iklan baris

10 PERISTIWA YANG TIDAK DAPAT DIRUNGKAIKAN


Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz,  untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda 10 peristiwa yang sehingga kini tidak dapat dirungkaikan misterinya. dan sehingga kini  peristiwa dibawah tergantung seperti itu sahaja kerana menemui jalan buntu untuk diselesaikan misterinya, dan menjadi tanda tanya. entri ini  telah saya publish di blog ini pada tahun lepas lagi. tetapi kerana link entri ini tidak berfungsi maka saya republished kembali draft entri ini yang saya sempat saved diruangan editing akaun blogspot saya. dibawah ini merupakan 10 peristiwa paling mendapat perhatian didunia yang sememangnya sehingga kini menjadi misteri kerana tidak dapat dibongkarkan disebalik apa yang berlaku.  

Photobucket
1. Kain Kafan dari Torino

Gambar diatas merupakan sepotong kain yang memiliki gambaran seorang lelaki yang kelihatan seperti diseksa secara fizikal dengan penyaliban. Kain ini disimpan  Gereja Saint Johanness di kota Torino, Itali. Kain ini dipercayai oleh  ramai penganut kristian khusunya sebagai kain kafan Jesus ketika dimakamkan.

Berbagai penelitian dan kajian telah dilakukan terhadap kain kafan ini, namun demikian perdebatan mengenai asal-usulnya tetap berterusan sehingga ke hari ini. Penanggalan radio-karbon pada tahun 1988 oleh tiga kelompok ilmuwan  yang telah diterbitkan di dalam jurnal akademik Nature telah membawa kepada petunjuk bahawa kain kafan tersebut dibuat pada Abad Pertengahan, sekitar 1300 tahun setelah Jesus hidup atau beberapa orang lainnya. Walau demikian kebenaran serta kaitan kain kafan ini dengan penyaliban Jesus masih terus dikaji dan menjadi misteri sehingga kini.

Photobucket

2. Kapal Mary Celeste .

Kapal Mary Celeste telah ditemui terapung di Lautan Atlantik menuju ke arah Selat Gibraltar pada 1872.Nmaun  yang pelik di kapal tersebut sama sekali tiada orang, padahal hampir seluruh  ruang di dalam kapal itu jelas menunjukkan wujudnya manusia. Seperti botol minuman yang baru dibuka, piring-piring kotor, dan sebagainya. Sehingga kini seluruh krew dan penumpang kapal tidak diketahui dimana mereka. Seolah lenyap ditelan bumi. kerana kejadian aneh ini, kapal Mary Celeste mendapat julukan nama “Kapal Hantu”.


Photobucket

3. Jalan Bimini

Para penyelam dunia telah dikejutkan dengan penemuan sebuah lokasi yang mirip  jalan setapak di bawah laut Pulau Bimini di Kepulauan Bahamas. Ramai berpendapat jalan setapak itu terbentuk dari fenomena alam. Namun keraguan juga muncul kerana ‘jalan’ dibawah laut itu tampak terlalu rapi jika terjadi kerana fenomena alam. Beberapa ahli pengkaji berpendapat jalan tersebut adalah sebahagian dari Kota Atlantis seperti ditulis Plato yang lenyap. Tapi hingga hari ini belum ada bukti tambahan mengenai “kota atlantis yang hilang” itu.



Photobucket

3. Misteri Hilangnya Jimmy Hoffa

Jimmy Hoffa adalah Pimpinan kaum buruh Amerika yang paling berpengaruh di tahun 1950 – 1960 di Amerika. Pengaruhya telah mengubah wajah dunia perburuhan Amerika. Pada tanggal 30 Julai 1975, Hoffa hilang di sebuah tempat parkir Detroit dan tidak pernah ditemui sehingga sekarang. Polis dan badan penysiasat FBI tidak dapat merungkaikan misteri kehilangan Hoffa kerana tiada bukti dan penunjuk.

sebahagian orang berpendapat kehilangan Hoffa dikaitkan dengan Anthony Jack Giacalone, seorang pimpinan geng New Jersey yang tak mneyukai Hoffa. Mayat Hoffa disebutkan dikubur di bawah stadion The Giants, Detroit. Ketika dilakukan penggalian di fondasi stadion tersebut, mayat Hoffa tidak ditemukan.

Photobucket

5. Black Dahlia

Tahun 1947, tubuh wanita bernama  Elizabeth Short (22 tahun) ditemukan dalam keadaan ngeri dengan bahagian tubunya di potong dua di sebuah tempat letak kereta di Los Angeles. Menurut laporan akhbar setelah pembunuhan, Short menerima julukan "Black Dahlia" di Long Blue ketika filem “The Blue Dahlia” sedang ditayangkan ketika itu .  Kes Black Dahlia  termasuk dalam kes berprofil tinggi  di L.A (Los Angeles)  ketika itu, dan telah mendapat liputan penyiasatan yang meluas mengenai kes itu. Namun sehingga kini kes ini tidak dapat diselesaikan dan terus menjadi misteri.


Photobucket

6. Manuskrip Voynicht

Manuskrip Voynicht  adalah buku ilustrasi misteri dengan isi yang tidak dapat difahami. Manuskrip Voynich diandaikan  ditulis antara tahun 1450 sehingga tahun 1520 oleh pengarang yang tidak diketahui dalam bahasa dan sistem penulisan yang tidak diketahui. Manuskrip ini telah dipelajari oleh banyak kriptografer profesional dan amatur.


Photobucket

7. Jack the Ripper

Nama ini merupakan julukan untuk tokoh misteri yang melakukan serangkaian pembunuhan berantai dan mutilasi di England pada abad ke- 19. Pada 31 Ogos 1888 lewat tengah malam, di daerah East End di kota London, England yang terkenal dengan nama Whitechapel (daerah lampu merah di London) pernah dihebohkan dengan aksi pembunuhan berantai paling kejam terhadap sejumlah wanita. Namun sehingga hari ini identiti pelaku pembunuhan tidak berjaya  dirungkaikan. Polis hanya tahu bahawa si pembunuh memberi gelaran dirinya sebagai "Jack the Ripper".

Jack The Ripper tidak meninggalkan walau 1 pun bukti dalam tindakan jenayah kejamnya, pola pembunuhannya pun tidak diketahui, Satu-satunya persamaan antara mangsa korbannya ialah bahwa mereka adalah wanita teruna.

Photobucket

8. Zodiac killer

Zodiac Killer adalah julukan terhadap pembunuh yang melakukan pembunuhan di daerah Northern California di akhir tahun 1960-an. Dia membunuh telah membunuh seramai lima orang. Awalnya, polis tiak berjaya menjejaki identiti pembunuh ini. Sebulan setelah pembunuhan pertama, si pembunuh mengirimkan surat kepada polis dan mengakui dirinya bernama Zodiac Killer, dan mencabar polis untuk menangkapnya.

Setelah melakukan pembunuhan yang ke-7,  Zodiac Killer tiba-tiba lenyap. namun persoalan yang bermai ialah, Apakah dia telah terbunuh? Dan siapa dia sebenarnya? Tiada siapa yang boleh mengungkapkan misteri ini.

Surat Zodiac Killer  :

“I LIKE KILLING PEOPLE BECAUSE IT IS SO MUCH FUN IT IS MORE FUN THAN KILLING WILD GAME IN THE FORREST BECAUSE MAN IS THE MOST DANGEROUE ANAMAL OF ALL TO KILL SOMETHING GIVES ME THE MOST THRILLING EXPERENCE IT IS EVEN BETTER THAN GETTING YOUR ROCKS OFF WITH A GIRL THE BEST PART OF IT IS THAE WHEN I DIE I WILL BE REBORN IN PARADICE AND THEI HAVE KILLED WILL BECOME MY SLAVES I WILL NOT GIVE YOU MY NAME BECAUSE YOU WILL TRY TO SLOI DOWN OR ATOP MY COLLECTIOG OF SLAVES FOR MY AFTERLIFE EBEORIETEMETHHPITI”


Photobucket

9.  Babushka Lady

Nama ini merujuk pada susuk seorang wanita yang memakai babushka (selendang buatan Rusia) yang tampak berada di dekat lokasi pembunuhan Presiden John F. Kennedy di Dallas tahun 1963.
Pada gambar diatas jelas sekali menunjukkan yang wanita ini berada tidak jauh dari kawasan lokasi Kennedy ditembak. Wanita itu diyakini punya peranan penting dalam mengungkap kasus pembunuhan John F. Kennedy.  Dalam rakaman itu, terlihat wanita tersebut memegang kamera, dan merekam kejadian. Anehnya, wanita itu tidak pernah ditemui. Pihak FBI telah meminta wanita itu untuk menyerahkan rakaman tersebut bagi membantu FBI menemukan pembunuh Presiden Amerika. Namun wanita itu tidak pernah muncul.


Photobucket

10. Bola Cahaya Marfa

Disebut juga sebagai “Bola Cahaya Hantu”. Pertama kali terlihat tahun 1880 di sebelah barat kota Marfa, Texas. Cahaya itu dideskripsikan sebesar bola basket, melayang dengan ketinggian pundak manusia. Biasanya berwarna putih, kuning, orange, merah, dan kadang-kadang biru atau hijau. Bola-bola itu biasa terbang mengelilingi daerah tertentu, kemudian menghilang dengan sendirinya. Hingga hari ini, cahaya itu masih boleh dilihat. Tidak ada penjelasan, apa sebenarnya cahaya-cahaya itu.

p/s : inilah antara paparan peristiwa dan kejadian yang paling mendapat perhatian dan liputan didunia namun sehingga kini tidak dapat dirungkaikan, segala yang berlaku diatas ini sehingga kini masih lagi menjadi persoalan dna perdebatan hangat untuk memecahkan misteri yang menyelubungi kejadian yang terjadi seperti saya kongsikan diatas .

MAKANAN TERMAHAL DI DUNIA

harini tengah cari ilham post apa yang menarik yang boleh dimuatkan dan dikongsikan dalam blog saya untuk korang semua, search punya search dalam internet, terjumpa lah 1 post entri yang menarik mengenai makanan termahal didunia, memang terkejut beruk bila tengok sendri harga makanan ni.  bila korg tgk makanan dibawah mesti terliur nak makan. tapi kalau tengok dari harganya memang xmunasabah langsung, ada harga diantara makanan ni lepas nak beli kereta mitsubishi lancer type R (RM120K lebih).

dibawah ni saya senaraikan beberpa jenis menu dan hidangan termahal didunia ====>

Frozen Haute Chocolate (USD25000)

Tanggal 7 November 2007,Stephen Bruce memperkenalkan Sundae yang dinamakan “Frozen Haute Chocolate” di Serendipity 3,Manhattan,Amerika Syarikat.Sundae ini memecahkan Rekod Dunia yang baru untuk Makanan Penutup Termahal di dunia,yaitu pada harga $25,000 !!! (duit malaysia lebih kurang RM90000!!) .Sundae ini terbuat daripada 28 buah Coklat, termasuk 14 buah Coklat Termahal di dunia.Sundae ini dihidangkan dengan Gelas yang dilapisi Emas 23 karat seberat 5 gram.Dan bukan hanya itu saja,ada bagian lainnya yang berupa Emas 18 karat,dan juga 1 karat Emas Putih.Sudu untuk menikmati sundae tersebut juga dilapisi dengan Emas bertatahkan Berlian.Sundae tersebut juga dilengkapi dengan Truffle yang sukar ditemui,yang dijual pada harga $2,600 (RM7400 lebih ). 


 Alba White Truffle Cream Cheese
Westin Hotel di New York’s Time Square,Executive Chef Frank Tujague memperkenalkan Bagel berharga $1,000 (RM3400). Bagel ini dihidangkan dengan Alba White Truffle Cream Cheese yang sangat sukar ditemui dan Goji-Berry-Infused Riesling Jelly.The Alba White Truffle adalah Makanan kedua Termahal di dunia,dan Goji Berry adalah makanan yang kaya dengan Beta-Carotene.  


 “Zillion Dollar Frittata”
The “Zillion Dollar Frittata” terbuat dari 6 Telur,1 Lobster,10 oz Caviar,Makanan ini berharga US$1,000 (RM3400).


FruitCake
Pada tahun 2005,FruitCake yang ditaburi dengan lebih dari 233 Berlian dan dibuat oleh 17 Orang Pereka Berlian dipamerkan di Tokyo dalam Acara “Diamonds : Nature’s Miracle” Expo.FruitCake ini dibuat dengan melibatkan 2 chef terkenal dari Tokyo,dan menghabiskan waktu selama 1 bulan untuk merancangnya,dan 6 bulan untuk membuatnya.Fruitcake ini berharga $1,6 juta dollar !!!.


“Martini-On-The-Rock”
“Martini-On-The-Rock” dari Algoquin Hotel di Manhattan dijual pada harga $10,000


“Luxury Pizza”

Nino Selimaj memperkenalkan “Luxury Pizza”,yang satu Pan pizza berharga $1,000(RM3400) dan satu Slice berharga $125 (RM450).Pizza dengan ukuran 12 inci ini dihidangkan dengan Topping Caviar,Crème Fraiche dan Chives,Serta berbagai macam isi lainnya.Dijual di Nino’s Bellissima di New York,Amerika Syarikat.


p:s/ tak tahu lah siapa yang nak makanan mahal mcm ni, baik makan steak kat victoria station murah lagi baru dalam RM60 sepinggan. kalau korang ada info tambahan lain tentang makanan yang termahal didunia boleh ler share, boleh update lagi ttg entri ini :) anyway feel free to drop ur comment :)

PERUBATAN AL-QURAN : PENYEMBUHAN MELALUI AYAT-AYAT AL-QURAN





Untuk entri kali ini, sedikit istimewa sebab saya nk  berkongsi dengan anda kaedah perubatan Al-Quran yang kita boleh amalkan dalam kehidupan kita seharian. mungkin ramai pun x tau dan xpernah cuba mengambil tahu mengenai perubatan untuk menyembuhkan penyakit menggunakan ayat-ayat Al-Quran? Anyway before terlupa saya ingin berikan kredit kepada blog saudara iqbal diatas perkongsiannya mengenai ayat-ayat penyembuhan dalam Al-Quran.

sekarang ni pun dah banyak dah dan macam macam penyakit yang pelik-pelik melanda dunia sekarang ni. Chikungya la, H1N1 la, Tibi la, selesema burung la, selesema babi la dan macam-macam lagi.

Al-Quran ini syifa kepada manusia. Cuma kita tak tau mana satu ayat ayat yang boleh dibuat penyembuhan. sebelum jumpa doktor dan hulurkan duit kat diorang, so daripada kita terus berjumpa doktor adalah lebih baiknya kita cuba dulu perubatan al Quran ni.


dibawah ni beberapa ayat Al-Quran yang mempunyai khasiat untuk pelbagai penyakit yang kita boleh amalkan. Namun semuanya adalah atas izin Allah. Antara ayat-ayat yang anda boleh amalkan beserta khasiat dan cara amalanya ===>

  • Tiga ayat pertama dari Surah AL Imran, untuk kesihatan tubuh badan secara am
  • Ayat ke 28 surah ar Ra’du untuk menyembuhkan penyakit jantung
  • 3 ayat terakhir dari surah Al Hijr untuk perempuan yang selalu keguguran
  • Baca 7 kali ayat 130 dari surah As Syuara untuk menawarkan gigitan bisa
  • Baca surah al Ankabuut untuk menyembuhkan demam
  • Baca surah Lukman untuk menghindarkan apa apa penyakit yang datang dari perut
  • Baca 3 kali ayat 19 surah Al Waqiah lalu dihembuskan ke kepala pesakit yang menderita sakit kepala.

sumber : blog perubatan islam


Semoga perkongsian ni akan memberi manfaat pada korang semua. ingat sehebat mana pun teknologi dan perkembangan dalam perubatan moden, semuanya penyakit datang dari Allah.


p/s : Bila da baca entri ini, jom kita praktikkan dan jadikannya amalan pula :)

MISTERI SEGITIGA BERMUDA PART 2 : CEBISAN KISAH KEHILANGAN YANG DIREKODKAN


Entri kali ini merupakan sambungan dari entri sebelumnya mengenai Segitiga Bermuda Menurut Pandangan Islam , dalam sambungan entri kali ini, saya ingin berkongsi secebisan daripada peritiwa misteri kehilangan pesawat yang melintasi kawasan ini, dibawah merupakan cebisan kisah dan peritiwa yang direkodkan misteri lenyapnya pesawat yang melalui BERMUDA TRIANGLE SEGITIGA BERMUDA tanpa dapat dikesan.



Peta lokasi Sebenar Segitiga Bermuda




Peristiwa terbesar yang pernah terjadi di Segitiga Bermuda adalah lenyapnya kapal perang Inggeris iaitu  Kapal Perang Atlanta pada 1880.Sebaik kapal besar itu melalui kawasan perairan berkenaan, ia terus lenyap bersama 300 kadet dan askar di dalamnya.

Rupanya Segitiga Bermuda tidak hanya 'menelan' kapal laut yang melalui kawasan perairannya tetapi juga di ruang udara yang terdapat dalam lingkungan pertemuan tiga negeri berkenaan. Selain kapal laut, pesawat yang terbang di Segitiga Bermuda yang berkeluasan kira-kira 1.2 juta kilometer persegi itu turut ghaib tanpa dapat dikesan.

Peristiwa terbesar membabitkan kehilangan pesawat terbongkar pada 1990 apabila lima jet Grumman TBF Avenger AL AS yang tengah meronda melintas wilayah laut itu terus ghaib daripada radar pusat kawalan udara.


Disember 1945, ketika waktu masih siang.Penyiasatan mendapati komandan penerbangan sempat berhubung dengan pusat kawalan dan melaporkan yang kumpulan mereka mengalami 'gangguan' sebelum semua pesawat itu ghaib beberapa minit kemudian tanpa sempat memberi isyarat SOS.Kehilangan lima pesawat itu menyebabkan sebuah pesawat lain iaitu Martin PBM-3 Mariner diterbangkan untuk operasi mencari tetapi pesawat itu turut lenyap bersama 13 anggota di dalamnya. Operasi mencari turut gagal menemui serpihan pesawat berkenaan.

Tahun demi tahun berlalu, sekitar 1990, seorang peneliti tampil bersama penemuan menggemparkan apabila menjumpai kerangka pesawat di pantai Fort Launderdale, Florida. Ujian mendapati kerangka itu milik TBF Avenger yang hilang lebih 30 tahun sebelum itu.


Konflik lebih menarik berlaku dalam proses pencarian pesawat pengangkut C-119 Flying Boxcar yang hilang pada 7 Jun 1965. Seperti kes lain, pesawat itu terbang melalui Segitiga Bermuda dan terus gahib tanpa dapat dikesan.Operasi menyelamat dikerahkan tetapi tetap tidak menjumpai jejak serpihan ataupun mayat anggota dalam pesawat itu. 


Sehingga kini, kes membabitkan pesawat C-119 Flying Boxcar, TBF Avenger, Martin PBM-3 Mariner, kapal laut Atlanta serta ratusan lagi kes kehilangan kapal dan pesawat di kawasan itu terus kekal misteri dan tidak dapat diselesaikan. Bagaimanapun, terdapat persamaan dalam kebanyakan kes - ghaib ketika keadaan cuaca baik, kapal dan pesawat tidak memiliki masalah atau kerosakan teknikal, perhubungan radio antara pesawat dan kapal dengan pusat kawalan berjalan biasa sehinggalah ia terus terputus tanpa disangka.Banyak teori dikaitkan sebagai punca misteri Segitiga Bermuda.  

Ada yang mengemukakan teori lingkungan waktu , medan graviti terbalik, anomali magnetik-graviti, fenomena gempa laut, serangan gelombang besar termasuk dikaitkan dengan lubang hitam di angkasa.Teori lebih pelik adalah wilayah itu dikatakan sebagai markas UFO di Bumi ini, ada juga teori menyatakan segitiga bermuda ini merupakan pusat pemerintahan Kota Atlantis yang tenggelam ribuan tahun lalu, kota manusia duyung selain pusat persembunyian Dajjal. Walau pelbagai teori dikemukakan, tiada satu pun yang menyingkap rahsia sebenar mengenai misteri wilayah segitiga itu. Wallahuallam.


p/s : Jika ada sebarang info tambahan entri ini akan diupdate lagi sekian.

untuk  entri akan datang saya akan kongsikan dengan anda bahagian terakhir mengenai Segitiga Bermuda mengenai teori-teori dan hujah dari perspektif sarjana barat mengenai Segitiga Bermuda ini.



 baca entri terdahulu klik ==> Segitiga Bermuda Menurut Pandangan Islam
 

MISTERI SEGITIGA BERMUDA DARI SUDUT PANDANGAN ISLAM

Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz. Entri kali ini saya kongsikan dengan anda topik yang sangat menarik iaitu tentang 1 kawasan yang paling misteri didunia yang sejak sekian lama telah menjadi tanda tanya para pengkaji baik dari sarjana barat mahupun sarjana islam dan pelbagai kejadian pelik dan misteri telah berlaku dikawasan tersebut. semua dari kita pernah mendengar nama Segitiga Bermuda atau Bermuda Triangle .

Pelbagai  peristiwa pelik dan misteri yang berlaku di kawasan SEGITIGA BERMUDA  dimana sering terjadi kapal-kapal hilang baik dikawasan laut mahupun diruang udara secara misteri.Ada yang berpendapat segitiga bermuda itu adalah tempat alien dan ufo.Ada yang menyatakan kawasan itu adalah pusat magnet terbesar didunia.Ada juga yang berpendapat itu pusat bumi dan terdapat lubang hitam (black hole) yang mampu menyedut apapun yang melalui kawasan tersebut. bermacam2 teori dan amdaian dari pelbagai pihak terutama dari Barat mengenai misteri SEGITIGA BERMUDA ini.

saya kongsikan dengan anda semua misteri SEGITIGA BERMUDA ini dari sudut perspektif Islam pula,



segitiga bemuda berdasarkan imej satelit yang dirakamkan

Ada hadist yang diriwayatkan Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW telah bersabda :

"Apabila salah seorang berada ditempat yg terbuka atau ditengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yg meneduhinya bergerau sehingga sebagian dari dirinya terletak ditempat panas dan sebahagian lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri atau meninggalkan tempat itu"


dikatakan larangan ini kerana kawasan seperti yang disabdakan oleh baginda dalam hadisnya adalah tempat yang paling digemari oleh Syaitan.Jadi apa kaitannya dengan SEGITIGA BERMUDA??? Alasannya kerana bermuda terletak di perairan atlantik di pertengahan antara benua Amerika bagian utara dan Afrika.Secara mudah lokasi ini adalah kawasan pertembungan dua arus panas dari Afrika dan sejuk dari Amerika Utara.

Dengan hadis ini maka terungkailah misteri segitiga bermuda.Peristiwa dan kejadian aneh yang terjadi itu tentu antara lain disebabkan pertembungan antara panas dan sejuk dan istana Syaitan yang mungkin tersembunyi disitu.

Ada sebuah buku yang berjudul "Dajjal akan muncul dari kerajaan jin di segitiga bermuda" Karya Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir,bahwa kawasan bermuda adalah kawasan Jin dimana dari situlah akan munculnya Dajjal.

Menurut Syaikh Imam M. Ma'rifatullah Al-arsy, segitiga bermuda merupakan tempat titik terhujung di dunia ini. Ditengah kawasan itu terdapat sebuah telaga yang airnya dapat membuat siapa saja yg meminumnya menjadi panjang umur, ditempat itu pula Nabiyullah Khidir A.S bertakhta sebagai penjaga sumber air kehidupan tersebut.Syaikh imam M. Ma'rifatullah Al-arsy berkata kalau penyelamat akhir Zaman iaitu
Imam Mahdi akan keluar dari ghaibnya melalui tempat tersebut (segitiga bermuda ) dengan menggunakan jubah suci berwarna kebiruan.

Namun persoalan yang menjadi misteri sehingga kini ialah

Apakah penyebab kapal, pesawat, kapal terbang, atau apa jua yang melintasi kawasan misteri ini lenyap tanpa dapat dikesan ?

Menurut Syaikh Imam M lagi,  iblis dan Syaitan tidak mampu mendekati pusat kawasan SEGITIGA BERMUDA, maka iblis dan syaitan ini pun berjaga disekelilingnya dan bertujuan untuk menghalang setiap manusia yang mencuba untuk memasuki kawasan SEGITIGA BERMUDA. Kerana sesungguhnya sesiapa yang mampu sampai ketempat titik tengah kawasan segitiga bermuda, maka dia akan mengetahui kebenaran alam yg sesungguhnya.Banyak orang zaman dahulu yang telah mencuba kepusat SEGITIGA BERMUDA dan kebanyakan dari mereka enggan untuk kembali pulang kedunianya.

Menurut sebuah catatan kuno, Raja Iskandar Zulkarnain pernah mencuba memasuki ke kawasan misteri itu.Dan sekembalinya mereka mengatakan bahwa tempat itu berpasirkan permata dan berbatukan berlian.Tempat yang dipenuhi dengan kabut putih tebal itu sangat indah untuk dipandang tapi sangat berbahaya untuk di datangi. wallahualam .


untuk entri seterusnya saya nk share dengan anda, lokasi lokasi sebnar kawasan misteri ini dan beberapa kejadian pelik yang pernah direkodkan dalam catatatan sejarah berlaku dikawasan BERMUDA TRIANGLE :)


klik untuk baca ==> KISAH KEHILANGAN YANG DIREKODKAN DI SEGITIGA BERMUDA

p/s: kongsikan entri ini  di laman sosial fb  anda jika anda merasakan  entri ini bermanfaat dan mampu memberi sesuatu yang berguna kepada semua.

"Gloomy Sunday" : MISTERI MELODI MAUT

Mendengar  tajuk entri dari saya ini, pun membuat ramai diantara anda berteka-teki, BETUL KE NI? YEKE ? Namun inilah realitinya, Pelbagai kejadian aneh berhubungkait dengan melodi ini telah direkodkan dan ramai yang telah maut setelah mendengar lagu melodi "GLOOMY SUNDAY" . dibawah ada coretan kisah benar  mereka yang maut setelah mendengar melodi puaka ini.

Persoalannya adakah melodi ini mempunyai sumpahanya yang tersendiri atau cuma 1 kebetulan ? ikuti kisah mengenai melodi ini dibawah dan rentetan kisah kematian yang  berkaitan dengan melodi ini. 

Reszo Seress(Gambar) : Pencipta melodi  "Gloomy Sunday"


Keazamannya untuk menjadi seorang penggubah lagu terkenal dunia begitu kukuh untuk dipatahkan walaupun penerbit muzik menerima lagu gubahannya. Bagaimanapun, tekad Seress itu kerap mengundang masalah dalam perhubungannya dengan tunangnya yang mahukan Seress mendapatkan pekerjaan tetap.

PADA sekitar 1932, Reszo Seress yang berketurunan Hungary mengimpikan kemasyhuran dengan menjadi penggubah lagu di Paris tetapi impiannya gagal kerana semua lagu gubahannya tidak berjaya menarik minat penerbit muzik di negara itu. Kegagalan itu, bagaimanapun tidak menghalang Seress yang terus mengejar cita-citanya.

Pada satu petang, segala-galanya berakhir selepas pertengkaran hebat antara Seress dan tunangnya berhubung kejayaannya sebagai komposer dan perpisahan mereka disulami dendam dan benci di antara satu sama lain.

Pada hari sama selepas pertengkaran itu - yang berlaku pada Ahad - Seress duduk di depan piano di kediamannya sambil merenung langit menerusi tingkap. Di luar, awan yang sarat akhirnya menumpahkan hujan lebat.

“Ahad yang suram,” Seress berkata sendiri ketika memetik piano dan secara tiba-tiba, jarinya mula memainkan melodi melankolik aneh yang seolah-olah menterjemahkan kekecewaan yang dirasakan berikutan putusnya perhubungan dengan tunangannya.

“Ya, Ahad yang suram (Gloomy Sunday)! Itu akan menjadi tajuk lagu baru aku,” kata Suress sendirian dengan gembira. Dia mencapai pensel dan menulis nota dalam satu poskad lama. Dia selesai menggubah lagu itu dalam masa 30 minit.

Seress menghantar karyanya itu kepada seorang penerbit muzik dan menanti persetujuan dengan penuh harapan. Beberapa hari kemudian, gubahan itu dikembalikan dengan nota penolakan yang berbunyi: “Melodi Gloomy Sunday terlalu menyedihkan dan kami meminta maaf tidak dapat menerimanya.”
Lagu itu dihantar kepada penerbit lain dan kali ini diterima. Penerbit berkenaan memberitahu Seress bahawa lagunya akan diedarkan ke seluruh dunia dan ini cukup menggembirakan Seress.

Namun beberapa bulan selepas Gloomy Sunday diedarkan, berlaku kejadian aneh yang semuanya dikaitkan dengan lagu berkenaan.

Di Berlin, seorang lelaki meminta lagu Gloomy Sunday dimainkan dan selepas itu dia kembali ke rumah dan menembak kepalanya selepas mengadu amat tertekan dengan melodi lagu itu yang tidak dapat dilupakan.

Seminggu kemudian di bandar sama, seorang pembantu kedai wanita ditemui tergantung di rumahnya. Polis yang menyiasat kes itu menemui salinan lagu Gloomy Sunday di dalam bilik tidur gadis itu.

Kejadian seram berkaitan Gloomy Sunday tidak berakhir di situ kerana dua hari kemudian, seorang setiausaha muda di New York juga membunuh diri. Pada nota yang ditemui, dia meminta lagi Gloomy Sunday dimainkan pada hari pengebumiannya.

Beberapa minggu kemudian, seorang lagi penduduk New York berusia 82 tahun membunuh diri dengan melompat dari tingkat tujuh pangsapurinya selepas memainkan ‘lagu maut’ itu dengan piano. Sekitar masa sama, seorang remaja di Rome yang mendengar lagu itu membunuh diri dengan melompat dari jambatan.

Akhbar segera melaporkan beberapa lagi kematian yang dikaitkan dengan lagu gubahan Seress itu. Sebuah akhbar melaporkan kes seorang wanita di utara London yang memainkan lagu berkenaan sebanyak 78 kali tanpa henti sehingga menakutkan dan menaikkan kemarahan jirannya yang membaca kisah kematian yang dikaitkan dengan irama itu.

Mereka mengetuk rumah wanita berkenaan tetapi tiada jawapan. Mereka akhirnya merempuh masuk ke rumah itu dan mendapati wanita berkenaan sudah meninggal dunia.

Kematian demi kematian aneh yang dikaitkan dengan Gloomy Sunday memaksa pegawai atasan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melarang lagu itu dimainkan. Keanehan itu turut dirasakan penggubahnya, Seress.

Dia menulis surat kepada bekas tunangnya, merayu mereka berbaik semula. Namun beberapa hari kemudian, dia menerima berita mengejutkan apabila polis memberitahu wanita itu membunuh diri dengan meminum racun. Di sisi mayatnya, salinan Gloomy Sunday ditemui.

Pada akhir 1930-an, apabila dunia memerangi Adolf Hitler , lagu berkenaan dilupakan. Salinan lagu ini masih boleh didapati tetapi tidak ramai berani mendengarnya selepas mengetahui ‘sumpahannya’


p/s : kalau anda berani, dan merasakan ini 1 kebetulan ,anda cuba search google atau Youtube taip "Gloomy Sunday" dan dengarla melodi yang paling menyeramkan serta menyedihkan didunia ini dimana ramai yang telah maut dan membunuh diri selepas mendengar melodi puaka ini.

rujukan : berita harian, dan wikianswer

LAGENDA LI CHUNG YUN : MANUSIA BERUSIA 256 TAHUN

Lelaki Tertua Di Dunia

Untuk perkongsian entri kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda mengenai  lagenda manusia hidup yang lama. Mungkin ada diantara anda semua terkejut melihat sendiri usia lelaki ini, namun terdapat bukti sahih yang membuktikan lelaki ini sememangnya dicatatkan dalam rekod sebagai lelaki tertua didunia. Jom baca kisah menarik ttg lelaki ini lagenda LI CHUNG YUN , manusia berusia 256 tahun.

Foto LI CHUNG YUN LELAKI BERUSIA 256 TAHUN

"Jagalah agar hatimu tetap tenang, duduklah seperti kura-kura, berjalanlah dengan riang seperti merpati dan tidurlah seperti seekor anjing." 

Itulah kalimat nasihat yang diberikan oleh Li Chung Yun ketika seorang ketua suku bernama Wu Pu Fei mengundangnya ke rumah dan menanyakan rahsia umur panjang. Li Chung Yun meninggal pada tanggal 6 Mei 1933. Saat itu usianya 256 tahun.

Beliau tinggal di wilayah Sichuan di Cina dimana umur panjang melambangkan kebesaran seseorang. Pada ketika usianya 10 tahun, beliau sudah mengembara ke Kansu, Shansi, Tibet, Annam, Siam dan Manchuria untuk mengumpulkan tanaman herba perubatan . Ia terus mengumpulkan tanaman herba perubatan hingga berumur 100 tahun.

Pada tahun 1933, ia meninggal dunia. Mr li pernah berkata kepada seorang sahabat,"Aku telah menyelesaikan semua hal yang harus diselesaikan di dunia ini, sekarang aku akan pulang." Li Chung Yun meninggal tidak lama setelah itu.

Salah seorang murid Mr. Li, yaitu Master Tai Chi bernama Da Liu menceritakan kisah ini. Ketika Mr. Li berusia 130 tahun, ia berjumpa dengan seorang pertapa di sebuah gunung yang kemudian mengajarinya Jiulong Baguazhang (sembilan naga delapan diagram telapak tangan) dan Qigong (tenaga dalam) dengan instruksi pernapasan khusus, pergerakan dan cara mengkordinasikannya dengan suara spesifik serta rekomendasi makanan. Da Liu mengatakan bahwa Mr.Li dapat memiliki umur panjang karena ia secara teratur melakukan latihan-latihan tersebut setiap hari, secara teratur, dengan benar dan dengan tulus selama 120 tahun. Sampai saat ini, para pengamal Jiulong Baguazhang moden mengakui bahwa pengetahuan yang mereka peroleh berasal langsung dari Mr. Li.

Selama hidupnya, Mr Li dikenali sebagai seorang Herbalis( pakar herba)  dan ahli kungfu. Pada tahun 1749 ketika ia berumur 71 tahun, ia pindah ke kota Kai Xian untuk bergabung dengan pasukan Cina sebagai pelatih kungfu dan penasehat militer.

Persoalannya Apakah Li lahir tahun 1677 atau 1736 seperti pengakuannya ? Apabila ia lahir tahun 1736 sesuai pengakuannya, bermakna beliau meninggal pada usia 197 tahun, jauh lebih lama dibandingkan dengan orang tertua yang pernah tercatat dalam rekod dunia iaitu Jeanne Louise Calment dari Perancis yang meninggal pada tahun 1997 di usia 122 tahun 164 hari. Sebelumnya, di Cina juga pernah tercatat adanya seorang yang bernama Chen Jun yang dipercayai meninggal pada usia 443 tahun. Namun tidak dapat dibuktikan kesahihannya.

Pada saat kematiannya, ucapan dukacita untuk Mr.Li telah diterbitkan oleh media-media ternama dunia, termasuk The New York Times dan Times Magazine.

Menurut Mr. Li, ia lahir tahun 1736. Namun pada tahun 1930, seorang profesor dari jabatan pendidikan Universiti Chengdu yang bernama Wu Chung Chieh menemukan sebuah catatan lama dari kerajaan Cina yang memberikan ucapan selamat kepada Li Ching Yun atas ulang tahunnya yang ke-150 tahun. Ucapan selamat itu diberikan pada tahun 1827. Pada tahun 1827  ketika beliau menyambut ulang tahun  kelahirannya ke-150, maka ini bererti catatan kerajaan China menunjukkan bahwa Mr. Li lahir pada tahun 1677 dan saat meninggal di tahun 1933, ia berumur 256 tahun.

Beberapa sumber mengatakan bahwa Mr.Li telah mengebumikan 23 Isteri dan pada saat meninggalnya ia hidup bersama isterinya ke 24. Li memiliki anak cucu hingga 11 generasi dan berjumlah sekitar 200 orang. Ia memiliki kuku yang panjang sekitar 6 inci. Walapun usianya sudah 200 tahun lebih, namun dalam pandangan orang-orang ia kelihatan seperti seseorang yang berusia 60 tahun-an.

Dan setelah kematiannya maka sejak itu muncullah Legenda Li Chung Yun, Manusia yang berumur 256 tahun. sama ada benar atau tidak kita fikrikan bersama ..

IMAM MAHDI PART 2 : TANDA-TANDA KEMUNCULAN IMAM MAHDI

entri ini, merupakan sambungan kepada entri sebelum . Dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua, hasil researh di internet dan pembacaan saya mengenai TANDA-TANDA KEMUNCULAN IMAM MAHDI. semoga perkongsian yang tidak seberapa ini akan memberi sedikit sebanyak gambaran mengenai pemuda Bani Tamim keturunan Nabi Muhammad s.a.w yang akan diutuskan ALLAH ini yang akan menyelamatkan kita dari suku sakat dajjal yang akan menyesatkan umat islam. :)


Dalam sebuah hadits Nabi shollallahu ’alaih wa sallam mengisyaratkan bahwa Imam Mahdi pasti datang di akhir zaman. Ia akan memimpin umat Islam keluar dari kegelapan kezaliman, kesesatan sehingga Allah dilupakan dan membawa manusia kembali menuju cahaya keadilan dan kejujuran yang menerangi dunia seluruhnya. IMAM MAHDI akan membawa kita meninggalkan  era para penguasa diktator yang memaksakan kehendak dan mengabaikan kehendak Allah dan RasulNya dewasa ini menuju ke zaman kegemilangan Islam iaitu kekhalifahan Islam yang mengikuti manhaj, sistem prundangan islam yang sebenarnya seperti yang dilaksankan Nabi Muhammad s.a.w.

لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنْ الدُّنْيَا إِلَّا يَوْمٌ لَطَوَّلَ اللَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ حَتَّى يَبْعَثَ فِيهِ
رجل مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمُ أَبِي
يَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجَوْرًا

“Andaikan dunia tinggal sehari sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya seorang lelaki dari ahli baitku namanya serupa namaku dan nama ayahnya serupa nama ayahku. Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.” (HR abu Dawud 9435)


Lelaki keturunan Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam tersebut adalah Imam Mahdi. Ia akan diizinkan Allah untuk merubah keadaan dunia yang penuh kezaliman dan penganiayaan menjadi penuh kejujuran dan keadilan.
Imam Mahdi akan berperanan sebagai panglima perang umat Islam di akhir zaman. Beliau akan mengajak umat Islam untuk memerangi para Mulkan Jabriyyan (Para Penguasa Diktator) yang telah lama bermaharajelela di berbagai negeri-negeri di dunia menjalankan kekuasaan dengan ideologi penghambaan manusia kepada sesama manusia. Bila Allah mengizinkan Imam Mahdi untuk menang dalam berbagai perang yang dipimpinnya, maka pada akhirnya ia akan memimpin dengan pola kepemimpinan berideologi aqidah Tauhid, yaitu penghambaan manusia kepada Allah semata. Banyak ghazawat (perang) akan dipimpin Imam Mahdi. Dan –subhaanallah- Allah akan sentiasa menjanjikan kemenangan baginya.

تَغْزُونَ جَزِيرَةَ الْعَرَبِ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ فَارِسَ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ
ثُمَّ تَغْزُونَ الرُّومَ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ تَغْزُونَ الدَّجَّالَ فَيَفْتَحُهُ اللَّهُ

“Kalian perangi jazirah Arab dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian Persia (Iran), dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Rum, dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Dajjal, dan Allah beri kalian kemenangan.” (HR Muslim 5161)
Lalu apa sajakah indikasi kedatangan Imam Mahdi? Dalam sebuah hadits Nabi shollallahu ’alaih wa sallam memberikan gambaran umum indikasi kedatangan Imam Mahdi. Ia akan diutus ke muka bumi bilamana perselisihan antar-manusia telah menggejala hebat dan banyak gempa-gempa terjadi. Dan kedua fenomena sosial dan fenomena alam ini telah menjadi semarak di berbagai negeri dewasa ini.

أُبَشِّرُكُمْ بِالْمَهْدِيِّ يُبْعَثُ فِي أُمَّتِي عَلَى اخْتِلَافٍ مِنْ النَّاسِ
وَزَلَازِلَ فَيَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا

Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antar-manusia dan gempa-gempa. Ia akan penuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad 10898)

Hadits berikut ini bahkan memberikan kita gambaran bahwa kedatangan Imam Mahdi akan disertai tiga peristiwa penting. Pertama, perselisihan berpanjangan sesudah kematian seorang pemimpin. Kedua, dibai’atnya seorang lelaki (Imam Mahdi) di depan Ka’bah. Ketiga, terbenamnya pasukan yang ditugaskan untuk menangkap Imam Mahdi dan orang-orang yang berbai’at kepadanya. Allah benamkan seluruh pasukan itu kecuali satu atau dua orang akan terlepas untuk melaporkan kepada penguasa zalim yang memberikan mereka perintah untuk menangkap Imam Mahdi.

يَكُونُ اخْتِلَافٌ عِنْدَ مَوْتِ خَلِيفَةٍ فَيَخْرُجُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةِ هَارِبًا إِلَى مَكَّةَ فَيَأْتِيهِنَاسٌ مِنْ أَهْلِ مَكَّةَ فَيُخْرِجُونَهُ وَهُوَ كَارِهٌ فَيُبَايِعُونَهُ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ
وَيُبْعَثُ إِلَيْهِ بَعْثٌ مِنْ أَهْلِ الشَّامِ فَيُخْسَفُ بِهِمْ بِالْبَيْدَاءِ بَيْنَ مَكَّةَ وَالْمَدِينَةِ

Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Mekkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Mekkah, lalu mereka membai’at Imam Mahdi secara paksa, maka ia dibai’at di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Ka’bah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Mekkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud 3737)

sebahagian ulama-ulama dan pengkaji tanda-tanda akhir zaman beranggapan bahwa tanda yang pertama telah terjadi, iaitu perselisihan dan kekacauan yang timbul sesudah wafatnya seorang pemimpin. Siapakah pemimpin yang telah wafat itu? Sebagian berandaian bahwa yang dimaksud adalah Saddam Husein. Kerana semenjak kematiannya, negeri Iraq berada dalam kekacauan berkepanjangan. Wallahua’lam bish-showwab.


Bila ketiga-tiga tanda peristiwa yang telah saya sebutkan  di atas telah terjadi, bererti Imam Mahdi telah datang diutus ke muka bumi. Panglima ummat Islam di Akhir Zaman telah hadir.. . Dan bila ini telah menjadi jelas kitapun terikat dengan pesan Nabi shollallahu ’alaih wa sallam sebagai berikut:

فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَبَايِعُوهُ وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الثَّلْجِ فَإِنَّهُ خَلِيفَةُ اللَّهِ الْمَهْدِيُّ

Ketika kalian melihatnya (kehadiran Imam Mahdi), maka berbai’at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salju karena sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR Abu Dawud 4074)
Ya Allah, izinkanlah kami bergabung dengan pasukan Imam Mahdi. Ya Allah anugerahkanlah kami rezeki untuk berjihad di jalanMu bersama Imam Mahdi lalu memperoleh salah satu dari dua kebaikan: ’isy kariman (hidup mulia di bawah naungan syariat Allah) atau mut syahidan (mati syahid). Amin

Semoga perkongsian ini akan meningkatkan lagi kesedaran kita sebagai umat islam untuk memelihara aqidah kita dan bersatu dalam menghadapi era akhir zaman ini. sekian :)

IMAM MAHDI PART 1 : SINAR PENYELAMAT UMAT ISLAM DIAKHIR ZAMAN?


Salam inspirasi, dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda  1 topik yang hangat kita dibincangkan. IMAM MAHDI PENYELAMAT AKHIR ZAMAN UMAT ISLAM ? Siapakah sebenarnya pemuda keturunan Bani Tamim ini , bagi yang beragama Islam ramai telah mengetahui dan sering mendengar nama Pemuda ini( IMAM MAHDI) yang akan muncul diakhir zaman dan akan menyelamatkan umat islam yang telah pun diambang kehancuran dan penuh dengan kesesatan. Namun persoalannya siapakah sebenarnya IMAM MAHDI seperti disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam hadis sahih yang diriyiwatkan?

PERSONALITI Imam Mahadi
Secara logis akan berlaku penyamaran sebagai pelindung dan ini akan berterusan sehingga masanya yang sesuai. Ia akan selamat dari bencana manusia. Oleh itu sesiapa sahaja yang mengaku dan mendakwa dia "Imam Mahadi" adalah seorang pendusta dan pembohong. Tiada siapa akan mengenalinya walaupun kita telah bertemu atau bergaul dengannya setiap hari. Orang Islam juga akan terkeliru, apa lagi mereka yang bukan Islam. Sila renung kembali kisah Uwais al-Qarni ra yang hanya dikenali oleh Rasulullah sahaja, para sahabat pun tidak mengenalinya sehingga diberitahu.

KHALIFAH (King)

Imam Mahadi adalah seorang pemerintah (raja) yang memerintah "umat ini" selama 7 tahun. Jelas bahawa beliau bukan orang kebanyakan kerana sifatnya seperti sifat Rasulullah, bukan juga dari kalangan seorang raja yang sedia ada kerana sifatnya dan keteguhannya kepada tauhid dan adil. Adakah wujud pemerintah yang ada sekarang ini zuhud, warak dan adil? Jadi timbul pula pertanyaan baru, bagaimana caranya Imam Mahadi mendapat sokongan untuk menjadi pemerintah kerana dimana-mana tempat di dunia ini sudah ada pemerintah tersendiri (yang dilantik melalui demokrasi). Jawapan yang boleh kita agak ialah beliau hanya memerintah selepas Dajjal dihapuskan dan pusat pemerintahannya di Pelestin (Baitul Maqdis). Dari sinilah bermulanya era baru yang penuh keadilan dan kesaksamaan seperti yang disebut di dalam Hadis Rasulullah SAW.
Persoalan lain pula timbul, adakah dia sudah menjadi RAJA atau khalifah Daulah Timur sebelum memerintah di Baitul Maqdis itu ? Ada bukti bahawa beliau adalah "raja" dari timur (King of the East) yang menyerang tentera Dajjal. Didalam kitab2 agama terdahulu termasuklah Bible menceritakan pasukan dari Timur ini akan tiba sebaik sahaja sungai Furat kering. King of the East inilah yang bergabung dengan tentera Kristian dan membawa kemenangan menentang tentera Anti Christ (Dajjal). Negara manakah Daulah Timur tersebut? Ada hadis yang menyebut dari " Khorasan". Di manakah terletaknya Khorasan ini? Pada masa ini Khorasan ialah satu daerah di negara Iran. Kita lihat peta Khorasan lama dimana ia meliputi satu kawasan yang luas berbanding yang wujud pada hari ini.
KHORASAN (zaman keagungan Parsi)



Sajauh mana keyakinan anda setakat ini?

TIGA KELOMPOK MANUSIA SEDANG MENANTI ORANG YANG AKAN MENJADI "PENYELAMAT". TOPIK INI MENJADI TAJUK PERBINCANGAN HANGAT OLEH SETIAP PENGANUT ISLAM, KRISTIAN DAN YAHUDI.


Masing-masing mendakwa merekalah di pihak yang benar.

Yang pasti Al Mahdi pasti akan muncul, beliau bukanlah manusia sembarangan tetapi manusia terpilih dikalangan penghuni dunia akhir masa. Kehebatannya pastilah sehebat hulubalang agung Saidina Ali ra dan pekertinya selunak Baginda Rasulullah SAW. Untuk makluman semua, pihak illuminati zionis menganggap dan memanggil Imam Mahdi ini sebagai Muhammad (kedua). Orang yang mengikut sunnah Nabi dan benar-benar bertaqwa dianggap sahabat Muhammad. Apakah ada maksud dari ungkapan tersebut?


TIDAK AKAN DIKETAHUI sehinggalah bai'ah (perlantikan) di makam Ibrahim - penjuru Kaabah.


kredit to : http://akhzaman.blogspot.com/,

rujukan internet : forum halaqah.net, forum i luv islam mengenai Imam Mahdi,

rujukan bahan bacaan : 2015 Imam Mahdi Akan Datang


Klik disebelah untuk membaca ==> Tanda-tanda Kemunculan Imam Mahdi

MISTERI KOTA ATLANTIS PART 2


Antara cebisan kisah seperti diceritakan ahli falsafah Greek Plato sekitar abad ke-350 itu seperti berikut:

Terdapat sebuah pulau besar yang hebat di Lautan Atlantik, ribuan tahun sebelum zaman kelahirannya dan pulau itu dinamakan Pulau Atlas atau ‘Atlantis’.
Pulau itu sungguh hebat dan sudah mencapai kemuncak sains dan teknologi (walaupun ketika itu sudah ribuan tahun berlalu daripada sekarang)!

Aspek sains dan teknologi terlalu maju sehingga dikatakan terdapat kapal udara bagi mengangkut tentera, terbang tanpa menggunakan minyak. Saintisnya berjaya mencipta aloi misteri yang bercahaya dan amat keras.

Kemajuan sains juga sehingga penyelidik Atlantis pandai melakukan kacukan haiwan dan tumbuhan selain mempunyai alat komunikasi seperti sidang televideo yang jauh lebih hebat daripada teknologi yang dicipta abad ini.

Setiap ilmu dan ciptaan teknologi yang dimiliki saintis negara itu akan dikongsi bersama seluruh warga Atlantis untuk membolehkan kemajuan dipertingkatkan.

Atlantis (kononnya) kurniaan tuhan kepada dewa laut, Neptune yang memiliki lima pasang anak kembar dan setiap seorang diberikan kawasan tertentu untuk ditadbir.

Keluasannya 600 X 400 kilometer persegi dan memiliki ladang luas (seluas Oklohama, Amerika syarikat) sehingga mampu menampung makanan 15 juta hingga 30 juta penduduk. Tenteranya sahaja seramai 1.6 juta orang.Negara itu disinari matahari terik sepanjang tahun. Selain tanaman seperti pisang, nanas dan kelapa sebagai tanaman utama, rantau Atlantis dipenuhi bijih timah dan emas.

Bandar rayanya indah sekali, terusan besar dibina menghubungkan bandar dengan

lautan bagi memudahkan kapal belayar terus ke bulatan air; jambatan merintangi bulatan pula dikelilingi taman indah, pokok subur dan puluhan air pancuran berkilauan.

Ibu kotanya dibina di tengah pulau dengan bangunan mewah disusun harmoni menghasilkan seni landskap memukau. Bangunan disusun berselang seli dengan batu bata hitam, putih dan merah. Bangunan mewah dihias pancuran air panas dan sejuk selain dewan makan dan dinding konkrit dibuat daripada batu bata berharga.

Dalam Atlantis ada istana, tempat ibadat, pelabuhan, sistem perairan canggih, universiti, makmal dan bangunan akademik yang menjadi pusat kajian sains dan kemanusiaan.

Begitu lama Atlantis hidup gah dengan kemewahan dan kemajuan pembangunan serta tamadun sehingga menyebabkan penduduknya mula takbur dan melakukan dosa.

Akhirnya, lantaran dosa dan sikap penduduknya, kemajuan teknologi dan kehebatan Atlantis yang dicapai sebegitu lama akhirnya musnah dalam tempoh semalaman.

Atlantis akhirnya tenggelam ke dasar laut akibat hukuman yang dinatijahkan menerusi letupan gunung sucinya iaitu Atlas.

Demikianlah antara cedukan maklumat hasil keterangan Plato mengenai tamadun Atlantis yang kini terus menjadi misteri di kalangan pengkaji profesional sehinggalah kepada rakyat biasa di seluruh dunia.

Pengkaji terus mencari di manakah sebenarnya lokasi Atlantis pada bulatan Bumi sebelum ia tenggelam. Pelbagai maklumat geografi hasil kisah Plato seperti dicatat dalam ‘Timaeus and Critias’ terus dikaji dan dirujuk silang dengan topografi ketika ini.

Harapan untuk menjumpai kesan tamadun Atlantis tidak pernah padam kerana sesiapa yang berjaya menemui arkeologi tinggalan benua itu digambarkan akan menjadi individu atau pihak ‘paling berkuasa’ di muka Bumi!

Ini disebabkan Atlantis digambarkan memiliki teknologi canggih termasuk keupayaan ketenteraan yang melebihi kemampuan teknologi dicapai manusia abad ini. Ia memang menakjubkan tambahan pula jika dilihat kecanggihan itu dicapai lebih 11,000 tahun lalu!

Keterangan Plato menyebabkan ramai berfikir dua kali kerana sebelum ini, mereka menyangka sains dan teknologi baru saja berkembang sekitar 1,000 tahun lalu. Mana mungkin 11,000 tahun lalu sudah ada dunia futuristik yang lebih hebat daripada sekarang?

Tetapi jika benar dunia Atlantis yang amat maju itu wujud, maka penemuan tinggalan arkeologi tamadun itu bakal menyingkap pelbagai rahsia sains dan teknologi yang masih belum dicapai manusia ketika ini seterusnya mampu memberi kuasa pengetahuan yang hebat kepada sesiapa yang menemuinya!

Justeru, pengkaji berlainan bangsa daripada seluruh dunia terus-menerus meneliti rekod dialog Plato mengenai tamadun yang dikatakan lebih awal daripada tamadun Mesir, Babylon Mesopotamia, Inca dan Greek itu selain meneliti keadaan geografi Bumi kini.

Antara meraka adalah Pakar Kejuruteraan Nuklear Brazil, Arysio Nunes dos Santos, yang mendapati latar tempat cerita Plato menyamai kawasan Nusantara khususnya Indonesia.

Pelbagai hasil kajian yang ditemuinya menolak teori lain yang mengatakan Atlantis terletak di kawasan Mediterranean, Andalusia, Antartika, Caribbean dan pelbagai tempat lagi.

Antara hujah lelaki itu, gunung berapi yang menenggelamkan Atlantis dirujuk sebagai satu kawasan yang paling kerap mengalami gempa bumi dan memiliki banyak gunung berapi aktif iaitu di Nusantara.

MISTERI KOTA ATLANTIS PART 1

 MISTERI  KOTA ATLANTIS

Entri kali ini saya ingin berkongsikan misteri mengenai sebuah kota Misteri yang hilang dan lenyap dari peradaban manusia. Mungkin kebanyakan dari anada pernah mendengar mengenai KOTA ATLANTIS, yang sehingga kini masih menjadi misteri tentang kesahihan kewujudannya.

Kisah tentang kota raya lagenda ini yang dikatakan mempunyai peradaban moden dan canggih puluhan ribuan tahun sebelum masihi dahulu masih menjadi misteri hingga kini. Para peminat Kota Atlantis dan Kota Lemuria masih tidak berputus asa menjejak kota misteri yang dikatakan masih wujud setelah Kotaraya kosmopolitan itu tenggelam kedasar lautan ribuan tahun lampau.


ILUSTRASI GAMBARAN KOTA ATLANTIS


Persolannya Dimanakah terletaknya lokasi sebenar Atlantis ? Banyak spekulasi dan teori yang kita boleh temui mengenai dimanakah lokasi sebenarnya.Ada yang mengatakan bahwa Kota Atlantis berada di bawah ais Antartika, di Segitiga Bermuda, di Laut Karibia, di kepulauan Cyprus, ada juga yang mengatakan kalau Atlantis adalah Celtic Shelfs yang ada di Samudera Atlantik, dan ada juga yang berkesimpulan bahawa Atlantis itu adalah kepulauan Indonesia.

KOTA MISTERI INI mula menjadi perdebatan diseluruh dunia tetang kewujudannya selepas Plato ahli falsafah terkemuka Yunani ( murid kepada Bapa Falsafah Dunia iaitu Socrates) telah menulis mengenai kemasyuran, kecanggihan dan kehebatan peradaban kota ini.

Atlantis (Yunani kuno: Ἀτλαντὶς νῆσος, "Pulau Atlas") adalah nama pulau lagenda yang pertama kali disebut dan digambarkan oleh ahli falsafah Yunani kuno Plato dalam dialognya Timaeus and Critias.Menurut Plato, pulau Atlantis  " pulau yang terletak  melepasi tiang Hercules", merupakan kuasa marin yang  telah menakluk sebahagian besar Eropah barat dan Afrika. Tidak lama selepas gagal menakluk Athens, Atlantis tenggelam di bawah ombak "dalam bencana satu hari dan satu malam" akibat malapetaka semulajadi yang berlaku 9,000 tahun sebelum zaman Plato.

Sesetengah sarjana berpendapat Plato bertujuan menceritakan sejarah sebenar. Sungguhpun tujuan penceritaan Atlantis jelas bagi kebanyakan sarjana, mereka tidak sependapat sama ada atau banyak mana gambaran Plato berasaskan fakta sejarah. Sesetengah sarjana mendakwa Plato mengambil pengajaran daripada kejadian silam seperti letupan Thera atau perang Trojan, sementara yang lain menegaskan bahawa dia mengambil inspirasi dari kejadian semasa seperti kemusnahan Helike pada 373 SM atau kegagalan Athenian menjajah Sicily pada tahun 415–413 SM.






baca juga :  Kota Atlantis Yang Hilang Berdasarkan Catitan Plato


Kemungkinan kewujudan Atlantis dibincangkan secara aktif dalam budaya klasik kuno, tetapi biasanya ia ditolak dan kadang kala dipersendakan. Walaupun tidak diketahui semasa Zaman Pertengahan, kisah Atlantis dijumpai kembali oleh golongan humanis pada permulaan zaman moden iaitu ketika  era Zaman Renaisannce (di sebut zaman kelahiran semula atau zaman permulaan barat keluar dari kepompong zaman gelap). Gambaran Plato memberi inspirasi kepada beberapa penulis Renaisans bagi menghasilkan hasil kerja Utopia, seperti Francis Bacon's "New Atlantis". Atlantis kini menjadi sumber inspirasi penulisan moden, daripada careka sains kepada buku komik dan filem wayang.


Atlantis sebuah pulau bertamaddun wujud sebelum Cina dan Mesir. Wujudnya 9000 s.m sebelum Plato dilahirkan. Manusia-manusia di Atlantis hidup aman damai dari sebarang bencana. Pulau Atlantis lenyap dari muka bumi. Bahagian bumi Atlantis terdampar di beberapa benua.


Klik disebelah untuk sambungan ==> Misteri Kota Atlantis Part 2 


RUJUKAN : artikel, wikianswer, http://www.dailymail.co.uk/

10 PERADABAN KOTA PURBA DI DUNIA YANG MASYHUR


10 Tamadun Kota Purba Yang Masyhur
Salam sejahtera dan salam pembuka kata buat semua pembaca blog redzuan-ridz. entri kali ini berkaitan dengan sejarah. Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan peradaban ?  Peradaban atau istilah lainnya tamadun bermula selepas 3500 S.M, iaitu dengan munculnya sistem tulisan, sistem tulisan inilah yang menjadi 1 penanda aras atau indicator kepada pengkaji sejarah mahupun ahli arkeologis dalam membincangkan mengenai bilakah zaman  ketamadunan/peradaban manusia itu wujud dan bermula,

 Wujudnya sistem tulisan, maka dari sini rekod mengenai kewujudan sesebuah peradaban itu dicatatkan oleh masyarkat zaman lampau mengenai ketamadunan mereka dan menjadi 1 peninggalan berharga kepada bangsa manusia setelah keruntuhan dan lenyapnya tamadun hebat didunia ini beribu tahun yang lampau. Di sini saya ingin berkongsi dengan anda 10 peradaban kota yang yang masyhur.



1. Machu Picchu (Peru) : the lost city of Incas .


Machu Picchu (Peru) : the lost city of Incas
Machu Picchu (Gunung Tua) adalah sebuah lokasi reruntuhan Inca pra-Columbus yang terletak di wilayah pegunungan pada ketinggian sekitar 2.350 m. Machu Picchu berada di atas lembah Urubamba di Peru, sekitar 70 km barat laut Cusco. Peradaban ini pernah lenyap dan dilupakan oleh masayrakat dunia. Namun peradaban ini kembali mnjadi terkenal apabila ianya ditemukan oleh arkeologis dari universiti Yale. Hiram Bingham III telah menggemparkan masyarakat dunia apabila telah menjumpai kota ini pada 1911.



2. Angkor Wat (Kamboja) : the world’s largest religious temple


Angkor Wat (Kamboja) : the world’s largest religious temple
Angkor Wat adalah sebuah rangkaian lokasi ibu kota Kerajaan Khmer dalam era lama dari abad ke-9 hingg abad ke-15 Masehi. Lokasinya terletak di hutan dan tanah perladangan di utara Danau Besar Tonle Sap, dekat Siem Reap, Kamboja sekarang ini, dan merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Kuil-kuil di Angkor Wat, sekarang sebagian besar telah dibangunkan semula, merupakan bagian dari contoh pembinaan drpd bangsa Khmer.



3. Mesir Kuno


Mesir Kuno
Mesir Kuno adalah suatu peradaban kuno di bagian timur laut Afrika. Peradaban ini berpusat sepanjang pertengahan hingga hilir Sungai Nil yang mencapai kejayaannya pada sekitar abad ke-2 SM, pada masa yang disebut sebagai era Kerajaan Baru. Daerahnya mencakupi wilayah Delta Nil di utara, hingga Jebel Barkal di Katarak Keempat Nil. Pada beberapa zaman tertentu, peradaban Mesir meluas hingga bagian selatan Levant, Gurun Timur, pesisir pantai Laut Merah, Semenajung Sinai, serta Gurun Barat (terpusat pada beberapa oasis). Peradaban Mesir Kuno berkembang selama kurang lebih tiga setengah abad. Dimulai dengan petempatan awal kelompok-kelompok yang ada di Lembah Nil sekitar 3150 SM, peradaban ini berakhir pada sekitar 31 SM setelah diserang oleh tentera Kerajaan Rom.


4. Petra (Jordan) : stones structure carved into rocks


Petra (Jordan) : stones structure carved into rocks

Petra adalah kota yang didirikan dengan memahat dinding-dinding batu di Jordan. Petra berasal dari bahasa Yunani yang berarti ‘batu’. Petra merupakan simbol teknik dan perlindungan.Kata ini merujuk pada bangunan kotanya yang terbuat dari batu-batu di Wadi Arab, sebuah lembah bercadas di Jordan. Kota ini didirikan dengan menggali dan mengukir cadas setinggi 40 meter.Petra merupakan ibukota kerajaan Nabatean . Didirikan pada 9 SM-40 M oleh Raja Aretas IV sebagai kota yang sukar untuk ditembusi musuh dan aman dari bencana alam seperti badai pasir.


5. Palmyra (Syria) : the bride of desert


Palmyra (Syria) : the bride of desert

Palmyra dulunya adalah kota penting di Syria, terletak di daerah oasis 215 km timur laut Damascus. Dahulu dikenal dgn nama Tadmor (bahasa Arab). Kota ini dulu terletak berdekatan sumber mata air panas, Afga, dan merupakan tempat singgah ideal bagi para kelompok pengembara dari Iraq – Al-Sham (skrng Syria, Lebanon, Holy Land, Jordan). Lokasinya yg strategis membuat Palmyra menjadi kerajaan terkenal dan makmur pada jamannya abad 2 SM.



6. Pompeii (Italy) : buried by volcanoPompeii


Pompeii (Italy) : buried by volcanoPompeii

Pompei adalah sebuah kota zaman Romawi kuno yang telah menjadi puing dekat kota Napoli dan sekarang berada di wilayah Campania, Italia. Pompeii hancur oleh letusan Gunung Vesuvius pada 79 M. Debu letusan gunung Vesuvius menimbun kota Pompeii dengan segala isinya sedalam beberapa kaki menyebabkan kota ini hilang dan lenyap selama 1600 tahun sebelum ditemukan kembali dengan tidak sengaja. Semenjak itu penggalian kembali kota ini memberikan pemandangan yang luar biasa terperinci mengenai kehidupan sebuah kota di puncak kejayaan Kekuasaan Empayar Rom. Kota Pompeii diiktiraf sebagai satu daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO.



 7. Palenque (Mexico) : one of Mayan’s most exquisite cities

Palenque (Mexico) : one of Mayan’s most exquisite cities
Palenque adalah kota peninggalan bersejarah suku Maya yg berlokasi di kaki Gunung Tumbala, Chiapas, Mexico. Kota bersejarah ini tidak terlalu besar tetapi di dalamnya memiliki bangunan-bangunan dengan arkitektur indah, patung-patung, ukiran-ukiran yang dibuat oleh suku bangsa Maya.



8. Vijayanagar (India) :


Vijayanagar (India)

Kerajaan Vijayanagar adalah sebuah kerajaan India, sejak 1336 dan terletak di Deccan, India Selatan. Kerajaan Vijayanagar ditemukan oleh Harihara (Hakka) dan saudaranya Bukka Raya. Kerajaan ini diberi nama sesuai dengan nama ibukotanya, kini namanya berubah menjadi Hampi di Karnataka, India. Kerajaan ini berdiri mulai thn 1336 dan berakhir pd thn 1660.



9. Ephesus (Turkey) : one of the most important cities of early Christianity


Ephesus (Turkey) : one of the most important cities of early Christianity

Ephesus (Efes bahasa Turkey), merupakan kota yang terbentang sepanjang 3 km di bagian selatan kota Selcuk, wilayah Izmir, Turki. Kota ini dahulunya merupakan pusat perdagangan dan pusat agama Kristian sehingga sekarang. Runtuhan dan tinggalan kota Ephesus merupakan  satu daripada monumen peninggalan yang menjadi tumpuan pelancong di Turki.



10. Sanchi (India) : the best preserved group of Buddhist monuments


Sanchi (India) : the best preserved group of Buddhist monuments

Sanchi merupakan kompleks monumen yg menandakan zaman keemasan Budhha di masa Kerajaan Asoka .Kalau zaman sekarang Sanchi itu boleh disamakan  sebagai stupa, kuil, atau tempat kediaman para golongan brahmin . Monumen Sanchi dibina bermula awal abad 3 SM sampai abad 12. Yang paling terkenal dari Sanchi adalah Stupa 1, yang dibina oleh Raja Mauryan . Monumen ini berisi ukiran-ukiran yang menceritakan mengenai sejarah agama Budha.