Haiwan yang Telah Pupus Masa Kini
entri kali ni memang sangat menarik untuk saya kongsikan info. hasil dari bacaan saya dalam sebuah encyclopedia dan juga searching di website , memang sangat mengejutkan kerana rupanya banyak haiwan yang telah pupus dalam tempoh 4 dekad ini. kepupusan spesis haiwan ni semua disebabkan oleh kerakusan manusia dalam pembangunan yang sekaligus telah merosakkan ekosistem dan habitat haiwan. kat bawah ni saya senaraikan 11 spesis haiwan yang telah pupus dalam tempoh 40 tahun terakhir ini.
1. Golden Toad (1989)
Golden Toad: bukan satu-satunya spesies haiwan yang hilang dalam 40 tahun terakhir ini - tetapi salah-satu dari spesis yang tercatat telah pupus. Amfibia fluorescent itu sebenarnya sangat mudah ditemu di ketinggian kaki bukit Costa Rica, tetapi akibat dari pencemaran, pemanasan global spesies ini telah pupus pada tahun 1989.
2. Zanzibar Leopard (1996)
Salah satu dari beberapa subspesies harimau kumbang di Zanzibar. Leopard ini adalah penghuni kepulauan Zanzibar di Tanzania. Masih belum jelas apakah spesis ini benar-benar telah pupus Namun penduduk sekitar ada sesekali melihat haiwan ini . Namun dipastikan bahawa spesis ini kali terakhir dilihat manusia pada 1996. Penyebab kepupusan : haiwan ini diburu dengan agresif dan penduduk tempatan melihat haiwan ini dilihat sebagai pemangsa jahat yang harus dihapuskan.
3. Po'ouli (2004)
Po'ouli, atau Black-Faced Honeycreeper, ini merupakan penghuni asli Maui, Hawaii. Spesis burung ini hanya baru ditemui pada tahun 1970-an oleh para pengkaji. Namun populasinya tiba-tiba menurun dengan mendadak selepas itu, dan pada tahun 1997 hanya terdapat tiga ekor Po'ouli yang wujud di dunia ini. akhirnya spesies ini dinyatakan pupus secara rasmi tujuh tahun kemudian. iaitu pada 2004. Penyebab kepupusan: kemusnahan habitat asal, serangan penyakit, serangan pemangsa dan penurunan dalam sumber makanan.
4. Madeiran Large White (2007)
Large Madeiran merupakan rama-rama yang menakjubkan. Rama-rama putih ini hanya boleh ditemui di lembah-lembah dari hutan Laurisilva di Kepulauan Madeira Portugal. Rama-rama ini memiliki hubungan dekat dengan spesis rama, Large White, yang banyak boleh didapaiti di seluruh Eropah, Afrika dan Asia. Dipercayai spesis ini telah pupus dan kali terakhir dilihat oleh para penyelidik spesis pada 2007 . Penyebab kepupusan, kemusnahan habitat kerana pembangunan dan peningkatan populasi manusia dikawasan tersebut.
6. Pyrenean Ibex (2000)
Ibex Pyrenean terakhir dilihat pada tahun 2000. Namun, clone Ibex, dibuat dari kulit sampel yang diambil dari Pyrenean Ibex terakhir, ini dilahirkan pada tahun 2009. Namun meninggal tak lama setelah lahir karena komplikasi paru-paru.
Penyebab kepupusan ialah haiwan ini menjadi mangsa pemburu haram yang telah menyebabkan jumlah haiwan ini berkurang secara serius dan ahli pencinta alam menyalahkan pemerintah Spanyol yang gagal bertindak pada waktunya untuk menyelamatkan haiwan ini dari kepupusan.
7. Badak Hitam Afrika Barat (2006)
Badak Hitam Afrika Barat telah dinyatakan pupus pada tahun 2006, setelah pengkaji haiwan gagal menemui spesies ini lagi dalam habitat mereka di Kamerun. Badak Hitam Afrika Barat adalah salah satu dari empat subspesies badak.
Penyebab kepupusan disebabkan pemburuan dari pemburu haram untuk mendapatkan tanduk
8. Harimau Jawa (1979)
Serupa dalam tampilannya dengan Harimau Sumatra, harimau jawa adalah macan asli pulau Jawa Indonesia. Pada tahun 1800-an haiwan ini begitu banyak sekali dan mudah ditemui tapi kerana Pulau Jawa telah dibangunkan dan dikembangkan sebagai petempatan manusia ,populasi harimau Jawa telah menurun dengan mendadak. Pada tahun 1950-an, hanya tinggal 20 harimau jawa ini. dan kini secara rasmi haiwan ini telah pupus.Penyebab kepupusan, Kehilangan habitat dan pembangunan pertanian mengakibatkan penurunan populasi harimau jawa ini.
9. Spix's Macaw (2004)
Juga disebut Little Blue Macaw, dikenali kerana mempunyai bulu biru yang sangat cantik. Hanya terdapat beberapa ekor shaja burung ini yang masih wujud didunia dan berjaya diselamatkan. burung biru kecil ini sudah tidak dapat ditemui di habitat liar. dan dijangka juga bakal pupus dalam tempoh jangka terdekat. Penyebab kepupusan : kemusnahan habitat dan perdagangan haram burung ini yang telah menyumbang kepada kepupusan haiwan ini.
10. Boa Round Island (1975)
Ular ini merupakan spesis Asli Round Island, iaitu sebuah pulau kecil di pantai Mauritius, Boa Round Island lebih suka tinggal di puncak-lapisan tanah dari lereng gunung berapi. Hal ini pernah ditemukan pada beberapa pulau-pulau lain di sekitar Mauritius, tetapi jumlahnya telah menurun pada tahun 1940-an, dan akhirnya hanya boleh ditemui di Round Island setelah 1949. Ular ini kali terakhir dilihat manusia pada tahun 1975 dan dipercayai kini telah pupus.
11. Kupu Alcon Biru Belanda (1979)
Kupu-kupu ini merupakan subspesies dari Alcon Biru - banyak ditemui terutama di padang rumput di Belanda. Alcon Biru Belanda terakhir dilihat pada tahun 1979. Penyebab kepupusan : Pertumbuhan dalam pembangunan pertanian menyebabkan habitat Alcon Biru ini terancam dan menyebabkannya kehilangan sumber makanan utama.
p/s: bayangkan dalam tempoh 100 tahun lagi, spesis haiwan apala yang masih wujud kat muka bumi ni. teringat pada spesis burung dodo yang telah pupus pada lewat abad ke-17, burung yang sangat unik dan cantik bentuknya dan spesis burung ini tak boleh terbang.
info menarik...konklusi yg dpt dbuat...hrgai cptaan Allah yg lain agr tak pupus:)
BalasPadammacam mane nak copy paste gmbar and infoo bende ni haa???
PadamAllah dah BG kite haiwan yg menawan. Nape kite x hargai haiwan tu?
PadamHarap ada lagi haiwan yg unik
Padamcomel comel dah pupus kesiannye
PadamIalah kenapa kite x menghargai haiwan itu
PadamKite tk pelihara kan
Padamkita takut teknologi moden akan menjadi penyebab kepupusan manusia suatu hari kelak, sama seperti kepupusan peradaban sebelum manusia.
BalasPadamI dont know what to say. This web site is amazing. Thats not truly a actually substantial statement, but its all I could come up with soon after reading this. You know a great deal about this subject. Much making sure that you produced me wish to understand additional about it. Your web site is my stepping stone, my buddy. Many thanks for that heads up on this theme.
BalasPadambiasa je
Padamyour grammar is better then good
Padammenarik...!!~~
BalasPadamwaw.....ini sangat menakjub kan
BalasPadamPretty good post. I just stumbled upon your blog and wanted to say that I have really enjoyed reading your blog posts
BalasPadamsungguh mengharukan di harap spesis yg tinggal xkan pupus amin
BalasPadamhaiwan yang telah pupus
BalasPadamgood!
Padami very-very proud about it!
bolehkah saya copy gambar & maklumat anda?
BalasPadamblh npe?? x kn X KASIKOT?
Padamsygnya...mcm giler haiwan yg pupus skunk sbb kerakusan kita...nywhr info yg sgt menarik...
BalasPadammaklumat disini sangat menarik. memberikan banyak maklumat memandangkan tahun 6 nanti saya UPSR.
BalasPadamhrp pda thun yg akan dtg haiwan di muka ini tidak akan berkurangan..amin..
BalasPadamsungguh mengharukan krana haiwan di dunia ini tlah berkurangan,sye berhrap spesies haiwan yg lain takkan pupus lgi,amin...yahoo sye tlah mendapatkn 5a dlam ujian upsr
BalasPadam0000..ye dop?
Padamruginyer kan akibat manusia utk mngolah alam scare x trkawal tu yg pupus abis sumer......
BalasPadamyg sbnarnya ade 10 aje,sbab slapas n0.4 beliau trtaip no.6
BalasPadamtrololololololololololoololol
BalasPadamTahniah!Satu usaha yang sangat baik tapi permudahkanlah untuk di download sbgai bhn pembelajaran.
BalasPadamia boleh dijadikan bahan pembelajaran sejarah
BalasPadamnape lak x bleh nak copy ?
BalasPadamsaye dah la terdesak nie ..
please la allow me copy your pic ..
sye sgt hargai kalau tuan punye blog allow sye copy ..
terima kasih ..:)
ESOK LA YE
Padamkenapa burung dodo tak de.badak sumbu jawa.?????
BalasPadamnora..
boleh wat folio sains
BalasPadamini memang menakjubkan betul
BalasPadamhmm...Tak dan nk tngok langsung haiwan2 tu!
BalasPadamSaya berharap kita semua tidak akan melupakan haiwan pupus ini sehingga mencapai tahun 2020.Maklumat di sini sangat menarik dan menakjubkan.Sekian....
BalasPadamHAIWAN INI SANGAT PELIK,GANJIL &COMEL . :D
BalasPadamkesian haiwan ni dahlh comel:(
BalasPadamcantiknya kupu alconbiru belanda itu
BalasPadammmg la..xdpt sya nk tgk
Padamthank you for the informasion
BalasPadamterima kasih...sebab info ni..akhirnyerr sy dpt siapkan projek sekolah sy...
BalasPadamterima kasih...
sy pn same hehe... >____<.. nme awx spe? nme sy ROSLIDIYA.. nme fb sy Ros Lidiya
Padamakhirnyerr projek sains sy da siap...
BalasPadamterima kasih untuk info tu...
hehe :)
sama2..dh tu xkn tma ksh ja kot..blnja la mkn..
Padamtabpa nama .. burung dodo saya tak masukkan dalam senarai ini sebab burung dodo telah pupus lebih awal lagi .. awal abad ke-20 burung dodo telah pupus ..
BalasPadamdalam senarai ini saya hanya kongsikan haiwan yang telah pupus dalam tempoh 40 tahun ..
kepada semua , saya mohon maaf kerana tak dapat copy entri ni , sbb sy dah letak code disabled right click dalam edit templat html blog. so saya dah lupa bhgian mana koding disabled untuk copy .. so kalau sy ubah akan effect blog sy ..
BalasPadamso alternatif lain kalau anda semua nak copy , boleh guna browsing internet guna opera .. bila right click je . anda boleh matikan disabled copy . lepas tu boleh copy entri ini ..
dan lagi satu anda boleh guna mozilla firefox . cara nak matikan function tak leh copy ni ..
just pergi kebahagian penjuru atas sekali klik dan cari perkataan "option" , klik pd option tersebut .. and then akan trpapar byk fungsi lain . cari perkataan "content" . klik pada perkataan "content" tersebut .. and then cari perkataan "enabled java script"
bila jumpa untick perkataan "unabled java script" dalam petak tersebut .. kemudian refresh pages ni .. dan anda boleh copy entri ni .
bagus
BalasPadamits nice
BalasPadamoooooooooo
BalasPadamape ooooooo...ko igt kopi o ke ape ..?
Padamharap tiada haiwan akan pupus lg kerana generasi akan dtg dpt melihat.
BalasPadammeman benar
BalasPadamkasihannya haiwan yang telah pupus tuuuuuuu.......
BalasPadamsian ye haiwan ney siapa yg bnuh to mmang kjam....
BalasPadambkn bnuh la..dh ajal dia..nk wt cm na..x sekolah ke ko ni ???
Padamapa sal glomer sngt burung dodo ney ar..
BalasPadamsbb mukanye sme mcm ko..tu yg glamer..kah kah kah...
PadamHai ! Saya peminat google , then , sy ad buat scrapbook for scince lesson about 'Haiwan dan Tumbuhan Yang terancam & Haiwan yang tela pupus.
BalasPadamBlog mcmni mmg berguna. Bkn mcm blog lain, pasal cinta , cinta , cinta. Bosan kan?
Thankyou :D
-PuteriZaliaHamdan-XoXo :)
hye lomen x ajak aku..
BalasPadamko pon bdoh..bt pe nk ajk ko..bt semak je..abg long kawasan utara..
Padambegitu banyak sekali haiwan yang pupus
BalasPadamDah tau macamtu sesame lah kite
BalasPadamHARGAI ALAM SEKITAR,,jangan rosakkannya,,teman-teman,,esok saye pegi kenduri kawen makcik saye jemput la datang
wak lu ...kita orang knl ko pon x..bengap r ko
Padamnk wt cm na benda dh xdk...
BalasPadamsangat-sangat bagus...memang mudah untuk buat kerja sk..
BalasPadamTerima kasih kerana berkongsi maklumat ini dengan saya. Lagipun,tahun ini saya ambil UPSR !!!!!!!??????! ^_^
BalasPadamSangat2 memuaskan gambar2 dye..tapi sikit sgt lahh.
BalasPadamsaya harap anda semua akan menjaga alam sekitar contohnya membeli dan menanam pokok atau pokok bunga dan jangan mengganggu hidupan lain.jangan mencemarkan air ,udar,dan sebagainnya .saya harap pihak berkuasa akan menggambil perhatian dan tindakan sekiranya ada yany memeburu haiwan.kita tidak sepatutnya memburu haiwan untuk membuat perhiasan diri.kalau kita jadi haiwan tu macam mana.saya harap semua menggambil perhatian tentang alam semula jadi
BalasPadamsaya harap kita akan menjaga alam sekitar ini dengan sebaik baiknya.dari wan muhammad azri bin rohaizad 2013 6 dedikasi umur 12 tahun tinggal di bandar tasik puteri.
BalasPadamsaya harap kita akan menjaga alam sekitar ini dengan sebaik baiknya.dari wan muhammad azri bin rohaizad 2013 6 dedikasi umur 12 tahun tinggal di bandar tasik puteri.
BalasPadamsangat bes.
BalasPadamdalam tak sedar...kepupusan haiwan tersebut angkara manusia juga...kesian
BalasPadamkalau xpupus mesti ada kat zoo kan.hehe suka hati je
BalasPadamsenang saya nak buat kerja sekolah yang cikgu berikan...terima kasih...
BalasPadamsenanglah sayer nak buat buku skrap nanti
BalasPadammaklumat ini sangat bagus.saya akan menggunakan untuk kerja sekolah saya.terima kasih kepada orang yang keluar makumat ini.
BalasPadamsaya boleh buat kerja sekolah saya dengan guna maklumat ini.
BalasPadamsubhanaallah , cantiq sungguh ciptaan allah
BalasPadamalangkah baiqnye kalo haiwan2 ni ade lgi
TAHNIAH ATAS ILMU YANG DIBERI
BalasPadamTAHNIAH ATAS ILMU YANG DIKONGSI
BalasPadamwah hebatnya blh buat folio sain
BalasPadamTERINGIN NAK PEGANG SPIX'S MACAW FROM= NURUL AIZAN,MARYAM,SK KUALA MAI BHARU
BalasPadamkanapa x boleh nak edit nie??
BalasPadamTERBAIK...
BalasPadamterima kaseh,ini amat penting untuk UPSR tahun ini....
BalasPadamada 10 spesis,je kan..
BalasPadamSYEW NK SHRE MKLMT NIE
BalasPadamterima kasih sangat2...berguna untuk UPSR tahun ini
BalasPadammurai batu pun dah hampir pupus.
BalasPadamMurai batu pun dah kurang.kalau dulu orang ambik anak ja.la ni semua depa sapu.x kira jantan betina,mak bapak.x lama pupus murai batu.dunia2
BalasPadamBaguslah jika semakin ramai orang yang menjaga dan melindungi haiwan2 di bumi ini daripada pupus. Kepada semua orang yang membaca pesanan ini, hargailah ciptaan ALLAH.
BalasPadamBaguslah jika semakin ramai orang yang menjaga dan melindungi haiwan2 di bumi ini daripada pupus. Kepada semua orang yang membaca pesanan ini, hargailah ciptaan ALLAH.
BalasPadamBaguslah jika semakin ramai orang yang menjaga dan melindungi haiwan2 di bumi ini daripada pupus. Kepada semua orang yang membaca pesanan ini, hargailah ciptaan ALLAH.
BalasPadamtq atas maklumat ini...sangat menarik haiwan yang dh pupus ni...
BalasPadamroh haiwan ada lagi
BalasPadamItu semue kekuasaan allah..allah maha kuase....dan maha mengetahui...dengan secare tibe2 shje allah menghilang kannya..
BalasPadamAllahuakhbar....
Sangat memberi manfaat kepada anak2 untuk mengetahui tentang spesies yang telah pupus... Satu usaha yang sangat murni..SYABAS!!!
BalasPadamMaklumat yang sangat bermanfaat kepada generasi kini kerana dapat mengetahui info tentang spesies yang semakin pupus...Tahniah! Satu usaha yang sangat murni...
BalasPadamYeah siap pun kerja sk sy
BalasPadamTerima kasih atas info ini.
BalasPadamInfo menarik
BalasPadamkesian haiwan tu dah pupus.tak sempat nak nengok
BalasPadamcian
BalasPadamSngat bagus untk pngetahuan.
BalasPadamaku sangup cari sepesis terakhir dan katakan haiwan itu masih hidup
BalasPadam