iklan baris

Lenyapnya Kota Purba Thera Di Pulau Santorini






Salam sejahtera dan salam pembuka kata buat semua pembaca blog redzuan-ridz. Lama rasanya saya tidak berkongsikan topik berkaitan sejarah dan peradaban manusia. dan untuk hari ini saya ingin kongsikan lagi 1 entri mengenai sejarah.  Mungkin diantara kita pernah mendengar nama Pulau Santorini yang pulau yang sangat cantik dan terkenal untuk percutian berbulan madu dan juga keluarga.  Namun. saya pasti mungkin ini kali pertama anda mendengar nama kota purba Thera.  Seperti entri sejarah saya yang terdahulu saya akan kupas berdasarkan hujah dan sumber rujukan dari pelbagai sumber yang sahih. dan dari searching saya belum ada seorang pun blogger di Malaysia yang mengupas dan publish entri mengenai Kota Purba Thera ini


runtuhan kota purba thera di Pulau Santorini 

Menurut sejarah , Kota Thera ini dipercayai telah muncul dan wujud  sejak  9 S.M dan telah dihuni manusia sehingga  726 Masihi. . Namun setelah itu kota Thera ini telah lenyap dan tidak dihuni oleh manusia akibat letusan gunung berapi yang telah memusnahkan kerajaan ini. Berdasarkan mitos tempatan Greek hasil dari pembacaan saya , nama kota purba ini telah diambil sempena nama pemerintah pertama kota ini iaitu Theras yang dipercayai mempunyai keupayaan mistikal.

 Kota  Thera ini juga merupakan sebahagian daripada empayar kerajaan Minoan ketika era zaman gangsa (bronze ages) bronze ages ini  boleh saya huraikan sebagai satu zaman dimana masyarakat telah mencapai tingkat kemajuan teknologi yang tinggi dalam pembuatan besi dan zaman ini merupakan 1 transisi atau peralihan ke zaman yang sering di sebut sebgai kehidupan bertamadun..








Kota Thera ini juga merupakan ibu kota bagi kerajaan Minoa, kota ini dipercayai oleh para arkeologis telah tenggelam hampir 3000 tahun lalu. Penyelaman di laut Aegia antara Greece dan Turki telah membawa kepada penemuan kembali kota purba bersejarah ini. Lokasi kota ini di dasar laut  berdekatan dengan kawasan air terjun pulau Santorini yang dulu merupakan gunung berapi.

Sebahagian daripada kota ini telah tertimbus dan tenggelam akibat ledakan gunung berapi dan gunung berapi yang berlaku ini telah menghasilkan gelombang tsunami.Tsunami ini telah membadai sehingga ke luar Laut Aegia sehingga ke segenap penjuru Laut Tengah dengan kelajuan 500 km/jam. Setelah penyelaman dan penggalian oleh ahli arkeologi Universiti Athen menemui sebahagian Kota Thera yang masih kukuh binaannya di dasar laut,

Seperti digambarkan oleh George Pararas-Carayannis, Pengarah Pusat maklumat Tsunami Antarabangsa di Honolulu, kebudayaan tamadun yang lenyap ini sangat tinggi  tahap teknologinya. Gedung-gedungnya, ada yang bertingkat satu, dua dan tiga. Di dalamnya ditemui pelbagai  artifak kerajaan Minoan. Namun yang menjadi misteri tiada satu pun rangka dan tengkorak manusia dijumpai dari ekspedisi penyelaman dan penyelidikan keatas tinggalan kota ini didasar laut.Ada kemungkinan dipercayai,  masyarakat Minoa mempunyai teknologi  sistem tanda amaran bagi mengetahui jangka masa gunung berapi bakal meletus.

dan sebagai bukti kehebatan tingkat teknologi peradaban bangsa Minoan ini dibawah ini merupakan 1 dari artifak yang dijumpai hasil daripada proses ekskavasi(penggalian) di Akrotiri di Kota Thera.



artifak ini merpakan satu2nya objek  emas tulen haiwan purba yang dikenali sebagai capra . info lanjut mengenai haiwan capra rujuk sini yang ditemui hasil dari proses ekskavasi di sekitar runtuhan kota Thera.di percayai masih banyak lagi artifak dan objek berharga dengan tingkat teknologi yang tinggi dari peradaban bangsa ini masih tertimbus dan belum dijumpai disekitar peradaban kota Thera ini

dan paling mengejutkan, ramai yang berkesimpulan bahawa kota thira inilah 'benua Atlantis yang hilang' itu.dan berdasarkan beberapa kajian  dan penemuan rekod-rekod. ramai pengkaji menyakini bahawa . Peradaban Atlantis yang hilang itu sebenarnya adalah Peradaban masyakarat Minoan dan  Kota Atalantis yang lenyap itu adalah Kota Thera. Setakat  ini masih kurang lagi penyelidikan mengenai kota ini. Ada pengkaji beranggapan Kota Thira ini  merupakan "benua Atlantis yang hilang" seperti yang dinyatakan oleh Plato dalam karya nya  Hal ini kerana terdapat persamaan terutama dari cara kemusnahan Kota Thera ini dengan apa yang di ceritakan oleh Plato dalam karyanya mengenai  cara kemusnahan  Kota Atlantis.

Setakat ini terdapat lebih dari 5 penemuan runtuhan kota kuno yang dikaitkan dengan  peradaban kota Atlantis yang masyur dan lenyap ribuan tahun dahulu namun . dari kesemua kajian dan penyelidikan arkeologis dan para sarjana  Kota Thera ini paling hampir menepati ciri-ciri  sebuah peradaban Atlantis seperti yang disebutkan oleh Plato iaitu ahli falsafah agung Yunani dalam karyanya Timaues and Critias

p/s : Nantikan entri seterus saya mengenai hujah yang mengaitkan  kota thera ini adalah peradaban Atlantis , berdasarkan beberapa hujah dan pandangan para sarjana yang akan saya kongsikan dan kupas. hopefully apa yang dikongsikan ini akan mengkayakan lagi pengetahuan kita mengenai kewujudan tamadun dan peradaban agung yang pernah muncul satu ketika dahulu yang kini lenyap dan kekal misteri..


discalimer : penulisan ini adalah hasil penulisan saya sendiri (redzuan-ridz) berdasarkan beberapa rujukan berwibawa. dan penulis tidak memplagiat artikel ini dari mana-mana blog. sebarang kekurangan dalam artikel ini kerana kurangnya info dan artikel ini akan saya update dari masa ke semasa jika terdapat info terbaru sekian.

sebelum terlupa baca juga artikel yang saya tulis mengenai peradaban Atlantis, Kota Troy, Peradaban Lemuria  di ruangan sejarah.

Rupa Seorang Mujahid Yang Syahid di Jalan Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pemabca blog redzuan-ridz . Dengan nama Allah yang maha pengasihani saya mulakan entri kali ini. Kali ini saya ingin kongsikan gambar orang yang mat syahid. Subhanallah maha suci Allah, 

Anda lihat la di bawah ini wajah orang yang mati syahid . tidak kelihatan seperti orang mati, tetapi tersenyum kerana pemergiannya berjuang / berperang di jalan Allah . rohnya disambut Malaikat dan Bidadari Syurga . 


 Klik gambar untuk paparan yang lebih besar..


indahnya rupa, orang yang syahid di jalan Allah , tiada langsung cela  diwajahnya , bercahaya dan terpancar senyuman wajahnya kerana cinta dan kasihnya kepada Allah s.w.t sehingga rela berkorban nyawa demi berjuang menegakkan agama Allah.
 
2 titisan  yang paling disukai Allah, titisan air mata kerana takutkan kebesaran Allah swt dan titisan darah  berperang dijalan Allah .(syahid)..
 
ya Allah anugerahkanlah kepada kami mati syahid di jalan Mu. Amin. sebarkanlah entri ni . buat tatapan dan renungan semua



Rahsia Disebalik Jenama NIKE




Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog redzuan-ridz. Untuk entri kali ini saya tertarik untuk berkongsikan info mengenai rahsia sebenar disebalik jenama NIKE .  Kita semua mengenathui dan sedia maklum bahawa NIKE ialah satu jenama yang sangat popular sekarang terutamanya dalam pembuatan kasut. Namun tahukah anda semua disebalik nama NIKE , asal usul nama NIKE ?





Apa makna NIKE


Dalam mitos Greek kuno, NIKE ialah ‘Dewi kemenangan’ / The goddess of victory
Bagi orang-orang ROMAN pula, NIKE menjadi simbol kemenangan mengatasi KEMATIAN. Nama Nike di dalam Roman ialah Victoria.
Bermakna  NIKE mempunyai kaitan rapat dengan PENYEMBAH-PENYEMBAH BERHALA dahulu kala
Ini petikan dari Britannica Concise Encyclopedia tentang NIKE

Greek goddess of victory. She was the daughter of the giant Pallas and the river Styx. Nike was originally an attribute of both Athena and Zeus, represented as a small figure carried in their hand. She gradually came to be recognized as a mediator between gods and mortals, and was frequently shown carrying a palm branch, wreath, or staff as the messenger of victory. When depicted on her own, she was often a winged figure hovering over the victor in a competition. At Rome she was worshiped as Victoria.


Dan ini gambar ukiran patungnya

Misteri Manuskrip Voynich Yang Penuh Rahsia



Ada yang mengatakan bahawa manuskrip ini sebenarnya adalah kod rahsia yang menunjukkan ramuan hidup abadi. Disebut-sebut sebagai manuskrip paling misteri, manuskrip Voynich ini telah ditemui oleh seorang penjual buku bernama Wilfrid Voynich pada tahun 1912 di Villa Mondragone, Rom.

Sepertimana yang diambil daripada Discovery News, manuskrip tua ini dipercayai berasal daripada abad ke 15. Greg Hodgins daripada Departmen Phisic University of Arizona telah bekerjasama dengan School of Anthropology Arizona bagi menyatakan bahawasanya manuskrip ini telah dihasilkan di antara tahun 1404-1438.

Voynich mengumumkan penemuan manuskrip tersebut dengan harapan agar manuskrip itu akan dapat diterjemahkan. Dia mendakwa bahawa manuskrip itu sebelumnya telah dimiliki oleh Rudolf II daripada kerajaan Habsburg pada abad ke 16.




Voynich juga mempercayai bahawa manuskrip itu dihasilkan oleh Roger Bacon iaitu seorang ilmuan Inggeris daripada abad ke 13. Namun dakwaan Voynich ini setelah diuji dengan kaedah pengukuran usia karbon tidak terbukti kesahihannya.

Apa yang jelas, manuskrip setebal 250 halaman itu dan terdiri daripada 250.000 karakter ini memang sangat sukar untuk diterjemahkan. Terbahagi kepada beberapa kelompok seperti tulisan dan kalimat, beberapa di antaranya mirip dengan huruf Latin dan angka-angka Romawi sementara yang lainnya pula menggunakan bahasa yang belum diketahui.

Selain daripada itu, manuskrip ini juga memiliki tulisan tangan yang dikelilingi oleh ilustrasi gambar yang rumit untuk ditafsirkan, tanaman yang tidak dapat diidentifikasi, simbol-simbol astrologi, jaringan paip dan gambar perempuan yang sedang mandi.




“Siapakah yang tahu apakah yang ditulis dalam manuskrip itu. Lihat sahaja, Apakah ia berkaitan dengan botani, organisme laut, astrologi atau selainnya? Tidak ada siapapun yang tahu setakat ini”, kata Hodgins.

Namun terdapat juga sebuah spekulasi yang mengatakan bahawa manuskrip itu merupakan hasil karya milik sektor hal-hal keagamaan iaitu satu-satunya dokumen yang tersisa daripada sebuah bahasa yang sudah dilupakan atau lebih tepat lagi disebutkan sebagai sebuah kod rahsia yang menunjukkan ramuan hidup abadi.

Namun beberapa pakar juga mengatakan bahawa manuskrip ini hanyalah sekadar hoax (tipuan) sahaja. Pada 2003, seorang pakar komputer Gordon Rugg sempat mendemonstrasikan bahawa teks-teks dalam manuskrip itu boleh dipecahkan dengan sebuah perangkat software enkripsi yang ditemui pada tahun 1550 iaitu Cardan Grille.

“Walaupun saya belum yakin 100 peratus dengan keakuratan perkiraan usia manuskrip ini”. Menurut Nick Pelling, penulis buku “The Curse of the Voynich”, berkemungkinan kecil manuskrip itu telah dihasilkan selepas tahun 1500. ~ audaf












Misteri Piramid Melayu di Dasar Lautan Jepun



Salam sejahtera dan salam pembuka kata buat semua pembaca  blog redzuan-ridz. entri kali ini sangat menarik untuk saya kongsikan. dan entri kali ini bakal mencabar daya fikir anda. Apa yang bakal mengejutkan anda adalah mengenai penemuan Sebuah Piramid di Dasar Lautan Jepun yang sebenarnya mempunyai kaitan dengan bangsa kita yakni Melayu. Sejauh mana kebenarannya sila baca artikel dibawah ini

 PIRAMID MELAYU TERSEMBUNYI DI LAUTAN JEPUN
Based on Japan's Mysterious Pyramids (Yonaguni)-History Channel
Sumber artikel : MistisFile dan  Penyunting artikel/ Photo : MacJay.Net
[Kali terakhir disunting pada 30/4/2011. Turut disertakan beberapa penambahan maklumat baru.]


Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum ini begitu jauh dari pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional. Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar. Namun anehnya, para pengkaji tersebut mengesan tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain. Perkataan itu adalah  : mata, batu dan air.

Di laut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai sebuah struktur piramid menyerupai ziggurat di dasar laut! Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki ke dalam laut dan mempunyai gerbang, tangga dan jalan berturap batu. Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi, dan peradaban Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu binatang dan mengumpul makanan untuk sara diri. Peradaban piramid di Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu. Siapakah yang membina piramid ini? Satu penemuan yang masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah : tulisan mirip tulisan Rencong telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di 'hall chamber' di sebelah dalam piramid, yang merupakan 'access denied' atas sebab-sebab yang tidak munasabah oleh pihak-pihak tertentu.


Jim Mower, seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah menimbulkan pandangan bahawa sekurang-kurangnya usia peradaban dasar laut Okinawa itu menjangkau 10,000 tahun dan peradaban ini kalau tidak melebihi sudah pasti setaraf dengan peradaban Mesopotamia dan Lembah Indus. Ahli arkeologi itu juga mengatakan bahawa "ini telah mengubah banyak pandangan tentang peradaban Asia Tenggara". Perhatikan, beliau tidak berkata tentang 'peradaban Asia Timur'.


Saya merasakan semua orang sudah tahu tentang satu keris purba yang ditemui di sebuah kuil purba di Okinawa. i. 

MISTERI GEN BANGSA MELAYU

Sebab itulah, tidak berapa lama dahulu beberapa penyelidik di Mistis Organization telah berusaha menghubungi seorang gadis yang juga seorang prodigi senyap dalam bidang sejarah di Malaysia. Gadis ini memiliki ciri-ciri kehidupan seperti beberapa prodigi terkenal dari gen bangsa misteri ini ; Adiputra, Sufiah Yusuf (kedua-duanya prodigi matematik ketika kanak-kanak) atau Ainan Celeste Cawley (prodigi kimia) sekadar menamakan beberapa contoh popular. Di Singapura, telah acapkali lahir prodogi-prodigi Melayu seperti di Nanyang Technological University, dan kisah seorang pemuda Melayu yang mendapat CGPA 4.00 dalam Fizik di Eropah.

Mistis Organization telah memantau gadis ini sejak dia berusia 12 tahun dan mula membuat kajian bagaimana beratus-ratus prodigi Melayu yang menunjukkan pencapaian luar biasa ketika kecil, mula menyusut bakat luarbiasa mereka apabila dewasa. Ingatkah saudara saudari akan Mohd. Shukri Hadafi, ketika kecilnya pada usia tiga tahun sudah mampu membaca suratkhabar. Mohd. Shukri Hadafi pernah menjadi anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz dan muncul dalam filem Menanti Hari Esok arahan Jins Samsuddin pada tahun 1977. Namun kehidupannya selepas itu menempuh hari-hari gelap dan akhirnya menjadi seorang penagih dadah.

Perlukah selepas ini saya menceritakan kepada anda, tentang Sufiah Yusuf? Ada sekumpulan pemikir di sebelah Barat telah mengkaji kemungkinan kacukan gen Melayu dengan mana-mana bangsa akan memudahkan lahirnya prodigi-prodigi luarbiasa bertaraf dunia. Mereka telah mula menyedari bahawa kacukan gen Melayu dan gen bangsa lain adalah kunci kepada 'manusia-manusia mutan' masa hadapan. Mereka telah mula memilih beberapa anak-anak muda dan melatih mereka serta menghantar mereka untuk cuba memikat gadis-gadis Melayu. Mengapa gadis Melayu? Kerana percubaan sebelum ini menghantar gadis-gadis mereka untuk membuat hubungan dengan lelaki Melayu menemui kegagalan, ada diantara gadis-gadis mereka 'dipaksa' mempelajari agama Islam dan ini berakhir dengan kes perebutan anak atau penceraian. Anda tahu pada era mana terdapat kekerapan kes-kes lelaki Melayu menghadapi kes perebutan anak dengan wanita asing bukan? Ya, dan saya ingin tekankan tentang 'sebab-sebab wanita-wanita asing itu begitu degil untuk mengambil anaknya dari gen Melayu itu, lari ke negaranya'. Saya boleh terima alasan ini ; kasih sayang seorang ibu.

Gadis ini mampu membaca sejarah Srivijaya 500 tahun sebelum Masehi  (S.M) dan menterjemah tulisan-tulisan Mesir Purba dan maksud-maksud di dalam The Egyptian Book of The Dead, The Black Book dan The Golden Book of Scarab Ankh. Untuk mengetahui sejarah Melayu lebih 1000 tahun sebelum Masehi, terpaksa mencarinya di dalam kitab-kitab paling misteri di dunia The Mummy dan piramid yang menakjubkan!

Jika orang Melayu yang dungu berusaha memadamkan sejarah bangsanya sendiri, saya nasihatkan anda akan menemui kegagalan paling pahit kerana orang Mesir Purba, Phoenicia, Assyria, Babylon dan sejauh Viking di utara Eropah...mereka ada menyimpan jejak sejarah Kemelayuan yang paling misteri. Jika anak-anak Melayu yang bingung dan orang lain yang cemburu cuba membakar 'Sejarah Melayu'...malangnya 'Sejarah Melayu' telah di'fotostat' banyak-banyak dan diberi kepada bangsa-bangsa lain. Sepertimana Maharaja Sriwijaya telah menghantar keturunannya untuk membina berpuluh-puluh negarakota untuk mengekalkan survival dan hegemoni, maka sejarah Kemelayuan telah disimpan kemas dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain untuk tujuan yang sama. 

MELAYU - THE LOST TRIBE



Ketika Ptolemy, seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas. Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.

Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini. Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam? Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid, bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua? Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi, gendang dan seramik purba.

'The Lost Tribe' adalah Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet ; bergerak ke arah Timur ke satu destinasi yang tidak diketahui. Illuminati ingin benar mengenali bangsa ini. Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan bangsa yang hilang. Juga Bumi Mala. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Prof Ralph Olssen kemudiannya mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel, iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh, yakni anak kepada Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf mempunyai dua orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim).

Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi. Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).


'The Lost Tribe' telah bergerak ke 'Promised Land'.Semua puak Yahudi yang 12 (puak Yahudi asli yang pernah mengikut Nabi Musa a.s dan terlibat pada peristiwa di Padang Pasir Sinai) telah dikenalpasti oleh Yahudi Zionis (Yahudi ke-13 iaitu Yahudi campuran dari kaum Satanic-The Khazar dan Ashkenazi) namun masih terdapat satu puak Yahudi yang diketahui mereka mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Yusof, ajaran wahyu dari kitab Taurat. Pada istilah hari ini, mereka adalah orang-orang Yahudi Islam yang hilang dari rekod Illuminati dan Zionis.

Imbauan : Raja kepada segala Raja di Timur ialah empayar agung Melayu. Betapa hebatnya Raja bagi segala tamadun Timur ini apabila mereka terkenal dengan gelaran Raja Lautan dan Raja Daratan. Di mana-mana negeri-negeri yang berada dalam naungan mereka :-
ada yang digelar tanah penghujung dunia,
ada yang digelar Semenanjung Emas,
ada yang digelar Survana Bumi,
ada yang digelar Golden Chersonese,

Bayangkanlah, hinggakan hamba-hamba di istana mereka juga mampu dihiaskan dengan emas. Ini belum lagi dibincangkan tentang sistem matawang mereka, kerana bangsa Melayu sebenarnya gemar berniaga dengan menggunakan emas, tetapi ke mana perginya semua rekod-rekod agung ni? Kemana perginya senjata-senjata canggih Melayu? Di mana perginya armada-armada laut Melayu yang besar gedabak dengan nama jolokan “JONG". Adakah ianya jauh lebih lebar dari kapal Laksamana Cheng Ho? Rekod sejarah yang benar ini semuanya selamat disimpan dalam arkib-arkib museum terkenal di Eropah dalam genggaman ejen sulit yang bertopengkan sang penyelamat. 

Mereka menubuhkan kerajaan BUNGA di tebing-tebing pergunungan. Kerana itu istilah Banjaran Himalaya kekal hingga ke hari ini… Mengenangkan bangsa gunung yang hebat lagi kuat dengan rajanya.

Jika anda sedar, bangsa Melayu-lah bangsa yang paling gemar menanam bunga-bunga di halaman rumah. Bunga sebenarnya terlalu sinonim dengan bangsa ini.Berhentilah menjadi goyyim kerana anda bukanlah sebuah robot ciptaan ejen Yahudi yang bertopengkan sang penyelamat. Tetapi anda sebenarnya adalah seorang pejuang yang dilahirkan sebagai bangsa Melayu dibumi Mala ini. Bangsa Melayu juga merupakan bangsa terawal membina tugu-tugu kota yang merentasi dari : 
  • UTARA (kemboja, cempaka, melati, petani, langkasuka, cermin, segenting) 
  • TENGAH (kelantan, pahang, johor, melaka, kedah tua, selangor) 
  • TIMUR (funan, okinawa, sulu,)  
  • SELATAN (sumatera, riau, jawa)

Begitu hebatnya tamadun agung Melayu itu yang hanya segelintir sahaja para pewaris diraja yang tahu. Rekod tamadun ini berjaya disembunyikan oleh golongan Iluminati sehinggakan hampir kesemua teknologi Melayu dahulu kala berjaya disimpan di arkib-arkib tersohor dunia di Eropah. Tidak cukup dengan itu, tinggalan sejarah yang agung ini turut dikaji di dalam makmal-makmal oleh pengkaji logam. Bolehkah anda bayangkan bagaimanakah laksamana-laksamana dan pendekar-pendekar Melayu boleh sampai ke Hawaii dari semenanjung kepulauan Cebu tanpa sesat dengan hanya berpandukan sejenis alat apungan dari cerdik pandai anak Melayu ?

Saya amat yakin kini bahawa golongan Illuminati sedang memerhatikan bangsa Melayu. Mereka pasti tidak akan sesekali lupa pada ramalan seorang tukang tilik dari kalangan bangsa mereka yang sangat terkenal dan masyhur, Nostradamus, yang berbunyi
:
"Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut."
-Nostradamus


Dibawah ini pula merupakan beberapa keping gambar yang telah berjaya dirakamkan oleh Gary Hagland (underwater photographer), Tom Holden (videographer) dan "C" Hagland (underwater videographer) :

-klik untuk besarkan-

MELAYU DAN YAHUDI

Tahukah anda bahawa Yahudi (Zionis) kini sedang giat mengkaji tentang satu bangsa yang hilang?. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu :

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin

Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribeBani Israel (yang mendapat petunjuk ILLAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur.


Percaya atau tidak, sememangnya bangsa Melayu termasuk diantara senarai bangsa yang hilang tersebut. Menurut suatu kajian, Melayu dipercayai berasal dari keturunan sebelah Nabi Yusuf as, yang telah menurunkan generasi Manasseh. [klik di sini]


 

Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipotesis Dr.Ralp Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala .
 untuk details mengenai kajian projek  genome ini sila rujuk  ==>  www.mormonslocation.com.  Projek genome itu dijangka lengkap dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk lost tribe disebelah Southeast Asia Region (Rantau Asia Tenggara).




disini saya sertakan video penemuan Piramid di dasar laut Yonaguni. yang disiarkan di History Channel.




PERHATIAN : Video di atas hanya fakta sokongan pada hujah-hujah yang dikemukakan. Sepertimana yang kita ketahui (disebutkan di atas ; baris 15-17) masih terdapat beberapa penemuan yang dirahsiakan oleh pengkaji. .

disclaimer : sumber artikel diatas ini diambil  tanpa mengubah langsung contentnya. dan saya tidak mengubah sebarang isi artikel ini. sila rujuk pada permulaan entri diatas sekali kredit  link sumber artikel  yang saya perolehi dari macjay.net. sekian.

p/s : jika ada sebarang info dan penemuan baru, entri ini akan saya update dari semasa ke semasa. insyallah.

Hujah dan pandangan saya pula  ( penulis blog redzuan-ridz) mengenai artikel Piramid ini, jika anda membaca artikel diatas dan melihat secara analitikal. Penyunting sebenarnya tidak memberikan hujah dan fakta dalam mengaitkan hubungannya dengan Bangsa Melayu yang membinanya. dari artikel yg sy ambil diatas ini dan dikongsikan dengan anda. actually memang tidak disertakan references  (rujukan) oleh penyunting. sy cuba mencari rujukan mayb journal,  something or hujah yang lebih genuine yang mengaitkan piramid ini adalh piramid Melayu. Namun tiada,. yang ada cuma 1 assumption/ interpretion not a theory or fact. itu yg jelas mengenai apa yang cuba dikaitkan Piramid tersebut dengan Melayu. agak kabur hujah diberikan penyunting.

dan lagi satu mengenai teori bangsa Sycthia yang dikemukakan itu kurang tepat. Bangsa Sytchia  sebenarnya itu adalah bangsa yakjuj dan makjuj. yang berasal dari ras Indo-Eropah. Suku-suku Arya, Xiongnu, Hun, Mongol dan Tartar inilah suku dari Bangsa Sythcia. dan orang-orang Arab menyebutnya sebagai 'Turk ' yang bermaksud  bangsa di Sebalik Pergunungan Utara. Suku-suku ini semuanya berasal dari moyang yang sama iaitu Yafits bin Nuh.  dan dari penelitian yang lebih terperinci suku Sycthia ini sebenarnya berasal dari keturunan Israel iaitu keturunan Israel Semit hasil dari ujian DNA yang dilakukan  dengan penemuan .  sila rujuk halaman 190 - 204 buku 'Yakjuj dan Makjuj Bencana di Sebalik Gunung'. tulisan Muhammad Alexander. di dalam halaman ini ada dirujuk tafsir Al-Quran ,  manuskrip kuno  Yahudi, kitab Perjanjian Lama Yahudi  karya Herodotus , inskripsi purba kerajaan  Assyria , 

Dan untuk details   anda baca  buku yang setebal  562 halaman ini saya syorkan  kerana meliputi pelbagai sumber yang jelas dinyatakan berdasarkan manuskrip2 lama, inskripsi, tafsir Al-Quran, peta2 lama kitab perjanjian lama pandangan tokoh sarjana islam


Berkenaan  Piramid yang didakwa Piramid Melayu, hujah saya  Jika anda ada membaca buku mengenai Peradaban Lemuria . jika diambil kira dari segi usia peradaban Lemuria ini . bangsa lemuria or dikenali juga bangsa MU ini  dianggarkan  hidup antara 7500-11500 Sebelum Masehi sebelum bangsa ini lenyap.Manakala usia Piramid di Yonaguni ini wujud 8000 Sebelum Masihi hasil dari ujian karbon. Ini bermakna kewujudan bangsa Lemuria  dan kewujudan  piramid yonaguni ini adalah dalam period yang sama. so berdasarkan ini kemungkinan besar piramid ini merupakan sebahagian dari kota kerajaan bagi Peradaban Lemuria.


Hujah kedua,   ada dicatatkan mengenai Kuil-kuil Lemuria yang menempatkan sebuah kristal generator raksasa yang dikelilingi kristal  lain, baik sebagai sumber tenaga maupun digunakan untuk tujuan penyembuhan untuk menjana tenaga. Kaitannya pula dengan Piramid Yonaguni ini dijumpai batu-batu kristal misteri yang besar. dan para pengkaji dan ahli arkeologi mengaitkannya dengan peradaban bangsa Lemuria ini.

Dan akhir kata

cuba anda baca buku mengenai Peradaban Lemuria ini ==>

'Lemuria, the lost continent of the Pacific' tulisan  Spenie Curve Wishar, setebal 285 halaman. ada 1 copy  di library UM. atau lihat di youtube 3 siri video penyelidikan mengenai Bangsa Lemuria ini. sekian.

akhir kata segala pandangan saya bukannya satu refleksi  mengargue tetapi jelas terdapat beberapa fakta dan kontradiksi dari suntingan artikel diatas terutama mengenai kaitan Melayu dengan piramid tersebut.. hujah dan pandangan saya ini adalah berdasarkan tulisan  buku kajian yang disertakan dengan sumber yang berwibawa. dan mungkin boleh menjadi ransangan minda kita bersama dalam mencari kebenaran sebenar misteri yang terselubung. insyallah.