iklan baris

Kisah Saidina Ali dan Hasan Al-Basri

Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz .

Bila kita kaji sejarah bagaimana peranan masjid di zaman Rasulullah dan salafussoleh (300 tahun selepas Rasulullah), kita akan nampak betapa masjid telah mengambil peranan dan memberi jasa yang sangat besar pada pembangunan masyarakat Islam. Imam yang dipilih bukan sebarang imam. Guru yang mengajar bukan sebarang guru.

Ketika Sayidina Ali bin Abu Talib k.w.j. yang menjadi khalifah masuk ke sebuah masjid besar, waktu itu masjid masih menjadi gudang ilmu, dilihat di setiap sudut ada kelompok-kelompok pengajian. Guru-guru yang mengajar di waktu itu adalah tokoh-tokoh besar di zamannya. Sayidina Ali bertanya untuk menguji setiap ulama atau guru yang mengajar di masjid itu. Banyak yang tidak dapat menjawab pertanyaan Sayidina Ali itu. Padahal pertanyaannya mudah saja iaitu ,”Apa yang merosakkan manusia.” Maka beliau sebagai khalifah, orang yang paling bertanggung jawab dalam mendidik masyarakat berkata,” Engkau tidak layak untuk mengajar”.


Di salah satu sudut masjid dia lihat seorang anak berusia 12 tahun yang sedang mengajar. Padahal yang sanggup mengajar di masjid waktu itu bukan sebarang orang. Sebagai guru, tempat duduk dia lebih tinggi dari murid-muridnya yang duduk di lantai beralaskan karpet. Bukan sekadar untuk menghormati guru tetapi juga untuk memuliakan ilmu. Murid-murid yang mendengar kuliah anak itu sudah tua-tua.

Sayidina Ali terkejut melihat anak kecil itu lalu berkata,”Saya ingin bertanya satu pertanyaan, kalau engkau dapat menjawabnya, maka engkau boleh terus mengajar, kalau tidak engkau tidak layak untuk mengajar di masjid ini. Pertanyaan saya adalah apa yang merosakkan manusia?” Anak kecil itu menjawab, ”Yang merosakkan manusia ialah kerana cintakan dunia.” Sayidina Ali terkejut mendengarnya kerana jawapan itu betul, cinta dunia merupakan ibu kejahatan.

Rupanya anak yang berusia 12 tahun itu ialah Hassan Al Basri seorang tokoh yang menjadi besar akhirnya. Bahkan dia salah seorang imam mazhab yang besar, tetapi hari ini ajarannya sudah banyak hilang dan dilupakan orang. Kalau kita sebut Hassan Al Basri, kebanyakan orang akan kenal, umur 12 tahun sudah dikagumi orang dan sudah mengajar. Di antara orang yang mendengar kuliahnya adalah Sahabat Rasulullah.

Peristiwa ini untuk menggambarkan peranan masjid yang sebenarnya dalam Islam. Masjid merupakan sumber segala kebaikan. Untuk mengkaderkan dan melahirkan pemimpin, didikan bermula di masjid, untuk menjadi pejuang dibina di masjid. Tetapi setelah dunia Islam rosak, lebih-lebih lagi setelah kejatuhan empayar Islam, umat Islam dijajah pula, selepas itu merdeka setelah 700 tahun rosak, maka peranan masjid sudah tidak ada, sekadar tempat solat dan belajar membaca Al Quran sahaja.

Di akhir zaman ini, kalau hendak membangunkan Islam jangan bermula di masjid tetapi berperananlah di pasar, di restoran, di tengah-tengah orang ramai, rapat dengan pemuda-pemudi, kalau boleh buat di hotel-hotel, gedung-gedung besar, bangunan-bangunan besar.

Misteri Tengkorak Kristal





TERDAPAT beberapa replika tengkorak kristal yang merupakan salah satu objek berkuasa luar biasa dan mempunyai nilai estetik yang tinggi. Tengkorak kristal dipercayai merupakan replika tengkorak manusia tertua yang wujud. Kebanyakannya diukir dan dipahat daripada ketulan kristal dalam batu kuarza kerana mempercayai batu ini dapat menangani masalah fizikal dan mental manusia.

tengkorak kristal


Tengkorak kristal yang dianggap legenda dan terkenal adalah tengkorak kristal Mitchell-Hedges. Dinamakan sempena seorang arkeologi British F. Albert Mitchell-Hedges  dan berasal dari Amerika Tengah. Ia ditemui di Lubaantum, sebuah kota Mayan purba yang terletak di Belize (British Honduras) pada tahun 1924.

Perkara yang menakjubkan tentang artifak tengkorak kristal ini adalah seni pertukangannya yang begitu teliti dan menyerupai tengkorak yang sebenar, lengkap dengan tulang rahang yang boleh dikeluarkan.

Anak perempuan Albert, Anna Mitchell-Hedges mendakwa, apabila dia tidur berhampiran tengkorak kristal, dia bermimpi tentang tamadun-tamadun India purba dan boleh menggambarkan kehidupan mereka secara terperinci.Tiada kesan calar

Pada 1964 sebuah syarikat komputer yang terbesar, Hewlett-Packard telah menjalankan satu uji kaji ke atas tengkorak kristal tersebut. Syarikat tersebut membuktikan bahawa tengkorak kristal yang mempunyai berat 11 pound itu tidak mempunyai kesan calar walaupun dilihat melalui mikroskop.

Ini membuktikan tiada penggunaan bahan logam dalam mencipta tengkorak kristal manakala bahan kristal yang digunakan adalah lebih halus daripada berlian. Kajian tersebut juga mengatakan usia tengkorak kristal tidak dapat dijangka. Jenis kristal kuarza yang terdapat pada tengkorak kristal itu juga mampu menjana elektrik dan menyerupai bateri kerana terdapat kutub positif dan kutub negatif.

Teknik ukiran yang terdapat pada tengkorak kristal tersebut menentang axis batu kristal yang kebiasaannya tidak dilakukan kerana ia akan memecahkan batu kristal. Terdapat beberapa lagi tengorak kristal yang sama dengan tengkorak Mitchell-Hedges iaitu tengkorak kristal Rose Quartz, tengkorak Aztec, tengkorak kristal Texas, tengkorak kristal Mayan dan tengkorak Amethyst.

Pada akhir kurun ke-19 fenomena tengkorak kristal mula menjadi tumpuan orang ramai. British Museum di Britain adalah antara muzium pertama mempamerkan tengkorak kristal yang paling menyamai saiz tengkorak manusia sebenar

Ibnu Asy-Syathir : Pelopor dan Pembuka Ilmu Angkasa

Ibnu Asy-Syathir : Pelopor dan Pembuka Ilmu Angkasa


Assalamualaikum buat semua pembaca setia blog redzuan-ridz .  sudah lama rasanya saya tidak berkongsi mengenai tokoh cendekiawan islam .



Beliau adalah Alauddin Ali bin Ibrahim bin Muhammad bin Hassan Al-Anshari Al-Muaqqit Al-Falaki Ad-Dsimasyqi atau lebih dikenali dengan nama Ibnu Asy-Syathir. Selain itu, beliau juga dikenali dengan nama Ibnu Al-Muththa’am Al-Falaki kerana pada masa muda, beliau bekerja sebagai tukang kayu yang melubangi kayu dengan menggunakan gading.

Ibnu Asy-Syathir dilahirkan pada tahun 704 H ( 1304 M) di Damsyik. Beliau juga pernah menjadi muazzin (tukang azan) di Masjid Umawi yang terletak di Damsyik dan kemudiannya menjadi muaqqit (penentu waktu solat) dan mengetuai para muazzin.Beliau mempelajari ilmu astronomi dan matematik daripada seorang ahli astronomi Damsyik, Abu Hassan bin Husein bin Ibrahim bin Yusuf Asy-Syathir iaitu yang merupakan sepupu daripada ayahnya.

Kemudiannya beliau telah mengembara ke beberapa negara lain untuk memperdalami ilmu, seperti ke Syam dan Mesir. Beliau banyak mempelajari karya-karya asli astronomi pendahulunya seperti Ath-Thusi, Umar Al-Khayam, Hasan bin Al-Haitam, dan Quthubuddin Asy-Syairazi.

Ibnu Asy-Syathir juga dikenali sebagai salah seorang ilmuwan Damsyik dalam bidang Astronomi baru yang mengiringi manusia ke gambaran baru mengenai alam semesta malah beliau juga telah berhasil membuka jalan bagi peradaban era luar angkasa seperti yang kita ketahui sekarang.

Kemudian beliau meneruskan mempelajari ilmu astronomi di sekolah astronomi yang dipimpin oleh seorang ahli astronomi senior , Nasharudin Ath-Thusi yang aktif dan berjaya pada abad ke-tujuh dan ke-lapan Hijrah atau abad ketiga belas dan ke-14 belas Masihi.


Penemuan dan Sumbangan  :

Dalam pengkajiannya, beliau telah menemui tempat beredarnya bintang Mercury dan bulan yang selama ini telah membingungkan para ilmuan yang lain. Dua contoh pergerakan dari keduanya merupakan penemuan pertama yang memberi jalan bagi wujudnya ilmu astronomi moden.

Sehingga saat ini banyak ilmuan Barat yang mengakui penemuan beliau. Seorang ahli astronomi Poland, Copernicus telah mengambil contoh pergerakan bintang Mercury dan bulan yang dibuat olehnya, iaitu dua abad setengah setelah wafatnya beliau malah penemuannya telah dinamakan Copercican system.

Semasa hidupnya, beliau telah banyak mencipta alat yang digunakan untuk memantau bintang dan dipakai dalam pengukuran dan perhitungan. Di antaranya ada yang berupa jam matahari dan tembaga, per-empatan tinggi dan per-empatan penuh yang dipakai untuk menyelesaikan permasalahan ilmu perbintangan yang dapat memberikan kita kepada hasil yang diinginkan atau astrolab.


Karya :

Selain itu, beliau juga banyak menghasilkan karya yang ditulis terutama dalam bidang astronomi. Diantaranya karya-karyanya banyak menerangkan alat-alat yang dipakai untuk meneropong bintang dan cara atau kaedah menggunakannya.

Bukunya yang berjudul Zaij Ibnu Asy-Syathir telah diringkaskan oleh Ibnu Zuraiq dengan judul Ar-Raudh Al- Athir Fi Talkhish Zaij Ibn Asy-Syathir. Menurut Ibnu Zuraiq, Ibnu Asy Syathir telah menulis sebuah buku yang berharga dan telah berhasil menentukan tempat beberapa bintang dan peredarannya.

Terdapat banyak lagi hasil karya daripada beliau, antaranya termasuklah Risalah Fi Al-Hai Al-Jadidah, Risalah Fi Al-Amal Bidaqaiq Ikhtilaf Al-faq Al-Mar’iah, Risalah Fi Istikraj At-Tarikh, An-Naf’u Al-Am Fi Al-Amal Bi Ar-Rub’I At-Tam Limawaqit Al-Islam dan berbagai-bagai lagi.

Antara contoh peredaran bintang Mercury dan bulan ini telah disentuh di dalam ensiklopedia Islam yang menyatakan bahawa penemuan yang diraih oleh Ibnu Asy-Syathir ini telah banyak memiliki persamaan dengan contoh yang ditemukan oleh Copernicus setelah berlalu dua abad lamanya.

Apatah lagi contoh yang dikemukan oleh Copernicus terutama mengenai bulan dan Mercury adalah sama sekali mirip teori Ibnu Asy-Syathir yang telah menghuraikannya secara terperinci di dalam beberapa buah buku karyanya.

Bukti tersebut telah membuka rahsia Barat kepada dunia Islam bahawa Copernicus telah menyadur atau menyalin sebahagian daripada idea-idea Ibnu Asy-Syathir. Ini adalah kerana banyak berita-berita yang menyatakan bahawa beberapa manuskrip karya Ibnu Asy-Syathir telah ditemui di tempat kelahiran Copernicus.

Ibnu Asy-Syathir merupakan tokoh Islam yang banyak memberikan jasa dan telah banyak meninggalkan kesan  kepada ilmuwan dunia Islam dalam membuka rahsia alam terutama dalam bidang astronomi.

Namun pengkajian tersebut tidak digunapakai oleh para ilmuwan Islam masa kini yang akhirnya terus dilanda kebuntuan dalam pengkajian bidang astronomi dan lebih banyak mengharapkan para ilmuan daripada Barat menghuraikannya.



Sumber: 147 Ilmuwan Terkemuka Dalam Sejarah Islam

Kisah Nabi Yaakub



Nabi Ya’qub adalah putera dari Nabi Ishaq bin Ibrahim sedang ibunya adalah anak saudara dari Nabi Ibrahim, bernama Rifqah binti A’zar. Ia adalah saudara kembar dari putera Ishaq yang kedua bernama Ishu.

Antara kedua saudara kembar ini tidak terdapat suasana rukun dan damai serta tidak ada menaruh kasih-sayang satu terhadap yang lain bahkan Ishu mendendam dengki dan iri hati terhadap Ya’qub saudara kembarnya yang memang dimanjakan dan lebih disayangi serta dicintai oleh ibunya. Hubungan mereka yang renggang dan tidak akrab itu makin buruk dan tegang setelah diketahui oleh Ishu bahwa Ya’qublah yang diajukan oleh ibunya ketika ayahnya minta kedatangan anak-anaknya untuk diberkahi dan didoakan, sedangkan dia tidak diberitahu dan karenanya tidak mendapat kesempatan seperti Ya’qub memperoleh berkah dan doa ayahnya, Nabi Ishaq.

Melihat sikap saudaranya yang bersikap kaku dan dingin dan mendengar kata-kata sindirannya yang timbul dari rasa dengki dan irihati, bahkan ia selalu diancam maka datanglah Ya’qub kepada ayahnya mengadukan sikap permusuhan itu. Ia berkata mengeluh : ” Wahai ayahku! Tolonglah berikan fikiran kepadaku, bagaimana harus aku menghadapi saudaraku Ishu yang membenciku berdendam dengki kepadaku dan selalu menyindirku dengan kata-kata yang menyakitkan hatiku, sehinggakan menjadi hubungan persaudaraan kami renggang dan tegang tidak ada saling cinta mencintai saling sayang-menyayangi. Dia marah karena ayah memberkahi dan mendoakan aku agar aku memperolehi keturunan soleh, rezeki yang mudah dan kehidupan yang makmur serta kemewahan . Dia menyombongkan diri dengan kedua orang isterinya dari suku Kan’aan dan mengancam bahwa anak-anaknya dari kedua isteri itu akan menjadi saingan berat bagi anak-anakku kelak didalam pencarian dan penghidupan dan macam-macam ancaman lain yang mencemas dan menyesakkan hatiku. Tolonglah ayah berikan aku fikiran bagaimana aku dapat mengatasi masalah ini serta mengatasinya dengan cara kekeluargaan.

Berkata si ayah, Nabi Ishaq yang memang sudah merasa kesal hati melihat hubungan kedua puteranya yang makin hari makin meruncing:” Wahai anakku, karena usiaku yang sudah lanjut aku tidak dapat menengahi kamu berdua ubanku sudah menutupi seluruh kepalaku, badanku sudah membongkok raut mukaku sudah kisut berkerut dan aku sudak berada di ambang pintu perpisahan dari kamu dan meninggalkan dunia yang fana ini. Aku khuatir bila aku sudah menutup usia, gangguan saudaramu Ishu kepadamu akan makin meningkat dan ia secara terbuka akan memusuhimu, berusaha mencari kecelakaan mu dan kebinasaanmu. Ia dalam usahanya memusuhimu akan mendapat sokongan dan pertolongan dan saudara-saudara iparnya yang berpengaruh dan berwibawa di negeri ini. Maka jalan yang terbaik bagimu, menurut fikiranku, engkau harus pergi meninggalkan negeri ini dan berhijrah engkau ke Fadan A’raam di daerah Irak, di mana bermukin bapa saudaramu saudara ibumu Laban bin Batu;il. Engkau dapat mengharap dikahwinkan kepada salah seorang puterinya dan dengan demikian menjadi kuatlah kedudukan sosialmu disegani dan dihormati orang karena karena kedudukan mertuamu yang menonjol di mata masyarkat. Pergilah engkau ke sana dengan iringan doa drpku semoga Allah memberkahi perjalananmu, memberi rezeki murah dan mudah serta kehidupan yang tenang dan tenteram.

Nasihat dan anjuran si ayah mendapat tempat dalam hati si anak. Ya’qub melihat dalam anjuran ayahnya jalan keluar yang dikehendaki dari krisis hubungan persaudaraan antaranya dan Ishu, apalagi dengan mengikuti saranan itu ia akan dapat bertemu dengan bapa saudaranya dan anggota-anggota keluarganya dari pihak ibunya .Ia segera berkemas-kemas membungkus barang-barang yang diperlukan dalam perjalanan dan dengan hati yang terharu serta air mata yang tergenang di matanya ia meminta kepada ayahnya dan ibunya ketika akan meninggalkan rumah.

Nabi Ya’qub Tiba di Irak

Dengan melalui jalan pasir dan Sahara yang luas dengan panas mataharinya yang terik dan angi samumnya {panas} yang membakar kulit, Ya’qub meneruskan perjalanan seorang diri, menuju ke Fadan A’ram dimana bapa saudaranya Laban tinggal. Dalam perjalanan yang jauh itu , ia sesekali berhenti beristirehat bila merasa letih dan lesu .Dan dalam salah satu tempat perhentiannya ia berhenti karena sudah sgt letihnya tertidur dibawah teduhan sebuah batu karang yang besar .Dalam tidurnya yang nyenyak, ia mendapat mimpi bahwa ia dikurniakan rezeki luas, penghidupan yang aman damai, keluarga dan anak cucuc yang soleh dan bakti serta kerajaan yang besar dan makmur. Terbangunlah Ya’qub dari tidurnya, mengusapkan matanya menoleh ke kanan dan ke kiri dan sedarlah ia bahawa apa yang dilihatnya hanyalah sebuah mimpi namun ia percaya bahwa mimpinya itu akan menjadi kenyataan di kemudian hari sesuia dengan doa ayahnya yang masih tetap mendengung di telinganya. Dengan diperoleh mimpi itu ,ia merasa segala letih yang ditimbulkan oleh perjalanannya menjadi hilang seolah-olah ia memperolehi tanaga baru dan bertambahlah semangatnya untuk secepat mungkin tiba di tempat yang di tuju dan menemui sanak-saudaranya dari pihak ibunya.

Tiba pada akhirnya Ya’qub di depan pintu gerbang kota Fadan A’ram setelah berhari-hari siang dan malam menempuh perjalanan yang membosankan tiada yang dilihat selain dari langit di atas dan pasir di bawah. Alangkah lega hatinya ketika ia mulai melihat binatang-binatang peliharaan berkeliaran di atas ladang-ladang rumput ,burung-burung berterbangan di udara yang cerah dan para penduduk kota berhilir mundir mencari nafkah dan keperluan hidup masing-masing.
Sesampainya disalah satu persimpangan jalan ia berhenti sebentar bertanya salah seorang penduduk di mana letaknya rumah saudara ibunya Laban barada. Laban seorang kaya-raya yang kenamaan pemilik dari suatu perusahaan perternakan yang terbesar di kota itu tidak sukar bagi seseorang untuk menemukan alamatnya. Penduduk yang ditanyanya itu segera menunjuk ke arah seorang gadis cantik yang sedang menggembala kambing seraya berkata kepada Ya’qub:”Kebetulan sekali, itulah dia puterinya Laban yang akan dapat membawamu ke rumah ayahnya, ia bernama Rahil.

Dengan ahti yang berdebar, pergilah Ya’qub menghampiri yang ayu itu dan cantik itu, lalu dengan suara yang terputus-putus seakan-akan ada sesuatu yang mengikat lidahnya ,ia mengenalkan diri, bahwa ia adalah saudara sepupunya sendiri. Ibunya yang bernama Rifqah adalah saudara kandung dair ayah si gadis itu. Selanjutnya ia menerangkan kepada gadis itu bahwa ia datang ke Fadam A’raam dari Kan’aan dengan tujuan hendak menemui Laban ,ayahnya untuk menyampaikan pesanan Ishaq, ayah Ya’qub kepada gadis itu. Maka dengan senang hati sikap yang ramah muka yang manis disilakan ya’qub mengikutinya berjalan menuju rumah Laban bapa saudaranya.

berpeluk-pelukanlah dengan mesranya si bapa saudara dengan anak saudara, menandakan kegembiraan masing-masing dengan pertemuan yang tidak disangka-sangka itu dan mengalirlah pada pipi masing-masing air mata yang dicucurkan oleh rasa terharu dan sukcita. Maka disapkanlah oleh Laban bin Batu’il tempat dan bilik khas untuk anak saudaranya Ya’qub yang tidak berbeda dengan tempat-tempat anak kandungnya sendiri di mana ia dapat tinggal sesuka hatinya seperti di rumahnya sendiri.

Setelah selang beberapa waktu tinggal di rumah Laban ,bapa saudaranya sebagai anggota keluarga disampaikan oleh Ya’qub kdp bapa saudranya pesanan Ishaq ayahnya, agar mereka berdua berbesan dengan mengahwinkannya kepada salah seorang dari puteri-puterinya. Pesanan tersebut di terima oleh Laban dan setuju akan mengahwinkan Laban dengan salah seorang puterinya, dengan syarat sebagai maskahwin, ia harus memberikan tenaga kerjanya di dalam perusahaan penternakan bakal mentuanya selama tujuh tahun. Ya’qub menyetujuinya syarat-syarat yang dikemukakan oleh bapa saudaranya dan bekerjalah ia sebagai seorang pengurus perusahaan penternakan terbesar di kota Fadan A’raam itu.

Setelah masa tujuh tahun dilampaui oleh Ya’qub sebagai pekerja dalam perusahaan penternakan Laban ,ia menagih janji bapa saudaranya yang akan mengambilnya sebagai anak menantunya. Laban menawarkan kepada ya’qub agar menyunting puterinya yang bernama Laiya sebagai isteri, namun anak saudaranya menghendaki Rahil adik dari Laiya, kerana lebih cantik dan lebih ayu dari Laiya yang ditawarkannya itu.Keinginan mana diutarakannya secara terus terang oleh Ya’qub kepada bapa saudaranya, yang juga dari pihak bapa saudaranya memahami dan mengerti isi hati anak saudaranya itu. Akan tetapi adat istiadat yang berlaku pada waktu itu tidak mengizinkan seorang adik melangkahi kakaknya kahwin lebih dahulu.  sebagai jalan tengah agak tidak mengecewakan Ya’qub dan tidak pula melanggar peraturan yang berlaku, Laban menyarankan agar anak saudaranya Ya’qub menerima Laiya sebagai isteri pertama dan Rahil sebagai isteri kedua yang akan di sunting kelak setelah ia menjalani mas kerja tujuh tahun di dalam perusahaan penternakannya.

Ya’qub yang sangat hormat kepada bapa saudaranya dan merasa berhutang budi kepadanya yang telah menerimanya di rumah sebagai keluarga, melayannya dengan baik dan tidakdibeda-bedakan seolah-olah anak kandungnya sendiri, tidak dapat berbuat apa-apa selain menerima cadangan bapa saudaranya itu . Perkahwinan dilaksanakan dan kontrak untuk masa tujuh tahun kedua ditanda-tangani.
Begitu masa tujuh tahun kedua berakhir dikahwinkanlah Ya’qub dengan Rahil gadis yang sangat dicintainya dan selalu dikenang sejak pertemuan pertamanya tatkala ia masuk kota Fadan A’raam. Dengan demikian Nabi Ya’qub beristerikan dua wanita bersaudara, kakak dan adik, hal mana menurut syariat dan peraturan yang berlaku pada waktu tidak terlarang akan tetapi oleh syariat Muhammad s.a.w. hal semacam itu diharamkan.

Laban memberi hadiah kepada kedua puterinya iaitu kedua isteri ya’qub seorang hamba sahaya untuk menjadi pembantu rumahtangga mereka. Dan dari kedua isterinya serta kedua hamba sahayanya itu Ya’qub dikurniai dua belas anak, di antaraya Yusuf dan Binyamin dari ibu Rahil sedang yang lain dari Laiya.

Kisah Nabi Ya’qub Di Dalam Al-Quran

Kisah Nabi Ya’qub tidak terdapat dalam Al-Quran secara tersendiri, namun disebut-sebut nama Ya’qub dalam hubungannya dengan Ibrahim, Yusuf dan lain-lain nabi. Bahn kisah ini adalah bersumberkan dari kitab-kitab tafsir dan buku-buku sejarah. 

Kisah Nabi Isa A.S Menghidupkan Orang Mati


Jika Nauf boleh menghidupkan kuda milik Birdlaun milik Raja Faris dengan izin Allah SWT, maka Nabi Isa AS juga boleh menghidupkan orang yang sudah mati atas izin Allah juga. Itulah antara  mukjizat yang diberikan Allah kepada rasul-Nya untuk menunjukkan keagunganNya.

Tapi dasar orang kafir, walaupun Nabi Isa AS boleh menunjukkan mukjizat dengan izin Allah swt dengan menghidupkan orang yang sudah mati, mereka masih menyangkalnya dan menidakkan mukjizat yang diberikan kepada nabi Allah Isa a.s .

Orang Kafir tersebut lalu berkata kepada Nabi Allah Isa :

"Sesungguhnya engkau hanya dapat menghidupkan mayat yang baru yang ada kemungkinan memang belum mati benar. Cuba kau hidupkan mayat-mayat terdahulu jika kau boleh." Ujar mereka. Merasa ditentang kaumnya, Nabi Isa AS lalu berkata: "Silakan pilih mayat sekehendakmu," lalu mereka menjawab. "Cubalah engkau hidupkan Sam dan Nuh wahai Isa ," kata mereka.

Kemudian Nabi Isa AS telah pergi ke makam Sam dan Nuh. Setelah bersolat di atas kuburnya, Nabi Isa AS berdoa kepada Allah SWT memohon agar Allah SWT menghidupkan mayat itu. Atas kekuasaan dan izin Allah SWT, maka kedua-dua mayat yang sudah lama meninggal itu telah bangkit kembali dari kuburnya. Rambut di kepala dan rambutnya sudah memutih.

Apabila melihat keduanya hidup kembali, Nabi Isa AS bertanya: "Mengapa rambutmu sudah memutih semacam itu?". Keduanya lalu menjawab bahawa mendengar panggilan Nabi Isa AS, mereka mengira hari kiamat sudah tiba. "Berapa lama kau sudah meninggal?" tanya Nabi Isa AS. "Empat ribu tahun, tetapi sampai sekarang belum hilang rasa sakit matiku," jawab mereka.

Melihat mukjizat Allah SWT itu, maka berimanlah semula orang-orang yang kafir itu dan akhirnya menyakini kekuasaan Allah swt.

Wallahu a'lam...