iklan baris
Tanda-Tanda Akil Baligh ( Cukup Umur )
Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz. entri kali ni sangat menarik untuk kongsikan kepada semua. Saya pasti topik mengenai akil baligh agak jarang diceritakan secara umum terutama kepada anak-anak , mungkin ianya agak peribadi dan sukar bagi ibu bapa untuk menerangkannya disebabkan faktor umur kanak-kanak dan bagaimana untuk memastikan kanak2 untuk faham mengenai apa yang perlu dilakukan setelah akil baligh. dan beberapa persoalan yang saya ingin tanyakan kepada anda semua pembaca yang dirahmati .
Pernah tak anda bercerita tentang baligh dengan anak-anak anda?
Adakah anda pernah berbicara dengannya soal tanda-tanda baligh?
Tentang mimpi basah dan tentang mandi wajib?
Pernah anda menguji pengetahuannya tentang air mani dan air mazi?
Mungkin anda pernah, mungkin juga tidak. Jika tidak, kenapa?
Sedarkah kita bahawa hari ini, terdapat ramai anak-anak remaja yang masih jahil tentang hukum berkaitan baligh. Ada yang sudah berumur 17 atau 18 tahun tetapi masih butal dalam soal hadas besar dan baligh.
Berapa ramai remaja lelaki yang berkali-kali bermimpi basah, tetapi tidak tahu apa yang wajib dilakukan. Berapa ramai pula anak-anak perempuan yang datang haid, tapi tak tahu cara menyucikan diri bila haidnya selesai. Mereka tidak tahu cara untuk mandi wajib. Malah, tidak pernah pun mandi wajib!
Segala ibadat yang dilakukan selama ini rupa-rupanya dosa yang bertimpa-timpa. Segala-galanya dilakukan dalam keadaan kotor dan berhadas. Bertahun-tahun menghimpin dosa.
Siapa pihak pertama yang wajar dipersoalkan oleh Allah nanti. Siapa yang bertanggungjawab di hadapan Allah nanti. Tentulah yang paling hampir ialah ibu bapanya sendiri.Tidak dinafikan bahawa persoalan di sekitar baligh merupakan perkara yang agak malu untuk dibicarakan. Ramai yang terasa janggal untuk membuka mulut bercakap soal ini kepada anak-anak. Ramai yang memilih untuk membiarkan anak memahami perkara itu melalui orang lain.
Tidak kurang yang meletakkan harapan sepenuhnya kepada guru untuk menjelaskan segala-galanya. Sebahagian pula langsung tidak kisah, dan berharap agar anak itu tahu sendiri bila besar nanti.
Hakikatnya amanah Allah ke atas ibu bapa tidak terlepas semata-mata dengan menghantar anak-anak ke sekolah. Dengan sistem pendidikan hari ini, ruang masa untuk pendedahan hukum hakam soal baligh amat terhad.
Tambahan pula tidak semua ustazah dan ustaz yang sudi bercerita soal ini tengan telus dan terang. Tak kurang juga ustazah yang malu-malu untuk bercerita soal yang sensitif ini. Kalau diterangkan sekali pun belum tentu anak-anak kita dapat benar-benar menghayatinya untuk diterjemahkan ke alam realiti.
Hari ini anak-anak muda amat senang terdedah dengan paparan berunsur seks. Mereka dapat akses dengan pelgabai gambar, video, cerita, rencana dan segala bahan tentang seks dan jantina dengan mudah, murah dan merata-rata.Kemudahan telefon bimbit, internet dan lain-lain membuka seluas-luasnya ruang maklumat tentang seks. Sesama remaja mereka juga begitu ke hadapan berbicara soal-soal ini. Namun sejauh manakah mereka terdedah dengan hukum hakam berkaitan seks?
Amat malang sekali, ketika mereka begitu hebat menguasai maklumat tentang seks, mereka begitu tercorot dalam memiliki ilmu dan kesedaran agama berkaitan dengan seks ini.Oleh yang demikian, ibu bapa hari ini tidak boleh lengah lagi. Zaman kini bukan seperti zaman ibu bapa menjadi anak-anak dulu. Dulu kebanyakan ibu bapa mengunci mulut dalam soal seks, termasuk tentang baligh, mani dan haid. Bercakap tentangnya dianggap kurang sopan dan lucah.
Tidak dinafikan, bercakap soal ini agak sensitif, dan mengaibkan. Namun demi kerana ilmu, kebenaran dan akhlak anak-anak, ibu bapa perlu kesampingkan rasa malu itu. Ikutlah cara Nabi Muhammad (SAW) dan para sahabat yang berbicara soal ini pada saat dan waktu yang memerlukan.
Misalannya dalam kisah yang dicatat dalam satu Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Tarmizi, bahawa Sayyidina Ali k.w. berkata: Aku adalah seorang yang mazza’ (iaitu seorang yang sering keluar air mazi dari zakar), maka aku pun bertanya kepada Nabi (SAW) tentangnya, maka jawab Baginda:
“Kalau mazi cukup dengan wudhu’, dan kalau mani mestilah mandi.” Dalam riwayat lain, Baginda menjawab: “Jika engkau memancutkan air (mani), maka mandilah dari janabah. Jika tidak memancutkan, tidak perlu mandi.”
Sebenarnya banyak lagi kisah seumpama ini yang membuktikan ketelusan Baginda SAW dan para sahabat dalam mendalami ilmu dan mencari kebenaran. Maka amat wajar bagi ibu bapa bertindak menjadi pembicara yang dapat menerangkan kepada anak-anak tentang soal yang penting ini.
Oleh kerana anak-anak mungkin telah mempelajar ilmu ini dari ustazah atau ustaz di sekolah maka wajar ibu dan ayah menyemak pengetahuan mereka tentang baligh, tanda-tandanya dan bagaimana melaksanakan kewajipan dan larangan berkaitan dengannya. Jika mereka kelihatan tidak tahu atau keliru, maka wajib kepada ibu bapa menjelaskan satu-persatu tentang hukum baligh ini.
Berikut adalah beberapa dasar penting yang perlu diambil perhatian.
Perinciannya perlu dirujuk dalam buku-buku fikah yang muktabar. Antara perkara yang dimaksudkan ialah:
1. Hakikat bahawa baligh itu sempadan dosa dan pahala. Pastikan anak anda benar-benar faham maksud ‘taklif’, ‘mukallaf’ dan juga ‘baligh’ dan apa kaitan kedua-duanya dengan dosa dan pahala, serta syurga dan neraka.
2. Tanda-tanda baligh antaranya ialah apabila anak itu bermimpi sesuatu yang merangsang naluri seks, dan mendapati tanda-tanda basah pada pakaian bila terjaga.
3. Perlu juga anak-anak mengetahui perbezaan antara air mazi dan air mani. Beza dari sudut bila kedua-dua jenis air itu keluar dari kemaluan dan bagaimana untuk bersuci dari kedua-duanya.
4. Bagi yang bermimpi dan basah ini, wajib mandi untuk menyucikan diri dari hadas besar. Mandi wajib ada kaedah dan caranya tersendiri. Apa yang penting niat yang nyata dan air yang suci diratakan di seluruh badan.
5. Bagi anak perempuan, tanda baligh mungkin juga bermula dengan keluar darah haid.
6. Bagi anak perempuan yang dalam haid, terdapat larangan-larangan tertentu yang perlu diperhatikan. Ibu terutamanya perlu memastikan anak-anak gadis memahami batas-batas agama ini. Juga perlu dijelaskan bagaimana untuk menentukan samada dia sudah suci daripada haid, dan bila dia wajib mandi hadas.
Demikianlah perkara-perkara berkaitan soal baligh yang perlu dijelaskan kepada anak-anak agar mereka tidak teraba-raba mencari pedoman beribadah. Ibu bapa yang soleh dan bertaqwa sewajibnya tidak malu untuk menjadi penyampai kepada anak-anak tentang soal ini.
Kenapa Allah mengaitkan soal baligh dan mukallaf ini dengan sesuatu yang memalukan dan mengaibkan? Kenapa perlu dikaitkan baligh dengan sesuatu yang keluar dari kemaluan? Kenapa Allah tidak tetapkan baligh itu berdasarkan kaedah lain? Kalau mahu mudah misalnya, Allah boleh tetapkan sahaja baligh itu dengan kiraan umur seperti 10 tahun atau 12 tahun.
Hakikatnya, semua ketentuan Allah ini ada hikmah tersendiri. Allah mahu soal kehormatan, soal keturunan, soal maruah dan harga diri diselarikan dengan landasan syariat. Allah juga mahukan agar ilmu berkaitan jantina dan seks tidak dipisahkan daripada soal dosa pahala. Biar agama yang memandu segala-galanya. Bahkan, inilah aspek indah dalam pendidikan seks dalam Islam. Mendidik anak-anak agar mengenali, dirinya, fizikalnya, perkembangan biologinya dan perubahan jiwanya sesuai dengan fitrah insani.
Selain itu, ibu bapa yang sudi berkongsi dengan anak-anak tentang ilmu berkaitan baligh ini, akan dipandang oleh anaknya sebagai seorang ibu atau bapa yang penyayang, memahami, dan senang dibawa berbincang. Jika anak itu mempunyai masalah yang agak peribadi sekalipun, dia tidak akan berasa kekok untuk berterus-terang dengan anaknya. Bahkan suatu hari nanti, dia tidak sulit untuk mendedahkan perasan hatinya termasuk dalam soal cinta. Sebaliknya, anak-anak tentunya akan sukar untuk terbuka jika ibu bapa terlalu berahsia dan enggan bercakap tentang soal baligh.
Ringkasnya, peranan ibu bapa hari ini makin mencabar. Zaman maklumat cepat sepantas kilat dan terbuka seluas lautan, memerlukan ketangkasan, keberanian dan keterbukaan ibu bapa untuk menghadapinya. Bicaralah dengan anak-anak tentang soal persediaan untuk baligh, serta tanggungjawab yang melingkarinya. Insyaallah kesungguhan ibu bapa untuk mendidik anak dalam kepayahan akan mebalas oleh Allah SWT.
*Sekadar berkongsi info untuk diri sendiri dan juga semua pembaca.
bagus gan artikelnya,,,, salam kenal...........http://fauzulonline.blogspot.com/
BalasPadamKenapa kebanyak kawan saya sudah memiliki suara garau tetapi hl itu tidak berlaku kepada saya
BalasPadammungkin kawan kau dh baligh kot
Padammungkin kawan kau dh baligh kot
PadamKalo misalkan teman saya sering onani ,dan sering keluar mani,tapi belum baligh,apakah sudah di sebut baligh??
BalasPadam