iklan baris
Fakta dan Penemuan Mengenai Coke /Coca-Cola Yang Mengejutkan
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog redzuan-ridz . Entri kali ini mengenai fakta Coke . Apa yang ingin saya kongsikan dan dedahkan bukanlah fakta asal-usul mahupun mengenai jumlah jualan Coke diseluruh dunia tetapi mengenai bahaya meminum Coke . Saya pasti ramai diantara kita merupakan antara penggemar minuman Coke jika tidak pun pasti pernah meminum Coke . dibawah ini saya senaraikan fakta dan bukti berbahanya meminum Coke yang pasti mengejutkan anda semua . Saya yakin selepas anda membaca fakta dibawah ni anda tidak akan berfikir banyak kali untuk meminum Coke lagi .
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome :
Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat
bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian :
Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!
8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.
9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!
10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawaair yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi.7-up, F&N dll.
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.
Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!
Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah ..
Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya.
p/s : nasihat saya selaku penulis blog redzuan-ridz , hendak minum atau tidak ..tepuk dada tanyalah diri anda , selepas ini buatlah pilihan bijak , Coke satu dari silent killer buat kita tertutama muda-mudi islam kita , yang majoritinya penggemar minuman Coke , lagi-lagi time tengok bola antara minuan wajib ada . sebarkanlah entri ini dengan share di fb anda . biar semua mengetahui bahaya sebenar coke ini .
Banyak orang tahu perkara ini tetapi lagi banyak orang tak tahu... banyak pula yang bertindak memberi penerangan tetapi bayak pula yang mengkaburkan... angkara siapa... asal coke dari us ... renung2kan
BalasPadamnk tny..knp milo,drinho and yeos pun diketegorikan sama spesies dgn coke(atau air gas)? setahu sy cuma air gas n coffie sj yg tak elok diminum..
BalasPadamcoke is no.1.. i love coke forever..
BalasPadamtrme kasih ats info nih..
BalasPadamterus tak minum...
BalasPadampengalaman ratu...bila minum coke,mulut rs dipenuhi dgn buih,rs nak muntah+pewot rs pedih...terus x minum coke...
BalasPadamfyi, kopi ialah minuman kegemaran nabi muhammad....recent study prove kopi boleh ubati byk penyakit.....so, yg kata kopi membahayakan hanya propa musuh islam....
BalasPadamdah tau merbaaya, MENGAPAKAH???? kerajaan MALAYSIA kita masih menjual lagi kepaya RAKYATNYA
BalasPadamdah tahu merbahaya, MENGAPAKAH???? KERAJAAN MALAYSIA kita tidak MENGHARAM KAN dari memasuki malaysia,rakyat sihat,baru lah negara kita dapat MAJUUU...
BalasPadamhehehe.....camner nak haramkannn...itu kan minumann..kalau nak haramkan. haramkan penjualan 4D nomor ramalann...pasal yg beli bukan cina.org berwajah melayu yg banyak beli.cina kalau main judi kat genting.
BalasPadam