iklan baris
9 Pembaziran Tanpa Disedari Dalam Hidup
IBNU Qayyim al-Jauziyah, ialah ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah dan merupakan murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.
Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)
Ibnu Qayyim al-Jauziyah pernah mengatakan terdapat 9 jenis pembaziran yang sering dilakukan oleh manusia dalam hidup mereka . Berikut merupakan pembaziran tersebut iaitu :-
Ilmu pengetahuan.
Membazir jika tidak digunakan untuk tujuan dan jalan kebaikan.
Amalan.
Membazir dan sia-sia jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas.
Masa.
Membazir dan sia-sia jika tidak digunakan dan diurus sebaiknya masa tersebut.
Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah swt.
Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada sesuatu yang tidak berfaedah dan perkara tidak diredai Allah.
Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.
.Cinta.Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
Akal.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama dan sesuatu yang bermanfaat.
Zikir .
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati .
Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam dalam karyanya Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik adalah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira jam 10 malam.
Waktu yang tidak seharusnya kita tidur adalah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.
Beliau berkata, tidur pada waktu itu tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan dan minda . Makruh hukumnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai