iklan baris

Kisah Malaikat Jibrail dan Malaikat Mikail Menangis





Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis laknatullah itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.

Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah SWT telah memerintahkannya sujud kepada Nabi Adam AS. Lalu iblis berkata: "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah." Lalu Allah SWT berfirman yang maksudnya: "Aku perbuat apa yang aku kehendaki."

Oleh kerana iblis laknatullah memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Nabi Adam AS kerana bangga dan sombong. Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis laknatullah tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis laknatullah tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memalingkan wajahnya dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya. 

Akibat keangkuhan iblis, Allah SWT mengubahkan mukanya yang pada asalnya yang sangat indah cemerlang kepada bentuk seperti babi hutan. Allah SWT membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai

Setelah itu, lalu Allah SWT mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah SWT melaknatnya sehingga ke hari kiamat kerana dia telah kafir. Walaupun iblis laknatullah itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggaan para malaikat dan pemukanya, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.  

Ketika Allah SWT membalas tipu daya iblis laknatullah, maka menangislah Jibril AS dan Mikail AS. Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Apakah yang membuat kamu menangis? (Walhal Allah Maha Mengetahui)" Lalu mereka menjawab: "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu." Firman Allah SWT lagi bermaksud: "Begitulah Aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku."

Setelah diusir, maka iblis laknatullah pun berkata: "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaanMu." Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Engkau dikuasakan atas dia (yakni atas anak cucunya), sebab para nabi adalah maksum." Berkata lagi iblis laknatullah: "Tambahkanlah lagi untukku." Allah SWT berfirman yang maksudnya: "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya." Berkata iblis laknatullah lagi: "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah SWT berfirman: "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah."
Wallahua'lam.

Tingkat Puasa dalam Islam Menurut Imam Al-Ghazali


 Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan ini. Dengan nama Allah  yang maha mengasihani, saya mulakan perkongsian kali ini. Seperti yang kita maklum ibadat puasa Ramadhan adalah fardu ain bagi setiap Muslim dan Muslimah. Kefarduan ini seperti yang telah ditetapkan dalam al-Quran, sunnah dan ijtihad para ulama.  Hal ini juga berdasarkan pada firman Allah dalam surah Al-baqarah yang mewajibkan puasa keatas tiap-tiap orang Islam.
 
"Telah difardukan ke atas kamu berpuasa seperti mana telah difardukan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu." (al-Baqarah:83)


Rasulullah s.a.w juga telah  bersabda maksudnya: "Didirikan Islam atas lima perkara - antaranya puasa Ramadan." (Riwayat Bukhari) .  Namun selain kita melaksanakan ibadah puasa dengan menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan  puasa .Ibadah  puasa  sendiri mempunyai tingkat dan tahap kedudukannya yang akan membezakan tahap puasa antara seorang mukmin dengan mukin yang lain. .


Imam Ghazali dalam kitabnya ‘Ihya Ulumiddin’ menyebut :  Puasa ada tiga kedudukan atau 3 tingkat  iaitu:
  1. Puasa al-umum,
  2. Puasa al-khusus
  3. Puasa khusus al-khusus.

Tahap pertama 

Puasa al-umum ialah menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat. Puasa tahap ini adalah paling rendah hanya puasa orang awam. Puasa sebegini hanya sekadar meninggalkan makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa.


Tahap kedua:  

Puasa al-khusus ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa. Puasa di tahap ini pula adalah di tingkatan kedua iaitu puasa orang khas. Puasa dbagi tahap ini akan cuba menjaga akhlak dan melakukan pekara-perkara sunat bagi menambahkan lagi kualiti puasanya.


Tahap ketiga :  

Puasa Khusus al-khusus ialah menahan hati dari keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah secara total. Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari Allah dan hari akhirat.Demikian juga akan terbatal puasa dengan memikirkan dunia kecuali urusan dunia yang kepentingannya untuk agama kerana itu termasuk dalam bekalan akhirat dan bukan urusan dunia.

Arbab al-Qulub (orang yang prihatin dengan hati mereka) berkata Sesiapa yang pada siang Ramadhan tergerak keinginannya mencari apa yang akan dimakan ketika berbuka puasa, maka ditulis satu kesalahan, kerana ianya lahir dari sikap kurang percaya kepada pemberian Allah dan kurang yakin terhadap rezekinya yang telah dijanjikan. Tahap puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al-Siddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al-Siddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini tidak mungkin dapat digambarkan dengan perkataan tetapi boleh direalisasikan dengan amalan.

Di tahap ini adalah di tingkatan ketiga iaitu puasa yang paling khas. Mereka bukan sahaja menjaga segala perkara yang membatalkan puasa tetapi juga perkara yang boleh membatalkan pahala puasa. Anggota badan turut berpuasa dan hati pula sentiasa berzikir kepada ALLAH, subhanallah!!. Antara akhlak bagi mencapai tahap ini ialah menjaga lidah dan mulut. Orang yang berpuasa perlu menjaga lidah daripada bercakap perkara yang sia-sia.

Bagaimana untuk mencapai puasa tahap yang ketiga ini?

Menurut Imam al-Ghazali bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang soleh maka perlu menyempurnakan 6 perkara iaitu:
  • Menundukkan pandangan dan menahan dari melihat perkara yang tercela dan dibenci oleh syariat serta dari segala perkara yang boleh menggangu dan melalaikan hati dari mengingati Allah S.W.T.
  • Memelihara lidah dari menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat, dusta dan sebagainya. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, memperbanyakkan zikir dan membaca al-Quran.
  • Menahan dari mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang diharamkan dituturkan maka haram juga didengar. Justeru, Allah Menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti firman-Nya:
Maksudnya:
“Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya).”
(Surah al-Maidah: 42)
  • Menahan anggota tubuh badan dari melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki dari perkara yang dilarang dan menahan perut dari perkara-perkara syubhat ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna berpuasa sekiranya pada siang hari menahannya dari makanan halal tetapi berbuka dengan makanan haram.
  • Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan tersebut. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah dari perut yang penuh dengan makanan halal. Bagaimana mungkin seseorang itu mampu mematahkan keingginan syahwatnya dan mengalahkan musuhnya sedangkan ketika berbuka ia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepas ketika ia berpuasa pada siang harinya. Hingga sesetengah mereka memakan makanan yang tidak biasa dimakannya ketika hari tidak diwajibkan berpuasa. 
  • Hendaklah timbul dalam hatinya rasa takut dan penghargaan kepada Allah, kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima oleh Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya, ataupun puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang yang celaka 

dan bagi saya ( penulis blog redzuan-ridz) kalau dapat puasa tahap 2 alhamdilah dah bersyukur sangat-sangat. tapi  nak dapat tahap 2 pun belum tentu apatah lagi tahap 3 yakni tingkat puasa para nabi. mudah-mudahan kita semua akan meningkatkan lagi amal ibadah kita, berzikir,bertasbih ,  di bulan puasa  untuk mencapai tingkat puasa yang lebih baik bukan sekadar berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga . kerana dalam bulan puasa dua yang paling sukar untuk kita jaga iaitu lidah (percakapan) dan mata (penglihatan)