Rahsia Rukuk Dalam Solat
Dalam entry Sujudlah Dengan Cara Yang Betul sebelum ni, kita ada berkongsi kenapa perlunya sujud dengan betul dalam solat. Sebenarnya selain daripada kepentingan sujud dari sudut kesihatan, Rukuk juga mempunyai rahsia yang amat penting.
Pergerakan Rukuk Dalam Solat
Rasulullah s.a.w. ketika solat menunjukkan contoh pergerakan rukuk dengan amat sempurna. Menurut beberapa hadis, rukuk Baginda rata seperti permukaan air. Maka pergerakan rukuk yang sempurna itu dapat dilihat dengan tulang belakang yang lurus sehingga apabila diletakkan segelas air di atas belakang tersebut tidak akan tumpah. Kedudukan kepala lurus dengan tulang belakang.
Rukuk Menjaga Fungsi Tulang Belakang
Kedudukan ini ternyata amat bermanafaat untuk menjaga kesempurnaan kedudukan serta fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) sebagai penyokong tubuh dan fungsi saraf. Di dalam posisi rukuk, seseorang akan berasa sakit di bahagian belakang peha jika menekan kedua belah lutut dengan meluruskan tangan. Posisi 90 darjah seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW mampu menyembuhkan penyakit berkaitan tulang belakang.
Rukuk Memudahkan Pengaliran Darah
Kedudukan jantung yang sejajar dengan otak menjadikan aliran darah mengalir dengan maksima pada tubuh bahagian tengah menjadikan tubuh lebih sihat dan dapat mencegah pelbagai penyakit.
Rukuk Merehatkan Otot
Tangan yang ditumpukan pada lutut juga berfungsi untuk merehatkan otot bahu sehingga ke bawah. Selain itu, rukuk merupakan cara latihan pada saluran kencing sehingga gangguan prostat dapat dicegah.
Semoga kita semua tidak lalai dalam menjalankan tanggungjawab kita kepada Allah dan jom sama-sama kita betulkan rukuk kita, semoga kita semua mendapat manafaatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai