iklan baris

Tips dan Cara Memilih Buah Durian Elok , Sedap dan Enak


durian musang king murah


'Bang durian sekilo berapa ' .Belum apa-apa penjual tu ambil sebiji dari sekian banyaknya durian atas rak display dia tu.

Diketuk-ketuk. Kalih pula sebelah lain, dia ketuk lagi. Terus takik dua kali. Sambil selak kulit durian, penjual tu tunjuk kat saya isi durian yang dia baru pilih tadi.

Tanpa banyak soal, saya angguk tanda setuju. Lepas timbang dan bagitahu harga, saya seluk poket bagi duit.

'Isi kuning tebal, rasa lemak manis, dan banyak ulas'

Itulah yang terbayang dalam otak saya masa otw balik. Tapi bila sampai rumah, bayangan tadi hanya tinggal bayangan.

Banyak kali juga saya beli durian, tapi selalu kena tipu. Paling mahal, rm50 sebiji tapi isi dalam hareyy.

Isi lembik. Rasa tawar. Paling hampeh pernah kena yang masam. Sampai tahap dah give up nak beli durian. Beli mahal-mahal, tak sempat masuk perut, masuk tong sampah dulu.

Sampai lah satu hari saya try bertanya pada kawan yang juga bapanya seorang penjual durian nak pilih durian.

Ajaibnya, hampir kesemua durian yang saya beli guna tips tu menjadi. Rasa macam tak percaya. Saya cuba apply tips tu berkali-kali. Resultnya sama.

tips pilih durian elok dan sedap


Nah, saya akan kongsikan 10 tips untuk memilih durian. Saya berani jamin tips ni buat korang puas hati.

 Pilih Durian Supaya Tidak Ditipu Penjual Durian - Musim Durian Datang Lagi!

Selain penjual yang jujur banyak juga kes pembeli ditipu penjual - isi tawar, isi nipis, isi keras, terlalu berair/lembik, buah muda, rosak, berulat. Peniaga biasanya akan menebuk pangsa yang isinya cantik sebab tu dia ketuk-ketuk sebelum tebuk .

1. Pilih Buah Yang Segar
Ciri-ciri buah segar ialah warna yang masih segar, tangkai tidak kecut, tampok tangkai masih basah/bergetah, buah tidak merekah, tiada lubang.

2. Lihat Tangkainya
Durian masak yang jatuh dari pohon tangkainya bergerigi. Jika terlihat rata atau seperti dipotong, ada kemungkinan durian itu dipetik sebelum masak/penjual sengaja potong untuk tipu pembeli. Selain itu, cungkil sedikit kulit tangkainya dengan kuku, kalau kulitnya tebal, maka isi buahnya pun tebal juga. Kalau bahagian dalam kulitnya kuning, maka warna isinya pun kuning juga.

3. Pilih Yang Ringan Dan Sederhana Besar
Jangan membeli berdasarkan berat durian yang anda pilih, kerana durian yang berat biasanya masih mentah, terlalu banyak biji dan isinya keras atau terlalu berair.

4. Goncang
Jika ada terasa sesuatu yang berguncang lembut di dalam, bererti isinya berjenis kering dan itu merupakan salah satu tanda yang bagus.

5. Bulat
Bentuk bulat menandakan isinya besar dan banyak durian yang lonjong atau tidak bulat biasanya hanya memiliki isi yang sedikit tetapi ulasnya besar.

6. Perhatikan Kulit
Jika kulit berduri jarang dan besar-besar durian itu berisi padat, tapi jika durian berkulit kecil dan durinya rapat, isi biasanya lembik.

7. Pukul-pukul Dengan Parang
Jika terdengar suara ?bluk-bluk? bergema, itu tandanya isi sudah masak dan kering, tapi bila terdengar bunyi ?plek-plek? itu tandanya isi durian belum matang/keras.

8. Pilih Yang Berpangsa Lima
Buah durian memiliki ruang pangsa yang diisi ulas. Pangsa dilihat dari permukaan kulitnya, berupa garis dari bahagian atas sampai ke bawah. Durian yang ideal memiliki lima pangsa karena ulas biasanya lebih banyak.

9. Aroma / Bau
Saat memilih durian, dekatkan hidung dari celah jari pada buah dan cium baunya, jika baunya tajam/kuat/keras dan wangi pasti isinya manis dan matang. Tapi jika sudah tidak bau lagi, kemungkinan buahnya sudah masuk angin yang membuat rasanya jadi hambar.

10. Tapau Isi Sahaja
Paling mudah elak ditipu suruh je taukeh buka buah dan isi dalam container. Balik simpan dalam petiais. Buah yang dibeli hendaklah segera dibuka dan simpan dlm petiais supaya segar dan tahan lama.