iklan baris

Cara Kira BMI | Cara Kira Jisim Berat Badan


Cara Mudah Mengira BMI (Body Mass Index)


Body Mass Index (BMI) atau Indeks Jisim Tubuh (IJT) adalah petunjuk untuk anda mengukur berat badan anda berbanding dengan ketinggian sebagai satu kaedah menentukan tahap indeks tubuh anda . BMI ini boleh dibahagikan kepada 4 kategori iaitu anda mengalami kurang berat badan, berat badan yang ideal, berat badan berlebihan dan obesiti.

Bagaiman cara mengira bmi ? dibawah ini contoh pengiraan BMI dan anda boleh mengukur sendiri BMI anda mengikut formula dibawah setelah anda mengetahui  berat badan dan ketinggian anda .

Cara Mengira BMI :

Biasanya Bmi diukur seperti berikut :-
..
Berat badan / Tinggi (M) x Tinggi (M)

Katakan berat anda 70 Kg dan ketinggian anda 1.75 M

Maka pengiraan BMI anda :

70 Kg / 3.24 (*3.24 dapat hasil darab 1.70 x 1.70)

= 21.7 (kg/m2)

21.7 berada dalam julat BMI yang unggul/ normal


petunjuk BMI seperti dibawah :

< 18.5 = Kekurangan berat badan

18.5 - 24.9 = Berat badan unggul

25 - 30 = Kegemukan

30 atau lebih = Berlebihan berat badan / obesiti


Selain itu terdapat juga cara lain yang lebih mudah untuk mengetahui tahap BMI anda tanpa perlu menggunakan formula seperti diatas . kaedah tersebut  seperti tertera dibawah :


Cara Mudah Mengetahui BMI tanpa menggunakan pengiraan :

Anda boleh mengukur lilit lengan anda untuk mengetahui samaada anda dalam berat yang normal , terlalu kurus ,gemuk atau obesiti . lihat kaedahnya dibawah :


Petua Mengempiskan Perut Buncit | Cara Hilangkan Masalah Buncit

Petua Mengempiskan Perut Buncit


Perut yang kempis dan rata menjadi idaman setiap dari kita baik lelaki mahupun wanita . Masalah perut buncit seringkali menggangu penampilan seseorang sehingga hilang keyakinan diri . Dibawah ini saya kongsikan beberapa petua lama yang saya dapat dari bacaan dan perkongsian dari orang lama . Petua ini sangat berkesan bagi mengempiskan perut buncit jika diamalkan secara konsisten  .
Thank

petua kempis perut


Petua Kempis 1 :

Cara mudah yang biasa di lakukan ialah dengan hanya mengambil beberapa
biji limau kasturi dan sedikit kapur makan. Perah jus limau kasturi
tersebut dan gaul bersama dengan kapur makan tadi. Sapukan pada perut
anda yang buncit untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Insyaallah
perut anda akan kempis jika rajin mengamalkannya.


Petua Kempis Perut 2 :

Petua yang paling mudah dan kos yang murah. Anda hanya perlu mengambil limau nipis
yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian
diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaAllah perut anda yang buncit
akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang
penyakit. Selamat mencuba

Petua Kempis Perut 3 :

Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok
paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air
kecil.

Petua Kempis Perut  4 : Ambil segenggam cekur, tepung
beras, asam dan gula merah secukupnya, gula pasir dan garam. Semua
bahan itu ditumbuk halus, kemudian masukkan air sebanyak setengah
gelas. Air tersebut ditapis dan diminum. Amalkan ia selama 4 hari
berturut-turut.


Petua Kempis Perut  5 :

Ambil beberapa biji buah delima. Kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering,
rebuskan ia dengan sedikit garam. Air rebusan kulit buah delima ini
hendaklah diminum selalu bagi mengempiskan perut .


Selain daripada mengamalkan satu daripada petua diatas anda juga perlu menjaga pemakanan selain melakukan senaman untuk perut bagi mendapatkan perut yang kempis dan bentuk badan yang menarik .


Anda juga boleh mencuba produk untuk kempiskan perut sauna belt yang terbukti  berkesan mengempiskan perut dengan cepat tanpa kesan sampingan .

alat kempis perut

dapatkan sauna belt dengan klik link dibawah :


9 Pembaziran Tanpa Disedari Dalam Hidup



IBNU Qayyim al-Jauziyah, ialah ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah dan  merupakan murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.

Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)

Ibnu Qayyim al-Jauziyah  pernah mengatakan terdapat 9 jenis pembaziran yang sering dilakukan oleh manusia dalam hidup mereka . Berikut merupakan pembaziran tersebut iaitu :-


Ilmu pengetahuan.
Membazir jika tidak digunakan untuk tujuan dan jalan kebaikan.


Amalan.
Membazir dan sia-sia jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas.


Masa.
Membazir dan sia-sia jika tidak digunakan dan diurus sebaiknya masa tersebut.


Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah swt.


Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada sesuatu yang tidak berfaedah dan perkara tidak diredai Allah.


Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.


.Cinta.Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.


Akal.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama dan sesuatu yang bermanfaat.


Zikir .
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati .



Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam dalam karyanya Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik adalah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira jam 10 malam.

Waktu yang tidak seharusnya kita tidur adalah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.

Beliau berkata, tidur pada waktu itu tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan dan minda . Makruh hukumnya.

Kisah Tiga Orang Mukmin Yang Tidak Menyertai Perang Tabuk

Kisah Tiga Orang Mukmin Yang Tidak Menyertai Perang Tabuk

kisah sahabat nabi


Di antara puak munafikin, jumlah yang tidak menyertai gerakan ke Tabuk boleh dikatakan banyak juga. Bukan sahaja mereka gagal menyahut seruan Nabi Muhammad SAW malah mereka cuba mempengaruhi orang-orang lain supaya berbuat demikian.

Di antara orang-orang yang beriman pula, hanya tiga orang sahaja yang tidak menyertai tentera Muslimin. Mereka ini ialah Murarak bin Rabi, Hilal bin Umayyah dan Ka'ab bin Malik. Murarah tidak bersama-sama Nabi Muhammad SAW dan sahabatnya kerana buah-buah tamar dikebunnya telah masak dan terpaksa dikutip. Dia menyangka yang penyertaannya dalam lain-lain peperangan terdahulu daripada ini dapat melepaskan dirinya daripada peperangan yang sedang dihadapi. Di sini dia telah melakukan kesalahan mementingkan hartanya daripada Allah SWT. Apabila dia menyedari kesalahannya dia mendermakan kebunnya kepada orang.

Akan Hilal pula, dia sibuk mendampingi kaum keluarganya yang pulang ke Madinah selepas meninggalkan kota itu beberapa ketika lamanya. Seperti Murarah, dia juga telah menyertai beberapa peperangan yang terdahulu. Ternyata yang Hilal telah melakukan kesalahan mementingkan kaum keluarganya daripada Allah SWT. Setelah menyedari kesalahannya dia telah memutuskan perhubungan dengan kaum kerabatnya.

Mengenai Ka'ab pula, dengarlah cerita seperti yang diceritakan olehnya sendiri. Cerita Ka'ab ini terkandung di dalam semua buku-buku Hadis. Katanya: "Semasa berlaku gerakan ke Tabuk, keadaan hidup aku agak mewah. Aku mempunyai dua ekor unta kepunyaanku sendiri. Sebelum ini saya tidak pernah memiliki bilangan unta seperti tersebut tadi. Telah menjadi amalan Nabi Muhammad SAW yang ia tidak suka memberitahu kepada umum tentang tempat yang ditujui oleh gerakan tentera Muslimin, tetapi sekali ini oleh kerana jauhnya perjalanan yang mesti ditempuhi, kerana musim kemarau pada masa itu dan oleh kerana kekuatan tentara kafir, ia terpaksa menceritakan segala-galanya agar persiapan-persiapan dapat diperbuat dengan sempurnanya. Orang-orang yang bakal menyertai pergerakan ke Tabuk terlalu banyak sehingga tidak mungkin diketahui nama-nama mereka semuanya. Demikian juga payahnya untuk mengetahui nama-nama mereka yang tidak menyertai Nabi Muhammad SAW."

"Pada ketika itu kebun-kebun di Madinah telah penuh dengan buah-buah yang telah masak. Tiap-tiap pagi saya bercita-cita hendak membuat persiapan-persiapan agar dapat menyertai tentera Muslimin, tetapi entah bagaimana keazaman saya itu tidak menjadi kenyataan. Saya ketahui benar-benar yang saya dapat menyertai mereka bila-bila masa sahaja. Dalam keadaan saya yang demikianlah, maka berita mengenai keberangkatan tentera Muslim telah sampai ke pengetahuan saya. Saya masih berpendapat yang saya mendahului mereka sekiranya saya dapat bersiap sedia dalam sehari-dua."
.
"Penangguhan saya untuk melakukan sesuatu yang tegas berlanjutan sehingga tibalah masanya tentera-tentera Muslimin hampir tiba di Tabuk. Dalam keadaan yang demikian pun saya masih juga menangguh-nangguh. Tiba-tiba apabila saya melihat orang-orang yang tertinggal di Madinah, saya menyedari yang kebanyakan daripada mereka ini terdiri daripada kaum-kaum munafikin dan mereka yang telah sengaja diuzurkan oleh Nabi Muhammad SAW kerana sebab-sebab yang tertentu. Setibanya Nabi Muhammad SAW di Tabuk, Baginda pun bertanya: "Mengapa aku tidak melihat Ka'ab?" Jawab salah seorang daripada para sahabat: "Ya Nabi Muhammad SAW, kebanggaannya kepada harta dan kesenangan kehidupannya telah menyebabkan dia tertinggal di belakang." Maaz mencelah sambil berkata: "Tidak, Ini tidak mungkin. Setahu kami dia adalah seorang Mukmin yang sebenar-benarnya." Nabi Muhammad SAW tidak mengeluarkan sepatah katapun."

Ka'ab meneruskan ceritanya: "Selepas beberapa hari saya pun mendengar berita mengenai kepulangan Nabi Muhammad SAW saya tiba-tiba dirundungi oleh perasaan sedih dan kesal yang maha hebat. Beberapa alasan iaitu yang mungkin dikemukakan kepada Nabi Muhammad SAW untuk mengelakkan kemurkaan Baginda terbayang-bayang di kepala saya. Saya juga telah meminta nasihat daripada orang-orang yang cerdik pandai di kalangan keluarga saya, tetapi akhirnya alasan-alasan ini saya ketepikan dan saya membuat keputusan hendak bercakap benar kepada Nabi Muhammad SAW."

"Telah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW, apabila Baginda pulang dari suatu perjalanan, Nabi Muhammad SAW akan singgah di masjid untuk mendirikan Solat Tahyatul Masjid serta beramah mesra dengan pelawat-pelawatnya. Pada ketika itu, datanglah orang munafik bersumpah-sumpah sambil memberi sebab-sebab mengapa mereka tidak menyertai Nabi Muhammad SAW ke Tabuk. Nabi Muhammad SAW menerima saja alasan-alasan yang diucapkan oleh lidah-lidah mereka sedangkan kandungan batin mereka tinggalkan kepada Allah SWT untuk membereskannya."

"Kemudian saya pun tibalah untuk menemui Rasulullah SAW lantas memberi salam kepada Baginda SAW. Suatu senyuman yang tawar, Baginda menolehkan mukanya ke arah lain. Saya berkata: "Wahai Rasulullah, Tuan memalingkan muka Tuan dari saya. Demi Allah SWT, saya bukannya munafik dan saya tidak meragui kebenaran agama saya." Baginda SAW menyuruh saya mendekati lalu bertanya: "Apa yang menghalangi kamu? Bukankah kamu telah membeli unta?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, kalau kepada orang lain sudah tentu saya dapat memberi alasan-alasan yang sesuai kerana Allah SWT telah mengurniakan saya dengan kefasihan bercakap, tetapi kepada Tuan, walaupun saya dapat memberi keterangan-keterangan dusta yang memuaskan hati Tuan, sudah tentu Allah SWT akan memurkai saya. Sebaliknya kalau saya menimbulkan kemarahan Tuan dengan bercakap benar saya percaya lambat-laun kemarahan Tuan itu akan dihapuskan oleh Allah SWT. Oleh itu saya bercakap benar. Demi Allah SWT saya tidak ada sebarang alasan pun sedangkan pada masa itu hidup saya mewah." Kata Nabi Muhammad SAW: "Dia sedang bercakap benar." Kemudian Baginda SAW berkata: "Pergilah kamu dan Allah SWT akan menentukan sesuatu bagi kamu."
.
"Apabila saya meninggalkan Nabi Muhammad SAW, orang-orang dari puak saya telah menyalahkan saya kerana telah bercakap benar di hadapan Rasulullah. Kata mereka: "Kamu sebelum ini tidak pernah melakukan sebarang kesalahan. Kalaulah setelah memberi satu-satu alasan yang sesuai, kamu meminta Nabi Muhammad SAW berdoa untuk diampunkan oleh Allah SWT, yang demikian itu sudah tentu mencukupi." Kemudian saya bertanya kalau-kalau ada orang yang hal keadaannya seperti saya. Mereka menceritakan mengenai Hilah bin Umayyah dan Murarah bin Rabi. Mereka juga telah mengakui kesalahan mereka dan menerima jawapan yang sama. Saya tahu yang mereka ini adalah penganut-penganut agama Islam yang sejati dan telah mengambil bahagian dalam Peperangan Badar."

"Nabi Muhammad SAW sudah memerintahkan supaya kami bertiga dipulaukan. Tidak ada seorang pun yang berani bergaul dan bercakap-cakap dengan kami. Pada masa itu saya berasa seolah-olah saya tinggal berdagang di rantau orang. Kawan-kawan berkelakuan seperti orang asing. Dunia yang begitu luas menjadi sempit. Kalau saya mati, Nabi Muhammad SAW tidak akan mengimami sembahyang jenazah saya. Sebaliknya kalau Baginda SAW wafat sudah tentu pemboikotan yang dikenakan ke atas saya akan berterusan sehingga ke akhir hayat saya."

"Kawan-kawan saya yang berdua itu tidak menampakkan diri mereka di luar rumah, sedangkan saya memberanikan diri dengan berjalan-jalan di pasar dan bersembahyang berjemaah tetapi saya tidak dihiraukan oleh sesiapa pun. Kadang-kadang saya memberanikan diri menghampiri Nabi Muhammad SAW sambil memberikan salam. Saya menunggu-nuggu jawapannya dengan penuh harapan. Kerapkali selepas menunaikan solat fardhu, saya akan menunaikan solat sunat berhampiran dengan Nabi Muhammad SAW kerana ingin mengetahui sama ada Baginda SAW akan memandang saya atau tidak. Ya, Baginda SAW memandangkan saya semasa berada dalam sembahyang. Di luar sembahyang Baginda SAW memalingkan pandangannya dari saya."
.
"Pada suatu hari apabila saya rasa yang saya tidak dapat lagi menderitai pemulauan sosial yang dikenakan ke atas saya, saya telah memanjat tembok kebun sepupu saya, Qatadah. Saya mengucapkan salam kepadanya tetapi dia tidak menjawab. Saya menggesanya supaya menjawab hanya satu soalan sahaja. Saya bertanya: "Engkau tahu atau tidak yang aku mencintai Allah SWT dan RasulNya?" Soalan saya itu terpaksa diulangi sebanyak tiga kali. Pada kali yang ketiganya barulah dia menjawab: "Hanya Allah SWT dan RasulNya yang mengetahui." Mendengar jawapannya itu saya menangis lalu meninggalkannya."
.
"Pada suatu ketika, sedang saya melalui sebatang jalan di Madinah, saya terpandang akan seorang Kristian berbangsa Mesir yang telah datang dari Syam. Rupa-rupanya orang itu sedang mencari saya. Apabila orang ramai di situ menunjukkan saya dia pun menghampiri saya sambil menyerahkan sepucuk surat daripada Raja Kristian yang memerintah Ghassan. Surat itu berbunyi: "Kami telah mengetahui akan penganiayaan yang kamu perolehi dari ketua kamu. Allah SWT tidak akan membiarkan kamu dalam keadaan hina dan malu. Eloklah kamu menyertai kami dan kami akan memberi segala pertolongan kepada kamu."

"Apabila saya membaca surat ini saya mengucapkan: "INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN." Demikianlah hal keadaan saya sehingga orang-orang kafir menyangka yang saya akan murtad. Saya tidak dapat membayangkan segala kecelakaan yang menimpa diri saya. Dengan serta merta saya mencampakkan surat itu ke dalam api dan saya pun terus pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW. Kata saya: "Ya Rasulullah SAW, saya telah tergelincir di dalam jurang kehinaan yang amat dahsyat sehinggakan orang-orang kafir menyangka yang saya akan murtad."
.
"Selepas empat puluh hari pemboikotan itu berjalan seorang utusan Nabi Muhammad SAW mendatangi saya dengan membawa satu perintah baru dari Nabi Muhammad SAW. Saya diperintahkan supaya berpisah dari isteri saya. Saya bertanya kepada utusan itu sama ada isteri saya terpaksa diceraikan. Dia hanya menyuruh saya berpisah dari isteri saya. Perintah yang sama diberikan kepada sahabat-sahabat yang berdua itu. Kata saya kepada isteri saya: "Pergilah kamu tinggal bersama-sama orangtuamu sehingga Allah SWT menentukan sesuatu bagiku."
.
"Isteri Hilal pun telah pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW sambil mengadu kepada Baginda SAW: "Ya Rasulullah, Hilal sudah tua dan tidak ada orang untuk menjaganya. Kalau aku meninggalkannya sudah tentu dia akan mati. Izinkan aku supaya menjagainya." Nabi Muhammad SAW menjawab: "Baiklah, tetapi jangan melakukan perhubungan jenis." Kata isteri Hilal: "Ya Rasulullah, dia sudah tidak ada keinginan semenjak pemulauan dikenakan ke atasnya. Dia menghabiskan masanya dengan menangis."
.
"Ada orang yang mecadangkan kepada saya supaya meminta kebenaran daripada Nabi Muhammad SAW untuk membolehkan isteri saya tinggal bersama-sama saya tetapi saya enggan berbuat demikian kerana saya masih muda sedangkan Hilal sudah tua. Lagi pula saya tidak berani membuat permintaan yang demikian. Sehingga ini pemulauan telah dijalankan keatas kami selama lima puluh hari."
.
"Pada pagi yang kelima puluh itu sedang saya duduk-duduk di atas bumbung rumah saya, setelah melakukan Solat Fajar, saya terdengar orang menjerit dari kemuncak bukit Salak. "Ada berita gembira buat kamu, ya Ka'ab." Sebaik sahaja saya mendengar berita itu saya pun bersujud dengan gembiranya sambil mengucapkan syukur kepada Allah SWT. Saya tahu yang saya telah perolehi keampunan daripada Allah SWT. Sebenarnya Nabi Muhammad SAW mengisytiharkan keampunan Allah SWT kepada kami bertiga selepas solat Subuh itu."

"Kemudian datang pula seorang penunggang kuda membawa berita yang sama. Oleh kerana kegembiraan yang amat sangat saya telah menghadiahkan pakaian yang terlekat di badan saya kepada pembawa berita gembira itu. Pada masa itu saya hanya memiliki pakaian yang sedang saya pakai tadi. Oleh hal yang demikian saya meminjam sehelai pakaian dari sahabat saya dan memakai pakaian itu dan saya terus pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW. Apabila saya tiba di masjid orang-orang yang sedang berbual-bual dengan Rasulullah SAW datang menerpa dan memegang tangan saya sambil mengucapkan tahniah. Orang yang mula-mula mengucapkan tahniah kepada saya ialah Talhah. Kemudian saya pun menyampaikan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Muka Baginda SAW berseri-seri dengan cahaya kegembiraan. Saya berkata kepada Baginda SAW: "Ya Rasulullah, saya bercadang hendak mendermakan semua harta saya sebagai mengucapkan syukur kepada Allah SWT yang telah sudi menerima taubat saya." Baginda SAW berkata: "Janganlah habiskan semua harta kamu. Tinggalkan sedikit untuk kepentingan dirimu." Saya pun mendermakan harta saya kecuali rampasan yang diperolehi dalam Peperangan Khaibar."

"Kebenaran telah menyelamatkan saya dan oleh itu saya berazam hendak bercakap benar pada setiap masa."

Wallahua'lam.

Cara Buka Akaun Semasa Maybank


Cara Buka Akaun Semasa Maybank Online

Salam sejahtera dan assalamualaikum

Ada yang masih belum berjaya buka akaun semasa Maybank ? Hari ni saya kongsikan cara buka akaun semasa Maybank tetapi untuk individu bukan perniagaan. Sekali lagi saya highlight CARA BUKA AKAUN SEMASA PREMIER MAYBANK ONLINE. Nak buka akaun semasa Maybank sangat mudah kerana TAK PERLU INTRODUCER dan hanya RM500 deposit. 

Ada 2 cara mudah untuk buka Akaun Semasa Maybank
  1. Secara online
  2. Walk in di cawangan Maybank berhampiran anda. 

Jadi hari ni fokus entri ini adalah buka akaun secara online yang sudah pasti menjimatkan masa dan wang anda!

1) Log in website Maybank2U

2) Klik Apply Online

buka akaun semasa maybank

3) Pilih Maybank2U Premier


4) Kemudian anda isikan email anda dan pilih negeri dan daerah

Contoh di sini saya tinggal di Selangor daerah Gombak, automatik akan keluar cawangan yang ada di daerah Gombak beserta dengan alamat. Di sebabkan ada 4 cawangan jadi saya pilih yang paling hampir dengan saya.  Kemudian tekan NEXT.


5)  Seterusnya anda check email, cawangan pilihan anda dan tick T&C dan PIDM kemudian klik Submit. Dan print slip dan bawa ketika anda ingin mengaktifkan akaun anda.


6) Tunggu la cawangan Maybank anda call dan sekiranya tiada panggilan daripada pihak mereka anda sendiri perlu call dan tanya mengenai permohonan akaun semasa anda. Anda dikehendaki ke cawangan yang anda pilih tadi untuk mengaktifkan akaun anda dan jangan lupa bawa duit RM500 beserta dokumen yang diperlukan. 

Dokumen yang diperlukan
  1. Kad Pengenalan atau passport *wajib
  2. Lesen Memandu *sokongan
  3. Bil utiliti (elektrik/air/telefon/sewa rumah atas name dan alamat anda)*sokongan
  4. Letter of employment *sokongan 

Anda perlu mengaktifkan akaun anda dalam masa 10 hari dan sekiranya anda terlupa untuk mengaktifkan akaun dalam masa 10 hari, akaun anda akan ditutup serta mera dan anda boleh apply lagi tetapi selepas 6 bulan dari tarikh akaun anda ditutup.

Anda juga akan diberi buku cek Maybank. Biasanya pihak Maybank akan suruh datang collect buku cek.