Apa yang patut dilakukan selepas kita kencing…
mungkin anda semua da fikir bukan2 bila dgr tajuk entri ni. mungkin ada yang rasa lucu,lucah dan kurang selesa bila mendengar tajuk entri ni, tapi entri ni sebenarnya saya nk kongsikan dengan anda pentingnya menjaga kebersihan alat kita ni. Perkongsian ni khas untuk anda semua dan terutama kita yang beragama islam. baca ye kisah dan info yang sy kongsikan ni :)
Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat si polan tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan si polan itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala anu mayat sipolan itu.
Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapat pula berkata-kata, Katanya” Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan” Diselidiki amalan sipolan semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.
Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.
Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.
sumber :
Dr Masitah Adam
Fakulti Perubatan Islam
Sektor Kebahagiaan Rumahtangga
p/s: hope dgn scebis kisah dan info berguna ni akan mmbuat kita lebih peka dgn soal2 seperti ni dan x mmandang remeh. buat mreka2 terutama lelaki ye yang susah sgt nk cuci tuuut lpas buang air kecil kalau trbca entri ni bolehla ubah tabiat tu. anyway feel free to drop ur comment ok :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai