kamar adalah penyelamat. I baca buku Abdul latip dan sejarawan yg lain dan nak nya u sorg yg myokong agenda mustafa kamal. Mmbkr alquran dan menukar azan ke bahasa Turki adalah baik bagi kamu itu penegak Islam? Sy hya minat membaca sjrah dan bukan sejarawan mcm u...tlg jelaskan insan yg kurang ilmu sejarah ini. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la. Pelik la dgn dia tu huhu

      Padam
  49. Nak tau satu info x??..kalau korg perasan katalog2 majalah yg jual jam..kbyakannya letak jam tu pada waktu 10.10..sebab pkul 10.10 pagi la detik jatuhnya empayar uthmaniyyah di turki..halus x perancangan yahudi?

    BalasPadam
  50. Pemilik blog ni agaknya org PAS sbb org PAS saja yg suka mengkafir melaknat org yg x bpandangan sama mcm mereka. Allah maha perancang dan dialah yg sebaik2 perancang. Tanpa kemal attartuk..Turki x merdeka dan islam spt hari ini. Turki mungkin negara kristian yg dijajah britain atau perancis. Tgk aja sepanyol..

    BalasPadam
    Balasan
    1. org umno je sokong ataturk,agama tolak tepi,biase le org umno bkn tau halal haram sbb telalu bodoh bab agama

      Padam
  51. Utk zaly misman apa la guna jd penyelamat tp mati x dpt rahmat Allah swt. Sampai mati pun tanah taknak terima. Apa kes??? Hukum Allah swt x pyh lah dipertikaikan. Awk sdri sepatutnya yg kena byk membaca.

    BalasPadam
  52. Turki masih islam mgkn krn seseorg yg bernama BADIUZZAMAN SAID NURSI bersama Risalah Al-Nur nya berasal dr situ..sy menangis membaca kisah beliau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. menangis lah spa yang larang...

      Padam
  53. Turki masih islam mgkn krn seseorg yg bernama BADIUZZAMAN SAID NURSI bersama Risalah Al-Nur nya berasal dr situ..sy menangis membaca kisah beliau..

    BalasPadam
  54. Terima kasih dan tahniah Dengan infonya.. Dengan ini boleh menambah ilmu pengetahuan kita..cerita dan ilmu yg hebat..

    BalasPadam
  55. Sekarang, saya dah faham. Mustafa Kamal Atarturk (Presiden Turki ke-1) saya ingat beliau baik, rupa2 beliau telah bertentangan ajaran islam secara besar- besaran di Turki dan seluruh dunia. Sekarang beliau mati pada tahun 1938 kerana seksaan dari Allah S.W.T.

    BalasPadam
  56. Alhamdulillah mendapat pencerahan ilmu tentang pemimpin laknatullah yang telah meruntuhkan daulah islamiyah.....

    BalasPadam
  57. Those heroes that shed their blood and lost their lives ... you are now lying in the soil of a friendly country. Therefore rest in peace. There is no difference between the Johnnies and the Mehmets to us where they lie side by side here in this country of ours ... You, the mothers, who sent their sons from far away countries wipe away your tears; your sons are now lying in our bosom and are in peace. After having lost their lives on this land they have become our sons as well.[190]

    — Atatürk 1934

    Are you guys sure God hates him

    BalasPadam
  58. Terima kasih atas perkongsian...saya mohon izin untk copy untk membuat assigment usuluddin mengenai pemimipin yang zalim..terima kasih :) ;)

    BalasPadam
  59. Wow.. mengerikan sekali manusia jenis ini...
    kini di Indonesia sudah muncul ataturk yg baru.. Islam dsini mw dhilangkan secara perlahan namun terang2an..
    jika suatu saat Islam hancur di Indonesia.. hanya Allah dan kaum muslimin se dunia yg bisa menolong kami.. :(

    BalasPadam
  60. Semoga kt istiqomah dijalan islam

    BalasPadam
  61. astaghfiruallah mustafa adalah contoh nyata dari pemimpin dzalim didunia.

    BalasPadam
  62. Didunia pun dah diazab dan diaibkan mayatnya nanti di akhirat hanya ALLAH S.W.T lebih mengetahui, sekarang ni Recep Teyep Erdogan cuba menanamkan kembali sedikit demi sedikit keISLAMan pada Turki dan semoga dia berjaya melakukannya, ingatlah sesetengah umat Islam diuji dengan peperangan dan sesetengahnya lagi diuji dengan hiburan.Wallahu'alam.

    BalasPadam
  63. Tidak dapat dinafikan sikap anti Islam MKA namun jasanya kepada Turki tidak dapat dinafikan walaupun cuba ditutup terus oleh penulis blog ini dan juga golongan2 Islamist.. Tanpa usahanya Turki tidak segagah dan sebesar hari ini. Sultan Turki terakhir telah pun setuju wilayah2 Turki dibahagi2kan namun hasil tentangan yg dipimpin oleh MKA, berjaya merampas kembali sebahagian wilayah Turki seperti ada sekarang. Namun jasa ini diketepikan oleh golongan Islamist yg mengetengahkan aspek anti Khalifah MKA. Kejatuhan Khalifah bukan disebabkan seorang MKA namun ia terjadi secara beransur2 disebabkan faktor kelemahan urus tadbir Khalifah serta faktor2 luar.

    BalasPadam
  64. Dulu cuma baca skrg sy dpt peluang melawat seluruh turkey termasuk tmpt peningalan si zalim ni..

    BalasPadam
  65. Sedih juga melihat sikap pemimpin Islam yang kejam yang dilaknat oleh Allah..sampai ke hujung nyawanya Allah take terima pemimpin yang zalim macam no...

    BalasPadam
  66. Turki jadi moden maju kerana Atarturk tapi kok sampai override Allah.Astaghfirlah..lupa diri dan lupa sama Pencipta.

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai