iklan baris
Adab Imam Malik Terhadap Ilmu
Khalifah Harun Ar-Rashid adalah khalifah yang paling terbilang di kalangan khalifah Bani Abbasiyah. baginda bukan sahaja seorang raja yang cekap dan berkaliber bahkan juga seorang yang mencintai ilmu pengetahuan serta menghormati para alim ulama. Khalifah Harun Ar Rasyid juga diriwayatkan sebagai seorang ahli sastera,ahli syair yang berbakat.
Ada banyak kisah yang terkenal antaranya ialah berhubung azamnya hendak menuntut ilmu daripada Imam Malik ,seorang ulama yang masyhur pada zamannya.
Pada suatu masa, semasa khalifah Harun Ar Rasyid sampai ke Madinah,Imam Malik kebetulan ada di situ. Di masa itu Imam Malik dikhabarkan baru sahaja selesai mengarang kitab agamanya yang masyhur iaitu Al Mautta. Kitab ini diajar kepada orang ramai. Setelah mendengar akan keutamaan kitab tersebut maka timbullah niat di hati baginda untuk mempelajari kitab tersebut daripada Imam Malik.
Maka badginda pun mengutuskan seorang wakil supaya berjumpa Imam Malik untuk mengajak Imam Malik berjumpa dengan baginda. Baginda ingin sangat untuk mempelajari kitab tersebut.
Sebaik-baik sahaj utusan itu sampai kepada Imam Malik dan menerangkan maksud kedatangannya maka Imam Malik pun menjawab,
“Tolong sampaikan salam saya kepada Amirul Mukminin dan sembahkan kepadanya bahawa ilmu pengetahuan itu haruslah dicari oleh orang yang memerlukannya,bukannya ilmu itu datang mencari orang yang berhajatkan kepadanya”.
Demikian tegas dan beraninya Imam Malik membuat teguran kepada Harun Ar Rasyid,khalifah umat Islam pada masa itu. Utusan itu pun kembalilah kepada khalifaf Harun Ar Rasyid untuk menyampaikan pesanan Imam Malik.
Tidak lama kemudian,Imam Malik pun berkunjung ke kediaman khalifah Harun Ar Rasyid. Sampai di sana,Amirul Mukminin pun bertanya,
“Tempoh hari aku menghantarkan utusan kepada rumah tuan,mengapa tuan menyalahi perintahku”.
Imam Malik pun menjawab,”Sebenarnya saya mahu Amirul Mukminin memuliakan ilmu pengetahuan dan merendahkan diri kepadanya supaya Allah swt juga akan meninggikan juga timbangannya kelak”.
Dengan jawapan Imam Malik itu,maka fahamlah khalifaf akan tujuan kata-kata Imam Malik itu. Setelah itu baginda pun turun daripada takhtanya lalu berjalan bersama Imam Malik menuju ke rumahnya untuk mempelajari kitab Al Mautta. Setelah sampai di rumah Imam Malik,khalifaf itu pun duduk di atas sebuah kerusi yang lembut. Melihat keadaan itu,Imam Malik pun menegurnya lagi,
“Wahai Amirul Mukminin yang kami muliakan. Saya dapati sekelian alim ulama di negara tuanku ini sikap mereka sangat memuliakan ilmu pengetahuan serta merendahkan diri terhadapnya”.
Mendengar sindiran Imam Malik itu,baginda pun turunlah dari atas kerusi lembut itu lalu duduk bersama Imam Malik.
Daripada kisah itu maka dapatlah kita ambil pengajaran bahawa betapa kita perlu memuliakan ilmu tanpa mengira pangkat yang kita ada. Carilah sendiri guru untuk mengajar jika kita berhajatkan ilmu daripada mereka serta jagalah adab ketika menuntut ilmu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai