iklan baris

8 Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki




Jika anda selama ini malas untuk berjalan, fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.

Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut, dipetik dari laman IIUM, di bawah adalah 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :-

1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.

Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.

Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.

2. Stroke :Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak :Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).

Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.

Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).

Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Depresi :Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.

3 Tanda Bila Kucing Datang Kepada Kita




Bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? Saya biasa alami situasi ini, saya dapat rungkaikan. 3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain,


Pertama

Allah sedang beritahu makanan kita,  hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezekikucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.

Kedua

Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.

Ketiga

Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas, bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.

Kredit: Ustaz Shukri Harun

Ibnu Al-Haytham : Saintis Islam Pencipta Asal Kamera

Suratkhabar terkemuka di Barat, The Independent pada edisi 11 Mac 2006 telah menerbutkan sebuah artikel yang sangat menarik bertajuk ”Bagaimana Pencipta Muslim Mengubah Dunia. Salah satunya adalah pencipta kamera obscura.

Kamera merupakan salah satu penemuan penting yang dicapai oleh umat manusia. Dengan flash dan tembakan kamera, manusia dapat merakam dan mengabadikan pelbagai bentuk gambar bermula dari sel manusia hingga galaksi di luar angkasa.

Teknologi pembuatan kamera, kini dikuasai peradaban Barat serta Jepang. Sehingga, banyak umat Muslim yang meyakini kamera berasal dari peradaban Barat.
Jauh sebelum masyarakat Barat menemuinya, prinsip-prinsip asas pembuatan kamera telah dicetuskan seorang sarjana Muslim lebih kurang 1,000 tahun silam. Penemu prinsip kerja asas kamera itu adalah seorang saintis legenda Islam yang bernama Ibnu al-Haitham.



Pada akhir abad ke-10 Masihi, Al-Haitham berjaya mencipta sebuah kamera obscura. Itulah salah satu karya al-Haitham yang paling berkesan. Penemuan yang sangat inspiratif itu berjaya dilakukan al-Haithan bersama Kamaluddin al-Farisi. Mereka berdua berjaya meneliti dan merakam fenomena kamera obscura.

Penemuan itu bermula ketika mereka mempelajari gerhana matahari. Untuk mempelajari fenomena gerhana, Al-Haitham membuat lubang kecil pada dinding yang membenarkan cahaya matahari diunjurkan melalui permukaan datar.



Kajian ilmu optik serupa kamera obscura itulah yang menjadi asas cara kerja kamera yang pada masa ini digunakan umat manusia.



Dari kamus Webster, fenomena ini diertikan sebagai “ruang gelap”. Biasanya bentuknya seperti kertas kardus dengan lubang kecil untuk masuknya cahaya. Teori yang dipecahkan Al-Haitham itu telah memberi ilham penemuan filem yang kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada penonton.

“Kamera obscura pertama kali dibuat saintis Islam, Abu Ali Al-Hasan Ibnu al-Haitham, yang lahir di Basra (965-1039 M),” ungkap Nicholas J Wade dan Stanley Finger dalam karyanya berjudul The eye as an optical instrument: from camera obscura to Helmholtz’s perspective.

Dunia mengenal al-Haitham sebagai perintis di bidang optik yang terkenal melalui bukunya bertajuk Kitab al-Manazir (Buku optik). Untuk membuktikan teori-teori dalam bukunya itu, legenda pakar fizik Islam itu kemudian menyusun Al-Bayt Al-Muzlim atau lebih dikenali dengan sebutan kamera obscura, atau kamar gelap.

Bradley Steffens dalam karyanya berjudul Ibn al-Haytham:First Scientist mengungkapkan bahawa Kitab al-Manazir merupakan buku pertama yang menjelaskan prinsip kerja kamera obscura. “Dia merupakan saintis pertama yang berjaya memprojeksikan seluruh gambar dari luar rumah ke dalam gambar dengan kamera obscura,” papar Bradley.


Istilah kamera obscura yang ditemui oleh al-Haitham pun diperkenalkan di Barat sekitar abad ke-16 Masihi. Lima abad setelah penemuan kamera obscura, Cardano Geronimo (1501 -1576), yang terpengaruh dengan pemikiran al-Haitham mulai mengganti lubang bidik lensa dengan lensa (camera).

Setelah itu, penggunaan lensa pada kamera onscura juga dilakukan Giovanni Batista della Porta (1535-1615 M). Ada pula yang menyebutkan bahwa istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham pertama kali diperkenalkan di Barat oleh Joseph Kepler (1571 – 1630 M). Kepler meningkatkan fungsi kamera itu dengan menggunakan lensa negatif di belakang lensa positif, sehingga dapat memperbesar projection gambar (prinsip digunakan dalam dunia lensa foto jarak jauh moden).

Setelah itu, Robert Boyle (1627-1691 M), mulai menyusun kamera yang berbentuk kecil, tanpa kabel, jenisnya kotak kamera obscura pada 1665 M. Setelah 900 tahun dari penemuan al-Haitham piring-piring foto pertama kali digunakan secara statik untuk menangkap gambar yang dihasilkan oleh kamera obscura. Gambar statik pertama diambil oleh Joseph Nicephore Niepce di Prancis pada 1827.

Tahun 1855, Roger Fenton menggunakan plat kaca negatif untuk mengambil gambar dari tentera Inggeris semasa Perang . Dia mengembangkan plat-plat dalam perjalanan bilik gelapnya. Tahun 1888, George Eastman mengembangkan prinsip kerja kamera obscura ciptaan al-Hitham dengan baik sekali. Eastman menciptakan kamera kodak. Sejak itulah, kamera terus berubah mengikuti perkembangan teknologi.

Sebuah versi kamera obscura digunakan dalam Perang Dunia I untuk melihat kapal terbang dan pengukuran perfomance. Pada Perang Dunia II kamera obscura juga digunakan untuk memeriksa ketepatan navigasi radio. Begitulah penciptaan kamera obscura yang diilhamkan al-Haitham mampu mengubah peradaban dunia.




Peradaban dunia moden tentu sangat berutang budi kepada ahli fizik Muslim yang lahir di Kota Basrah, Iraq. Al-Haitham semasa hidupnya telah menulis lebih dari 200 karya ilmiah. Semuanya didedikasikannya untuk kemajuan peradaban manusia.

Sayangnya, umat Islam kini lebih terpesona kepada pencapaian teknologi Barat, sehingga kurang menghargai dan mengulangi pencapaian saintis Islam di era kejayaan Islam.

Misteri Makam Purba Pahlawan Terracotta di China

Makam Terakota  : Penemuan Terbesar Sejarah Arkeologi Dunia Abad Ke-20


Makam maharaja China, Qin Shi Huang, disebut-sebut sebagai salah satu penemuan arkeologi terbesar pada abad ke-20. Sejarah mencatatkan, Qin Shi Huang merupakan maharaja pertama Dinasti Qin yang memimpin China di antara tempoh 221SM - 210SM. Salah satu karya monumennya selain penyempurnaan pembinaan bangunan Tembok Besar China ialah pembangunan makam agungnya sendiri. Berbeza dengan Firaun Mesir Kuno, Cheops (Khufu) yang memilih untuk membina sebuah Piramid Agung di Giza sebagai tempat peristirahatan terakhirnya, Maharaja Qin Shi Huang lebih gemar untuk memilih makamnya menjadi tab sebuah Istana dengan penjagaan ribuan patung tentera.

Makam maharaja berkenaan memang begitu mempesonakan. Terdapat lebih kurang 8000 patung yang menggambarkan susuk para tentera dan kuda-kuda perang berdiri disepanjang makam. Yang lebih menarik lagi, semua patung-patung tersebut tidaklah sama antara satu dengan yang lainnya baik sama ada pada bentuk pakaian, mimik wajah, gaya rambut, hingga persenjataan yang mereka pegang. Selain itu, mereka juga dibezakan oleh pangkat ketenteraannya seperti Jeneral, hingga ke para perajurit biasa. Patung askar yang mempunyai saiz tubuh yang paling tinggi ialah yang berpangkat jeneral.




Patung-patung yang disebut sebagai Askar Terracotta ini keselururuhan diperbuat daripada tanah liat. Ketinggiannya pun adalah tidak sama, antara 183 hingga ke 195 cm. Untuk bahagian kepala, ia diperbuat secara berasingan dari bahagian badan agar mempunyai bentuk dan mimik wajah yang berbeza di antara satu sama lain. Sementara bahagian-bahagian wajah seperti bibir, mata, dan telinga ditambah secara manual dan bentuknya disempurnakan oleh sentuhan tangan si pembuat patung. Patung yang telah siap dibentuk akan dibakar agar penghasilannya menjadi lebih keras dan kukuh. Untuk tahap akhir, proses pengecatan akan dilakukan walaupun kebanyakan patung itu kini catnya telahpun semakin memudar.

tentera terakota




Sejak ditemui oleh beberapa petani tempatan di wilayah Xian, Negeri Shaanxi, China pada tahun 1974 yang silam, hingga kini tapak berkenaan masih lagi terus dilakukan proses penggalian bagi membongkar lebih banyak kemisterian dan keajaiban di tapak berkenaan. Para pakar Arkelogi menganggarkan masih banyak lagi patung dan artifak-artifak lain yang masih tertanam di tapak berkenaan. Mereka juga belum dapat memastikan apakah jumlah angka penemuan patung dan artifak lain ini akan terus bertambah. Perkiraan terbaru menyebutkan, terdapat lebih daripada 8000 patung askar, 130 kereta perang dan 520 kuda, serta 150 pasukan berkuda yang terdapat di tiga terowong utama makam. Sungguh ia merupakan pemandangan yang menakjubkan ketika mengingati baharu satu peratus daripada keseluruhan bahagian makam yang telah digali dan diselongkar!




Tidak semua harta benda dan perhiasan sang maharaja telah ditemui. Kononnya, masih banyak harta benda berharga milik Maharaja Qin Shi Huang yang disimpan di suatu bahagian makam yang belum lagi ditemui, di mana tempat itu telah dipasangkan pelbagai perangkap yang boleh menembak anak panah secara automatik kepada sesiapa yang berani mengusiknya. Bahkan diyakini para pekerja yang memasang perangkap-perangkap tersebut turut dikuburkan hidup-hidup agar rahsia tempat berkenaan terus terjaga. Terdengar cukup menakutkan, bukan?

Menurut sejarawan Sima Qian (145 90 SM), pembinaan makam agung Maharaja Qin Shi Huang telah bermula sekitar 246SM pada saat usia Maharaja baru menginjak 13 tahun dengan jumlah pekerja dalam lingkungan 700.000 orang.Walaupun ia merupakan satu daripada pencapaian terhebat Maharaja Qin, namun beliau juga terkenal dengan sumbangannya dalam bidang politik dan budaya. Maharaja Qin telah memperkenalkan satu landasan penulisan naskah, menghubungkan jajahannya dengan terowong dan jalan raya, menyatukan wilayah yang berperang, memajukan teknologi kaji logam, menyeragamkan ukuran dan timbangan, membina Tembok Besar versi pertama dan kemudian menghubungkannya dengan bahagian taktikal. Namun persoalan utama yang menjadi perdebatan ialah apakah tujuan  Maharaja Qin Shi Huang membina makam pahlawan terracotta ini ?




terracotta





Faktanya, makam ini didirikan sebagai gambaran pada sebuah istana bawah tanah yang begitu besar dan mewah. Bahkan dikatakan ia adalah sebuah istana bawah tanah dengan struktur yang rumit dan kompleks namun penuh dengan kemegahan dan kemudahan. Sungai tiruan yang diperbuat daripada air raksa dan langit istana yang diperbuat dengan hiasan mutiara turut memperindahkan istana tersebut. Kepercayaan kerajaan menyebutkan bahawa Maharaja Qin Shi Huang akan terus memimpin kerajaannya dikehidupan berikutnya (alam baka / akhirat). Untuk itu ia membuatkan sebuah istana sebagai pusat kerajaan, lengkap dengan para bala tenteranya dan pegawai-pegawai kerajaan.

Benarkah Besi Berasal Dari Langit ?

Assalamualaikum dan salam ukhwahfillah..

Besi adalah salah satu mineral yang terdapat di bumi kita ini. Besi biasanya terdapat dalam bentuk magnetit (Fe3O4), hematit (Fe2O3), goetit (FeO(OH)), limonit (FeO(OH).n(H2O)) atau siderit (FeCO3). Besi adalah mineral yang paling banyak digunakan di dunia ini kerana sifat dan kekuatannya sehinggakan di dalam Al-Quran juga ada disebut:

"…dan Kami turunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia…

( Surah Al-Hadiid ayat 25 )

logam besi


Namun, terdapat satu persoalan yang bermain diminda kita. Dari manakah besi ini berasal??? Mengikut kajian geologi, besi terjadi akibat magma yang berada di lapisan mantel bumi menerobos kerak bumi lalu menyejuk dan menjadi batuan besi. Tapi bila kita baca kembali Surah Al-Hadiid ayat 23 tersebut, ada ulama yang berpendapat bahawa besi sebenarnya berasal dari angkasa lepas dan "DITURUNKAN" ke dunia ini sesuai dengan surah tersebut. Mana satu yang betul?? Bagi kita sebagai umat Islam, semestinya kita lebih mempercayai Al-Quran kerana kalam yang berada di dalam Al-Quran itu adalah firman-firman dari Pencipta kita akan tetapi, perlu diingatkan juga bahawa didalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang menegaskan kepentingan berfikir dan menggunakan akal yang Allah kurniakan pada kita.


asal-usul besi


Baiklah, untuk menyelesaikan misteri ini, saya akan menggunakan pendekatan ilmu geologi dan ilmu Al-Quran. Mari kita mulakan dari seawal penciptaan alam semesta ini. Mengikut kajian, alam semesta kita bermula dari satu letupan besar yang dinamakan "BIG BANG". Letupan yang maha hebat itu mengakibatkan alam semesta mula berkembang dan teori ini selari dengan apa yang Al-Quran beritahu pada kita iaitu:

Dan apaka orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah "SUATU YANG PADU", kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?
Surah Al-Anbiya ayat 30

Kemudian, setelah beberapa jangka masa yang berlalu, maka bintang, planet, bulan, matahari dan segala sesuatu yang berada di alam semesta mulai tercipta. Kita juga tahu bahawa bintang-bintang dilahirkan di satu kawasan di cakerawala yang dipanggil "NEBULA". Nebula adalah kumpulan debu dan gas di angkasa dan penemuan nebula ini juga selari dengan firman Allah dalam Al-Quran:

"Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu "MASIH MERUPAKAN ASAP"
Surah Al-Fushshiilat ayat 11

Di sini kita dapat membuat kesimpulan awal bahawa bahan asas pembuatan planet-planet dan bintang-bintang adalah berasal dari alam semesta. Mari kita lihat apa yang terjadi pada bumi pada ketika ini. Ketika alam cakerawala masih berkembang, di satu sudut alam semesta ini telah lahir sebuah planet yang dinamakan bumi. Proses kejadian bumi adalah sama seperti proses kejadian planet-planet lain di sistem suria kita ini. Bumi, dengan menggunakan tarikan graviti menarik jasad-jasad lain yang berdekatan dengannya, berkumpul membentuk sfera yang besar sambil berputar di atas paksinya sendiri dan pada masa ini juga bumi kita masih panas lagi untuk didiami. Berjuta tahun selepas itu, bumi mulai menyejuk dan permukaan bumi mulai mengeras dan membentuk apa yang kita kenali pada hari ini sebagai kerak bumi.



Seperti yang kita sudah sedia maklum, bumi kita ini dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu kerak bumi, mantel dan teras. Teras pula terbahagi kepada 2 iaitu:

Teras Luar:
* kedalaman 2900 - 5100 km
* Teras luar merupakan cecair
* Komposisi cecair besi (Fe) dan Nikel (Ni)
* suhu 4000 - 5000 darjah celcius
* ketumpatan antara 10g/cm padu dan 12.3g/cm padu

Teras Dalam:
* bersifat pepejal kerana tekanan yang amat tinggi
* kedalaman 5100 - 6738 km
* komposisi besi padat (Fe) dan Nikel (Ni) dan sedikit silika (Si)
* suhu 5000 - 6000 darjah celcius
* purata ketumpatan 15g/cm padu

Disebabkan putaran bumi, teras luar berputar disekeliling teras dalam dan mewujudkan medan magnet bumi.

Disini timbul satu persoalan, jika besi itu benar-benar diturunkan dari angkasa ke bumi maka bagaimana pula kita ingin menjelaskan kewujudan besi didalam perut bumi????? Jawapannya mungkin anda telah ketahui jika anda fahami asal mula penciptaan alam semesta ini.

Kesimpulannya adalah, apa yang dikatakan oleh Al-Quran adalah benar namun kita sebagai manusia tidak pernah lari dari kesilapan dalam penafsiran sesuatu hal. Besi sememangnya ada di alam semesta kita ini.Diturunkan ke dunia semasa penciptaan bumi untuk menjadi keperluan manusia bersama dengan mineral-mineral lain. Besi-besi ini ditarik dari angkasa lepas ke bumi menggunakan daya graviti bumi dan menghentam permukaan bumi yang masih panas. Akibat suhu bumi yang masih panas maka besi-besi tersebut mencair semula. Setelah bumi menyejuk dan kerak bumi terbentuk, sebahagian besi tersebut yang terdapat di kawasan kerak bumi mengeras dan membentuk ketulan-ketulan serta bijih-bijih besi yang kita kenali pada hari ini. ~wallahualam~


Sumber:

Al-Quran
Encyclopaedia Britannica - Universe
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bijih_besi
Nota Asas Geologi Dan Perlombongan

Misteri Tinggalan Keris Di Dasar Laut Jepun





Jika dilihat kepada kukuh dan utuhnya besi keris purba yang dijumpai setelah terendam ratusan atau mungkin ribuan tahun di dasar lautan itu seperti dalam gambar di atas,dapatlah kita simpulkan bahawa keris itu bukanlah sembarangan keris. Kalau tidak masakan ia masih dalam keadaan baik,tidak berkarat atau sudah hancur lebur dalam air laut masin itu!

Teliti baik-baik keris di atas, ia ber-luk sembilan, sudah tentu ia adalah sebilah keris kebesaran! Kalau keris untuk bertikam sudah tentu keris itu ber-luk tujuh. Biasanya orang besar dulu-dulu seperti sultan atau pembesar negeri selalu membawa dua bilah keris- satu untuk bertikam atau melindungi diri dan satu lagi untuk menunjukkan pangkat kebesaran mereka.Keris ber-luk tujuh diselit di pinggang, manakala yang ber-luk sembilan dibawa di tangan atau diusung dengan penuh kehormatan mengiringi perjalanan mereka!lihat majlis pertabalan raja-raja di Negara kita!

Saya tidak pasti keris Taming Sari itu ber-luk tujuh atau ber-luk sembilan.Mungkin para pembaca semua boleh menolong saya dengan memberi komen disini.

Manusia dan besi tidak boleh dipisahkan.Allah telah menurunkan satu surah di dalam Al-Qur an khas berkaitan dengan besi iaitu Surah al- Hadid (besi).Besi adalah kurniaan Allah yang merupakan pokok kekuatan untuk membela agama Allah dan memenuhi keperluan hidup manusia.


“..Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia,(supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong(agama)Nya dan rasul-rasulNya padahal Allah tidak dilihatnya.Sesungguhnya Allah maha kuat lagi maha Perkasa”
Surah Al-hadid, ayat 25.

Sejarah meriwayatkan Nabi Daud a.s telah diberi mukjizat oleh Allah swt berupa kemahiran pertukangan besi ,membuat baju besi dan senjata .Besi juga boleh menjadi cair di tangan baginda!Mungkin baginda juga mahir dalam teknik yang dikenali dewasa ini sebagai teknik Orichalcum iaitu mencampurkan alloy kedalam campuran besi untuk membentuk besi teguh .
'Orichalcum' merupakan istilah latin untuk peleburan logam(pencampuran pelbagai logam untuk menghasilkan logam yg sgt keras & utuh (contohnya alloy,krom dan sebagainya).Mengikut teknik terkini, campuran logam tersebut harus dibuat oleh ahli yang pakar dalam bidang kimia di mana juzuk-juzuk atau jenis-juzuk besi yang hendak dicampur mestilah sesuai. Jika tidak, besi yang dicampur itu akan rapuh , hancur dan tidak tahan lama.

Contoh besi yang terhasil dari teknik ini ialah keris picit atau lebih dikenali dengan “Jawa Picit” menghasilkan besi campuran alloy keris yang biasanya berwarna hitam, keras dan mampu bertahan hingga ribuan tahun.Jika di teliti betul-betul jawa picit yang asli,kita boleh melihat bekas-bekas urat jari tangan si empu keris melekat di keris yang ditempa oleh mereka.Ada juga pendapat yang mengatakan jawa picit dihasilkan ketika seseorang melakukan upacara bertapa .

Gambar dibawah ini ialah sebilah “Jawa Picit” milik peribadi saya(sebagai contoh sahaja) yang saya warisi dari keturunan sebelah ibu saya.Saya tidak pasti adakah ia “Jawa Picit” tulen berumur ratusan tahun atau sebaliknya.Mungkin saudara pembaca semua yang mahir dalam bab besi boleh membantu saya dengan memberi komen di sini.

[Mengenai keris ini, banyak yang menyangsikan apakah sejak awalnya memang telah diletakkan di tengah lubang stupa induk Candi Borobudur. Barnet Kempres sendiri menduga keris itu diletakkan oleh seseorang pada masa-masa kemudian, jauh hari setelah Candi Borobudur selesai dibangun. Jadi bukan pada waktu pembangunannya.

Ada pula yang menduga, budaya keris sudah berkembang sejak menjelang tahun 1.000 Masehi. Pendapat ini didasarkan atas laporan seeorang musafir Cina pada tahun 922 Masehi. Jadi laporan itu dibuat kira-kira zaman Kahuripan berkembang di tepian Kali Brantas, Jawa Timur. Menurut laporan itu, ada seseorang Maharaja Jawa menghadiahkan kepada Kaisar Tiongkok "a short swords with hilts of rhinoceros horn or gold (pedang pendek dengan hulu terbuat dari dari cula badak atau emas). Bisa jadi pedang pendek yang dimaksuddalam laporan itu adalah protoptipe keris seperti yang tergambar pada relief Candi Borobudur dan Prambanan.

Sebilah keris yang ditandai dengan angka tahun pada bilahnya, dimiliki oleh seorang Belanda bernama Knaud di Batavia (pada zaman Belanda dulu). Pada bilah keris itu selain terdapat gamabar timbul wayang, juga berangka tahun Saka 1264, atau 1324 Masehi. Jadi kira-kira sezaman dengan saat pembangunan Candi Penataran di dekat kota Blitar, Jawa Timur. Pada candi ini memang terdapat patung raksasa Kala yang menyandang keris pendek lurus.

Gambar yang jelas mengenai keris dijumpai pada sebuah patung siwa yang berasal dari zaman Kerajaan Singasari, pada abad ke-14. Digambarkan dengan Dewa Siwa sedang memegang keris panjang di tangan kanannya. Jelas ini bukan tiruan patung Dewa Siwa dari India, karena di India tak pernah ditemui adanya patung Siwa memegang keris. Patung itu kini tersimpan di Museum Leiden, Belanda.

Pada zaman-zaman berikutnya, makin banyak candi yang dibangun di Jawa Timur, yang memiliki gambaran keris pada dinding reliefnya. Misalnya pada Candi Jago atau Candi Jajagu, yang dibangun tahun 1268 Masehi. Di candi itu terdapat relief yang menggambarkan Pandawa (tokoh wayang) sedang bermain dadu. Punakawan yang terlukis di belakangnya digambarkan sedang membawa keris.
Begitu pula pada candi yang terdapat di Tegalwangi, Pare, dekat Kediri, dan Candi Panataran. Pada kedua candi itu tergambar relief tokoh-tokoh yang memegang keris. Cerita mengenai keris yang lebih jelas dapat dibaca dari laporan seorang musafir Cina bernama Ma Huan. Dalam laporannya Yingyai Sheng-lan di tahun 1416 Masehi ia menuliskan pengalamannya sewaktu mengunjungi Kerajaan Majapahit. Ketika itu ia datang bersama rombongan Laksamana Cheng-ho atas perintah Kaisar Yen Tsung dari dinasti Ming.

Di Majapahit, Ma Huan menyaksikan bahwa hampir semua lelaki di negeri itu memakai pulak, sejak masih kanak-kanak, bahkan sejak berumur tiga tahun. Yang disebut pulak oleh Ma Huan adalah semacam belati lurus atau berkelok-kelok. Jelas ayang dimaksud adalah keris.
Kata Ma Huan dalam laoparan itu: These daggers have very thin stripes and within flowers and made of very best steel; the handle is of gold, rhinoceros, or ivory, cut into the shapeof human or devil faces and finished carefully.

Laporan ini membuktikan bahwa pada zaman itu telah dikenal teknik pembuatan senjata tikam dengan hiasan pamor dengan gambaran garis-garis amat tipis serta bunga-bunga keputihan. Senjata ini dibuat dengan baja berkualitas prima. Pegangannya, atau hulunya, terbuat dari emas, cula badak, atau gading.
Tak pelak lagi, tentunya yang dimaksudkan Ma Huan dalam laporannya adalah keris yang kita kenal sekarang ini. Gambar timbul mengenai cara pembuatan keris, dapat disaksikan di Candi Sukuh, di lereng Gunung Lawu, di perbatasan Jawa Tengah dan Jawa Timur. Pada candra sengkala memet di candi itu, terbaca angka tahun 1316 Saka atau 1439 Masehi.

Kewujudan Nabi Adam a.s

.

Nabi Adam AS hidup selama 930 tahun selepas penciptaan Baginda (sekitar 3760-2830 SM), sedangkan Hawa lahir ketika Adam berusia 130 tahun. Al-Quran menceritakan kisah Adam dalam beberapa surah di antaranya surah ke2, (Al-Baqarah ayat 30 sehingga ayat 38) dan surah ke7, (Al-A’raaf ayat 11 sehingga 25).


.


Menurut hadis Muhammad yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, “Nabi Adam AS memiliki struktur badan dengan ketinggian 60 hasta (lebih kurang 27,432 meter).” Hadis mengenai ini pula ditemui dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad, namun dalam sanad yang berbeza.

.

 Abu Hurairah r.a berkata:

“Rasulullah SAW pernah bersabda, Allah SWT telah menjadikan Nabi Adam setinggi enam puluh hasta. Setelah menciptakannya Allah berfirman: Pergi dan berikan salam kepada kumpulan itu. Mereka adalah sekumpulan Malaikat yang sedang duduk, maka dengarlah jawapan mereka kepadamu kerana salam itu adalah salam penghormatan untukmu dan keturunanmu. Maka Nabi Adam pergi dan mengucapkan: السلام عليكم Mereka menjawab: السلام عليك ورحمة الله Mereka menambahkan ورحمة الله Maka rupa bentuk setiap manusia yang akan memasuki Syurga adalah seperti Nabi Adam AS. Ketinggiannya enam puluh hasta. Setelah Nabi Adam, rupa bentuk (ketinggian) manusia terus berkurang hingga sekarang.”  (Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 5075 )

Nabi Adam AS adalah manusia sempurna, berjalan tegak dengan kedua-dua kakinya, berpakaian menutup aurat, dan fasih berbahasa dengan berjuta-juta perbendaharaan kata. Baginda adalah seorang nabi dan rasul yang menerima wahyu dari Allah SWT dan undang-undang syariat untuk manusia ketika itu.

Susuk Nabi Adam AS digambarkan sangat beradab sekali, mempunyai ilmu yang tinggi dan ia bukan makhluk purba. Ia berasal dari syurga yang maju peradabannya. Turun ke muka bumi menjadi sebagai manusia dari sebuah peradaban yang jauh lebih maju dan jauh lebih bijak dari peradaban manusia sampai bila pun, oleh kerana itulah Allah SWT menunjuknya sebagai `khalifah` (pemimpin) di muka bumi.

Dalam gambarannya ia adalah makhluk yang teramat bijak, sangat dimuliakan oleh Allah SWT, mempunyai kelebihan yang sempurna berbanding makhluk yang lain sebelumnya dan diciptakan dalam bentuk yang terbaik. Sesuai dengan Surah Al-Israa’, ayat 70:

17:70

“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkat mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” (Al-Israa ’17: 70)

Dalam surah At-Tin ayat 4 yang berbunyi:

95:4

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” (At-Tin 95:4)

Menurut riwayat di dalam Al-Qur’an, ketika Nabi Adam AS baru selesai diciptakan oleh Allah SWT, seluruh malaikat bersujud kepadanya atas perintah Allah, lantaran kemuliaan dan kecerdasannya itu, menjadikannya makhluk yang punya darjat amat tinggi di tengah-tengah makhluk yang pernah ada. Sama sekali berbeza jauh dari gambaran manusia purba menurut Charles Darwin, yang digambarkan berjalan dengan empat kaki dan menjadi makhluk purba berpakaian seadanya.

.
.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Misteri Batu Bersurat Ebla



BERASAL dari masa sekitar 2500 SM, batu bersurat Ebla memberikan keterangan teramat penting mengenai sejarah agama-agama. Aspek terpenting mengenai batu bersurat Ebla, yang ditemui para ahli arkeologi pada tahun 1975 dan sejak itu telah menjadi asas perbahasan dari banyak kajian dan perdebatan, adalah terdapatnya nama tiga orang nabi yang disebutkan dalam kitab-kitab suci. Penemuan batu bersurat Ebla setelah ribuan tahun dan maklumat yang dikandungnya sungguh penting dari sudut pandang peranannya dalam memperjelaskan kedudukan geografi kaum-kaum yang disebutkan dalam Al-Quran.

Sekitar 2500 SM, Ebla adalah sebuah kerajaan yang meliputi suatu wilayah yang di dalamnya termasuk ibu kota Syria, Damaskus, dan Turki bahagian tenggara. Kerajaan ini mencapai puncak kejayaan di bidang kebudayaan dan ekonomi, namun selepas itu, sebagaimana yang menimpa banyak peradaban besar, menghilang dari pentas sejarah. Jelas dari catatan yang ada bahawa Kerajaan Ebla merupakan pusat utama kebudayaan dan perdagangan pada masanya. (Ebla, Funk & Wagnalls New Encyclopaedia, © 1995 Funk & Wagnalls Corporation, Infopedia 2. 0, SoftKey Multimedia Inc.)

Penduduk Ebla memiliki sebuah peradaban yang membina lembaga-lembaga arkib negara, mendirikan perpustakaan-perpustakaan dan mencatat aneka perjanjian perdagangan secara tertulis. Mereka bahkan memiliki bahasa mereka sendiri, yang disebut sebagai Eblaite.

Sejarah Agama-Agama Zaman Dahulu


Peranan penting Kerajaan Ebla, yang dianggap sebagai sebuah kejayaan besar bagi arkeologi klasik ketika pertama kali ditemui tahun 1975, mengemuka dengan ditemui sekitar 20,000 batu bersurat dan penggalan tulisan paku. Naskhah ini empat kali lebih banyak daripada seluruh naskhah bertulisan paku yang diketahui para pakar arkeologi selama 3,000 tahun terakhir.

Ketika bahasa yang digunakan dalam batu-batu bersurat tersebut diterjemahkan oleh seorang berkebangsaan Itali Giovanni Pettinato, penterjemah naskhah-naskhah kuno dari Universiti Roma, nilai penting batu bersurat tersebut semakin difahami. Penemuan Kerajaan Ebla dan kumpulan naskhah negara yang luar biasa tersebut tidak hanya menarik perhatian di bidang arkeologi, tetapi juga bagi kalangan agamawan. Hal ini disebabkan selain nama-nama seperti Mikail (Mi-ka-il) dan Thalut (Sa-u-lum), yang berperang bersama Nabi Dawud, batu-batu bersurat ini juga menuliskan nama-nama nabi yang disebutkan di dalam tiga kitab suci iaitu Nabi Ibrahim (Ab-ra-mu), Nabi Dawud (Da-u-dum) dan Nabi Ismail (Ish-ma-il). - (Howard La Fay, ‘Ebla: Splendour of an Unknown Empire,’ National-Geographic Magazine, December 1978, h. 736; C. Bermant and M. Weitzman, Ebla: A Revelation in Archaeology, Times Books, 1979, Wiedenfeld and Nicolson, Great Britain, h. 184.)

Pentingnya Nama-Nama Yang Disebut Dalam Batu Bersurat Ebla


Nama para nabi yang ditemui dalam batu bersurat Ebla memiliki nilai terpenting kerana ini adalah kali pertama nama-nama tersebut dijumpai dalam naskhah bersejarah setua itu. Maklumat ini, yang berasal dari zaman 1500 tahun sebelum Taurat, sangatlah mengejutkan. Kemunculan nama Nabi Ibrahim di dalam batu bersurat tersebut menyatakan secara tertulis bahawa Nabi Ibrahim dan agama yang dibawanya telah ada sebelum Taurat.

Para sejarawan mengkaji batu bersurat Ebla dari sudut pandang ini, dan penemuan besar tentang Nabi Ibrahim dan misi yang diembannya menjadi bahan kajian dalam kaitannya dengan sejarah agama-agama. David Noel Freedman, pakar arkeologi dan pengkaji Amerika mengenai sejarah agama-agama, melaporkan berdasarkan kajiannya nama-nama nabi seperti Ibrahim dan Ismail di dalam batu bersurat tersebut. (Bilim ve Teknik magazine (Science and Technology), No. 118, September 1977 and No. 131 October 1978)




Nama-Nama Lain Dalam Batu Bersurat


Sebagaimana disebutkan di atas, nama-nama yang ada di dalam batu bersurat adalah nabi-nabi yang disebutkan di dalam tiga kitab suci, dan batu bersurat tersebut jauh lebih tua daripada Taurat. Selain nama-nama ini terdapat juga perkara-perkara lain dan nama-nama tempat di dalam batu bersurat tersebut, yang dengannya dapat diketahui bahawa penduduk Ebla adalah para pedagang yang sangat berjaya.

Nama Sinai, Gaza dan Jerusalem, yang tidak terlalu jauh letaknya dari Ebla, juga terdapat di dalam tulisan tersebut, yang menunjukkan bahawa penduduk Ebla memiliki hubungan yang sangat baik dengan tempat-tempat tersebut di bidang perdagangan dan kebudayaan.

Satu perincian penting yang diketahui dari batu bersurat tersebut adalah nama-nama wilayah seperti Sodom dan Gomorrah, tempat tinggal kaum Luth. Diketahui bahawa Sodom dan Gomorrah adalah sebuah wilayah di pesisir Laut Mati tempat bermukimnya kaum Luth dan tempat di mana Nabi Luth mendakwah risalahnya dan menyeru masyarakat untuk hidup mengikuti nilai-nilai ajaran agama.

Selain dua nama ini, kota Iram, yang tercantum di dalam ayat-ayat Al-Quran, juga di antara yang tersebut di dalam batu bersurat Ebla. Aspek paling penting untuk dicermati dari nama-nama ini adalah bahawa selain dari naskhah-naskhah yang disampaikan oleh para nabi, nama-nama tersebut belum pernah muncul di dalam mana-mana naskhah pun sebelumnya.

Ini adalah bukti tertulis penting yang menunjukkan bahawa para nabi yang mendakwahkan risalah satu agama yang benar pada masa itu telah mencapai wilayah-wilayah tersebut. Dalam sebuah tulisan di majalah Reader’s Digest, tercatat pada masa itu bahawa terdapat pergantian agama dari penduduk Ebla selama masa pemerintahan Raja Ebrum dan bahawa masyarakat mulai menambah imbuhan di hadapan nama-nama mereka dalam rangka meninggikan nama Tuhan Yang Maha Kuasa.

Janji Allah Adalah Benar


Sejarah Ebla dan batu bersurat Ebla yang ditemui selepas 4,500 tahun sesungguhnya mengarahkan kepada satu kebenaran yang amat penting: ‘Allah s.w.t telah mengirim utusan-utusan kepada penduduk Ebla, sebagaimana yang Dia lakukan kepada setiap kaum, dan para utusan ini menyeru kaum mereka kepada agama yang benar. Sebahagian orang memeluk agama yang sampai kepada mereka sehingga mereka berada di jalan yang benar, sedangkan yang lain menentang risalah para nabi dan lebih memilih kehidupan yang nista.’

Tuhan, Penguasa langit dan bumi, dan segala sesuatu di antara keduanya, mewahyukan kenyataan ini dalam Al-Quran: ‘Dan sungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): ‘Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu’, maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).’ (surah An Nahl, 16: 36)

Petua Putihkan Gigi | 9 Teknik Putihkan Gigi

 Petua Putihkan Gigi dan Buang Karang Gigi

Gigi Yang Putih dan Cantik pasti akan memberikan senyuman yang manis . Disi saya ingin kongsikan buat pembaca setia blog redzuan-ridz petua dan teknik memutihkan gigi mudah dan berkesan

Berikut adalah koleksi koleksi teknik putihkan gigi.

1-Untuk putihkan gigi anda, anda boleh amalkan minum air kosong selepas makan, ketika baru
bangun tidur dan sebelum tidur. Air kosong boleh membersihkan kotoran–kotoran yang melekat
pada gigi anda dan seterusnya membantu gigi anda untuk kekal putih.

2-Anda boleh makan buah–buahan dan sayur–sayuran untuk putihkan gigi. Buah seperti epal akan
membebaskan jus apabila digigit yang akan memberi rawatan kepada gigi anda. Untuk jangka masa
panjang, gigi anda sentiasa akan sihat dan putih.

3-Bagi gigi kuning dan anda ingin putihkan gigi anda, anda boleh campurkan air perahan limau dan
garam. Campuran kedua–dua bahan itu anda sapu kepada berus gigi dan gosok gigi anda. Selepas
itu, anda bilas gigi anda dengan berkumur. Akhir sekali, anda gosok gigi anda dengan ubat gigi
yang ada unsur boleh memutihkan gigi anda. Lakukan amalan ini dua kali seminggu.

4-Gunakan gel pemutih gigi untuk putihkan gigi anda.

5-Tip putihkan gigi yang seterusnya adalah anda elakkan memakan buah yang berwarna gelap
seperti 'blueberry' dan 'blackberry'. Jika anda makan buah yang berwarna gelap, anda perlu gosok
gigi selepasnya.

6-Elakkan makan makanan yang manis seperti aiskrim dan kek terlalu berlebihan. Jika anda makan,
anda bersihkan gigi anda selepas itu.

7-Sentiasa gosok gigi anda sebanyak dua kali sehari. Jangan lupa untuk pilih berus gigi yang
terbaik.

8-Gunakan flos untuk bersihkan gigi anda daripada kotoran–kotoran makanan setiap kali selepas
anda makan.

9-Jangan gunakan pembasuh mulut terlalu kerap kerana ia boleh melemahkan gigi anda.
Untuk anda yang tidak boleh ikut teknik putihkan gigi di atas, ada satu cara lagi yang sangat mudah.


Ketahui rahsia tersebut dengan download Ebook Teknik MUDAH Putihkan GiGi Dalam 20 Hari!
Secara PERCUMA dengan hanya klik gambar dibawah ==>
putihkan gigi, gigi putih & gigi kuning

Latar Belakang Nik Aziz Nik Mat




Jika belum mengenali siapa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sebenarnya, bolehlah ambil masa untuk membaca kisah dan biodata beliau yang agak menarik ini. Semoga menjadi manfaat buat kita semua.


Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :

1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.


Perkhidmatan :

Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Karier Politik :

Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.


Pendakwah :

Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.


Seorang Petah Bercakap

Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.


Keistemewaan :

Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.


Penghargaan :

Beliau mendapat penghargaan:

1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.


Perkahwinan :

Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :

Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh :

Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.


 Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu



Nik Aziz Meninggal Dunia





Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia malam ini.

Anaknya, Nik Abduh mengesahkan perkara itu di Facebook.

"Dengan izin tuhannya, para malaikat datang menyempurnakan tugas mengiringi roh ayahanda menuju penciptanya tepat jam 9.40 pada malam Jumaat yang agung.

"Semoga ayahanda berbahagia di sisi Allah," katanya dalam rakaman di laman itu.

Katanya lagi, jenazah bapanya itu akan disembahyangkan pada jam 10 pagi esok di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka.

Gambar yang dirakam pada malam ini menujukkan ramai penyokong berhimpun di perkarangan rumah bapanya itu di Pulau Melaka.

Terdahulu, Nik Aziz dibawa pulang ke kediamannya dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian jam 8.40 malam ini.

Nik Abduh dalam tulisan terdahulu di Facebook petang ini berkata, tahap kesihatan bapanya itu merosot selepas rawatan ulser semalam.

Bekas menteri besar itu, yang turut mengidap kanser prostat dimasukkan ke HUSM pada 19 Januari lalu.

Tahap kesihatannya merosot ketika bah besar melanda negeri itu.

Allahyarham, 84, meninggalkan seorang isteri, Tuan Sabariah Tuan Ishak dan sepuluh orang anak.

Seorang daripadanya, Nik Abduh menjadi ahli politik PAS dan kini menjadi MP Pasir Mas.

Allahyarham mendapat pendidikan dalam bahasa Arab dan perundangan di Universiti Al-Azhar di Mesir dan merupakan seorang ulama yang disegani di kalangan masyarakat Islam.

Nik Abdul Aziz memenangi kerusi parlimen Kelantan Hilir (kini Pengkalan Chepa) dalam pilihan raya kecil 1967, selepas menyertai PAS pada tahun itu.

Beliau juga memainkan peranan utama dalam mengukuhkan semula PAS dan membolehkan parti itu menawan semula Kelantan pada 1990 dan menamatkan pentadbiran BN selama 12 tahun.

Beliau seterusnya dilantik menjadi menteri besar dan kekal di jawatan tersebut sebelum bersara pada 2013.



10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin





Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…


1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.

Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).

Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).

Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?

Kisah Abu Dzar Al Ghifari dan Pembunuh Yang Amanah




Seorang pemuda sedang dalam satu perjalanan yang jauh, berasa amat letih. Dia pun berhenti berehat di satu kawasan perkampungan dan melepaskan kudanya mencari makan di situ. Oleh kerana keletihan, pemuda itu tertidur di bawah pokok. Kudanya yang kelaparan merayau di satu kawasan ladang dan meragut tanaman di situ. Tidak berapa lama kemudian, sang petani yang memiliki ladang itu pun balik. Melihatkan habis tanamannya musnah, petani itu hilang kesabaran lalu membunuh kuda yang memakan tamannya.

Apabila terjaga dari tidur, pemuda itu mencari kudanya. Puas dia mencari tidak juga berjumpa. Akhirnya dia ternampak bangkai kudanya di sebuah ladang. Melihat keadaan itu, dia menjadi marah dan mencari pembunuh kudanya. Dia terus meluru ke sebuah rumah berhampiran.

Sebaik saja menjumpai tuan rumah, dia terus menghamun dan berlakulah pergaduhan dan akhirnya petani itu terbunuh. Peristiwa itu diketahui orang ramai. Pemuda itu dibawa berjumpa khalifah untuk diadilkan. Mengikut hukum qisas, bunuh dibalas dengan bunuh. Khalifah memerintahkan supaya dia dipenjarakan sehari semalam sebelum dia dipancung pada jam 5.00 keesokan petangnya. Pemuda itu merayu supaya dia dibenarkan balik dahulu berjumpa ibunya untuk menyelesaikan satu perkara yang amat mustahak.

Khalifah tidak meluluskan rayuan pemuda itu. Namun pemuda itu tidak berputus asa dan terus merayu sambil menyatakan dia mempunyai tanggungjawab yang mesti diselesaikan sebelum dia dihukum bunuh. Dia berjanji akan balik segera sebaik saja urusannya selesai. Khalifah meminta pandangan waris si mati. Anak petani itu tidak mengizinkan pemuda itu pergi kerana bimbang dia tidak akan datang lagi untuk menerima hukuman mati.

Berkali-kali pemuda itu merayu dan bersumpah akan datang semula, namun tiada seorangpun menunjukkan tanda simpati. Akhirnya tampil seorang tua menuju mengadap khalifah menyatakan kesanggupan untuk menjadi tebusan bagi membolehkan pemuda itu balik ke rumah. Orang tua itu tidak lain tidak bukan ialah Abu Zar, seorang sahabat Nabi yang banyak merawikan Hadith. Melihat apa yang berlaku, semua hadirin tercengang dan sebahagian besar memarahi Abu Zar kerana tindakannya yang membahayakan diri sendiri. Abu Zar berjanji untuk menjadi tebusan dan membenarkan pemuda itu pulang menyelesaikan masalahnya. Melihat kejadian ini, pemuda itu menjadi tenang dan mengikat janji bahawa dia akan pulang semula untuk pancung sebaik sahaja urusannya selesai. Abu Zar faham kegagalan pemuda itu menunaikan janji akan mengakibatkan nyawanya tergadai.

Ketika ditanya Khalifah bagaimana dia sanggup meletakkan dirinya dalam keadaan membahayakan, Abu Zar menerangkan demi keluhuran Islam, dia sangat malu melihat tiada siapapun sanggup menghulurkan bantuan ketika pemuda asing itu dalam kesusahan yang amat sangat. Pemuda itu dibenarkan pulang ke rumah sementara Abu Zar pula dikurung di penjara.

 Pada keesokan petangnya, penuh sesak manusia menuju ke istana khalifah untuk menyaksikan episod yang mencemaskan. Ramai menganggap Abu Zar akan dibunuh kerana kemungkinan besar pemuda itu tidak akan datang menyerahkan lehernya untuk dipancung. Saat yang mendebarkan berlaku apabila beberapa minit lagi jam lima petang, pemuda itu masih belum tiba. Abu Zar dikeluarkan dari kurungan. Kegagalan pemuda itu menghadirkan diri akan menyebabkan Abu Zar menjadi mangsa.

Di saat terakhir, orang ramai melihat kelibat seorang lelaki menunggang seekor kuda dengan amat kencang sekali. Ketika itu riak cemas orang ramai bertukar menjadi reda. Tepat sekali bagaimana dijanjikan pemuda itu sampai genap jam lima petang. Pemuda itu lantas turun di hadapan Khalifah seraya meminta maaf kerana 'terlambat' menyebabkan suasana tegang dan cemas. Pemuda itu menerangkan sepatutnya dia sampai lebih awal, tetapi terlewat disebabkan tali kudanya putus di tengah perjalanan.

Dia menerangkan urusan yang dikatakannya amat penting dulu ialah kerana terpaksa menyelesaikan tanggungjawabnya sebagai penjaga harta anak-anak yatim dan menyerahkan tugas itu kepada ibunya. Pemuda itu berjumpa Abu Zar untuk mengucapkan terima kasih di atas kesanggupannya menjadikan dirinya sebagai tebusan.

Selepas itu dia segera ke tempat dilakukan hukuman pancung. Ketika pengawal hendak menghayun pedangnya, tiba-tiba anak petani dengan suara yang kuat meminta hukuman dibatalkan. Dengan rela hati dia memaafkan kesalahan pemuda itu. Mendengar kata-kata anak petani itu, pemuda itu amat lega dan terus sujud tanda syukur kepada Allah.

Rahsia Masjid Nabawi Yang Di Sembunyikan



Amat malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun masjid yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu Masjid an-Nabawi. Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di masjid nabi itu sendiri. Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu?




Tanda-tanda rahsia yang disembunyikan

Umat Islam kini lebih mengambil tahu apakah Rahsia Da Vinci Code daripada mengambil pengajaran yang telah terpahat di tempat-temapt suci Islam terutama di Mekah dan Madinah. Da Vinci Code adalah cerita dongeng kisah Nabi Isa a.s yang direka oleh yahudi bagi memesongkan manusia tetapi segala tulisan yang terdapat disekeliling masjid an-Nabawi dan juga Masjidil Haram adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat Islam.

Tetapi kenapakah tiada usaha untuk memeliharanya, seperti di Masjid an-Nabawi sendiri banyak tulisan-tulisan itu sengaja di cat supaya tidak kelihatan dan banyak pula telah ditutup samasekali supaya tidak kelihatan, apakah rahsianya?

Janganlah ditanya tentang ayat-ayat yang terdapat di Masjidil Haram Mekah, semuanya telah hancur menjadi debu. Mereka menganggap pembangunan yang tersergam indahlah yang menawan berbanding ayat-ayat peringatan dan puisi-puisi yang memuji dan mengagungkan Allah yang dilahirkan dengan penuh tawadhuk oleh alim ulamak terdahulu dan diabadikan bagi penghayatan umat Islam yang kemudian. Itulah harapan oleh ulamak yang mulia yang hampir dengan zaman nabi terhadap umat Islam akhir zaman, tetapi sayangnya semua itu tidak dihargai oleh kita umat Islam.



Tidak seperti peninggalan Nabi s.a.w di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, peninggalan kaum Thamud di Madain Saleh mendapat penjagaan rapi oleh pihak berkuasa Saudi (http://saudi-archaeology.com)



Tulisan piramid dipelihara dengan rapi tapi peninggalan Nabi s.a.w diabaikan


Umat Islam lebih mengkagumi Piramid dan berusaha memelihara sebaik mungkin tulisan-tulisan yang dibuat oleh Firaun kerana kononnya untuk mencari rahsia Piramid, padahal tulisan-tulisan tersebut hanyalah memuja Firaun yang di anggap tuhan oleh mereka seperti telah di terangkan dalam banyak ayat quran. Amat hairan kenapa langkah yang sedemikian tidak diambil terhadap segala peninggalan Rasulullah bukan setakat tempat tinggal Rasulullah tetapi tempat baginda bertahajjud dalam masjid nabi pun disembunyikan.


Tulisan didinding timur makam dihapuskan – dalam petak merah



Tulisan didinding sebelah dinding barat juga dihapuskan




Tulisan khat asal telah ditutup dengan bingkai besi



Tulisan asal sebelum diletakkan bingkai berada dibelakang tirai



Kotak bertanda hijau dalam gambar diatas merupakan tempat yang paling disukai oleh baginda Nabi s.a.w mengerjakan solat tahajjud. Tetapi pihak berkuasa Saudi telah menutupnya Mehrab Tahajjud ini dengan rak-rak buku. Timbul persoalan apakah tujuan menyembunyikan tempat yang mempunyai nilai yang tinggi untuk umat Islam dalam menghayati perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.


Mehrab Tahajjud ditutupi dengan rak buku



Inilah Mehrab Tahajjud yang asal sebelum ditutup oleh pihak berkuasa Saudi


sumber: islamiclandmarks.com, silverheritage , dan pelbagai sumber lain

Masjid Atas Gunung Di Iran Yang Menakjubkan





Masjid yang di atas gunung ini adalah Masjid Al Khidhr (as).



Ianya terletak di atas gunung Nabi Khidhr di Qum-Iran. Walaupun berada di atas gunung, masjid ini tidak asing bagi jemaah-jemaah islam yang sentiasa berkunjung dan menggunakan masjid ini seperti masjid-masjid yg lain.


















Hukum Orang Yang Tidak Mahu Membayar Hutang

Hukum tidak Membayar Hutang





Kita tidak terlepas dari membuat sebarang pinjaman terhadap badan-badan tertentu untuk tujuan seperti membayar kereta, rumah dan sebagainya. Namun jika kita berhutang dengan manusia, sudah semestinya ia menimbulkan sedikit masalah apabila peminjam adakalanya liat untuk membayarnya. Apatah lagi ia terus menghilangkan diri tanpa meninggalkan sebarang mesej. Ketahuilah bahawa hutang itu wajib di bayar hatta kepada manusia sekalipun. Jom baca soal jawab mengenai hukum orang yang tidak mahu membayar hutang di bawah ini.


Soalan :

Saya adalah seorang penjamin kedua bagi rakan sepejabat saya untuk pinjaman peribadinya dengan sebuah bank, manakala kakak iparnya adalah penjamin pertama.

Kini rakan saya itu telah berpisah dengan isterinya dan mengesyaki kakak iparnya sebagai dalang. Jadi untuk membalas dendam kepada kakak iparnya, dia telah tidak membayar hutangnya dengan sengaja walaupun dia sangat mampu membayarnya.

Kini pihak bank telah menghantar surat untuk mengambil tindakan keatas penjamin-penjaminnya termasuk saya. Apakah hukum orang yang sengaja tidak mahu mem-bayar hutang?. Bagaimanakah dengan amalannya?. Apakah hukum menganiayakan orang yang telah membantunya dengan ikhlas?





Jawapan :

Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :

i.    Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.

ii.   Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah.

iii.  Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.

iv.  Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Sabda Rasul S.A.W.

Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)

(Riwayat Ibnu Majah)


Sabda Rasul S.A.W.

Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.

(Riwayat Baihaqi)