Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pemabca blog redzuan-ridz , mudah-mudahan semua berada dalam keaadan sihat hendaknya dan dilimpahi rahmat Allah swt . Kalau dilihat tajuk entri kali ni pasti ada diantara kita tertanya-tanya kan apa sebenarnya sejarah disebalik sambutan Valentine' Day ni ? entri kali ni mungkin sedikit panjang hopefully anda akan meneruskan pembacaan sehingga habis sebagai 1 perkongsian wajib yang perlu kita semua tahu terutama kita sebagai seorang islam.
Well,bila tiba bulan Februari most of us dah mengetahui bulan ini dianggap sebagai bulan istimewa untuk pasangan kekasih . 14 februari hari yang dianggap tarikh keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang hangat berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih selalulunya kerap draikan para remaja dan pasangan2 yang sedang hangat bercinta bagi menzahirkan rasa ketulusan cinta mereka kpd pasangan .
Namun tahukah anda semua bahawa meraikan sambutan Valentine Day's ini hukumnya adalah Haram dalam Islam!!!!
pada tarikh 14 Februari inilah kadar maksiat berleluasa, pada tarikh ini jugalah ramai pasangan melepaskan kerinduan mereka dengan berdua-duaan , becengkerama ditempat2 sunyi dan kerana atas nama cinta dan sayang segelintir mereka tergamak menyerahkan maruah dan mahkota mereka kepada kekasih hati sebagai lambang cinta. sangat menydihkan sehingga agama telah diketepikan dan nafsu menjadi petunjuk .
Dan untuk pengetahuan anda semua Hari Valentine sebenarnya merupakan sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan Kristian bagi memperingati perjuangan St.Valentine. Namun persoalannya Mengapakah tarikh ini sering dinantikan oleh para pasangan yang sedang hangat bercinta, dan kenapa arus media perdana kita berlumba2 memaparkan slot2 filem dan drama bertemakan kasih sayang ? seolah-olah merestui sambutan ini?
dibawah ini saya sertakan video yang jelas telah terfatwa bahawa sambutan
Hari Velntine's Day ini haram diraikan.
Jika line internet anda slow untuk melihat video diatas, Dibawah ini 3 versi catatan yang sering dikaitkan permulaan bila sambutan Valentine's Day diraikan :
Pendapat pertama
-mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.
Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.
Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.
Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.
Pendapat kedua
mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini dan terdapat rekod2 lama yang mengesahkan kesahihan cerita ini.
Versi pertama.
Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.
Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.
Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.
Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).
Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.
Versi kedua.
Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.
Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.
Pendapat ketiga
-Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan tarikh tersebut diraikan sebagai hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
dan sebagai tanggungjawab sosial, aku menyeru bagi mereka yang beragama islam yang terbaca entri ini, yang berniat atau berhasrat untuk meraikan sambutan ini, tolonglah batalkan hasrat anda itu.banyak lagi tarikh lain untuk anda luangkan masa anda bersama orang yang tersayang. dan pendapat peribadi aku ini adalah 1 daripada propaganda agen2 laknatullah yang sentiasa cuba memesongkan akidah kita sebagai umat islam . menggunakan pelbagai medium . dan janganlah kita mudah dan sewenangnya menggadaikan akidah kita kerana sesuatu sambutan yang sebenarnya jelas bertentangan dalam islam .
sumber: majalah al islam, halaqah.net
p/s : sebarkanlah dan kongsikan entri dengan klik button share untuk renungan dan pedoman kita bersama dan agar saudara seislam kita mengetahui dengan sejelasnya peristiwa sebenar disebalik Hari Valentine yang mereka raikan itu.
,