iklan baris

15 Sebab Kenapa Kahwin Muda Digalakkan


15 Sebab Kenapa Kahwin Muda Digalakkan  


Kahwin awal ataupun kahwin muda merujuk kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia 18-24. Untuk memudahkan lagi, pasangan yang mendirikan rumahtangga ketika mereka masih lagi belajar.

Dahulunya kahwin awal merupakan perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman sekarang ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?

Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh  dengan niat anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak kebaikan dan kelebihan :


1.Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan

Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?

2. Sudah ada yang berkenan di hati.

Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?



3.Mencari ketenangan

Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut.

“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang.” (Surah Ar-Rum; Ayat: 21)

Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.:)

4.Teman dalam pelajaran

Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)

5.Teman dalam kehidupan

Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.

6.Teman dalam perjuangan

Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!

7.Hilang fokus

Mama dan abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!


8.Remaja lebih produktif

Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini “Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.”. Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara “enjoy” sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh “enjoy” itu. Apa saya dapat? T_T

9.Menjadi lebih bertanggungjwab

Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.

10.Menjadi anak yang soleh

Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh.

11. Fikiran lebih matang

Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook, dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.

12. Memperbaiki diri

Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.

13. Plan jangka panjang

Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan :P

14. Seks yang lebih berkualiti

Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.

15. Rezeki bertambah

Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kekurangan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.

Wallahua’alam

Kota Atlantis Yang Hilang Berdasarkan Catitan Plato



Plato - Pengarang kisah Atlantis melalui karya dialog Timaeus & Critias

Misteri kota Atlantis yang hilang masih menjadi igauan imaginasi jutaan manusia. Sama ada ia suatu kenyataan atau mitos? Maka di sini kita perlukan fakta asas. sebelum ini saya pernah mengupas dan berkongsikan mengenai kisah tamadun atlantis ini .

Tamadun-tamadun silam yang hilang memang wujud. Penemuan-penemuan arkeologi terbaru sering berlaku dari masa ke semasa. Tempat seperti Garisan Nazca boleh dilihat dengan jelas menggunakan Google Earth. Kota-kota purba lama yang baru ditemui di hutan hujan Amazon. Hanya kerana kita tidak menemui Atlantis, tidak bermaksud kita tidak akan menemui di masa hadapan.

Jika anda benar-benar berminat dengan kisah Atlantis, maka kita mesti bermula dari sumber utama, iaitu penulisan Plato dari karya2nya iaitu Timaeus & Critias.

Bila anda menolak kisah2 dewa-dewi, perumpamaan serta interpretasi sosial dari teks berkenaan, anda kini mempunyai beberapa kunci penting.


- Solon (638 BC–558 BC) adalah seorang negarawan, ahli perundangan & pemuisi Lyric dari Athens yang didakwa telah mendengar kisah Atlantis dari beberapa rahib Mesir ketika dia melawat mereka di mana diceritakan kisah ini kepadanya disebabkan orang Athens (bangsa Yunani) telah melupakan sejarah silam sebenar kerana dari zaman ke satu zaman lainnya ketamadunan Yunani sering dimusnahkan bencana.

- Para rahib Mesir merujuk kepada “Deklarasi dari Alam Syurgawi”, bermaksud meteor yang menyebabkan kemusnahan pada Bumi. ---- - Rahib2 ini memahami dari masa ke semasa dalam sejarah memang ada berlakunya bencana alam yang melibatkan eleman air & api. Mereka mengatakan segala bencana ini adalah tindakan Dewa Dewi.

- Pernah berlaku peperangan antara orang Yunani Athens & kaum Atlantis. Dikatakan Yunani Athens berasal dari Athens.

- Kaum Atlantis berasal pula dari sebuah pulau jauh melepasi Tiang Heracles.
-  Peperangan berkenaan berlaku 9000 tahun sebelum sejarah penulisan bermula iaitu 2500 tahun yang lalu – secara umumnya jika dikira dari sekarang, lebih 11,500 tahun dahulu.

- Altantis didakwa merupakan sebuah pulau lebih besar dari keluasan Libya & Asia jika dicantumkan.

- Atlantis akhirnya dimusnahkan oleh gempabumi.

- Dewa Dewi Athens pula berdamai antara satu sama lain
- Kisah Atlantis dilupakan oleh kaum Yunani Athens disebabkan berlakunya banjir besar di seluruh dunia sehinggakan hanya mereka yang terselamat di kawasan pergunungan terdiri daripada orang yang buta huruf sahaja.

- Solon mengatakan kejadian berkenaan berlaku sebelum zaman Theseus.

- Pada zaman itu, nenek moyang Yunani Athens menguasai jajahan dari Isthmus Corinth ke banjaran Cithaeron di tengah Greece & Parnes. Oropus terletak di sempadan kanan & sungai Asopus pula di sempadan kiri.


baca juga : MISTERI  KOTA ATLANTIS PART 1



- Jajahan takluk kuno Athens sangat subur & mampu menyediakan pasukan tentera yang besar.

- Dikatakan banyak berlaku banjir besar sepanjang 9000 tahun sebelum kisah Atlantis direkodkan.

- Banyak tebing2 yang mengelilingi tanah jajahan Athens kuno telah terhakis ke dalam laut dan banyak hutan2 kayu yang pernah wujud telah kebanyakannya hilang. Selain itu kawasan daratan kurang terhakis manakala kurangnya jumlah hujan, akhirnya perlahan2 ditelan laut.

- Iklim cuaca lebih kurang sederhana

- Acropolis lebih besar & dikelilingi tanah, bukan batu-batuan seperti sekarang.

- Yunani Athens kuno memiliki Gymnasia.

- Ketika itu banyak punca mata air yang kemudiannya hilang selepas berlaku gempa bumi.

- Kaum Athens kuno sangat menawan & amat sihat yangs bersiapsiaga untuk peperangan

- Poseidon adalah Dewa Penaung & Dewa Agung Atlantis (Dewa Lautan & Gempa Bumi)

-  Atlantis sebuah pulau dengan sebuah gunung ditengah2nya dengan lapangan kawasan tanah yang subur mengelilinginya.

- Di gunung berkenaan dikelilingi terusan2 air.

- Air dikatakan mengalir dari bawah tanah, ada panas, ada yang sejuk.

- Tanaman2 tumbuh subur dari tanah yang subur.

-  Anak sulung Dewa Poseidon lahir di Atlantis & dinamakan Atlas dan laut mengelilingi pulau berkenaan dinamakan Atlantic.

- Jauh dari Tiang Heracles, kota Atlantis menguasai kepulauan & kerajaan daratan sejauh Mesir.

- Bangsa Atlantis mempunyai hubungan perdagangan yang kuat dengan negara2 lain.

- Orichalcum (sejenis logam / aloi berwarna merah berkemungkinan campuran tembaga & emas) sering ditemui di Atlantis.

- Pulau Atlantis adalah kawasan yang penuh dengan hutan rimba.

- Terdapat banyak kawanan gajah yang hidup di pulau itu.

-  Ada juga pokok berangan (chestnut) di pulau itu.

- Pulau & kota Atlantis telah lama wujud sehinggakan ramai pemerintah / raja terkemudian membangunkan kawasan Atlantis.

- Kota Atlantis mempunyai terusan dari laut hingga ke lagun di dalam kota.

- 3 jenis batuan berwarna merah, putih & hitam dilombong dari kuari2 di Pulau Atlantis..

- Kaum Atlantis menggunakan loyang (brass) untuk menutupi tempat kediaman, serta menggunakan loyang, timah & logam orichalcum untuk menutupi dinding luaran kota2 merela.

- Kuil Poseideon ditengah2 kota pula mempunyai reka bentuk gasar manakala bumbung dalaman kuil diperbuat daripada gading.

- Dalam kuil itu terdapat patung dewa menaiki kereta kuda (chariot).

- Kota Atlantis terdapat tempat mandi awam untuk kegunaan peribadi serta masyarakat umum & air yang telah digunakan dikumpul & digunakan ke kawasan pertanian mereka.

- Pelabuhan Atlantis penuh dengan kapal laut (jenis Trireme) & keperluan bekalan lautan.

- Banyak tebing2 pada sekeliling pulau tetapi secara umumnya ia adalah dataran plateau dengan sebuah gunung kecil di tengahnya & kawasan gunung ganang di sebelah utara.

- Kawasan utara pulau sangat indah dengan ketinggian pergunungannya.

- Kawasan dataran pula mempunyai ngarai berbentuk bulatan yang mana saiznya (lebih 100 kaki kedalaman) tidak mungkin dari buatan manusia.

- Pasukan tentera Atlantis memilikan banyak kereta kuda perang (war chariot).

- Masyarakat Atlantis menerima manfaat dari hujan di musim dingin.

- Perisai tentera Atlantis agak kecil.

- Jajahan takluk Atlantis di pulau itu dibahagikan kepada 10 kerajaan dengan kota masing2.

- Tiada raja Atlantis boleh berperang dengan raja Atlantis yang lain.

- Peraturan ini dipatuhi untuk satu jangkamasa yang lama akhirnya kebanyakan raja2 Atlantis terkemudian terpengaruh dengan nafsu mereka & melakukan dosa2.


Ini sahaja intipati penting dari kisah Atlantis yang direkodkan oleh Plato. Ini bermaksud apa sahaja yang pernah anda baca berkaitan Atlantis, yang bukan terjemahan karya Plato yang asal (Yunani Hellenistik), adalah samada palsu, rekaan atau diagak2 semata2.

Walaupun kisah mitos kota Atlantis yang hilang itu bukannya merujuk pada satu tempat / lokasi semata2, gambaran dalam Critias oleh Plato agak tepat dari segi naratifnya. Plato pula berkali2 menegaskan Atlantis pernah wujud.

Baca juga : Misteri Kota Atlantis Part 2 


Sumber: Artikel ”Lost City Atlantis by Plato’s Timaeus & Critias."