iklan baris

Bilal Bin Rabah R.A : Hamba Pertama Memeluk Islam



Bilal bin Rabah r.a. adalah salah seorang daripada sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW yang paling terkenal. Dia merupakan muazzin atau juru azan di Masjid Nabi. Beliau merupakan seorang hamba Habsyi yang dimiliki oleh seorang kafir di Mekah.

Keislamannya telah menimbulkan kemarahan yang tidak terhingga terhadap pemiliknya. Akibatnya, beliau pun diseksa dengan tanpa belas kasihan. Umayyah bin Khalaf, musuh Islam yang terkemuka di kalangan penduduk Mekah, yang memiliki Bilal telah membaringkannya atas pasir yang panas membakar serta meletakkan batu besar di atas dadanya sehingga ia tidak dapat menggerakkan tubuhnya.

Kemudian berkatalah Umayyah kepada Bilal: "Tinggalkanlah agamamu. Kalau tidak matilah kamu dalam kepanasan matahari yang tegak." Lantas Bilal menjawab dengan berkata: "Ahad!" (Tuhan Yang Esa!), "Ahad!" (Tuhan Yang Esa!).
.
Pada waktu malam, beliau didera dengan cemeti sehingga badannya luka-luka. Pada waktu siang pula, beliau dibaringkan di atas pasir yang panas. Tuannya berharap agar beliau akan meninggalkan agamanya atau pun mati akibat luka-luka di badannya.

Namun demikian, Bilal masih tetap dengan pendiriannya yang teguh. Umayyah, Abu Jahal dan pengikut-pengikut mereka menyiksa Bilal secara bergilir-gilir. Akhirnya Abu Bakar telah menebusnya dan semenjak hari itu, hiduplah dia sebagai seorang Muslim yang bebas. Semenjak ia dibebaskan, dia sentiasa berdampingan dengan Nabi Muhammad SAW sehingga Baginda SAW wafat. Selepas kewafatan Rasulullah SAW, Bilal pun meninggalkan Kota Madinah.
.
Pada suatu ketika dia telah melihat Nabi Muhammad SAW di dalam mimpinya. Berkata Nabi Muhammad SAW kepada Bilal: "Wahai Bilal, mengapakah kamu tidak melawatku?"
.
Sebaik-baik sahaja dia bangun dari tidurnya, dia pun bersiap-siap untuk berangkat ke Madinah. Setibanya dia di kota itu, dia telah berjumpa dengan Saidina Hasan r.a. dan Saidina Hussain r.a., cucunda Nabi Muhammad SAW. Mereka meminta agar Bilal mangalunkan azan.

Permintaan orang yang dicintainya itu tidak dapat ditolak. Apabila suara Bilal berkumandang di ruang angkasa Kota Madinah, penduduk-penduduknya pun tanpa segan silu menitiskan air mata mereka kerana terkenangkan zaman keemasan yang telah mereka lalui semasa hidupnya kekasih mereka, Nabi Muhammad SAW.

Sekali lagi Bilal telah meninggalkan Kota Madinah dan akhirnya meninggal dunia di Damsyik pada tahun 20 Hijrah.

Tips dan Langkah Bagi Mengatasi Masalah Kewangan Keluarga

Cara Tangani Masalah Kewangan Keluarga


Assalamualaikum buat semua pembaca blog redzuan-ridz. seringkali masalah kewangan menjadi satu daripada punca kepada pergaduhan dan keretakan dalam rumah tangga sekaligus menyebabkan ada diantara pasangan yang bercerai kerana masalah kewangan yang kritikal .


Sekiranya anda dan pasangan sering bertelingkah apabila bercerita tentang wang dan perbelanjaan rumah, jangan hanya mendiamkan diri. Segeralah bertindak. Suarakan pendapat anda dan ajak pasangan berbincang dengan cara yang baik. Ketahuilah bahawa kegagalan anda mengajak pasangan berbincang tentang masalah kewangan mungkin mengheret anda berdua kepada masalah yang lebih buruk seperti keretakan rumah tangga. Oleh yang demikian,

sebelum keadaan menjadi kronik, lakukan yang sepatutnya. Bersama-sama ini ada beberapa langkah yang perlu anda dilakukan:

1. Anda mestilah berani bertanya kepada pasangan tentang rutin perbelanjaannya. Berapakah gajinya, apakah yang dibayar setiap bulan dan adakah dia membuat simpanan?

2. Bacalah buku-buku yang ada kaitan dengan pengurusan wang. Selain buku, anda boleh juga merujuk kepada individu-individu yang mahir tentang kewangan agar anda dapat memperbaiki cara anda dan pasangan mentadbir pendapatan.

3. Ajak pasangan berbincang tentang perancangan masa hadapan. Cari cara terbaik untuk memastikan anda berdua mampu menghadapi alam persaraan

dengan tenang tanpa sebarang masalah kewangan.

4. Anda berdua juga disarankan agar sentiasa mencari jalan untuk
menambahkan pendapatan keluarga. Pada masa yang sama, cari juga cara untuk berjimat tetapi bukan yang menyusahkan.

5. Pastikan anda dan pasangan tidak lupa untuk menyediakan tabungan khas kecemasan. Wang tersebut hanya boleh digunakan jika berlaku sebarang kecemasan seperti kereta rosak dan sakit. Walau bagaimanapun, pastikan wang tersebut diganti semula selepas digunakan.

6. Dalam urusan kewangan keluarga, anda dan pasangan haruslah saling bekerjasama dan bukan hanya mengharap sebelah pihak sahaja. Masing-masing perlu ada peranannya sendiri.

7. Pastikan anda dan pasangan membuat mesyuarat kewangan setiap bulan.


selain itu dibawah ini saya kongsikan beberapa amalan untuk membuka pintu rezeki . Antara amalan ini diberikan oleh seorang kiai yang saya kenali sendiri .


1) amalkan membaca zikir ya fatah ya razak , ya kahfi , ya ghani . jadikan wirid selepas solat .