iklan baris
Al-Khazin : Kuasai Matematik dan Astronomi
ABU Jafar Muhammad ibn al-Hasan Khazin lahir pada tahun 900 Masehi di Khurasan yang terletak di timur Iran. Lebih dikenali sebagai al-Khazin dan merupakan ahli astronomi dan matematik terkenal pada zamannya.
Keluarga al-Khazin berasal dari Saba iaitu sebuah kota di benua Arab. Tempat itu lebih dikenali sebagai Sheba berdasarkan cerita Raja Solomon dan Ratu Sheba.
Al-Khazin merupakan salah seorang saintis yang tinggal di bandar dikenali, Rayy. Rayy ketika itu berada di bawah pemerintahan Dinasti Buyid iaitu ketuanya dikenali sebagai Adud ad-Dawlah.
Adud memerintah Rayy dari tahun 949 Masehi hingga 983 Masehi.
Pada tahun 959 atau 960 Masehi, Perdana Menteri Rayy yang dilantik oleh Adud ad-Dawlah meminta al-Khazin mengukur sudut tidak tepat gerhana iaitu sudut di mana permukaan rata atau datar yang muncul pada matahari untuk bergerak ke arah garisan Khatulistiwa di bumi. Selepas pengukuran dilakukan, al-Khazin berkata: “Saya menggunakan cincin yang saiznya kira-kira empat meter untuk mengukurnya.”
Salah satu hasil kerja al-Khazin iaitu Zij al-Safa’ih telah dinobatkan sebagai satu kejayaannya yang terbaik dalam kerja lapangan yang akhirnya menjadi bahan rujukan utama saintis lain.
Kerja itu menggambarkan peralatan astronomi dan salinannya telah dibuat di Jerman pada waktu Perang Dunia Kedua. Al-Khazin pernah dikritik oleh al-Biruni yang menuduhnya mengeluarkan kenyataan yang tidak perlu berhubung ulasannya terhadap teori aloi oleh Ptolemy.
Hanya satu bahagian kecil daripada ulasan itu dapat diselamatkan iaitu yang mengandungi topik perbincangan al-Khazin mengenai pendapat Ptolemy yang menyatakan alam semesta adalah berbentuk sfera.
Hasil kerja al-Khazin dikatakan banyak dipengaruhi oleh motivasi yang diterimanya daripada ahli Matematik, al-Khujandi.
Al-Khujandi mendakwa berjaya membuktikan bahawa x3 + y3 = z3 adalah mustahil untuk semua nombor x, y, z.
Selain itu, al-Khazin telah mengusulkan model solar yang berbeza daripada Ptolemy. Beliau mempunyai pendapat yang berbeza mengenai model solar yang dikemukakan oleh Ptolemy yang menyatakan bahawa pergerakan matahari adalah mengikut kitaran seragam yang bukan berpusatkan bumi. Al-Khazin yang tidak setuju dengan model itu mengusulkan satu model yang mana menurut beliau, matahari bergerak dalam satu pusingan yang berpusatkan bumi.
Beliau meninggal dunia pada tahun 971 Masehi. Berikut adalah bahan bacaan mengenai al-Khazin:
Biography in Dictionary of Scientific Biography (New York 1970-1990).
Buku-buku yang boleh dibaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai al-Khazin antaranya ialah:
R Rashed, The Development of Arabic Mathematics : Between Arithmetic and Algebra (London, 1994).
R Rashed, Entre Arithmatique et Algbre: Recherches Sur L’histoire des Mathmatiques Arabes (Paris, 1984).
Manakala artikel mengenainya pula adalah seperti berikut:
A Anbouba, Treatise on Arithmetic Triangles by Abu Ja’far al-Khazin (Arabic), 2. J. Hist. Arabic Sci. 3 (1) (1979), 178-134.
D A King, New light on the Zij al-Safa’ih of Abu Ja’far al-Khazin, Centaurus 23 (2) (1979/80), 105-117.
R Lorch, Abu Ja’far al-Khazin on Isoperimetry and the Archimedean Tradition, Z. Gesch. Arab.-Islam. Wiss. 3 (1986), 150-229.
R Rashed, L’analyse Diophantienne au Xe Sicle : L’exemple d’al-Khazin, Rev. Histoire Sci. Appl. 32 (3) (1979), 193-222.
J Sams, A Homocentric Solar Model by Abu Ja’far al Khazin, J. Hist. Arabic Sci. 1 (2) (1977), 268-275.
A S Saydan, Treatise on arithmetic triangles by abu Ja’far al-Khazin (Arabic), Dirasat Res. J. Natur. Sci. 5 (2) (1978), 7-49
Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Berkesan ( Review )
Hari ini saya tertarik untuk review satu produk untuk menghilangkan parut dan masalah berkaitan kulit .
Wajah berparut boleh menyebabkan individu hilang keyakinan diri tanpa mengira jantina sama ada lelaki mahupun wanita. Lambakan produk menghilangkan parut dalam pasaran juga membuatkan individu ingin mencuba produk tersebut dan ada antara mereka yang berjaya dan ada juga yang kecewa sehimembuatkan segelintir mereka yang mempunyai masalah parut berputus asa untuk menyelesaikan masalah mereka.

Pernahkah anda mendengar rawatan derma roller untuk ,menyelesaikan masalah seperti parut berlubang, parut jerawat? Derma Roller merupakan salah satu alat yang mempunyai jarum yang halus dalam satu roller yang mempunyai saiz untuk merawat masalah tertentu. Hari ini, derma roller bukan sahaja digunakan oleh golongan profesional di salon atau pusat kecantikan tetapi boleh juga digunakan dirumah sendiri. Penggunaan derma roller amat mudah dan berkesan menyelesaikan masalah jika anda mengikut cara, jangka masa rolling dan pemilihan saiz yang betul mengikut masalah yang anda hadapi.
Derma Roller boleh digunakan untuk merawat pelbagai masalah kulit dengan pemilihan saiz jarum yang betul
- Masalah parut jerawat
- Masalah parut berlubang
- Masalah liang roma besar
- Masalah selulit
- Masalah strecth mark
- Masalah kepala botak
- Masalah kedutan/garis halus
Pemilihan saiz jarum dan material jarum juga adalah penting kerana ianya menentukan keberkesanan dalam proses 'dermarolling' dan ketahanan jarum serta jarum yang anda beli telah pun 'strelized'.
Sekiranya anda berminat untuk menyelesaikan masalah parut berlubang, parut jerawat, pori besar dan masalah seperti yang dinyatakan di atas, anda boleh
Whatsapp 0179656087
Facebook:
Perempuan Akal Setipis Rambut
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri , permaisuri dan pelbagai lagi gelaran . Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.
Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman'.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.
Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.
Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidin Ali
Apa Beza Antara Samak dan Sertu ?
Ini mungkin biasa terpacul di mulut anda, namun apakah anda tahu dan faham apa itu samak dan apa itu sertu?
Samak
1. Samak ialah menyucikan sesuatu darmughalazah ( Najis Berat)t binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya.
2. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang mengandungi kumankuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang mafhumnya:
Setiap kulit yang disamak menjadi bersih.
(Riwayat Muslim)
Contoh : Kulit kambing akan disamak terlebih dahulu untuk menyucikan daging tersebut untuk dibuat kompang atau kegunaan yang lain.
Sertu
1. Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu menyentuh anjing, babi dan keturunannya yang sedang basah akibat terkena hujan, ataupun terkena air liurnya/
2. Najis Mughalazah hendaklah disucikan dengan membasuhnya dengan 6 basuhan air mutlak dan 1 kali basuhan air yang dicampurkan tanah. Jumlah basuhan adalah 7 kali.
3. Menyucikan najis mughalazah dengan menggunakan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan tanah
Contohnya : Anda terpegang seekor anjing, dan anda hendaklah sertu tangan anda mengikut cara yang ditetapkan syarak.
Sekarang, anda dapat membuat kesimpulan bahawa apa yang anda sebut-sebutkan selama ini banyak yang salah.
Dalam dialog di atas sebentar tadi, ayat yang sebenarnya adalah :
“Woi, kau terpegang babi tu! Cepat, SERTU tangan kau. Eee, najis Mughalazah!”
Wallahu alam. Moga anda mendapat ilmu yang bermanfaat .
Cara Kira BMI | Cara Kira Jisim Berat Badan
Cara Mudah Mengira BMI (Body Mass Index)
Body Mass Index (BMI) atau Indeks Jisim Tubuh (IJT) adalah petunjuk untuk anda mengukur berat badan anda berbanding dengan ketinggian sebagai satu kaedah menentukan tahap indeks tubuh anda . BMI ini boleh dibahagikan kepada 4 kategori iaitu anda mengalami kurang berat badan, berat badan yang ideal, berat badan berlebihan dan obesiti.
Bagaiman cara mengira bmi ? dibawah ini contoh pengiraan BMI dan anda boleh mengukur sendiri BMI anda mengikut formula dibawah setelah anda mengetahui berat badan dan ketinggian anda .
Cara Mengira BMI :
Biasanya Bmi diukur seperti berikut :-
..
Berat badan / Tinggi (M) x Tinggi (M)
Katakan berat anda 70 Kg dan ketinggian anda 1.75 M
Maka pengiraan BMI anda :
70 Kg / 3.24 (*3.24 dapat hasil darab 1.70 x 1.70)
= 21.7 (kg/m2)
21.7 berada dalam julat BMI yang unggul/ normal
petunjuk BMI seperti dibawah :
< 18.5 = Kekurangan berat badan
18.5 - 24.9 = Berat badan unggul
25 - 30 = Kegemukan
30 atau lebih = Berlebihan berat badan / obesiti
Selain itu terdapat juga cara lain yang lebih mudah untuk mengetahui tahap BMI anda tanpa perlu menggunakan formula seperti diatas . kaedah tersebut seperti tertera dibawah :
Cara Mudah Mengetahui BMI tanpa menggunakan pengiraan :
Anda boleh mengukur lilit lengan anda untuk mengetahui samaada anda dalam berat yang normal , terlalu kurus ,gemuk atau obesiti . lihat kaedahnya dibawah :
Petua Mengempiskan Perut Buncit | Cara Hilangkan Masalah Buncit
Petua Mengempiskan Perut Buncit
Perut yang kempis dan rata menjadi idaman setiap dari kita baik lelaki mahupun wanita . Masalah perut buncit seringkali menggangu penampilan seseorang sehingga hilang keyakinan diri . Dibawah ini saya kongsikan beberapa petua lama yang saya dapat dari bacaan dan perkongsian dari orang lama . Petua ini sangat berkesan bagi mengempiskan perut buncit jika diamalkan secara konsisten .
Thank
Petua Kempis 1 :
Cara mudah yang biasa di lakukan ialah dengan hanya mengambil beberapa
biji limau kasturi dan sedikit kapur makan. Perah jus limau kasturi
tersebut dan gaul bersama dengan kapur makan tadi. Sapukan pada perut
anda yang buncit untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Insyaallah
perut anda akan kempis jika rajin mengamalkannya.
Petua Kempis Perut 2 :
Petua yang paling mudah dan kos yang murah. Anda hanya perlu mengambil limau nipis
yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian
diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaAllah perut anda yang buncit
akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang
penyakit. Selamat mencuba
Petua Kempis Perut 3 :
Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok
paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air
kecil.
Petua Kempis Perut 4 : Ambil segenggam cekur, tepung
beras, asam dan gula merah secukupnya, gula pasir dan garam. Semua
bahan itu ditumbuk halus, kemudian masukkan air sebanyak setengah
gelas. Air tersebut ditapis dan diminum. Amalkan ia selama 4 hari
berturut-turut.
Petua Kempis Perut 5 :
Ambil beberapa biji buah delima. Kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering,
rebuskan ia dengan sedikit garam. Air rebusan kulit buah delima ini
hendaklah diminum selalu bagi mengempiskan perut .
Selain daripada mengamalkan satu daripada petua diatas anda juga perlu menjaga pemakanan selain melakukan senaman untuk perut bagi mendapatkan perut yang kempis dan bentuk badan yang menarik .
Anda juga boleh mencuba produk untuk kempiskan perut sauna belt yang terbukti berkesan mengempiskan perut dengan cepat tanpa kesan sampingan .
dapatkan sauna belt dengan klik link dibawah :

9 Pembaziran Tanpa Disedari Dalam Hidup
IBNU Qayyim al-Jauziyah, ialah ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah dan merupakan murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.
Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)
Ibnu Qayyim al-Jauziyah pernah mengatakan terdapat 9 jenis pembaziran yang sering dilakukan oleh manusia dalam hidup mereka . Berikut merupakan pembaziran tersebut iaitu :-
Ilmu pengetahuan.
Membazir jika tidak digunakan untuk tujuan dan jalan kebaikan.
Amalan.
Membazir dan sia-sia jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas.
Masa.
Membazir dan sia-sia jika tidak digunakan dan diurus sebaiknya masa tersebut.
Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah swt.
Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada sesuatu yang tidak berfaedah dan perkara tidak diredai Allah.
Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.
.Cinta.Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
Akal.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama dan sesuatu yang bermanfaat.
Zikir .
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati .
Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam dalam karyanya Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik adalah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira jam 10 malam.
Waktu yang tidak seharusnya kita tidur adalah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.
Beliau berkata, tidur pada waktu itu tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan dan minda . Makruh hukumnya.
Kisah Tiga Orang Mukmin Yang Tidak Menyertai Perang Tabuk
Kisah Tiga Orang Mukmin Yang Tidak Menyertai Perang Tabuk
Di antara puak munafikin, jumlah yang tidak menyertai gerakan ke Tabuk boleh dikatakan banyak juga. Bukan sahaja mereka gagal menyahut seruan Nabi Muhammad SAW malah mereka cuba mempengaruhi orang-orang lain supaya berbuat demikian.
Di antara orang-orang yang beriman pula, hanya tiga orang sahaja yang tidak menyertai tentera Muslimin. Mereka ini ialah Murarak bin Rabi, Hilal bin Umayyah dan Ka'ab bin Malik. Murarah tidak bersama-sama Nabi Muhammad SAW dan sahabatnya kerana buah-buah tamar dikebunnya telah masak dan terpaksa dikutip. Dia menyangka yang penyertaannya dalam lain-lain peperangan terdahulu daripada ini dapat melepaskan dirinya daripada peperangan yang sedang dihadapi. Di sini dia telah melakukan kesalahan mementingkan hartanya daripada Allah SWT. Apabila dia menyedari kesalahannya dia mendermakan kebunnya kepada orang.
Akan Hilal pula, dia sibuk mendampingi kaum keluarganya yang pulang ke Madinah selepas meninggalkan kota itu beberapa ketika lamanya. Seperti Murarah, dia juga telah menyertai beberapa peperangan yang terdahulu. Ternyata yang Hilal telah melakukan kesalahan mementingkan kaum keluarganya daripada Allah SWT. Setelah menyedari kesalahannya dia telah memutuskan perhubungan dengan kaum kerabatnya.
Mengenai Ka'ab pula, dengarlah cerita seperti yang diceritakan olehnya sendiri. Cerita Ka'ab ini terkandung di dalam semua buku-buku Hadis. Katanya: "Semasa berlaku gerakan ke Tabuk, keadaan hidup aku agak mewah. Aku mempunyai dua ekor unta kepunyaanku sendiri. Sebelum ini saya tidak pernah memiliki bilangan unta seperti tersebut tadi. Telah menjadi amalan Nabi Muhammad SAW yang ia tidak suka memberitahu kepada umum tentang tempat yang ditujui oleh gerakan tentera Muslimin, tetapi sekali ini oleh kerana jauhnya perjalanan yang mesti ditempuhi, kerana musim kemarau pada masa itu dan oleh kerana kekuatan tentara kafir, ia terpaksa menceritakan segala-galanya agar persiapan-persiapan dapat diperbuat dengan sempurnanya. Orang-orang yang bakal menyertai pergerakan ke Tabuk terlalu banyak sehingga tidak mungkin diketahui nama-nama mereka semuanya. Demikian juga payahnya untuk mengetahui nama-nama mereka yang tidak menyertai Nabi Muhammad SAW."
"Pada ketika itu kebun-kebun di Madinah telah penuh dengan buah-buah yang telah masak. Tiap-tiap pagi saya bercita-cita hendak membuat persiapan-persiapan agar dapat menyertai tentera Muslimin, tetapi entah bagaimana keazaman saya itu tidak menjadi kenyataan. Saya ketahui benar-benar yang saya dapat menyertai mereka bila-bila masa sahaja. Dalam keadaan saya yang demikianlah, maka berita mengenai keberangkatan tentera Muslim telah sampai ke pengetahuan saya. Saya masih berpendapat yang saya mendahului mereka sekiranya saya dapat bersiap sedia dalam sehari-dua."
.
"Penangguhan saya untuk melakukan sesuatu yang tegas berlanjutan sehingga tibalah masanya tentera-tentera Muslimin hampir tiba di Tabuk. Dalam keadaan yang demikian pun saya masih juga menangguh-nangguh. Tiba-tiba apabila saya melihat orang-orang yang tertinggal di Madinah, saya menyedari yang kebanyakan daripada mereka ini terdiri daripada kaum-kaum munafikin dan mereka yang telah sengaja diuzurkan oleh Nabi Muhammad SAW kerana sebab-sebab yang tertentu. Setibanya Nabi Muhammad SAW di Tabuk, Baginda pun bertanya: "Mengapa aku tidak melihat Ka'ab?" Jawab salah seorang daripada para sahabat: "Ya Nabi Muhammad SAW, kebanggaannya kepada harta dan kesenangan kehidupannya telah menyebabkan dia tertinggal di belakang." Maaz mencelah sambil berkata: "Tidak, Ini tidak mungkin. Setahu kami dia adalah seorang Mukmin yang sebenar-benarnya." Nabi Muhammad SAW tidak mengeluarkan sepatah katapun."
Ka'ab meneruskan ceritanya: "Selepas beberapa hari saya pun mendengar berita mengenai kepulangan Nabi Muhammad SAW saya tiba-tiba dirundungi oleh perasaan sedih dan kesal yang maha hebat. Beberapa alasan iaitu yang mungkin dikemukakan kepada Nabi Muhammad SAW untuk mengelakkan kemurkaan Baginda terbayang-bayang di kepala saya. Saya juga telah meminta nasihat daripada orang-orang yang cerdik pandai di kalangan keluarga saya, tetapi akhirnya alasan-alasan ini saya ketepikan dan saya membuat keputusan hendak bercakap benar kepada Nabi Muhammad SAW."
"Telah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW, apabila Baginda pulang dari suatu perjalanan, Nabi Muhammad SAW akan singgah di masjid untuk mendirikan Solat Tahyatul Masjid serta beramah mesra dengan pelawat-pelawatnya. Pada ketika itu, datanglah orang munafik bersumpah-sumpah sambil memberi sebab-sebab mengapa mereka tidak menyertai Nabi Muhammad SAW ke Tabuk. Nabi Muhammad SAW menerima saja alasan-alasan yang diucapkan oleh lidah-lidah mereka sedangkan kandungan batin mereka tinggalkan kepada Allah SWT untuk membereskannya."
"Kemudian saya pun tibalah untuk menemui Rasulullah SAW lantas memberi salam kepada Baginda SAW. Suatu senyuman yang tawar, Baginda menolehkan mukanya ke arah lain. Saya berkata: "Wahai Rasulullah, Tuan memalingkan muka Tuan dari saya. Demi Allah SWT, saya bukannya munafik dan saya tidak meragui kebenaran agama saya." Baginda SAW menyuruh saya mendekati lalu bertanya: "Apa yang menghalangi kamu? Bukankah kamu telah membeli unta?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, kalau kepada orang lain sudah tentu saya dapat memberi alasan-alasan yang sesuai kerana Allah SWT telah mengurniakan saya dengan kefasihan bercakap, tetapi kepada Tuan, walaupun saya dapat memberi keterangan-keterangan dusta yang memuaskan hati Tuan, sudah tentu Allah SWT akan memurkai saya. Sebaliknya kalau saya menimbulkan kemarahan Tuan dengan bercakap benar saya percaya lambat-laun kemarahan Tuan itu akan dihapuskan oleh Allah SWT. Oleh itu saya bercakap benar. Demi Allah SWT saya tidak ada sebarang alasan pun sedangkan pada masa itu hidup saya mewah." Kata Nabi Muhammad SAW: "Dia sedang bercakap benar." Kemudian Baginda SAW berkata: "Pergilah kamu dan Allah SWT akan menentukan sesuatu bagi kamu."
.
"Apabila saya meninggalkan Nabi Muhammad SAW, orang-orang dari puak saya telah menyalahkan saya kerana telah bercakap benar di hadapan Rasulullah. Kata mereka: "Kamu sebelum ini tidak pernah melakukan sebarang kesalahan. Kalaulah setelah memberi satu-satu alasan yang sesuai, kamu meminta Nabi Muhammad SAW berdoa untuk diampunkan oleh Allah SWT, yang demikian itu sudah tentu mencukupi." Kemudian saya bertanya kalau-kalau ada orang yang hal keadaannya seperti saya. Mereka menceritakan mengenai Hilah bin Umayyah dan Murarah bin Rabi. Mereka juga telah mengakui kesalahan mereka dan menerima jawapan yang sama. Saya tahu yang mereka ini adalah penganut-penganut agama Islam yang sejati dan telah mengambil bahagian dalam Peperangan Badar."
"Nabi Muhammad SAW sudah memerintahkan supaya kami bertiga dipulaukan. Tidak ada seorang pun yang berani bergaul dan bercakap-cakap dengan kami. Pada masa itu saya berasa seolah-olah saya tinggal berdagang di rantau orang. Kawan-kawan berkelakuan seperti orang asing. Dunia yang begitu luas menjadi sempit. Kalau saya mati, Nabi Muhammad SAW tidak akan mengimami sembahyang jenazah saya. Sebaliknya kalau Baginda SAW wafat sudah tentu pemboikotan yang dikenakan ke atas saya akan berterusan sehingga ke akhir hayat saya."
"Kawan-kawan saya yang berdua itu tidak menampakkan diri mereka di luar rumah, sedangkan saya memberanikan diri dengan berjalan-jalan di pasar dan bersembahyang berjemaah tetapi saya tidak dihiraukan oleh sesiapa pun. Kadang-kadang saya memberanikan diri menghampiri Nabi Muhammad SAW sambil memberikan salam. Saya menunggu-nuggu jawapannya dengan penuh harapan. Kerapkali selepas menunaikan solat fardhu, saya akan menunaikan solat sunat berhampiran dengan Nabi Muhammad SAW kerana ingin mengetahui sama ada Baginda SAW akan memandang saya atau tidak. Ya, Baginda SAW memandangkan saya semasa berada dalam sembahyang. Di luar sembahyang Baginda SAW memalingkan pandangannya dari saya."
.
"Pada suatu hari apabila saya rasa yang saya tidak dapat lagi menderitai pemulauan sosial yang dikenakan ke atas saya, saya telah memanjat tembok kebun sepupu saya, Qatadah. Saya mengucapkan salam kepadanya tetapi dia tidak menjawab. Saya menggesanya supaya menjawab hanya satu soalan sahaja. Saya bertanya: "Engkau tahu atau tidak yang aku mencintai Allah SWT dan RasulNya?" Soalan saya itu terpaksa diulangi sebanyak tiga kali. Pada kali yang ketiganya barulah dia menjawab: "Hanya Allah SWT dan RasulNya yang mengetahui." Mendengar jawapannya itu saya menangis lalu meninggalkannya."
.
"Pada suatu ketika, sedang saya melalui sebatang jalan di Madinah, saya terpandang akan seorang Kristian berbangsa Mesir yang telah datang dari Syam. Rupa-rupanya orang itu sedang mencari saya. Apabila orang ramai di situ menunjukkan saya dia pun menghampiri saya sambil menyerahkan sepucuk surat daripada Raja Kristian yang memerintah Ghassan. Surat itu berbunyi: "Kami telah mengetahui akan penganiayaan yang kamu perolehi dari ketua kamu. Allah SWT tidak akan membiarkan kamu dalam keadaan hina dan malu. Eloklah kamu menyertai kami dan kami akan memberi segala pertolongan kepada kamu."
"Apabila saya membaca surat ini saya mengucapkan: "INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN." Demikianlah hal keadaan saya sehingga orang-orang kafir menyangka yang saya akan murtad. Saya tidak dapat membayangkan segala kecelakaan yang menimpa diri saya. Dengan serta merta saya mencampakkan surat itu ke dalam api dan saya pun terus pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW. Kata saya: "Ya Rasulullah SAW, saya telah tergelincir di dalam jurang kehinaan yang amat dahsyat sehinggakan orang-orang kafir menyangka yang saya akan murtad."
.
"Selepas empat puluh hari pemboikotan itu berjalan seorang utusan Nabi Muhammad SAW mendatangi saya dengan membawa satu perintah baru dari Nabi Muhammad SAW. Saya diperintahkan supaya berpisah dari isteri saya. Saya bertanya kepada utusan itu sama ada isteri saya terpaksa diceraikan. Dia hanya menyuruh saya berpisah dari isteri saya. Perintah yang sama diberikan kepada sahabat-sahabat yang berdua itu. Kata saya kepada isteri saya: "Pergilah kamu tinggal bersama-sama orangtuamu sehingga Allah SWT menentukan sesuatu bagiku."
.
"Isteri Hilal pun telah pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW sambil mengadu kepada Baginda SAW: "Ya Rasulullah, Hilal sudah tua dan tidak ada orang untuk menjaganya. Kalau aku meninggalkannya sudah tentu dia akan mati. Izinkan aku supaya menjagainya." Nabi Muhammad SAW menjawab: "Baiklah, tetapi jangan melakukan perhubungan jenis." Kata isteri Hilal: "Ya Rasulullah, dia sudah tidak ada keinginan semenjak pemulauan dikenakan ke atasnya. Dia menghabiskan masanya dengan menangis."
.
"Ada orang yang mecadangkan kepada saya supaya meminta kebenaran daripada Nabi Muhammad SAW untuk membolehkan isteri saya tinggal bersama-sama saya tetapi saya enggan berbuat demikian kerana saya masih muda sedangkan Hilal sudah tua. Lagi pula saya tidak berani membuat permintaan yang demikian. Sehingga ini pemulauan telah dijalankan keatas kami selama lima puluh hari."
.
"Pada pagi yang kelima puluh itu sedang saya duduk-duduk di atas bumbung rumah saya, setelah melakukan Solat Fajar, saya terdengar orang menjerit dari kemuncak bukit Salak. "Ada berita gembira buat kamu, ya Ka'ab." Sebaik sahaja saya mendengar berita itu saya pun bersujud dengan gembiranya sambil mengucapkan syukur kepada Allah SWT. Saya tahu yang saya telah perolehi keampunan daripada Allah SWT. Sebenarnya Nabi Muhammad SAW mengisytiharkan keampunan Allah SWT kepada kami bertiga selepas solat Subuh itu."
"Kemudian datang pula seorang penunggang kuda membawa berita yang sama. Oleh kerana kegembiraan yang amat sangat saya telah menghadiahkan pakaian yang terlekat di badan saya kepada pembawa berita gembira itu. Pada masa itu saya hanya memiliki pakaian yang sedang saya pakai tadi. Oleh hal yang demikian saya meminjam sehelai pakaian dari sahabat saya dan memakai pakaian itu dan saya terus pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW. Apabila saya tiba di masjid orang-orang yang sedang berbual-bual dengan Rasulullah SAW datang menerpa dan memegang tangan saya sambil mengucapkan tahniah. Orang yang mula-mula mengucapkan tahniah kepada saya ialah Talhah. Kemudian saya pun menyampaikan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Muka Baginda SAW berseri-seri dengan cahaya kegembiraan. Saya berkata kepada Baginda SAW: "Ya Rasulullah, saya bercadang hendak mendermakan semua harta saya sebagai mengucapkan syukur kepada Allah SWT yang telah sudi menerima taubat saya." Baginda SAW berkata: "Janganlah habiskan semua harta kamu. Tinggalkan sedikit untuk kepentingan dirimu." Saya pun mendermakan harta saya kecuali rampasan yang diperolehi dalam Peperangan Khaibar."
"Kebenaran telah menyelamatkan saya dan oleh itu saya berazam hendak bercakap benar pada setiap masa."
Wallahua'lam.
Cara Buka Akaun Semasa Maybank
Cara Buka Akaun Semasa Maybank Online
Salam sejahtera dan assalamualaikum
Ada yang masih belum berjaya buka akaun semasa Maybank ? Hari ni saya kongsikan cara buka akaun semasa Maybank tetapi untuk individu bukan perniagaan. Sekali lagi saya highlight CARA BUKA AKAUN SEMASA PREMIER MAYBANK ONLINE. Nak buka akaun semasa Maybank sangat mudah kerana TAK PERLU INTRODUCER dan hanya RM500 deposit.
Ada 2 cara mudah untuk buka Akaun Semasa Maybank
Jadi hari ni fokus entri ini adalah buka akaun secara online yang sudah pasti menjimatkan masa dan wang anda!
1) Log in website Maybank2U
2) Klik Apply Online
3) Pilih Maybank2U Premier
4) Kemudian anda isikan email anda dan pilih negeri dan daerah
Contoh di sini saya tinggal di Selangor daerah Gombak, automatik akan keluar cawangan yang ada di daerah Gombak beserta dengan alamat. Di sebabkan ada 4 cawangan jadi saya pilih yang paling hampir dengan saya. Kemudian tekan NEXT.
5) Seterusnya anda check email, cawangan pilihan anda dan tick T&C dan PIDM kemudian klik Submit. Dan print slip dan bawa ketika anda ingin mengaktifkan akaun anda.
6) Tunggu la cawangan Maybank anda call dan sekiranya tiada panggilan daripada pihak mereka anda sendiri perlu call dan tanya mengenai permohonan akaun semasa anda. Anda dikehendaki ke cawangan yang anda pilih tadi untuk mengaktifkan akaun anda dan jangan lupa bawa duit RM500 beserta dokumen yang diperlukan.
Dokumen yang diperlukan
Anda perlu mengaktifkan akaun anda dalam masa 10 hari dan sekiranya anda terlupa untuk mengaktifkan akaun dalam masa 10 hari, akaun anda akan ditutup serta mera dan anda boleh apply lagi tetapi selepas 6 bulan dari tarikh akaun anda ditutup.
Anda juga akan diberi buku cek Maybank. Biasanya pihak Maybank akan suruh datang collect buku cek.
Ada 2 cara mudah untuk buka Akaun Semasa Maybank
- Secara online
- Walk in di cawangan Maybank berhampiran anda.
Jadi hari ni fokus entri ini adalah buka akaun secara online yang sudah pasti menjimatkan masa dan wang anda!
1) Log in website Maybank2U
2) Klik Apply Online
3) Pilih Maybank2U Premier
5) Seterusnya anda check email, cawangan pilihan anda dan tick T&C dan PIDM kemudian klik Submit. Dan print slip dan bawa ketika anda ingin mengaktifkan akaun anda.
6) Tunggu la cawangan Maybank anda call dan sekiranya tiada panggilan daripada pihak mereka anda sendiri perlu call dan tanya mengenai permohonan akaun semasa anda. Anda dikehendaki ke cawangan yang anda pilih tadi untuk mengaktifkan akaun anda dan jangan lupa bawa duit RM500 beserta dokumen yang diperlukan.
Dokumen yang diperlukan
- Kad Pengenalan atau passport *wajib
- Lesen Memandu *sokongan
- Bil utiliti (elektrik/air/telefon/sewa rumah atas name dan alamat anda)*sokongan
- Letter of employment *sokongan
Anda perlu mengaktifkan akaun anda dalam masa 10 hari dan sekiranya anda terlupa untuk mengaktifkan akaun dalam masa 10 hari, akaun anda akan ditutup serta mera dan anda boleh apply lagi tetapi selepas 6 bulan dari tarikh akaun anda ditutup.
Anda juga akan diberi buku cek Maybank. Biasanya pihak Maybank akan suruh datang collect buku cek.
Cara Mudah Buka Akaun Paypal Secara Online
Cara Mudah Buka Akaun Paypal Terkini | Cara Buka Akaun Paypal Guna Maybank
Berikut merupakan langkah mudah untuk membuka akaun PayPal.
1) Masuk ke laman PayPal [disini] Klik SIGN UP.
3) Seterusnya isikan form di bawah sepert ini. Masukkan email anda yang aktif (yang selalu anda buka), bina password yang unik (kombinasi huruf dan angka dan sukar orang teka), masukkan alamat dan lain-lain kemudian klik 'Agree and Create Account'.
5) Selesai sahaja memasukkan akaun debit, anda dikehendaki verified akaun anda sebelum membuat sebarang transaksi. Anda akan menerima SMS CODE yang bermula dengan PP*1234 seperti dibawah. Biasanya untuk verification mengambil masa selama 1-3 hari. Tetapi semasa saya membuka akaun PayPal dalam masa satu jam akaun saya sudah verified.
PERHATIAN !!!
7) Selesai sudah akaun PayPal anda... Baki di dalam akaun PayPal RM10.
Mudah sahaja. Kini anda bukan sahaja boleh buat pembelian di luar negara tetapi anda juga boleh menjana pendapatan sampingan dan lumayan dengan adanya akaun PayPal.
Untuk perkongsian kali ini saya ingin kongsikan berkenaan Paypal .Seperti yang anda semua ketahui, Paypal merupakan salah satu pembayaran yang selamat dan diterima di 203 buah negara seluruh dunia . Ianya menjadikan Paypal sebagai bank online terbesar didunia untuk mereka yang melakukan transaksi jual beli atas talian diseluruh dunia ! . Lebih dari itu Maklumat anda juga tidak akan didedahkan dan ianya selamat. Pembayaran menggunakan PayPal lebih cepat berbanding dengan cek atau money order. Di sini saya ingin kongsikan cara mudah untuk membuka akaun PayPal dan anda kini boleh buat dan buka akaun paypal anda sendiri secara PERCUMA. Yang pasti anda perlu mempunyai kad debit atau kredit.
Berikut merupakan langkah mudah untuk membuka akaun PayPal.
1) Masuk ke laman PayPal [disini] Klik SIGN UP.
2) Kemudian anda boleh pilih sama ada Buy with PayPal (sesuai untuk anda yang suka membeli secara online- nak beli barang kat ebay or shopping kat luar dari Malaysia) atau Receive payment with PayPal (sesuai untuk anda yang ingin berjual beli , dan terima pembayaran)
3) Seterusnya isikan form di bawah sepert ini. Masukkan email anda yang aktif (yang selalu anda buka), bina password yang unik (kombinasi huruf dan angka dan sukar orang teka), masukkan alamat dan lain-lain kemudian klik 'Agree and Create Account'.
4) Kemudian anda akan menerima email untuk aktifkan akaun PayPal anda. Seterusnya, anda dikehendaki memasuki no kad debit/kad kredit anda. Katakan anda menggunakan kad debit Maybank, masukkan nombor 16 digit di bahagian depan kad anda diikuti tarikh luput, seperti tertera dalam gambar di bawah ini. CSC ada di belakang kad Maybank anda di tepi tempat anda tanda tangan. Ada 3 no di situ. Masukkan no tersebut di bahagian CSC. Klik Continue
5) Selesai sahaja memasukkan akaun debit, anda dikehendaki verified akaun anda sebelum membuat sebarang transaksi. Anda akan menerima SMS CODE yang bermula dengan PP*1234 seperti dibawah. Biasanya untuk verification mengambil masa selama 1-3 hari. Tetapi semasa saya membuka akaun PayPal dalam masa satu jam akaun saya sudah verified.
6) Anda akan dapati RM10 telah dipotong dari akaun bank anda oleh Paypal. Jangan risau sebab RM10 tersebut dikembalikan semula di dalam akaun PayPal anda. Balance terkini akaun Paypal anda adalah RM10.
PERHATIAN !!!
Sekiranya anda tidak menerima sebarang SMS anda boleh login akaun Maybank anda dan check di bahagian Debit Card History. Di situ akan tertulis bahawa anda telah dikenakan RM10 untuk akaun PayPal dan terdapat verification no di situ. Gunakan no tersebut untuk verified akaun anda.
7) Selesai sudah akaun PayPal anda... Baki di dalam akaun PayPal RM10.
Mudah sahaja. Kini anda bukan sahaja boleh buat pembelian di luar negara tetapi anda juga boleh menjana pendapatan sampingan dan lumayan dengan adanya akaun PayPal.
Senaman Menambah Ketinggian
Cara tambah ketinggian | tambah ketinggian secara semulajadi
Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca setia blog redzuan-ridz . Harini saya ingin kongsikan tips bagaimana untuk menambah ketinggian . Setiap dari kita pasti ingin memiliki ketinggian yang ideal . Tubuh yang tinggi tentu menjadi dambaan bagi setiap orang. Dengan ketinggian yang ada , kita akan tampil lebih berkeyakinan ,selain memudahkan kita untuk menceburi bidang karier yang kita ingini .
Seperti sedia maklum , kadar pertambahan ketinggian seseorang adalah berbeza dan kita perlu tahu beberapa perkara iaitu faktor yang mempengaruhi ketinggian seseorang dan juga aktiviti yang kita perlu lakukan untuk meningkatkan kadar pertumbuhan kita secara semula jadi.
Terdapat 3 faktor utama yang mempengaruhi kadar pertumbuhan dan ketinggian seseorang individu.
1. Gizi yang Cukup dan Seimbang.
Pastikan kita mendapat protein, lemak, vitamin (seperti vitamin A dan D) dan mineral (seperti zat besi, kalsium, protein) yang mencukupi kerana sumber sumber ini sangat mempengaruhi proses pertumbuhan badan. Pengambilan susu tinggi kalsium telah terbukti mampu menambahkan ketinggian .
2. Faktor Keturunan
Faktor keturunan memainkan peranan dalam menentukan tinggi seseorang. Ibu bapa yang memiliki ketinggian badan yang ideal memberi potensi untuk memiliki anak yang juga mempunyai tinggi yang ideal.
3. Kadar Hormon
Hormon pertumbuhan berfungsi untuk merangsang pertumbuhan tulang. Hormon tiroid diperlukan untuk melancarkan proses metabolisme. Hormon seks, yang terdiri dari hormon estrogen, progesteron dan androgen, bertugas dalam proses kematangan seksual.
Masalah kurang ketinggian kadang-kala boleh menjadikan kita kurang keyakinan dan tidak selesa berada di khalayak ramai. Mungkin ada yang tidak kisah dengan tinggi mereka, ada yang merasakan mereka lebih comel kalau tidak cukup tinggi. Dan untuk yang ingin mengatasi masalah tidak cukup tinggi , sebenarnya anda boleh mencuba senaman yang betul yang mampu meransang pertumbuhan badan kita.
Dibawah merupakan senaman yang boleh dilakukan untuk meransang kadar pertumbuhan dan dalam masa yang sama dapat membantu menambah ketinggian walaupun anda telah berusia lebih dari 21 TAHUN :
1. Hanging (Bergayut)
Salah satu halangan terbesar untuk menjadi lebih tinggi adalah graviti. Kita menghabiskan sebahagian besar hari anda dalam tegak atau kedudukan menegak. Semua graviti sepanjang hari telah memampatkan tulang punggung dan sendi, serta menipiskan tulang rawan dan menjadikan kita lebih pendek.
2. Swimming ( Berenang )
Semasa berenang, seluruh badan akan mengalami peregangan dari badan sampai ujung kaki. Disamping itu, gerakan renang hampir melibatkan semua otot-otot tubuh.
3. Head to Knee (Kepala ke Lutut )
Kedudukan seperti ini dipanggil Janu Shirshasana dalam istilah yoga . ianya merupakan cara yang bagus untuk tulang punggung dan meregangkan otot paha belakang (hamstring) anda.
Pastikan tulang belakang anda tetap lurus untuk mendapatkan kesan yang maksimum daripada latihan senaman ini.
4. Downward Facing Dog
Juga dikenali sebagai Adho Mukha Svanasana, ini merupakan salah satu gerakan dari senaman yoga dan ianya adalah satu cara yang bagus untuk menambah tinggi melalui peregangan dan meningkatkan fleksibiliti tubuh anda.
5.Standing Forward Bend
Gerakan yang mudah tetapi sebenarnya sangat efektif dan ini juga merupakan satu daripada cara yang bagus untuk berehat dan merangsang tulang belakang.
6. Stretching ( Regangan )
Gerakan meregangkan badan. Sehingga otot dan tulang-tulang punggung tertarik. Jika gerakan ini dilakukan secara rutin dan intensif maka dapat membantu merangsang penambahan ketinggian.
Semasa kita melakukan senaman , badan akan melepaskan satu jenis hormon yang dipanggil Hormon Pertumbuhan Manusia (Human Growth Hormone, HGH) ke dalam sistem tubuh kita. Hormon yang kompleks inilah yang meransang tulang, otot, dan sel tubuh untuk meningkatkan saiz. Semakin baik latihan yang dilakukan, akan lebih banyak HGH dirembeskan dalam sistem badan kita.
Jadi sesiapa yang rasa nak sangat tinggi boleh lah cuba senaman senaman ini. Mungkin cara ini tidak berkesan kepada semua sebab badan manusia sangat berbeza tapi tak salah kalau nak cuba.
Cara Elakkan Password Digodam | Cara Elak Akaun di Hack
Cara Elak Dari Password di Hack / di Godam | Cara Pastikan Kata Laluan tidak Di godam
Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca Blog Redzuan-Ridz
Password atau Kata laluan biasanya digunakan untuk mengakses perkhidmatan dan maklumat dalam Internet . Kebiasaannya pasti terdapat banyak kata laluan yang anda perlu ingat , kata laluan email , kata laluan facebook , kata laluan laman sosial , dan kata laluan pelbagai perkhidmatan lain . Oleh itu, kebanyakan daripada kita pasti akan memilih kata laluan yang mudah diingati malah menulisnya di tempat yang boleh dilihat orang .
Berikut merupakan beberapa langkah untuk memastikan kata laluan anda sentiasa selamat dan tips bagi membina kata laluan yang kuat:
- Jangan kongsi kata laluan anda dalam Internet, menerusi e-mel atau dalam telefon. Tiada sesiapa akan meminta untuk menghantar kata laluan anda kepada mereka. Berhati-hati jika ada yang bertanya .
- Menggunakan kata laluan yang mempunyai sekurang-kurangnya 8 aksara, yang termasuk kombinasi nombor dan simbol. ini akan menyukarkan sesuatu program atau software hacking dari berjaya memecahkan akses kata laluan anda.
- Elakkan dari menggunakan perkataan atau frasa biasa. Penggodam boleh menggunakan program atau software yang akan mencuba setiap perkataan tertera dalam kamus sebagai contoh seperti dibawah :
- nasiayam
- passw0rd
- abc123
- 123456
- abcdefg
- 00000000
- qwerty
- Elakkan daripada menggunakan maklumat peribadi anda atau sebarang perkataan atau frasa yang berkaitan dengan anda . sebagai contoh jangan gunakan kata laluan facebook , twitter , instagram anda sama seperti nama di akaun laman sosial anda . kebarangkalian untuk akaun anda dihack adalah tinggi .
- Anda perlu sentiasa menukar kata laluan dengan kerap. Tukar password anda 6 bulan sekurang-kurangnya .
- Digallakan anda menggunakan kata laluan yang berlainan pada setiap akaun penting yang sering anda akses . sebagai contoh pastikan kata laluan perbankan anda tidak sama dengan akses kata laluan akaun email anda . ini bagi mengelakkan jika akaun email anda dihack , kebarangkalian untuk penggodam mencuba godam segala akaun milik anda yang lain yang tertera seperti didalam email tidak akan berjaya .
- Satu cara mencipta kata laluan yang kuat ialah mendapatkan frasa yang anda senang ingat dan mengambil huruf pertama bagi setiap perkataan sebagai kata laluan anda, menukar huruf yang anda boleh ingat. Contohnya, “Pisang Goreng Cheese yang dijual di gombak sangat sedap ” akan menjadi “PGcYdG$S”.
Diharapkan segala urusan transaksi didalam talian seperti perbankan Internet, urusan emel, dan segala akaun dan maklumat anda akan terpelihara jua dengan mencuba beberapa tips dan langkah yang telah saya kongsikan diatas .

Kepentingan Doa Bagi Orang Islam
Kenapa Kita Perlu Berdoa ?
Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca setia blog redzuan-ridz . Semoga kita semua sentiasa dilimpahi rahmat-Nya .Semua penganut agama dimuka bumi ini akan berdoa namun, bagi kita yang merupakan seorang muslim doa merupakan satu kuasa spiritual yang menjadi pengikat kita dengan pencipta kita . setiap dari kita pasti pernah berdoa meminta pelbagai hajat dan sesuatu dari pencipta kita . Setelah setiap kali selesai solat pasti kita akan berdoa kepada Allah swt . Namun pernahkah anda tahu kepentingan berdoa itu sendiri . kebiasaan daripada kita hanya berdoa ketika ingin meminta sesuatu hajat atau permintaan .dan ketika kita didalam kesusahan .
Dibawah ini saya kongsikan diantara kepentingan dan hikmah disebail kita berdoa kepada Allah swt :
1. Yang pertama Doa merupakan pelindung dan senjata kepada setiap orang mukmin agar dapat mengelakkan diri dari godaan dan hasutan syaitan dan juga dari kejahatan manusia.
2. Berdoa dapat meningkatkan lagi ketaqwaan dan kekuatan iman seseorang mukmin itu sendiri. Apabila kita berdoa ianya secara tidak langsung akan mendekatkan kita kepada pencipta kita sekalgus dapat meningkat rasa ketaqwaan kita.
3. Allah swt amat mengasihi dan menyukai akan hamba-hambaNya yang selalu berdoa dan meminta sesuatu kepada-Nya. Maka oleh itu jika anda berada dalam kesusahan mahupun ketika senang berdoalah kepada-Nya . jika mendapat kesenangan dari-Nya berdoa lah kerana Allah swt akan sentiasa menambahkan lagi rezeki pada hambanya yang bersyukur dengan rezekinya dan yang mereka yang tabah menghadapi ujian dari-Nya .
4. Berdoa dapat mententeramkan jiwa kita, berdoa dapat menjadi penawar dan penenang kepada hati yang sedang bersedih dan ditimpa musibah . Firman Allah, 'Ketahuilah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang'. (surah Ar-Ra'du ayat 28).Maka jika menghadapi sesuatu msalah atau musibah berdoalah padanya nescaya hati akan menjadi lebih kuat dan tenang dalam menghadapi ujiannya
5.Dengan berdoa ianya dapat menjadi ubat penyembuh bagi segala jenis penyakit yang ada pada diri manusia sama ada penyakit zahir mahupun penyakit batiniah seperti hasad dengki , irihati ,bangga diri ,riak dan seumpamanya.
6. Doa merupakan tali penghubung di antara anak dengan kedua ibu bapa yang telah meninggal dunia maka doa dari anak-anaknya yang soleh amatlah dinantikan untuk mendoakan kesejahteraan mereka di dalam kubur. Bersabda Rasulullah, 'Apabila anak Adam meninggal dunia, maka putuslah semua amalannya melainkan 3 perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu yang manfaat dan anak yang soleh yang (setiasa) mendoakannya'. (H.R.Bukhari dan Muslim)
7. Dengan berdoa , Allah swt akan membukakan pintu rahmat-Nya kepada manusia. Apabila kita sentiasa dibawah rahmat-Nya hidup kita akan tenang dan berjaya dalam segala kita lakukan . Sabda Rasulullah SAW , 'Doa itu adalah anak kunci kepada pintu rahmat'. (H.R.Ad-Dailami) .
8.Akhir sekali Doa adalah penghubung dan pengikat tali persaudaraan dan kasih sayang di antara sesama mukmin.Jika berlaku persengketaan atau pergeseran berdoalah untuk kedamaian kerana Allah swt akan memakbulkan . Sabda Rasulullah, 'Doa seseorang mukmin terhadap saudaranya (mukmin) secara diam-diam, pasti diperkenankan oleh Allah. (H.R.Muslim)
Kesimpulannya , walau apapun kejayaan yang kita kecapi atau kita berada dalam musibah ingatlah bahawa segalanya datang dari Allah SWT . maka berdoalah kerana dengan beroda ianya akan mendekatkan lagi kita dengan pencipta kita . sehebat hebat senjata di muka bumi ini . tiada satu senjata yang mampu melawan Doa . Maka berdoalah dalam apa jua keadaan kerana pertolongan dan janji Allah swt itu pasati :)
Ringgit Jatuh Ke Paras Terburuk Sejak 17 Tahun
Malaysia Ringgit Jatuh Ke Paras Terburuk Sejak 17 Tahun Berbanding Dollar Amerika
Ringgit Malaysia jatuh lagi dan kali ini jatuh ke-tahap paling buruk sejak 1998 . Kebimbangan mengenai kewangan firma pelaburan ditambah dengan skandal politik pemimpin Malaysia memburukkan prospek ekonomi Malaysia disamping kejatuhan harga minyak dunia menyebabkan Ringgit malaysia jatuh ketahap terendah dan terburuk sejak krisis ekonomi 1998 .
Ringgit telah menyusut nilai 0.8 peratus kepada RM4.2485 untuk setiap Dollar di Kuala Lumpur, menterbalikkan 1.2 peratus keuntungan pada Selasa, menurut harga daripada bank-bank tempatan yang dikumpul oleh Bloomberg. Ianya terus mencapai tahap tukaran RM4.2990 untuk setiap Dollar, yang terendah dan terburuk sejak Julai 1998.
Abu Dhabi International Petroleum Investment Co. mungkin menarik diri daripada rancangan untuk membantu menyusun semula 1Malaysia Development Bhd yang memiliki hutang sejumlah 3.5 Billion , sumber yang dipetik daripada Business Times Singapura . 1MDB berkata ia masih terlibat dalam perbincangan. Langkah China yang mengurangkan kadar faedah buat kali kelima sejak November tahun lepas gagal untuk membantu mengangkat nilai ringgit supaya kembali stabil, yang diserang oleh kelembapan ekonomi dan skandal yang melibatkan pemindahan dana kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Prestasi ringgit menurun mungkin disebabkan laporan yang IPIC Abu Dhabi ingin menarik diri daripada membantu dalam plan penyusunan hutang 1MDB," Nizam Idris, ketua bahagian pertukaran asing dan strategi pendapatan tetap di Macquarie Bank Ltd yang berpangkalan di Singapura - "
Sarawak Report yang berpangkalan di UK dan Wall Street Journal bulan lalu melaporkan mengenai dokumen dimana hampir $ 700 juta mungkin telah bergerak melalui agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan 1MDB sebelum dimasukkan ke dalam akaun yang tertera nama Najib. yang seterusnya membawa kepada desakan supaya Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
1MDB, Minyak
Kenyataan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 3 Ogos bahawa Najib telah menerima 2.6 bilion ringgit ($ 608,000,000) daripada penderma dan bukan dari 1MDB masih gagal untuk meyakinkan para pelabur luar . Dana global telah menarik lebih daripada $ 3 bilion daripada pasaran saham tempatan tahun ini dan pegangan pelabur luar negara jatuh ke tahap terendah sejak tiga tahun pada bulan Julai.
Penurunan 58 peratus pada minyak mentah Brent mentah berbanding setahun yang lalu megurangkan pendapatan eksport minyak Malaysia selain dari penurunan nilai yuan bulan ini turut menjadi faktor kepada keatuhan ringgi.Ditambah dengan kemerosotan 16 peratus dalam harga minyak sawit dunia juga memberi kesan kepada Malaysia yang merupakan pengeluar kedua terbesar di dunia bagi komoditi itu.
"Berita yang IPIC Abu Dhabi boleh menarik diri daripada rancangan untuk membantu 1MDB menyusun semula hutangnya mungkin mempengaruhi sentimen," kata Khoon Goh, Ahli Strategi Australia & New Zealand Banking Group Ltd di Singapura. "Harga komoditi yang lemah, terutamanya minyak mentah dan minyak sawit, menambah lagi tahap menurun Ringgit ."
sumber : asiannewschannel . msnnews

Rahsia Senang Dapat Pinjaman | Cara Mudah Lulus Pinjaman Bank
Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca . harini saya tertarik untuk review sebuah buku cara senang lulus dan dapat pinjaman bank
Bagaimana Akaun Simpanan Boleh Dijadikan Dokumen Sokongan Pinjaman ? mungkin anda pernah terfikir tapi tidak tahu bagaimana caranya . Nak guna teknik ini agak sukar sikit, kerana pemohon perlu mempunyai displin tinggi untuk menyimpan dan ambil masa yang lama. Jadi apa cara yang senang untuk menyokong pemohonan pinjaman sekaligus anda dapat lulus pinjaman bank ?.
Rahsia Senang Dapat Pinjaman
Okey, ini rahsianya.. Rahsia Senang Dapat Pinjaman yang dikongsikan oleh En Wahi, seorang usahawan berjaya yang membuat pinjaman sebanyak RM2.7 Juta Tanpa Penjamin, kertas kerja ataupun cagaran. Caranya sangat senang dan mudah diikuti. Setakat ini, ramai yang telah berjaya menggunakan teknik beliau untuk mendapatkan pinjaman dan akhirnya berjaya memiliki rumah , dan kebebasan kewangan hasil dari duit pinjaman .
Antara rahsia yang dibongkarkan dalam buku ini ialah ;
* Cara membuka _____ dan mengurusnya dengan baik bagi memudahkan pinjaman.
* Bagaimana caranya memohon pinjaman bank tanpa memerlukan cagaran, penjamin atau kertas kerja yang hebat untuk .
* Langkah-langkah dan persediaan yang perlu anda lakukan, semasa dan selepas mendapat pinjaman bank.
* Cara menggunakan penyata akaun semasa untuk mendapatkan pinjaman bank .
Buku ini ditulis, khusus bagi mereka yang ingin ;
* Mengembangkan perniagaan sedia ada ketahap lebih tinggi
* Memiliki aset yang banyak, tetapi pemohonan pinjaman bank tidak pernah lulus
* Mengubah perjalanan hidup ke arah hidup lebih senang dan berjaya dengan bantuan pinjaman
*.Menjadi seorang usahawan berjaya
Buku ini telah berjaya membantu ramai orang untuk lulus mendapatkan pinjaman dari bank , seterusnya berjaya mengubah nasib mereka ke arah lebih baik dengan perancangan kewangan yang tepat setelah itu .
jadi pandangan saya anda harus memilikinya, mana tahu dapat membantu anda ??
Harga buku Rahsia Senang Dapat Pinjaman (bukan ebook) ini, hanya RM50 sahaja. Anda juga akan memperolehi 4 lagi bonus hebat :
BONUS 1 (Ebook Bernilai RM50) - Tips Menjadi Usahawan
BONUS 2 (Ebook Bernilai RM50) - 5 Langkah Bebas Belenggu Makan Gaji
BONUS 3 Akses Premium Facebook Group Support
BONUS 4 Akses Koleksi Video Tip Bisnes
Pada hemat saya buku ini memang terbaik kerana penulis berjaya menerangkan teknik yang digunakan dengan bahasa yang santai dan mudah difahami. dengan pelaburan yang kecil dengan memiliki buku ini , ianya mampu mengubah hidup anda ! Jadi bertindak sekarang dan dapatkan satu buku Rahsia Senang Dapat Pinjaman hari ini. Memang tak rugi membeli buku ini .
Kerja Online Translator | Penterjemah Online
Kerja Part Time 2015 | Kerja Online Translator Di Rumah | Kerja Translator Freelancer | Kerja Dari Rumah
Salam sejahtera semua . hari ini saya ingin review satu skop pekerjaan secara freelancer dan part time dengan menjadi seorang translator . SIDE INCOME dari RM1500-RM3500 bergantung pada jumlah job anda mampu sempurnakan .Inilah peluang anda untuk bekerja sebagai penterjemah bebas dari rumah untuk syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa. Waktu berkerja sangat fleksibel , hanya dari rumah dan paling lumayan bayaran US Dollar dan ada juga dibayar dalam Ringgit !
Pendapatan RM1500-RM3500 sebulan bergantung pada job terjemahan anda sempurnakan
Apakah Tugas Seorang Penterjemah ?
Tugas utama seorang penterjemah adalah menukar satu bahasa ke bahasa yang lain . Translator bekerja dengan bahan bertulis manakala bahasa pertuturan di terjemah oleh juru bahasa. Dengan peningkatan pelbagai sektor dalam ekonomi , permintaan untuk penterjemah meningkat dengan mendadak sekali.
Sebagai seorang translator, anda perlu memastikan kandungan dokumen di sampaikan dengan maksud yang tepat. Isi dan nahu ayat perlu betul agar tidak lari dari makna asal .
Skop Kerja Translator
Terdapat pelbagai jenis kerja menterjemah, antara yang paling mendapat permintaan ialah menterjemah laman web, blog – blog, kandungan e-mel, kandungan laman sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram , sari kata video, dokumen perniagaan, pendidikan, perundangan dan perubatan.
Tapi bukan itu sahaja, pada masa sekarang ada banyak permintaan untuk menterjemah kandungan bagi aplikasi telefon pintar, pengiklanan, permainan video dan banyak lagi.
Bayaran Translator
Bagaimana bayaran dikira ? Anda dibayar mengikut jumlah perkataan , rate bayaran dari USD$0.03 – USD$0.15 sen untuk setiap perkataan. Untuk tugasan biasa , selalunya dalam 500 patah perkataan dan dengan mudah anda akan perolehi bayaran antara USD$15.00 hingga USD$75.00 utuk satu tugasan .
Jia dikira tukaran matawang sekarang, anda mampu mendapat antara RM60 – RM285 bagi setiap job yang anda sempurnakan. Bagi sebuah laman web pula anda mampu mendapat sehingga USD$500 atau RM1900 untuk tugasa terjemahan !!
Anda tidak perlu risau kerana kerja terjemahan ini adalah real dan bukan scam . apa yang perlu anda laukakn dapatkan akses direktori dan pangkalan data dari kami yang diupdate setiap hari untuk job terjemahan .
lihat bukti mereka yang telah menggunakan akses dari kerjatranslator dan mendapat job menterjemah .
Anda berminat untuk bermula ? dapatkan akses direktori job menterjemah dan update pangkalan data setiap hari . support dan bimbingan . untuk details sila klik link dibawah
Apa itu Teknologi Wifi
KENALI TEKNOLOGI WI-FI
Apa itu Wi-Fi? Wi-Fi semakin popular dan menjadi perkataan yang melekat pada bibir pengguna IT pada masa kini. Namun tahukah anda apa itu Wi-Fi? Kali ini anda boleh mengetahui apa itu Wi-Fi secara ringkas. kini dengan adanya wifi kita mampu berhubung dengan mudah dan mendapat pelbagai maklumat dengan pantas .
Wi-Fi merupakan singkatan bagi Wireless Fidelity dimana istilah ini telah diberikan secara rasmi oleh WECA (Wireless Ethernet Compatibility Alliance). Wi-Fi mula diperkenalkan menerusi produk-produk tanpa wayar pada penghujung tahun 1998. Penggunaan Wi-Fi adalah merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang menggunakan hubungan jalurlebar(broadband), titik capaian (access point) dank ad Wi-Fi yang diinstal di dalam computer bagi membolehkan pengguna berkongsi fail dan pencetak serta melayari internet sama seperti rangkaian LAN biasa.
Titik capaian adalah merujuk kepada satu peranti elektronik kecil yang bertindak sebagai penghubung dengan kad Wi-Fi yang diinstal di dalam computer pengguna bagi membolehkan perpindahan data berlaku.
Menerusi spefikasi 802.11 di antara sumber jalurlebar seperti DSL atau kabel dengan computer tersebut. 802.11 pula merujuk kepada spefikasi teknikal keluarga pautan tanpa wayar LAN yang diberikan oleh IEEE (Institute of Electrical and Electronic Engineers). Teknologi Wi-Fi dikatakan tergolong dalam spefikasi 802.11b yang membolehkan perpindahan data berlaku dalam kelajuan sehingga 11Mbps di dalam jalur 2.4 GHz. Sementara itu, teknologi 802.11a pula adalah lanjutan kepada teknologi 802.11b di mana teknologinya lebih pantas. Teknologi 802.11a membenarkan perpindahan data berlaku dalam kelajuan sehingga 54 Mbps di dalam jalur 5 GHz. Teknologi ini juga dikenali sebagai Wi-Fi5 atau WECA.
Ethernet merupakan senibina LAN yang telah dibangunkan oleh Xerox Corp dan ianya merupakan kad antaramuka rangkaian yang digunakan dalam rangkaian LAN biasa. Sedangkan Wi-Fi pula adalah merupakan senibina LAN yang digunakan dalam persekitaran tanpa wayar. Ringkasnya ethernet digunakan dalam rangkaian LAN yang berwayar (menggunakan kabel seperti CAT5 untuk dihubungkan ke jalurlebar) manakala Wi-Fi pula digunakan dalam rangkaian Lan tanpa wayar (menggunakan kad Wi-Fi dan dihubungkan ke titik capaian seterusnya akan menghubungkan ke jalur lebar).
LAN adalah merujuk kepada rangkaian komputer bagi kawasan setempat di mana setiap komputer dihubungkan antara satu sama lain dengan menggunakan wayar. WLAN pula adalah merujuk kepada rangkain komputer bagi kawasan setempat di mana setiap komputer dihubungkan antara satu sama lain tanpa menggunakan wayar. Konsep WLAN adalah sama dengan LAN misalnya dari segi penggunaan pelayan dan sistem pentadbiran. Bezanya cuma dari segi medium iaitu WLAN menggunakan gelombang radio manakala LAN menggunakan kabel untuk mentransmisikan data.
Wi-Fi Hotspot adalah merujuk kepada satu kawasan khas di mana titik capaian disediakan bagi membolehkan pengguna dihubungkan ke internet menerusi gelombang Wi-Fi. Biasanya, pengguna-pengguna ini menggunakan komputer jenis mudah alih seperti notebook. Pada masa ini, Wi-Fi boleh didapat di lapangan terbang, hotel, kafe-kafe utam seperti StarBucks Coffe dan tempat-tempat tumpuan umum seperti komples membeli belah dan pusat rekreasi. Hubungan Wi-Fi ini boleh dilakukan dalam jarak 300 kaki dari lokasi Hotspot tersebut.
Tidak sama sekali. Sebenarnya kedua-duanya adalah saling melengkapi antara satu sama lain dan mempunyai sasarannya tersendiri. Teknologi Wi-Fi digunakan untuk menggantikan sistem rangkaian wayar iaitu LAN yang sedia ada, biasanya pada komputer desktop dan notebook manakala Bluetooth pula digunakan dalam lingkungan PAN iaitu Personal Area Network di mana peranti-peranti khusus digunakan misalnya telefon mudah alih, pengimbas barkod dan PDA bagi menggantikan peranti yang menggunakan wayar. Walaupun secara logiknya kedua-dua teknologi ini mungkin akan terganggu antara satu sama lain disebabkan jalur frekuensinya sama iaitu 2.4 GHz tetapi pada hakikatnya tidak. Ini berdasarkan penyelidikan yang telah dilakukan oleh Bluetooth SIG dan IEEE menerusi teknik AFH (Adaptive Frequency Hopping) yang m
Selain daripada itu, keupayaan audio juga berbeza diantara kedua-dua teknologi ini. Sebagai contoh, Ericsson telah membangunkan telefon mudah alih yang boleh memindahkan audio menerusi teknologi Bluetooth dari telefon ke headset tanpa menggunakan wayar. Sebaliknya dalam teknologi Wi-Fi, keupayaan audio adalah menerusi VOIP (Voice Over IP) dimana spesifikasi dan keperluannya adalah sama sekali berbeza. Ini jelas menunjukkan kedua-dua teknologi ini mempunyai kelebihan masing-masing, mempunyai sasaran tersendiri dan yang lebih penting ialah bukannya bersaing antara satu sama lain. Penggunaan kedua0dua teknologi ini menunjukkan akan kepentingan sistem pautan tanpa wayar dalam dunia digital masa kini.
Penggunaan kedua-dua teknologi ini juga boleh dilihat dalam syarikat UPS (United Parcel Service) di mana pengimbas barkod mengimbas kod dengan menggunakan teknologi Bluetooth lalu data-data tersebut dihantar ke titik capaian WLAN yang menggunakan teknologi Wi-Fi untuk dihubungkan ke cawangan-cawangan lain diseluruh dunia.
Selain itu, dengan adanya teknologi-teknologi ini ia juga telah dapat mengurangkan tekanan kerja. Ini adalah kerana sesuatu perbincangan atau mesyuarat boleh dilakukan di tempat-tempat santai yang menyediakan sambungan tanpa wayar ini. Teknologi Wi-Fi ini juga menyediakan lebar jalur yang besar, di mana perpindahan data dapat dilakukan dengan pantas dan cepat. Malah penyelenggaraan perkakasan juga mudah kerana tiada wayar atau kabel yang digunakan. Maka dengan ini jelas menunjukkan bahawa teknologi Wi-Fi dan bluetooth ini banyak membantu dan memudahkan kerja seharian manusia hari ini.
Kesimpulannya, teknologi pautan tanpa wayar ini memberikan banyak kelebihan atau kebaikan dalam aktiviti seharian kita seperti boleh melayari internet di mana-mana sahaja seperti di kafe-kafe atau tempat-tempat umum yang digelar sebagai hotspot. Ini adalah kerana adanya titik capaian untuk teknologi Wi-Fi disediakan. Teknologi Bluetooth pula memudahkan kita memindahkan atau berkongsi data antara notebook dan PDA. Ini sangat berguna ketika melakukan persembahan sesuatu projek atau laporan perancangan ketika mesyuarat di mana data-data perlu dikongsi dengan staf-staf yang lain.
Nilai Sebenar Seorang Isteri
Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan.
PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda”
Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya.
PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya"
Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.
PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."
PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...”
Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya.
Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.
Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan padam 1 nama lagi!”
Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.
PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!"
Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.
Setelah suasana tenang,
PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu, "kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?"
Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut.
Lalu lelaki itu menjawab:
”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya.
Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.”
Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas.pernahkah anda terfikir apakah nilai sebenar isteri bagi anda yang bergelar suami ? renung-renungkan .Sayangilah isteri anda .
Menjana Income Lumayan dengan Google Adsense
AdSense Kini Menerima sepenuhnya blog dan website Bahasa Melayu .
Salam buat semua pembaca blog redzuan-ridz.dah terlalu lama saya tidak berkongsi sebarang tips, perkongsian , mahupun review dalam blog ini .Mungkin ramai telah mengetahui yang Google secara rasminya telah menerima blog , website berbahasa Melayu untuk menyokong program AdSense mereka .
Buat Duit dengan Google AdSense
Adsense merupakan program pengiklanan blog dan website paling lumayan didunia dibayar dalam usd yang dimiliki Oleh Google .Kini terdapat lebih 2 juta Publisher diseluruh dunia yang memaparkan iklan google didalam laman web , blog , forum , laman iklan , mahupun dalam google playstore .
Bagi yang telah mempunyai blog atau website sendiri dalam Bahasa Melayu, kini anda tidak perlu lagi bersusah payah memohon adsense dengan blog bahasa Inggeris yang memerlukan sekurang kurangnya 15-25 entri original hasil tulisan anda sendiri .
Anda kini boleh memaparkan AdSense di dalam blog bahasa melayu milik anda dengan syarat anda perlu menghasilkan blog dengan hasil tulisan sendiri yang berkualiti dan tidak meniru (copy) hasil dari blog atau website orang lain .
Bahasa Melayu merupakan salah satu daripada bahasa yang paling pesat berkembang di alam Maya dan mempunyai antara penutur paling ramai didunia .
Hampir 65% daripada penduduk Malaysia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penuturan mereka dan menjadi bahasa utama mereka. Terdapat kira-kira 40 juta penutur bahasa Melayu dirantau Asia tenggara ini . Manakala diseluruh dunia terdapat lebih dari 220 juta menuturkan bahasa melayu . dan hasil perkembangan dan penggunaan bahasa melayu yang besar inilah maka AdSense kini menyokong Bahasa Melayu .
kini peluang anda untuk menjadi sebahagain Dari keluarga AdSense dan menjana income lumayan yang akan dibayar dalam dollars . (USD)
Sebelum anda ingin menjana income lumayan dengan AdSense, anda perlu ketahui apa sebenarnya program AdSense , syarat-syarat menyertai program adsense dan bagaimana ianya berfungsi menjana income lumayan . bukan mudah untuk lulus dari menjadi publisher AdSense.
pelbagai syarat ketat dikenakan Google .Saya akan bahaskan dalam entri selanjutnya mengenai apa itu adsense , cara daftar dan bagaimana untuk lulus permohonan adsenseuntpermohonan AdSense anda .
Dengan Adsense telah menerima Bahasa Melayu, Google berharap dapat menarik lebih banyak para pengiklan yang ingin memasarkan produk mereka melalui medium pengiklanan AdSense dimana kandungan akan dipaparkan didalam pemilik website dan blog . Dalam masa sama dapat mewujudkan kandungan web yang berkualiti dalam bahasa Melayu, sekaligus dapat mentambung pengiklan untuk pembaca dalam talian yang berkembang pesat
KISAH ANAK SAIYIDINA UMAR IBNU AL KHATTAB DI HUKUM KERANA BERZINA
Dalam satu riwayat daripada Abdul Aziz Ibnu Hajjaz Al- Khoulani daripada Shafwan daripada Ibnu Abbas r.a dia berkata," Bahawasanya Saiyidina Umar mempunyai dua orang anak lelaki, seorang bernama Abdullah dan seorang lagi yang bernama Abiidillah dan dia mempunyai gelaran Abu syamah, dia sangat suka membaca kitab Allah dan bacaannya sama dengan bacaan Rasullullah. Maka Allah menduganya dengan penyakit teruk selama setahun.
Setelah dia kembali sembuh dari penyakitnya, dengan hati yang senang dan sangat gembira dia pergi berjalan ke kampung orang yahudi kerana ada jamuan makan, Maka orang orang yahudi menjamu dengan minuman arak. Selepas itu, dia keluar meninggalkan kampung yahudi itu dan melintasi pagar kaum Bani najjar, Di tempat tersebut, dia berjumpa dengan seorang perempuan yang sedang berbaring, maka serta merta berusaha Abu syamah mendekatinya dan bermaksud untuk merogolnya. Apabila perempuan itu mengetahui keadaan yang akan menimpa dirinya, dia pun sedaya-upaya untuk menegahnya tetapi malangya dia tidak berupaya. Setelah selesai perbuatan itu,perempuan tadi berpaut pada leher baju Abu syamah dan mencakar-cakar bajunya sebagai di jadikan bahan bukti, akibat dari perkosaan itu, perempuan itu pun hamil.
Setelah cukup masanya, lahirlah seorang anak. Perempuan itu pun membawa anaknya ke masjid Rasulullah. untuk mengadap Amirul Mukminin untuk mengadukan hal kejadian yang menimpa dirinya. Kebetulan yang memangku jawatan khalifah pada waktu itu ialah Saiyidina Umar Al Khattab Perempuan itu pun berkata:''' Ya Amirul Mukminin, ambillah anak ini kerana engkaulah lebih patut memeliharanya daripada aku." mendengar kenyataan tersebut, umar merasa terkejut dan dengan perasaan hairan, lalu dia bertanya,,"Mengapa demikian?" jawab perempuan itu ,"Bayi ini adalah keturunan darah daging anak tuan yang bernama Abu syamah." Umar bertanya lagi," Dengan jalan halal kah atau haram?". perempuan itu menjawab,"Ya Amirul Mukminin, demi Allah daripada pihak aku anak ini halal tapi daripada pihak Abu syamah anak ini haram." Umar bertanya mengapa boleh jadi demikian? perempuan itu pun menceritakan peristiwa yang berlaku atas dirinya.
"Pada suatu hari, aku keluar dekat pagar Bani najjar untuk memetik sayuran. Malam harinya ketika aku tertidur di tempat itu, tiba-tiba anakmu Abu syamah lalu Ditempat itu dalam keadaan mabuk. Apabila dia terpandang diriku yang sedang tidur di situ maka dia memperkosa aku sedangkan aku tidak berdaya menengah perbuatannya. Setelah selesai dia melakukan perbuatan itu, aku berpaut pada leher bajunya untuk menjadikan bahan bukti atas apa yang dilakukan olehnya terhadapku. Kemudian aku kembali ke rumah dengan sabar menanti masa datang bulan tetapi tiada ia datang pada masanya. Maka nyatalah aku sedang hamil. Sekarang tuan ambillah anak ini kerana tuan yang patut memeliharanya. Sesungguhnya aku lebih menanggung malu dunia daripada menanggung malu di akhirat kelak."
Setelah Saiyidina Umar mendengar pengakuan perempuan itu, dia pun menangis sehingga janggutnya di basahi air mata. Dalam tangisannya Saiyidina Umar berkata,"Suatu perkara yang sangat memalukan diriku di hadapan Allah nanti di hari qiamat. "
Untuk lebih meyakinkan khabar tersebut,dia bertanya kembali pada perempuan itu dengan katanya, "Wahai jariah ceritakan dengan sebenarnya supaya aku dapat menghukum perkaramu dengan sebenarnya." Perempuan itu berkata,"Ya Amirul Mukminin penjelasan apa lagikah yang tuan kehendaki dari diriku? Demi Allah sesungguhnya aku tidak berdusta jika engkau Kehendaki aku bersumpah di hadapan al Quran aku sedia melakukannya, "Saiyidina Umar lalu mengambil mashaf al Quran dan perempuan itu pun bersumpah dari surah al Baqarah hingga surah Yasin kemudian dia menegaskan kenyataan. "Ya Amirul Mukminin sesungguhnya anak ini adalah daripada darah daging anakmu Abu syamah." Oleh kerana perkara itu memang benar, Saiyidina Umar dengan perasaan yang berat terpaksa menerimanya seraya berkata," Wahai jariah demi Allah engkau adalah benar dan tidak berdusta," Kemudian Sayidina Umar berdiri dan berkata. "Wahai sekalian sahabat-sahabat Rasulullah aku berharap supaya kamu tetap tinggal di sini sehingga aku kembali." Tidak berapa lama kemudian,dia kembali ke tempat itu sementara dalam tangannya terdapat wang sebanyak tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain, Di berkata pada wanita malang itu. "Wahai jariah ambil lah wang yang sebanyak tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain ini dan halalkan perbuatan anakku Abu syamah di dunia ini dan jika masih ada lagi bakinya maka ambillah nanti sewaktu berhadapan dengan Allah". Perempuan itu lalu mengambil wang dan kain yang diberikan serta membawa pulang anaknya kembali ke rumah.
Setelah perempuan itu kembali, Saiyidina Umar berkata pada sahabat sahabatnya ,,"Wahai sahabat-sahabat Rasulullah tetaplah kamu duduk di sini sehingga aku kembali." Sayidina Umar pergi menemui anaknya, abu syamah yang ketika itu sedang memjamu hidangan dia pun mengucapkan salam,dengan katanya. "Salam sejahtera atasmu wahai anakku,"ucapan salam itu di jawab oleh anaknya dengan rasa hormatnya sebagaimana layaknya hormat seorang anak kepada orang tuanya, Sayidina Umar berkata lagi ." Wahai anakku hampirlah padaku marilah kita makan bersama tidak ku sangka inilah akhir bekalanmu dari pada kehidupan dunia."Apabila mendengar perkataan ayahnya sedemikan rupa, Abu syamah sangat terkejut seraya berkata."" Wahai ayahku siapakah yang memberitahu bahawa ini adalah bekalan terakhir untukku dari kehidupan dunia? Bukankah telah putus wahyu setelah wafatnya Rasulullah?"
Jawab ayahnya,"Aku ketahui dosa yang engkau telah buat." kata Abu syamah, "Demi Allah tidaklah aku lakukan perbuatan maksiat sekiranya ada orang menyampaikan kepadamu bahawa aku telah melakukan maksiat maka sebaiknya terlebih dahulu tanyalah padaku kerana aku tidak menyembunyikan sesuatu daripadamu."
Kata Sayidina Umar," Wahai anakku ceritakan lah pada ku dengan sebenarnya sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Dia tidak dapat dilihat oleh pandangan mata dan Dia Maha Luas Penglihatannya." sambungnya lagi, "Adakah engkau masih ingat hari yang engkau pergi ke kampung orang yahudi dan mereka memberi engkau minuman arak? Kemudian dalam keadaan mabuk lalu engkau meninggalkan meraka dan engkau melintasi pagar Bani najjar di mana engkau bertemu dengan seorang perempuan yang sedang tidur dan kemudian engkau memperkosanya?" Apabila Abu syamah mendengar kenyataan ayahnya,dia pun menundukan kepala kerana merasa malu sambil diam membisu. Ujar ayahnya lagi, "Wahai anakku katalah dengan jujur jika benar engkau selamat jika dusta engkau akan binasa."
Jawab anaknya, "Memang benar aku yang telah melakukan hal yang demikian tetapi aku telah pun menyesal dengan bersungguh-sungguh."
Kata Sayidina Umar pula, "Tiada manfaat pun bagimu menyesal setelah membuat satu kerugian sesungguhnya engkau adalah anak seorang Amirul Mukminin maka seorang pun tiada kuasa mengambil tindakan ke atasmu tetapi engkau telah memalukan aku dihadapan sahabat-sahabat Rasulullah," selepas itu Sayidina Umar lantas memegang tangan Abu syamah untuk di bawa kehadapan sahabat-sahabat Rasulullah. "Mengapakah ayah melakukan ini?" Tanya Abu syamah dengan ketakutan. "Kerana aku mahu tunaikan hak Allah semasa di dunia ini supaya aku dapat lepas daripada di tuntut di akhirat kelak, " jawab Sayidina Umar dengan tegas.
Abu syamah dengan perasaan cemas terus merayu, "Wahai ayahku aku memohon dengan nama Allah hak Allah itu di tempat ini dan janganlah malukan aku dia hadapan sahabat-sahabat Rasulullah."
Jawab Sayidina Umar , "Engkau telah membuat malu pada dirimu sendiri dan engkau telah menjatuhkan nama baik ayahmu." Apabila sampai di hadapan para sahabat Rasulullah mereka bertanya, "Siapakah yang di belakang mu itu?" jawab Sayidina Umar, "Wahai sekalian orang-orang muslimin sesungguhnya anakku Abu syamah telah mengakui atas segala dosanya yang dilakukannya dengan ini benarlah perempuan yang menyampaikan khabar tadi." Kemudian Sayidina Umar menyuruh seorang budak yang berkulit hitam yang bernama Muflih. "Sesungguhnya beruntunglah pada hari ini orang-orang yang berbuat ketinggian wahai Muflih pukullah anakku Abu syamah setelah itu kamu merdeka dari menjadi hamba kerana Allah."
Jawab Muflih, "Wahai penghuluku bagaimana aku harus melakukannya kerana aku takut dia akan mati atau cedera oleh pukulan tersebut!!!" Sanggah Sayidina Umar, "Jangan engkau bercakap seperti demikian segeralah ambil rotan dan pukullah dia pada belakangnya sehingga dia merasa sakit sampai masuk ke rongga nya jika dia mati dengan sebab pukulan mu itu bererti sampai ajalnya dan jika dia hidup dia tidak akan kembali melakukan dosa selamanya." kerana sangahan Sayidina Umar yang keras itu, bersegeralah Muflih mengambil rotan dan langsung menghadap pada Abu syamah dan dia berkata, "Wahai penghuluku jangan engkau cela diriku tetapi cela lah dirimu sendiri kerana Allah dan penghuluku Saiyidina Umar telah menyuruh aku memukulmu."
Jawab Abu syamah,"Wahai Muflih lakukanlah sebagaimana yang diperintahkan Allah dan ayahku kerana ini adalah balasan bagi orang yang menderhakai Allah dan menghina agamanya," kemudian Muflih mengangkat tangan Abu syamah hingga jelaslah kelihatan putih ketiaknya dan memukulnya sebanyak sepuluh kali pukulan.
Kata Abu syamah, "Wahai ayahku rasanya menyala api di jasad ku. "
Jawab Sayidina Umar, "Wahai anakku bahawasanya pada jasad ayahku terlebih panas rasanya daripada jasadmu," perintah Sayidina Umar pada Muflih,"Pukul lagi." maka Muflih memukulnya sebanyak sepuluh kali pukulan.
Berkata Abu syamah, "Wahai ayahku tinggalkanlah aku supaya supaya aku dapat mengambil sedikit kesenangan.
Jawab Sayidina Umar," Seandainya ahli neraka dapat menuntut kesenangan maka akan ku berikan kesenangan." perintah Sayidina Umar selanjutnya,." Wahai Muflih pukul kembali!!" Kemudian Muflih memukul Abu syamah sepuluh kali pukulan..
Maka Abu syamah berkata, "Wahai ayahku aku memohon padamu dengan nama Allah tinggalkan aku supaya aku dapat bertaubat."
Jawab Sayidina Umar dengan nada pilu, "Wahai anakku apabila selesai aku ambil hak Allah daripadamu, jika engkau hendak bertaubat maka bertaubatlah. Dan jika engkau melakukan dosa itu kembali engkau lakukanlah dan engkau akan dipukul seumpama yang engkau rasa sekarang. " kata Umar pada Muflih, "Pukul lagi" dan Muflih memukulnya sebanyak sepuluh kali.
Kata Abu syamah, "Wahai ayahku dengan nama Allah aku memohon kepadamu berikanlah aku seteguk air supaya dapat rasa sejuk dalam hatiku.""
Jawab Sayidina Umar, "Wahai anakku seandainya ahli neraka dapat meminta air sejuk untuk minum maka akanku berikan pada mu air minum." Perintah Sayidina Umar selanjutnya pada Muflih, "Pukul kembali." maka di pukulnya sebanyak sepuluh kali.
Berkata pula Abu syamah, "Wahai ayahku aku memohon kepadamu dengan nama Allah kasihanilah aku."
Jawab Umar, "Wahai anakku jika aku kasihan pada mu di dunia maka engkau tidak akan dikasihi di akhirat."kata Umar selanjutnya," pukul kembali," maka di pukul kembali sebanyak sepuluh kali.
Setelah itu berkata Abu syamah, " Wahai ayahku hairanlah ayah melihat keadaan ku dan aku akan hairan kepadamu sebelum aku mati."
Jawab Umar, " Aku akan hairan kepadamu sekiranya engkau masih hidup dan jika engkau mati kita akan berjumpa di akhirat."Wahai Muflih pukullah lagi sepuluh kali pukulan.
Kata Abu syamah dengan suara yang lemah," Wahai ayahku rasanya aku sudah hampir mati.
Jawab Umar, "Wahai anakku, jika engkau bertemu dengan Rasulullah katakan pada baginda ayahku memukul diriku sehinggalah aku mati." Perintah Umar pada Muflih "Pukul lagi, " maka Muflih pun memukul sebanyak sepuluh kali pukulan.
Setelah itu Abu syamah mengangkat kepalanya dan menyeru dengan suara yang sangat kuat." Wahai sekalian sahabat-sahabat Rasulullah mengapa kamu tidak meminta pada ayahku supaya memaafkan aku?" Apabila mendengar seruan demikian, sahabat-sahabat Rasulullah menghadap kepada Umar dan mereka berkata," Wahai Amirul Mukminin, hentikan pukulan ke atas anakmu itu dan kasihanilah dia!!"
Jawab Umar. "Wahai sekalian sahabat-sahabat Rasulullah apakah kamu tidak membaca ayat Allah yang bermaksud:- "Janganlah kamu mengambil kasih sayang pada keduanya apabila menjalankan hukum Allah." Mendengarkan penjelasan Saiyidina Umar yang demikian itu, sahabat-sahabat Rasulullah diam dan tidak membantah Perintah Umar selanjutnya ."Wahai Muflih pukul lagi .'" maka di pukul lagi sebanyak sepuluh kali pukulan,.
Akhiranya Abu syamah mengangkat kepala dan mengucapkan salam dengan suara yang sangat kuat sebagai salam perpisahan yang tidak akan berjumpa lagi sehingga hari qiamat tiba, Maka menangis lah sekalian sahabat-sahabat Rasulullah dengan teramat sedih.
Kata Umar " Wahai Muflih pukullah lagi sebagai menunaikan hak Allah." Muflih pun meneruskan pukulan yang sebanyak seratus kalinya, "Wahai Muflih,cukuplah," lalu Saiyidina Umar menghampiri anaknya yang kelihatan tidak bergerak lagi. Setelah mendapati Abu syamah meninggal dunia, umar lalu bangkit dan mengisytiharkan pada sekelian kaum muslimin dengan katanya, "Wahai sekalian umat islam bahawasanya Abu syamah telah pergi untuk menemui Allah." Mendengar pengumuman tersebut, maka bersegeralah orang islam yang datang hadir ke masjid sehingga masjid menjadi sesak. Ramai di antara mereka yang menangis kesedihan dengan peristiwa tersebut termasuklah ibu Abu syamah.
Ibunya berkata," Suatu kebahagiaan bagimu wahai anakku, aku kirimkan engkau pada tuhan yang tiada sia-sia segala pengkiriman.
Selepas itu, Saiyidina Umar mengangkat jenazah anaknya dan di letakkan pada suatu tempat dan di mandikan dan dikapankan, disembahyangkan dan kemudian di mandikan.
Pada malam harinya setelah Abu syamah di kebumikan itu, Ibnu Abbas bermimpi Rasullullah yang wajah baginda seperti bulan purnama dan baginda memakai pakaian serba putih manakala Abu syamah duduk di hadapan baginda dan dia berpakaian berwarna hijau. Aku mengucapkan salam pada Rasulullah dan aku kucup dahi baginda.
Setelah itu Rasulullah berkata." Wahai anak bapa saudaraku, sampaikan lah salamku kepada Umar dan Beritahukanlah kepadanya Allah telah membalas setiap kebaikannya kerana tidak mensia-siakan hak Allah dan suatu kebahagiaan baginya sebab Allah telah menyediakan baginya beberapa mahligai dan beberapa bilik di dalam jannatul naim. Bahawa sesungguhnya Abu syamah telah sampai pada Tingkatan orang-orang yang benar di sisi Allah yang Maha kuasa.
Sumber: Kitab Lubab Hadits karangan Imam Jalaluddin Sayuti Rahimahullah

15 Sebab Kenapa Kahwin Muda Digalakkan
15 Sebab Kenapa Kahwin Muda Digalakkan
Kahwin awal ataupun kahwin muda merujuk kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia 18-24. Untuk memudahkan lagi, pasangan yang mendirikan rumahtangga ketika mereka masih lagi belajar.
Dahulunya kahwin awal merupakan perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman sekarang ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?
Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh dengan niat anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak kebaikan dan kelebihan :
1.Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan
Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?
2. Sudah ada yang berkenan di hati.
Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?
3.Mencari ketenangan
Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut.
“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang.” (Surah Ar-Rum; Ayat: 21)
Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.:)
4.Teman dalam pelajaran
Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)
5.Teman dalam kehidupan
Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.
6.Teman dalam perjuangan
Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!
7.Hilang fokus
Mama dan abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!
8.Remaja lebih produktif
Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini “Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.”. Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara “enjoy” sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh “enjoy” itu. Apa saya dapat? T_T
9.Menjadi lebih bertanggungjwab
Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.
10.Menjadi anak yang soleh
Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh.
11. Fikiran lebih matang
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook, dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.
12. Memperbaiki diri
Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.
13. Plan jangka panjang
Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan :P
14. Seks yang lebih berkualiti
Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.
15. Rezeki bertambah
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kekurangan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.
Wallahua’alam