Pada suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk ciptaan-Nya iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah si kerbau bersyukur telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. lalu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.
Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya dan kemudian mula bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar.
Malaikat Jibril AS terus menemui seekor kelawar yang ketika itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian jibril AS mula bertanya kepada si kelawar, "hai kelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelawar. Mendengar jawapan itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.
Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya"
sumber: dipetik daripada koleksi 1001 kisah teladan dalam islam
p/s: terasa diri ni byk dosa dan kekurangan bila pertama kali membaca kisah teladan ini, manusia selalu terjerat dengan hawa nafsu, iman je yang mampu menyekat nafsu manusia dan mengelakkan kita dari menjadi golongan ahli neraka. subhahanallah.
bgus...meningatkan kita siapa diri dan sentiasa bersyukur...
BalasPadambagus entry ni.. ^_^
BalasPadamkisah yang penuh tauladan.. :D
BalasPadamkuman "Panavia Tornado Desert Storm..Pods" Entry
nice entry nih
BalasPadamsuka baca
banyak pengajaran
P/S : Alhamdulillah! 1st Time Traffic Blog Nih Banyak Macam Nih!
P/S : Followers Blog Tu Banyak! Komen Beratus - Ratus! Tapi Apa Yang Hebatnya Blog Tu?
bersyukur itu tiada penghujungnya....
BalasPadamitulah yang sering kita lupa..lupa untuk bersyukur.
BalasPadamKASEH SEORANG IBU
Alhamdulillah... bersykurlah seadanya...
BalasPadamSalam ziarah dan perkenalan..
BalasPadamSentiasalah bersyukur atas nikmat Allah
Dugaan yang datang sesekali tanda Allah ingat dan sayangkan kita..
Bersyukurlah kita...
gud entry.!
BalasPadaminsyaallah sama sama berubah. ;p
teladan yang bagus.. Moga kita hambanya.. sentiasa bersyukur
BalasPadambetul tu..insaf2...
BalasPadamhuh...smua haiwan bersyukur nmpknya...
BalasPadamPS : Taktik Blogger menipu dapat traffic
kalau semua haiwan tahu bersyukur keatas kejadan masing2,kenapa kita tidak seperti hiwan tersebut sentiasa mensyukuri nikmat tuhan yg telah berikan...
BalasPadamsungguh menginsafkn.sesungguhnya kita leka dgn segala nikmat yg diberi.
BalasPadam