iklan baris

SEGMEN TRICK : CARA MENINGKATKAN KELAJUAN INTERNET ( LOADING PAGE) SEBANYAK 20%


Salam sejahtera dan hope anda semua ceria hendaknya. orait entri kali ni saya nk kongsikan dengan anda semua 1 trick untuk melajukan internet. Sebagai seorang blogger kelajuan internet sangat penting. kalu korang xde bajet nak pakai unifi or streamyx boleh la korang apply trcik ni  :)  

But trick ni hanya boleh di apply oleh mereka-mereka yang menggunakan window xp. trick ni actually berkesan untuk melajukan loading pages website or blog yang korang semua singgah. kalau video loading still tetap sama sperti kelajuan asal speed internet korang. korang nak try boleh follow langkah-langkah kat bawah ni  ;) 


1. Mula-mula pegi kat Run pastu click Run.

2. Taip kat dlm ruang disediakan: gpedit.msc

3. Click OK.

4. Ni dah kira masuk kat registry, pastu click Computer Configuration.

5. Kemudian click Administrative Templates.

6. Seterusnya click Network.

7. Dan kemudian click QoS Packet Scheduler.

8. Pastu click Limit reservable bandwidth.

9. Kita akan sampai ke Limit reservable bandwidth Properties.

10.Kat setting tu ubah jadi Enabled.

11.Kat bahagian Bandwidth limit(%) tukar jadi 0 (sifar).

12.Last sekali click Apply dan tekan OK.


kalau korang still xberapa jelas and blur kat bawah ni  sreenshot langkah-langkahnya.





 




untuk hasil yang lebih efektif sila restart lappy or pc korg. dan lepas tu cuba bandingkan sebelum dan selepas korang apply trick ni :)

p/s : aku da try and mmg berkesan untuk percepatkan loading page web or blog. dan yang pastinya trick ni tidak memberi sebarang kesan smapingan kepada laptop or pc. kalau entri ni brmnfaat komen la ckit,  sepatah 2 kata pun ok jgak :)

TIPS : 7 CARA MENJANA IDEA UNTUK BLOGGING


Salam aspirasi buat pembaca setia dan tidak lupa kepada 'silent reader' di blog gue ni. huhuhu. orait sperti  tajuk kat atas tu, hari ni saya nk kongsikan tips paling berguna buat semua newbies dan para blogger yang tidak sedar tentang pentingnya idea. Saya pasti setiap blogger pasti pernah  'stuck' dan kekeringan idea.

Oleh  hal demikian idea itu sangat penting untuk berblogging dan kadangkala atas sebab kekeringan idea inilah ada blogger sanggup meng copy paste entri orang lain buta-buta.  Honestly saya  katakan apabila saya blogwalking dan membaca entri blog si polan

ada yang menghadapi masalah krisis kekeringan idea dan krisis identiti. Krisis identiti yang saya maksudkan tiada identiti or style tersendiri ketika berblogging. ingat idea yang berkualiti itu mencerminkan diri blogger dan seterusnya memastikan kualiti blog tersebut terjamin dengan entri yang sangat menarik :)  ini penting bagi memastikan "flow" tarffik pengunjung akan terus mengalir ke blog kita.   





Di bawah ini saya senaraikan 7Cara menjana idea yang paling mudah yang anda boleh praktikkan agar idea tidak lah putus. dan saya telah apply kesemua cara dibawah.


1. Mencatat Dari Kehidupan Seharian

Salah satu jenis kandungan blog yang suka dibaca oleh pengunjung ialah perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian seperti isu sosial, general knowledge, fakta, tips.
Jika anda kemana-mana bawalah buku kecil, jika anda melihat peristiwa mnarik anda
boleh catatkan. Jadi bila hendak blogging dan tiada idea, kita boleh rujuk pada apa yang ditulis dalam nota tersebut untuk dijadikan isi kandungan blog dan lebih bagusnya jika anda bawa kamera setiap masa, anda dapat merakamkan sekali peristiwa yg berlaku :)
.

2. Membaca Archives( Arkib) anda.

Archives ini penting untuk kita melihat kembali apa yang telah kita terbitkan di blog kita. Dengan membaca Archives, kita boleh mendapat idea untuk mengembangkan atau memperincikan apa yang telah kita tulis dalam artikel-artikel yang lalu.
Contohnya sayapernah   menulis tentang 8 cara untuk meningkatkan trafik blog, mungkin kita boleh detailskan salah satu dari 8 cara yang telah kita tulis itu. Teknik ini selalu diperkatakan oleh blogger-bl0gger terkenal untuk menjana idea untuk blog mereka.


3. Melawat Blog Lain

Melawat blog-blog lain yang ada kaitan dengan niche idea yang ingin anda cari juga membantu ketika anda sedang memerlukan idea. Anda boleh buat carian dengan enjin carian atau lawati link blog-blog yang telah anda kumpul di ruangan links atau dalam simpanan anda. Selalunya saya akan lawati dulu blog-blog yang lain sekiranya benar-benar tiada idea.


4. Direktori Artikel

Direktori artikel seperti Ezine Articles sememangnya mengandungi simpanan artikel yang sangat besar di mana anda boleh membaca dan dapat idea yang pelbagai di situ. Boleh juga anda guna teknik copywriting atau spinning untuk guna kembali artikel-artikel tersebut tetapi hati-hati, jangan salin semula bulat-bulat kerana ada author yang gemar menjejaki artikel mereka yang diplagiat. dan ingat  ambillah "inti" nya shj kemudian olahkan menggunakan style dan gaya penyampaian anda tersendiri bukan meng copy paste bulat-bulat. dan bagi saya meng copy paste atau plagiat  bulat-bulat adalah perbuatan yang paling mengejikan disisi seorang blogger.


5. Laman Social Bookmarking & Social Networking

Nampak simple tetapi bagi saya ianya memang membantu. Anda boleh jumpa pelbagai artikel dari pelbagai niche dari laman social bookmarking seperti BlogCatalog. Selain itu, banyak idea yang boleh anda dapat dari laman-laman social networking seperti Facebook dan Twitter. Ramai yang gemar membangkitkan isu-isu atau pautan ke laman-laman web menarik menerusi social networking jadi anda boleh dapat idea yang anda cari-cari di situ.


6. Membaca Komen di Blog

cara ni sebenarnya paling mudah untuk kita mendapatkan idea or ilham untuk entri kita. well saya rasa ramai yang terlepas pandang yang dari komen orang di entri kiat boleh menyumbang idea untuk new entri  kita.. saya bagi 1 contoh mudah kataka ada 1 entri anda mengenai 'ciri wanita kaki kikis' . so di entri tersebut ada readers  di kotak komen brtnya  mengenai ciri lelaki kaki kikis. So anda boleh kembangkan pertanyaan readers anda  ini untuk buat 1 entri mengenai ciri lelaki kaki kikis pula


7. Wujudkan Pelbagai Segmen dalam Blog

Cara ini sebenarnya dapat memastikan 'flow'  idea anda tidak putus.  kenapa saya katakan demikian. Bila anda wujudkan pelbagai segmen, bermakna terdapat byk subtopik yang anda boleh kembangkan dibawah segmen tersebut. sebagai contoh di blog saya sendri. saya mewujudlan segmen kereta,  so disini pelbagai tips dan subtopik mengenai kereta boleh sy kongsikan untuk entri saya dikala saya menghadapi masalah idea.


Hope entri ini dapatlah membantu kita semua supaya idea sentiasa dapat dijanakan dan sekaligus entri yang dihasilkan tidak tersasar dari apa yang kita ingin sampaikan . idea dan style dan gaya penyampaian  itu menunjukan kematangan kita dan mampu menarik lebih ramai lagi pembaca di blog kita dan bukanlah sekadar brceloteh  tanpa ada 'sense' dan soul serta mesej disebaliknya:) 


p/s klau korang rsa entri kali ni mmbantu beri kan sdikit pndangan ye :) penat aku menaip tau , huhuhu, kalau ada tambahan tips boleh la kongsikan bersama kat kotak komen bwah ni :)

10 MODEL KERETA KONSEP MASA DEPAN


Salam keceriaaan untuk anda semua :) orait untuk entri kali ni saya akan bawakan anda segmen kereta. sebelum ini saya telah mmbawa anda mengenali 10 model kereta ferrari terbaik didunia. yang belum baca entri tentang tu boleh KLIK KAT SINI


berbalik pada entri segemn kereta kali ini, saya akan kongsikan senarai 10 model kereta konsep yang mungkin bakal digunakan pada masa depan. dengan rupa bentuk yang sangat futuristik dan menawan pasti membuatkan korang semua terpukau dan teruja. kat bawah ni merupakan prototaip model-model kereta tersebut. jom layan :)

II
II
II
II
II
II
II
II
II
VVVV
VVV
VV
V


Aston Martin Lagonda Concept


Audi Sportback Concept.


BMW Concept 5 Series Gran Turismo



 Cadillac Converj concept



Chevrolet Camaro Concept



Chrysler 200C EV Concept 

Infiniti Essence Concept
Zagato Perana Z-One Concept.


Peugeot e-Motion.




Koenigsegg Quant Concept.

sumber: www.egmcartech.com/


p/s: amcm elegan kan ? antara 10 kereta kereta tersenarai kat atas bg akula audi sporback dgn inffiniti essence paling cun. kalau korang model mna yang korang berkenan rsa cun?

ENTRI PENGHARGAAN :HEADER BARU BLOG DARI ABANG TERROR

Salam sejahtera semua :) entri kali ni ringkas dan pendek sahaja.  khas untuk abg terror. seperti yang anda semua dpt lihat header baru blog ini telah bertukar wajah. hasil design dan sentuhan abg terror. anyway thanx ya abg terror coz sudi meluangkan masa membuat header untuk blog ni. kat bawah ni design header blog sy yang baru hasil  sentuhan abg terror . cantikkan ?




anyway korg boleh dptkan sentuhan design header dari blog abg terror.
senang je kalau korang nk request design header korang boleh berurusan dengan beliau.


Akhir kata, thanx bro terror coz sudi luangkan masa buat header saya ni dalam masa yang singakt dan hasil mmg tip top :) really2 appreciate it dan sy sangat berpuas hati, 


kalau anda berminat nk dapatkan sentuhan beliau  just




p/s :korang  jgn lupa follow abg terror dulu sebagai tanda sokongan diatas usaha beliau sebelum korang nk request header yg korg nk free je beb. komen la ckit ok x blog abg terror wat untuk blog sy ni?

10 SPESIES IKAN TERCANTIK DIDUNIA


salam sejahtera dan hopefully anda semua sihat hendaknya. untuk entri kali ni RR akan kongsikan dengan anda gambar 10 ikan paling cantik dan sangat mempesonakan mata yang memandang.  mungkin anda pernah tegok filem 'finding nemo' . filem animasi  yg memaparkan watak ikan2 yang sangat 'cute'. tu di alam animasi.
kat sini saya kongsikan gmbar ikan yang sangat cantik yang memang "real " wujud di alam nyata. orait malas nak berceloteh panjang apa kata anda lihat sendiri spesis ikan yang sangat memukau mata yang memandang kat bawah ni. :)  
II
II
II
II
II
II
II
II
II
VVVV
VVV
VV
V
 African Cichlids



Image and video hosting by TinyPic




Parrotfish



Image and video hosting by TinyPic



Regal Tang



Image and video hosting by TinyPic


Coral Beauty



Image and video hosting by TinyPic



6. Flame Angel



Image and video hosting by TinyPic



Koi



Image and video hosting by TinyPic


Moorish Idol



Image and video hosting by TinyPic


Lionfish



Image and video hosting by TinyPic
 
 
Discus
Image and video hosting by TinyPic


.

Mandarinfish



Image and video hosting by TinyPic


sumber : www.smashinglists.com/top-10-most-beautiful-and-colorful-fish

p/s first time tengok gambar ikan ni memang terpesona. sangat cute. teringat cerita finding nemo . anyway untk info lebih details tentang ikan-ikan ni anda boleh layari website  kat sumber yg sy sambil kat atas.

KISAH TELADAN :KISAH RASULULLAH S.A.W DENGAN SI PENGEMIS BUTA YAHUDI

untuk entri kali ini saya akan bawakan anda segmen kisah teladan. jom  hayati kisah dibawah ini bersama :)



Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah, seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun


Rasulullah s.a.w. menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w  melakukannya hingga menjelang Nabi Muhammad s.a.w.  wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. 


Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah . Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah  menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah. 


Keesokan harinya Abu bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu ?". Abu Bakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya. 


Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu bakar r.a. 


sumber: dipetik dari koleksi 1001 kisah teladan dalam islam


p/s: sesungguhnya Nabi Muhammad itu contoh manusia terbaik. mudah2 an dengan kisah yang dikongsikan di entri kali  ini  akan meningkatkan lagi rasa cinta dan kasih kita kepada junjungan baginda Rasulullah s.a.w :) dan akhirnya menjadikan Rasulullah sebgai role model utama dalam diri kita semua. :)

Mushaf Al-Quran Pertama di Dunia

Al-Quran Tertua Di Dunia


al-quran tertua didunia


Di sebuah sudut gelap di ibukota negara Uzbekistan, Tashkent, terdapat satu peninggalan paling bersejarah bagi umat Islam, iaitu Al-Quran tertua di dunia. Al-Quran ini berasal daripada masa pemerintahan khalifah ketiga iaitu Uthman Bin Affan .

Uthman Bin Affan merupakan perintis yang membukukan Alquran, sebelum itu Al-Quran hanya dihafal atau ditulis di atas kulit kayu dan tulang unta. Pembukuan Al-Quran pertama ini telah dilakukan oleh Othman Bin Affan ketika berada di Madinah. Pembukuan Al-Quran ini selesai pada tahun 651 atau 19 tahun setelah kewafatan Rasulullah SAW.

Pembukuan ini dilakukan Othman untuk mencegah perselisihan dan perbezaan versi dari ayat Al-Quran, sehingga beliau memutuskan untuk membukukannya.

Di Tashkent, Al-Quran ini disimpan di sebuah kawasan yang dikenali dengan nama Hast-Imam sebuah lokasi yang jauh dari orang ramai.Lokasi penyimpanan Al-Quran ini berdekatan dengan makam ilmuan daripada abad ke-10, Kaffel Sashi. Penyimpanan Alquran ini berada di kawasan bangunan yang menjadi pusat aktiviti Mufti Uzbekistan atau pimpinan agama tertinggi di negara ini.

Mushaf Al-Quran pertama yang dibukukan ini sangatlah berharga, sebab itu ia disimpan dalam sebuah almari kaca yang dilekatkan di dinding. Sayangnya, kerana sudah berusia ratusan tahun, Al-Quran ini tidak begitu utuh lagi.

Pada masa ini yang tinggal hanyalah sepertiganya sahaja atau sekitar 250 halaman lagi. Ayat-ayatnya ditulis dalam bahasa Hijaz dan ditulis di atas kulit rusa.Dikatakan bahawa Khalifah Othman membuat lima salinan daripada mushaf Al-Quran ini dan menyebarkannya ke pelbagai wilayah Islam. Selain yang ada di Tashkent, salinan lainnya juga masih tersimpan di Topkapi Palace di Istanbul, Turki.

Adanya Al-Quran tertua di dunia ini mengingatkan kita betapa kawasan Asia Tengah memberikan peranan sangat penting dalam sejarah perkembangan agama Islam. Ini juga merupakan fakta yang tidak boleh dinafikan, bahawa harta karun umat Islam berada di negara yang dulunya merupakan pecahan negara komunis terbesar di dunia, Soviet Union.

Sejarah tibanya Al-Quran daripada dinasti pemerintahan Uthman Bin Affan ke Tashkent ini sangatlah luar biasa. Setelah kematian Uthman Bin Affan, sebahagian orang menyatakan bahawa Al-Quran ini telah dibawa oleh Ali bin Abi Talib ke Kuffah atau yang sekarang dikenali sebagai Iraq.

Tujuh ratus tahun kemudian, ketika Tamerlane (penakluk kawasan Asia Tengah) datang ke daerah ini, ia menemui Al-Quran ini dan membawanya ke ibukotanya di Samarkand, Al-Quran ini berada di Samarkand lebih dari empat abad, hingga orang Rusia menakluk kota ini pada tahun 1868.

Pada masa itu, Gabenor Russia mengirimkan Alquran ini ke St Petersburg dimana Al-Quran ini kemudian disimpan di perpustakaan kerajaan. Namun setelah pecahnya revolusi Bolshevik, Lenin yang sangat bernafsu menguasai daerah umat Islam mengirimkan mushaf Al-Quran ini ke Ufa atau yang kemudian dikenal sebagai Bashkortostan.

Namun akhirnya, setelah berulang kali diminta oleh Muslim Tashkent, Al-Quran ini akhirnya kembali lagi ke Asia Tengah pada tahun 1924. Sejak saat itu, Al-Quran ini ditempatkan di Tashkent sehingga hari ini.
Sejak awal lagi, Al-Quran ini telah menarik banyak orang termasuk petinggi² umat Islam untuk mengunjunginya. Sehingga terasa aneh kerana Alquran ini masih ditempatkan di lokasi tersebut.

Mufti yang juga menjaga mushaf Al-Quran tersebut mengatakan bahawa Al-Quran ini tidak dipertontonkan dan dijaga agar tidak terlalu menarik banyak perhatian. Ini dilakukan untuk menjauhinya daripada perkara-perkara negatif yang mungkin boleh terjadi. Wallahualam




sumber : halaqah.net

TIPS: 8 CARA MENINGKATKAN TRAFFIK KE BLOG SECARA BERTERUSAN


Hai salam semua. ok kali saya nk kongsikan dengan anda semua tips untuk menarik traffik  dan cara meningkatkan traffik ke blog. mungkin telah banyak entri pasal ni.  tapi tips yang saya berikan ini ada sedikit berbeza. becoz apa yang sy kongsikan ini adalah teknik yang bakal menarik traffik secara berterusan tanpa henti.

saya sendiri telah apply semua tips ini.ok kat sini 8 tips paling berkesan yang telah saya apply sendiri. dan sememangnya ternyata berkesan meningkatkan traffik blog sekaligus menaikkan ranking blog saya.




1. Rajinkan Diri Komen kat blog yang lain

Komenlah entri blog yang lain kerana ia sangat membantu meningkatkan trafik ke blog anda. Sesudah anda komen, komen tersebut akan dilihat oleh pembaca yang lain dan tuan blog.justeru, mereka akan klik username atau url anda. Pastikan komen tersebut menarik dan bernas supaya menarik pembaca yang lain untuk mengetahui siapa anda. Jangan lupa gunakan backlink dlm setiap kali anda komen. dan saya amat pasti penggunaan backlink disetiap koemen anda akan lebih berkesan menarik traffik yang banyak. Cubalah jadi pengomen terawal  diblog or website yang mempunyai traffik yang tinggi. sebabnya komen anda akn dibaca dahulu oleh pelawat yang membaca sesuatu entri. sehingga tamat. Kemungkinan pelawat lain terjah keblog anda sangat tinggi.


2. Ping entri terbaru blog anda

Anda boleh ping setiap entri terbaru anda di laman web kat bawah nie. selain innit nuffnang banyak lagi laman web lain untuk anda boleh ping entri baru. ping ni penting supaya entri baru korang akan cepat terindex dalam page seacrh engine, dibawah ni saya kongsikan 5 website yang menyediakan tool ping.




3. Publish Post Di Facebook dan Twitter

Teknik ni tips paling mudah dan sangat membantu mnyumbang traffik secara konsisten. Publish post terbaru blog anda di facebook. Entri anda akan dilihat oleh kesemua rakan-rakan anda.contohnya kalau rakan anda ada seribu untuk.kemungkinan ada 200-300 akan mengklik url blog anda.secara kasar ,anda boleh mendapat 200-300 unique visitors sehari. dan jika anda mempunyai akaun twitter anda  boleh menglinkn terus akaun blog anda dengan akaun twitter.


4. Linkkan Blog anda ke Youtube

Ok simple je caranya, Jika anda tiada akaun youtube,Buka Akaun youtube anda dan jika anda ada sebarang video menarik uploadkan video tersebut. dan jangan lupa letakkan link url blog anda pada description dan annotation video tersebut. Jika video yang anda upload tersebut mendapat 50000 viewer kemungkinan 20% atau 10k visitor akan klik ke link blog anda yg terpapar di video youtube anda Justeru, dapat menarik trffik yang konsisten.

5. Sertakan  Gambar Untuk Setiap Entri Anda

Gambar juga dapat meningkatkan lagi mood pembaca yg singgah membaca entri baru anda.Gambar juga bukan sekadar hiasan.Ianya juga dapat tingkatkan trafik apabila pengunjung mengunakan google image untuk pencarian mereka. so lg byk anda upload gambar dlm sesuatu entri anda. semakin tinggi jugak kebarangkalian anda mmpu menarik trffik dengan trik ini.


6. Blogwalking

Teknik paling popular. hampir semua bloggers pasti blogwalking. Blogwalking lah setiap satu jam kerana analytic akan mengira jumlah unique visitors setiap satu jam. Dan anda akan lihat hasilnya pada nuffnang analytic pada setiap satu jam.


7. Beli ruang iklan kat blog trafik tinggi


Promosilah blog anda dengan membeli ruang iklan kat blog yang bertrafik tinggi. Kebiasaanya pengorbanan wang diperlukan untuk ruang iklan tersebut. Ruangan iklan boleh dibeli dari rm 5-15 setiap bulan.


8) . Exchange link Dengan Blog traffik tinggi

bagi blogger baru, maybe anda semua sukar nk menempatkan link blog anda ke blog2 otai yang mempunayi hits traffik yang tinggi. samala seperti saya pada awal2 mula berblogging. teknik ini juga mampu memberikan anda traffik yang konsisten ke blog anda. ok tips dari saya sndiri. katakan anda terjumpa blog baru yang anda rsa berpotensi  pada masa akan datang menjadi popular dan terkenal. maka ada baiknya anda exchange link dengan link blog blogger ni. Manfaat yang akan dpt adalah jangka masa panjang.


p/s : sebnarnya byk lagi tips untuk meningkatkan traffik blog kita. tp apa yang saya kongsikan disini adalah tips yg sy ykin akan memberikan trffik secara konsisten secara berterusan yang saya sendiri telah apply. anyway korang boleh dapatkan ebook 100 tips cara meningkatkan traffik hasil cetusan code 7.

ASKAR KITA MAKAN KERA?


salam sejahtera dan salam pembuka kata semua.  untuk entri kali ni saya nk kongsikan  gambar-gambar.

ape-ape pun korang tengok la sendiri gambar kat bawah ni. mungkin ada yang telah melihat gambar-gambar ni. Betul ke kat bawah ni askar kita yang makan kera?? dan . Kalau tengok situasi gambar ni semua sedang santai so bukan dalam keadaan darurat pun.  




 



 

 

wah kak posing dgn kera panggang nmpak,.


Berdasarkan rupa, warna kulit, celoreng seragam dan tag nama, nampak macam askar ATM. serius nak muntah tgk. tapi the point is, memakan kera adalah haram disisi islam.
kat bawah ni  dalil  yang menybutkan kera itu haram dimakan yg saya ambil dr website Ustaz Farid Rashidi.

.
Syeikh ad-Damiri menyatakan bahawa:

Makan kera adalah haram disisi kami (ulama Syafie). Ini adalah pendapat ikrimah, ‘ata, Mujahid, Hasan dan Ibnu Habib. Kesimpulannya hukum memakan kera adalah haram didalam mazhab Syafie berdasarkan ayat “Dan Allah mengharamkan perkara-perkara yang menjijikkan.” (56: al-‘Araf)



lebih details mengenai larangan haiwan untuk dimakan anda boleh lawat website ustaz ni

sumber : forum iluvislam, faridrashidi.com

p/s: . tujuan entri ni bukan nk mengaibkan sesiapa pun tetapi sekadar 1 perkongsian . dan diri ini ingin memohon maaf jika ada yang terkecil hati. lain orang lain pandangannya. dan diri ini tidak langsung menjatuhkan sebarang hukum, cuma tertanya-tanya dan terfikir.

 keadaan malaysia sekarang tidak sama seperti 50 tahun dahulu. so apakah askar kita kini masih lagi akan berdepan masalah darurat dan kekurangan makanan?  dan persoalannya jika bukan dalam situasi genting dan darurat dan sekadar  1 latihan persediaan apakah hukumnya ye jika memakan haiwan kera yang telah termaktub haram ?

JOM LAYAN GAMBAR LAWAK NI


Salam semua, thanx kepada korang semua yang selalu sudi menjengah ke blog ni dan tinggalkan komen. sangat hargai korg semua kerana sudi komen dan menjdikan entri2 di blog ni "bernyawa". thanx ye :)  

ok la berbalik kepada entri kali ni, just nk korang santai, so saya share gambar je. 
gambar ni sy dpt dari seseorang yang mengirimkannya di email saya. pasti akan menggeletek hati korang. apa yg pasti gambar ni sangat lawak.  

jom tengok kat bawah gambar ni. mungkin ada antara korang da pernah tgk anyway jom layan gambar ni.

II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
III
VVVVV
V VV
VV
V




p/s: first time aku tengok gmbar ni aku rsa nk gelak smpai guling-guling je. aku da xboleh control gelak dah.  100 kali tengok ttap rsa nk gelak guling-guling. hahahahaha. photographer yang ambik shot gambar ni mmg terbaik la .. wakakakaka

GAMBAR BAYI DALAM KEADAAN MEMILUKAN .


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, hope anda semua dalam keadaan sihat hendaknya. sejak 2 menjak ni tertarik nk post entri berkaitan bayi. so entri kali ni nak kongsikan  dengan anda semua 1 gambar bayi dalam keadaan yang sungguh tragis dan sangat memilukan hati. 

 Amaran !!  pada ibu-ibu mngndung disarankan jgn tengok gmbar ni ye.  actually ada seseorang  yang tag gambar ni di facebook saya. so saya nk kongsikan dengan anda semua. dan anda nilaikan sendiri gambar ini

II
II
II
II
II
II
II
II
II
VVV
VV
V
  







lepas dapat gmbar ni try search di google untuk dapatkan info tambahan dan info yang saya dapat di forum  menyatakan gambar ni diambil secara curi di sebuah Hospital kat Malaysia. lokasi hospital biarlah rahsia tak nak bagi tau silap hari bulan kena saman.sebab lokasi pun  macam kurang sure je sebenarnya


 Bagi  pandangan peribadi saya perbuatan ni memang tersangat kejam dan di luar perikemanusiaan. kalau nk buat eksperimen,  bedah untuk budak-budak medik sekalipun, why gunakan bayi . lepas tu biarkan dlm keadaan mcm ni. sangat kejam, mcm mna mereka tergamak bedah bayi ni kn. nma pun babykan msi cute. sedih tgk keadan bayi ni. abis semua organ si kecil ni dijarah keluar. cuba tengok posisi kepala bayi ni jelas jasad bayi ni terseksa !!!! 

 maybe bayi dlm gambar ni bayi hasil hubngn luar nikah. dan dijumpai tidak bernyawa dibuang oleh psangan durjana yg lkukan seks luar nikah. so xde sesiapa yang tuntut bayi ni maka dibedah. ntah ape nasib jasad bayi ni, dikebumikan ke or tidak.. kesian dan simpati.  jika  anda ada info lain maybe boleh kongsikan diruangan komen dibawah ini


p/s: mereka2 yg bedah ni baby ni mcm xde hati perut ke bedah even bayi ni da meninggal.  pilu rsa sebak. spechless .. xtau nk ckp ape terkedu dan sebak tgk gmbar ni. mudah2 an roh baby ni akan bersemdai dgn aman disana .  dan perkongsian gambar ini di blog saya bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak just untuk memperlihatkan bagaimana tindakan dan perlakuan yang membiarkan jasad bayi ini dalam sedemikian rupa adalah sesuatu yang sangat tidak wajar.

REKOD: BURGER TERBESAR DUNIA 90 KG !!!!


Salam 1 Malaysia , hari ni rasa malas je nak update blog dengan entri baru. mau taknya dengan internet slow , anyway masa lepak-lepak kat Berita Harian online, klik2 dibahagian arkib. terjumpa la info ni. Percaya or tidak. Burger Terbesar didunia seberat 90 kg !!!!( Besar Punya !!!!)

Dipercayai Sebuah kafe di Sydney, Australia mendakwa mencatat satu rekod dunia selepas menyediakan sebiji hamburger gergasi seberat 81 kilogram (kg) yang mengambil masa selama 12 jam untuk dimasak dan memerlukan tenaga empat lelaki untuk membalikkan makanan itu.

 tengok kat bawah gambar burger gergasi ni :)
II
II
II
II
II
II
 VVV
VV
V

ni lah gambar burger gergasi seberat 90 kg!!!


Burger Gergasi ini telah dimasak oleh pemilik kafe di Sydney, Joe dan Iman El-Ajouz dengan berat keseluruhan 90KG! sekaligus mengatasi rekod sebelum ini memebabitkan hidangan sama dengan berat 84 kg yang dicatatkan di Michigan, Amerika Syarikat. Hanya untuk menterbalikkan daging ini menjadi cabaran utama kini, kata Iman El Ajouz.


sumber : berita harian ,

 p/s : besar kot burger ni.. besar je lebih, rasa ntah mcm mne la. korang tengok terliur x makan ?

GAMBAR BAYI BERMATA SATU INI JELMAAN DAJJAL ?


 Hai salam semua :) entri kali ni bakal mengjutkan anda semua. sy nk kongsikan dengan korang semua  gambar yang sy dapat hasil searching sy di 2 forum kauskus.us dan forum antarabangsa  7cgen.com

kat bawah ni ada 2 keping gambar bayi bermata 1 ini sy kongsikan wat tatapan anda semua. da sedia ? jom tengok

II
II
II
II
II
II
VVV
VV
V

[Dajjal1.jpg] 

p/s: first time tgk gambar ni mmg terkejut dan rsa mcm x percaya je. nauzubillah .seram tgk gmbar ni. mmg rsa menakutkan tgk mana taknya masa tu time pagi buta. sorg2  je.


[Dajjal.jpg]



staff perubatan percaya kelahiran bayi bermata 1 ini akibat kesan sampingan dari penggunaan ubat anti-kanser oleh si ibu. dan dalam laporan yang disediakan oleh pihak hospital ianya juga berkemungkinan disebabkan masalah kromosom . dan 1 keajaiban apabila bayi ini mampu "survive" dalam tempoh beberapa hari setelah dilahirkan sebelum meninggal.

Namun persoalannya adakah bayi ini merupakan 1 petanda jelmaan dajjal  diakhir zaman ini ? di forum  yg sy nyatakan diatas dimana sumber yg sy perolehi gambar ini hngat dgn prbhasan tentang pelbagai teori kelahiran bayi ini. 

apa yg boleh sy katakan semua yg berlaku ini merupakan kenhendak Allah. dan kita perlulah lebih beringat bahawa dunia semakin sampai ke penghujungnya. Banyak petanda pelik dari Allah  sbg peringatan utk kita semua.


sumber: kaukus.us, 7cgen.com
mmg terkejut melihat gambar ni, nauzubilah mengikut sumber diyakini  bayi bermata 1 ini telah dilahirkan di Israel. Namun ada yang menyatakan lahir di India.

10 CIRI PEREMPUAN PISAU CUKUR a.k.a KAKI KIKIS

 

entri kali ni sgt bagus utk korang bca especially bg kaum lelaki yg mungkin  xsdar korang sebnarnya da menjadi mangsa, so dgn info ni hope especially kaum lelaki dpt la bersiap sedia agar korg boleh bertindak sebelum korang semua hnyut dek pujuk rayu wanita jenis ni..

 

untuk si wanita anda pun digalakkan baca jgak setidak-tidaknya klau anda ada adik lelaki ke abg lelaki ke korang boleh la tau serba sdikit sma ada gf mereka tu kaki kikis  ke x ? kat bwah ni sedkit panduan untuk anda mengenali wanita pisau cukur  yang kerja dorg mengikis duit lelaki  sehingga papa kedana. apa lagi jom baca 10 ciri ni.  ==>



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXQcUBqKCMMpgj3Lq1VmBsdTSRiYiW1LUsl6BJYaCshktOLcACKIQHcRAMzxaYM7Ghl8FXoBt1SrWHtYYwhP6WdaghbAfghv_hyejtkYARDxrMnrzOrBynVGVfl4cl1o6LD8RuJPgbvXer/s320/pisau_cukur_maya_karin_fazura_2.jpg



1. Di awal perkenalan si dia banyak memainkan peranan menggoda lelaki dengan menggunakan semua aset yang dimilikinya.

2. Perempuan pisau cukur ini kebanyakannya cpat mesra dengan lelaki yg bru dikenali dan bijak bermain dengan kata-kata. Pada mulanya si dia tidak minta apa-apa tetapi lama-lama botak kepala lelaki menunaikan setiap permintaannya.

3. Perempuan pisau cukur berperwatakan seperti perempuan mewah yang memiliki segalanya. ini bagi menyakinkan lagi lelaki bahawa dia tidak memerlukan harta lelaki untuk jadi senang. Namun harus diingat semua itu hanya lakonan semata-mata. diawal perkenalan kalau anda serius nk jlinkn hubngn dgn wnita idaman hati rjin2 lah brtnya teman rapat mereka ni mcm mne lifesytle latar belakang mereka, perbelanjaan mereka semua. kalau ada smething yg membuat korang curiga hati-hati la ye.

4. Agak seksi dan menggoda. Maklumlah cara ini sahajalah yang boleh membuat lelaki cair. seksi dlm konteks ni ialah dr segi penampilan mereka. wanita-wanita ni akan gunakan senjata "keseksian" mereka utk jerat korang.

5. Biasanya perempuan pisau cukur ni mempunyai sejarah pahit dalam kehidupan mereka. Umumnya mereka ini anti lelaki. Contohnya anak jadi mangsa rogol ayah sendiri. Apabila usianya semakin meningkat, dia merasakan semua lelaki tidak boleh diharap dan dia menanam hasrat untuk membalas dendam pada semua lelaki.

6. Mulalah minta tu dan ini setelah agak lama berkawan. tetapi kebiasaannya ia akan bermula sedikit demi sedikit. Mungkin di awalnya si dia akan minta topup, kemudian minta lelaki tersebut hadiahkannya telefon bimbit sahaja. tetapi selepas itu sikit demi sedikit dia mainkan peranan. sorg perempuan yg baik mereka ada sifat malu yg menebal dan mereka xkn terus sewenang2nya minta itu ini kat korg.

7. Tidak ada perasaan cemburu dan dalam masa yg sama tidak kisah walaupun tahu lelaki itu sudah berkahwin asalkan banyak harta perempuan pisau cukur tetap akan goda sampai dapat. so kat sini supposely korang da boleh take action, . kalau wanita tu sygkn korg cmfirm dia akan rasa jeles wlupun korg keluar dgn cousin korg sndri !!! dan lg 1 perempuan mna dlm dunia ni snggup dimadukan dan berkongsi kasih syg.
8. Mudah untuk di bawa ke mana-mana sahaja tanpa ada sebarang sekatan. Apa yang penting tempat yang dituju, if diawal perkenalan kalau mereka ni sering mengajak korang ke tempat bershopping and sgt gemar besosial xtntu hala, sila berjaga-jaga pasti duit korg akan melayang.

9. Akan merahsiakan latar belakang keluarganya. Walaupun anda sudah berkawan dengannya hampir 6 bulan. tetapi anda masih tidak tahu dari mana asalnya dan siapa ibu bapanya. Apabila di tanya dia lebih suka mengelak. so beware dgn perempuan mcm ni. msti ada something wrong.

10. Apabila lelaki yang dikikisnya sudah tidak boleh beri apa-apa manfaat padanya lagi. dengan mudah dia mencari kesalahan lelaki tersebut. Biarpun apa yang dikatakannya tidak masuk akal. tetapi alasan-alasan yang di ciptanya memang sukar untuk dibidas.
kalau wnita idaman korg ada ciri no 10, baik korg pertimbngkan hasrat nk couple, bertunang or nk kahwin one day nnti. porak peranda hidup korang nnti.


p/s : info ni just 1 panduan dan tips untuk mengenali wanita pisau cukur a.k.a kaki kikis ni. zaman moden ni makin ramai wanita jenis ni.  dek kerana mereka2 ni ramai lelaki trpadaya sehingga ada yg jatuh muflis dan dibuang kerja serta lingkup company family dek wanita2 ni. dan ada cetern kes nrumahtngga hncur dek perempuab mcm ni.

7 HAIWAN UNIK PALING JARANG DIJUMPAI MANUSIA

Hai semua , hope anda semua dlm keadaan ceria dan hepi hendak nya:) untuk entri kali ni , sempoi je. just nak mmbawa anda semua melihat spesis haiwan yg paling unik lagi cute dan sgt jarang ditemui manusia.
 jom tgk kat bawah ni :
II
II
II
II
II
II
II
II
VVV
VV
V

Tamarins : Ditemui di Amazon, Peru, Bolivia dan Brazil.



Ape : Ditemui di Brazil dan Venezuela


Tapir : Terdapat di Amerika Latin dan Asia Tenggara



Star Mole : Terdapat di bahagian timur laut Amerika dan bahagian timur Kanada



Monyet Belanda : Terdapat di Asia Tenggara



Pink Armadillo : Terdapat di Argentina



Salamander : Ditemui di Mexico



p/s : amcm cute kan spesis binatang ni ? tp yg mmbuat aku pelik monyet Belanda. apsal nma monyet Belanda tp kat Asia Tnggara je spesies haiwan ni boleh dijumpai kat Belanda xde ke? huhuhu  musykil, korang ada jwapan x?

SEGMEN KERETA :10 MODEL KERETA FERRARI TERBAIK DI DUNIA




untuk entri kali ni sy akan bawakan 1 segmen  baru di blog sy. segmen kereta. but for dis entri sy ingin mmbawa anda semua mengenali 10 model terbaik kereta ferrari didunia.
sedikit info ttg ferrari : ferrari pertama kali menghasilkan kereta pada 1926. dr berpuluh model kereta yg pernah dihasilkan ferrari. inilah yg terbaik. Jom  tgk 10 model ferrari trbaik dunia yg sporty lagi cun melecun ni ;)

1. Ferrari 250 GTO
Dihasilkan untuk perlumbaan GT racing. Bodynya berdasarkan konsep old school, dan retro. Jentera 3.000 cc V12 sangat sangat popular di era 60-an.


2. Ferrari 365 GTB
Ferrari yang satu ini sangat popular di era 70-an. Jentera berkapasiti 4.390 cc V12 yang boleh menghasilkan tenaga 352 bhp (262 kW).Desingnnya sangat futuristik


3. Ferrari F50
Dihasilkan pada tahun 1995-1997 hasil kemajuan antara F40 dan Enzo, menghasilkan prestasi jentera terbaik di kubu Ferrari. Jentera berkapasiti 4.700 cc boleh menghasilkan tenaga 513 Hp pada 8.000 rpm. Kereta ini bergerak hingga kelajuan maksimum 200 mph. Casisnya dihasilkan berdasarkan casis Formula 1

.
4. Ferrari Enzo
Siapa yang tidak kenal Ferrari Enzo. Kereta yang dikeluarkan pada 2002 itu menjadi kereta paling lajua pernah dicipta Ferrari.Ciri-cirinya diadaptasi dari Formula 1. dibalik bonetnya terdapat mesin berkapasiti 6.000 cc V12 yang digabungkan dengan 6 semi automatik.


5. Ferrari F40
Kereta ini dihasilkan sejak tahun 1987-1992. Ferrari mengesahkannya sebagai kereta terpantas dan kereta paling laju ketika itu.


6. Ferrari 246 Dino
Dihasilkan pada 1968, kereta ini menjadi kereta yang sangat popular di era-nya. Bentuknya memang sangat tidak menyakinkan. Namun disebalik bonetnya terdapat mesin yang dikatakan cukup bertenaga. Ada 2 pilihan mesin iaitui 2.400 cc 6 silinder dan 3.000 cc dengan 8 silinder.


7. Ferrari 275 GTB/4
Pertama kali diperkenalkan pada Paris Motor Show di 1966 dan terus dihasilkan hingga 1968, kereta tersebut menjadi kereta Ferrari yang dikatakan sebagai supercar terlembut kerana dengan tingkat getaran yang cukup rendah diantara kereta Ferrari yang lain. Di sebalik bonetnya terdapat mesin berkapasiti 3.300 cc 4 -cam V12.


8. Ferrari 360 Challenge Stradale
Barisan kereta Ferrari semakin lengkap dengan adanya kereta ini. Dihasilkan pada tahun 1999-2005, Ferrari 360 menjadi kereta Ferrari dengan pemanduan terbaik. Namun jututera Ferrari mengharapkan kereta itu tidak digunakan untuk berlumba-lumba di jalan. Sebab teknologi yang teraplikasi pada 3.600 cc V8 dapat membahayakan penggunanya.


9. Ferrari 166MM Inter
Bentuknya sangat futuristik. Namun kereta ini dikategorikan sebagai kereta sport. Terdapat mesin berkapasiti 2.000 cc berkonfigurasi V12 disebalik bonetnya. Hanya ada 39 unit di dunia yang dihasilkan pada 1948–1953. Kereta ini juga menjadi kereta dengan rekaan terbaik.


10. Ferrari F355
Dihasilkan pada 1994-1999, F355 menjadi pemangkin F369. Mesin yang diusung 3.500 cc V8 DOHC yang digabungkan 6 percepatan berteknologi gearbox Formula 1 sehingga menjadikan kereta tersebut kereta terbaik ketika itu. Ada 3 jenis kereta versi yang disediakan iaitu F355 Spider, F355 GTS dan F355
  
sumber : di olah  ke bahasa melayu dr website http://sportales.com/racing/


p/s:  amcm cun kn? kalau kerja dengan goverment cmfirm 3 keturunan pun blum mmpu beli sbjik ferrari. huhuhu. hrga mahal gler kot juta beb. yela mau xmhal almost kereta ferrari handmade making .