iklan baris

Terkini MH370 : Pesawat MH370 disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi


KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.

Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Sementara itu, MAS dalam satu kenyataan memaklumkan akan terus memberikan bantuan dan sokongan kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat seperti yang ia lakukan sejak pesawat ini hilang.

MAS juga memaklumkan operasi mencari dan siasatan menyeluruh akan diteruskan untuk mencari jawapan kepada misteri kehilangan pesawat miliknya itu.

"Sekali lagi, dengan rendah hati, ingatan, doa dan takziah kami untuk semua yang terjejas dengan tragedi ini," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Najib memberitahu satu sidang media akan diadakan pada Selasa dengan maklumat yang lebih lanjut.

"Pada masa ini, kami ingin memaklumkan kepada anda perkembangan terbaru ini pada kesempatan yang terdekat. Kami berkongsi maklumat ini dengan komitmen kepada keterbukaan dan rasa hormat kepada keluarga, dua prinsip yang menggarisbawahi penyiasatan ini," katanya.

Menurut Najib lagi, Malaysia Airlines telah memaklumkan perkembangan baru ini kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

"Bagi mereka, beberapa minggu kebelakangan ini cukup menyedihkan; saya tahu berita tentunya lebih sedih lagi," katanya.

Najib juga menyeru kepada media untuk menghormati ruang peribadi ahli keluarga yang terlibat dan memberikan kepada mereka ruang yang sangat diperlukan pada masa yang sukar ini.

Pesawat penerbangan MH370 membawa 239 orang, termasuk 38 penumpang dan 12 anak kapal warga Malaysia. Operasi mengesan pesawat ini digerakkan sejak ia hilang pada awal pagi 8 Mac lalu dan disertai oleh lebih 20 buah negara.

Gambar : Perbandingan kedalaman




Sumber berita : astroawani.com

Apple Learning Al-Quran RM30

Assalamualaikum buat semua pembaca blog Redzuan-Ridz.. Anda boleh dapatkan Apple Learning Al-Quran hanya RM30 sahaja untuk anak-anak anda.

http://www.facebook.com/StylezStoreHouse



Kecil tapi sangat bermanfaat...
Biasakan anak anda dengan ayat2 Al-quran walaupun baru lahir.Permainan berbentuk apple ni sgt sesuai untuk kanak2.Boleh digantungkan di leher, buaian, stroller ataupun dipegang.
Size sebesar genggam dewasa..
Bateri size AAA 3pcs
Ada 26 doa harian,16 surah dari Al quran,6 lagu kanak berbahasa arab.Ada lampu yg boleh ditukar2 untuk menarik minat kanak2.Hanya tekan button yg ada seperti mainan lain..

26 DOA HARIAN :
DOA SEBELUM TIDUR
DOA MASUK TANDAS
DOA KELUAR TANDAS
DOA SEBELUM WUDHU
DOA PAGI HARI
DOA SEBELUM MAKAN
DOA SOLAT JENAZAH
DOA MEMAKAI BAJU
DOA KELUAR RUMAH
DOA MASUK MASJID
DOA KELUAR MASJID
DOA NAIK KENDERAAN
DOA BERJUMPA SESAMA MUSLIM
DOA MENZIARAH ORG SAKIT
DOA KETIKA BERSIN
DOA KETIKA HUJAN
DOA MELIHAT CERMIN
DOA ZIARAH KUBUR
DOA BERBUAKA PUASA
DOA SEBELUM TIDUR
DOA PETANG HARI
DOA MASUK RUMAH
DOA KETIKA MENDAPAT MUSIBAH

16 SURAH PENDEK :
Fatihah
Adiyat
Qori'ah
Takathur
asr
Humazah
Fill
Quraish
Maun
Kauthar
Kafirun
Nasr
Massad
Ikhlas
Falaq
An-Nas

DOA SOLAT:
Kalimat Tauhid ,Syahadat,Adzan ,Takbir awal sampai salam .

NASYID ANAK2
Thanks The parents
Love Allah and Love messanger
Ramadhan Is Coming
The Full Mon Rose
The Ceed of the oneness Allah
Alphabet A-Z

Whatsapp
01123084337

Order di Facebook-> Stylez Store House 
Order di Facebook -> Blog Redzuan Ridz

Hikmah Janggut di sebalik Sunnah Rasulullah

Sabda Rasulullah SAW, ”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)

Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

SUBHANALLAH!

Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.

Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Maksud Bacaan Dalam Solat

Maksud dan Terjemahan Bacaan Dalam Solat



Berikut dibawah merupakan makna bacaan dalam solat . jika kita memahami pengertian ayat yang dibaca dalam solat insyallaah ianya akan membantu kita lebih kusyuk ketika solat .  


Allah Maha Besar


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku dan
Maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu
Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Rahsia Angka 7 Dalam Islam

RAHSIA ANGKA 7 DALAM ISLAM !

Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca setia Blog redzuan-Ridz . agak terlalu lama saya tidak berkongsi perkongsian ilmiah menarik di blog saya . kali ini saya tertarik ingin berkongsikan entri mengenai Rahsia Angka Tujuh Dalam Islam .

Asy-Syeikh Al-Imamul-ajallu Abu Zahar Muhammad bin Abdulrohman Alhamdanaani, semoga rahmat Allah berlimpah ke atasnya, ketahuilah bahawa Zat Pencipta, Yang sangat besar kekuasaan-Nya, dan sangat tinggi kalimat-Nya serta bersinambungan nikmat-Nya, telah menghiasi tujuh perkara dengan tujuh perkara, dan menghiasinya pula bagi tiap-tiap yang tujuh perkara itu dengan tujuh perkara yang lainnya, untuk memberitahukan kepada orang-orang yang berilmu bahawanya angka tujuh itu mempunyai rahsia yang sangat besar dan kedudukan yang agung di sisi Allah, Maharaja yang memiliki kemudharatan dan kemanfaatan.

1. Allah menghiasi udara dengan tujuh lapis langit, Firman-Nya yang bermaksud: Dan kami bina di atas kamu tujuh buah langit yang kukuh.(AnNabaa’:12). Kemudian Allah menghiasi dengan tujuh bintang, firman Allah yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang di langit, dan Kami telah menghiasinya (langit itu) bagi orang-orang yang memandangnya.

2. Allah telah menghiasi padang yang lapang dengan tujuh lapis bumi. Firman Allah yang bermaksud : Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi.. (Atthalaaq:12). Kemudian Allah menghiasi bumi itu dengan tujuh lautan, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Dan laut, ditambahkan kepadanya tujuh laut lagi sesudahnya..(Luqman: 27)

3. Allah telah menghiasi neraka dengan tujuh tingkat, iaitu : Jahannam, Sa’iir, Saqar, Jahiim, Hurhamah, Ladhaa dan Hawiyah. Kemudian Allah menghiasinya dengan tujuh ointu, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Ia (neraka) itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari neraka. (Al-Hijr:44)

4. Allah telah menghiasi Al-Quran dengan tujuh surah yang panjang, kemudian munghiasinya pula dengan tujuh ayat pembuka kitab (faatihatul-kitaab). Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Dan sesungguhnyaKami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Quran yang agung. (Al-Hijr: 87).

5. Allah menghiasi manusia dengan tujuh angggota badan iaitu, dua tangan , dua kaki, dua lutut dan satu wajah. Kemudian menghiasinya dengan tujuh peribadatan iaitu dua tangan dengan doa, dua kaki dengan berkhidmat, dua lutut dengan duduk dan muka dengan sujud. Firman-Nya yang bermaksud: Dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Allah). (Al-’Alaq : 19).

6. Allah menghiasi umur manusia dengan tujuh peringkat. Pada masa lahir disebut “radli”, kemudian ‘farhim’, kemudian ‘kuhul’, kemudian ‘syaikh’. Dan menghiasi tujuh peringkat umur ini dengan tujuh kalimat iaitu : Ucapan Laa Ilaaha Illallaah Muhammad Rasuulullaah. Firman Allah yang bermaksud : Dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa (Laa Ilaaha Illallaah) dan adalah mereka berhak dengan kalimat taqwa itu dan patut memilikinya. (Al-Fath :26)

7. Allah menghiasi dunia dengan tujuh negeri yang besar iaitu : pertama: Hindustan, kedua: Hijaz, ketiga : Bashrah, Badiyah dan Kufah, keempat : Iraq, Syam, Khurasan sampai ke Balakh, kelima: Roma dan Armenia, keenam : Negeri Ya’juj dan Ma’juj, ketujuh : China dan Turkistan. Kemudian Allah menghiasi tujuh negeri itu dengan tujuh hari iaitu Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Dan Allah memuliakan dengan ketujuh hari itu dari para nabi iaitu Allah memuliakan Nabi Musa a.s dengan hari sabtu, Isa bin Maryam a.s dengan hari ahad, Daud a.s dengan a.s dengan hari isnin, Nabi Sulaiman a.s dengan hari selasa, Nabi Ya’qub a.s dengan hari khamis dan Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya dengan hari jumaat

Perkembangan Terkini Kehilangan MH370

Kronologi Perkembangan Kehilangan MH370
 
* Pesawat Malaysia Airlines dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.
 
* Penerbangan MH370 itu membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.

* Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

* Pada jam 10.30 pagi, MAS mengeluarkan kenyataan media bahawa mereka berusaha menghubungi ahli keluarga 239 penumpang dan anak kapal penerbangan

* Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS,Ahmad Jauhariturut mengesahkan penumpang-penumpang adalah dari 15 negara termasuk China, Indonesia, Australia, Perancis, dan Malaysia.
 
* Pada masa yang sama, pihak Malaysia Airports Holdings Berhad menyuruh orang ramai berhenti membuat spekulasi mengenai kejadian susulan beberapa spekulasi di Twitter.
 
* Beberapa ahli politik negara menggunakan Twitter untuk menyeru orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan penumpang dan anak kapal pesawat Penerbangan Malaysia MH370

* Selain itu,warga Twitter juga bersedih sehingga hashtag #MH370 dan #PrayForMH370 menjadi trending.

* Pemangku Menteri Pengangkutan,Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dalam satu sidang media bahawa  kesahihan laporan media Vietnam yang mendakwa pesawat itu terhempas sedang disahkan oleh pihak Tentera Laut Diraja Malaysia dengan tentera laut Vietnam.
 
* Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga mengesahkan tiada bangkai pesawat MH370 ditemui di laut selatan negara itu seperti yang dilaporkan sebelum ini. Beliau turut menafikan bahawa terdapat cubaan merampas pesawat tersebut.

* MAS telah menyiarkansenarai penumpang dan kruMH370 yang hilang.

* Jabatan Penerbangan Awam berkata laporan media tentang dua tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam masih sedang disahkan.