iklan baris

Misteri Tengkorak Kristal





TERDAPAT beberapa replika tengkorak kristal yang merupakan salah satu objek berkuasa luar biasa dan mempunyai nilai estetik yang tinggi. Tengkorak kristal dipercayai merupakan replika tengkorak manusia tertua yang wujud. Kebanyakannya diukir dan dipahat daripada ketulan kristal dalam batu kuarza kerana mempercayai batu ini dapat menangani masalah fizikal dan mental manusia.

tengkorak kristal


Tengkorak kristal yang dianggap legenda dan terkenal adalah tengkorak kristal Mitchell-Hedges. Dinamakan sempena seorang arkeologi British F. Albert Mitchell-Hedges  dan berasal dari Amerika Tengah. Ia ditemui di Lubaantum, sebuah kota Mayan purba yang terletak di Belize (British Honduras) pada tahun 1924.

Perkara yang menakjubkan tentang artifak tengkorak kristal ini adalah seni pertukangannya yang begitu teliti dan menyerupai tengkorak yang sebenar, lengkap dengan tulang rahang yang boleh dikeluarkan.

Anak perempuan Albert, Anna Mitchell-Hedges mendakwa, apabila dia tidur berhampiran tengkorak kristal, dia bermimpi tentang tamadun-tamadun India purba dan boleh menggambarkan kehidupan mereka secara terperinci.Tiada kesan calar

Pada 1964 sebuah syarikat komputer yang terbesar, Hewlett-Packard telah menjalankan satu uji kaji ke atas tengkorak kristal tersebut. Syarikat tersebut membuktikan bahawa tengkorak kristal yang mempunyai berat 11 pound itu tidak mempunyai kesan calar walaupun dilihat melalui mikroskop.

Ini membuktikan tiada penggunaan bahan logam dalam mencipta tengkorak kristal manakala bahan kristal yang digunakan adalah lebih halus daripada berlian. Kajian tersebut juga mengatakan usia tengkorak kristal tidak dapat dijangka. Jenis kristal kuarza yang terdapat pada tengkorak kristal itu juga mampu menjana elektrik dan menyerupai bateri kerana terdapat kutub positif dan kutub negatif.

Teknik ukiran yang terdapat pada tengkorak kristal tersebut menentang axis batu kristal yang kebiasaannya tidak dilakukan kerana ia akan memecahkan batu kristal. Terdapat beberapa lagi tengorak kristal yang sama dengan tengkorak Mitchell-Hedges iaitu tengkorak kristal Rose Quartz, tengkorak Aztec, tengkorak kristal Texas, tengkorak kristal Mayan dan tengkorak Amethyst.

Pada akhir kurun ke-19 fenomena tengkorak kristal mula menjadi tumpuan orang ramai. British Museum di Britain adalah antara muzium pertama mempamerkan tengkorak kristal yang paling menyamai saiz tengkorak manusia sebenar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai