iklan baris
Misteri Manuskrip Voynich Yang Penuh Rahsia
Ada yang mengatakan bahawa manuskrip ini sebenarnya adalah kod rahsia yang menunjukkan ramuan hidup abadi. Disebut-sebut sebagai manuskrip paling misteri, manuskrip Voynich ini telah ditemui oleh seorang penjual buku bernama Wilfrid Voynich pada tahun 1912 di Villa Mondragone, Rom.
Sepertimana yang diambil daripada Discovery News, manuskrip tua ini dipercayai berasal daripada abad ke 15. Greg Hodgins daripada Departmen Phisic University of Arizona telah bekerjasama dengan School of Anthropology Arizona bagi menyatakan bahawasanya manuskrip ini telah dihasilkan di antara tahun 1404-1438.
Voynich mengumumkan penemuan manuskrip tersebut dengan harapan agar manuskrip itu akan dapat diterjemahkan. Dia mendakwa bahawa manuskrip itu sebelumnya telah dimiliki oleh Rudolf II daripada kerajaan Habsburg pada abad ke 16.
Voynich juga mempercayai bahawa manuskrip itu dihasilkan oleh Roger Bacon iaitu seorang ilmuan Inggeris daripada abad ke 13. Namun dakwaan Voynich ini setelah diuji dengan kaedah pengukuran usia karbon tidak terbukti kesahihannya.
Apa yang jelas, manuskrip setebal 250 halaman itu dan terdiri daripada 250.000 karakter ini memang sangat sukar untuk diterjemahkan. Terbahagi kepada beberapa kelompok seperti tulisan dan kalimat, beberapa di antaranya mirip dengan huruf Latin dan angka-angka Romawi sementara yang lainnya pula menggunakan bahasa yang belum diketahui.
Selain daripada itu, manuskrip ini juga memiliki tulisan tangan yang dikelilingi oleh ilustrasi gambar yang rumit untuk ditafsirkan, tanaman yang tidak dapat diidentifikasi, simbol-simbol astrologi, jaringan paip dan gambar perempuan yang sedang mandi.
“Siapakah yang tahu apakah yang ditulis dalam manuskrip itu. Lihat sahaja, Apakah ia berkaitan dengan botani, organisme laut, astrologi atau selainnya? Tidak ada siapapun yang tahu setakat ini”, kata Hodgins.
Namun terdapat juga sebuah spekulasi yang mengatakan bahawa manuskrip itu merupakan hasil karya milik sektor hal-hal keagamaan iaitu satu-satunya dokumen yang tersisa daripada sebuah bahasa yang sudah dilupakan atau lebih tepat lagi disebutkan sebagai sebuah kod rahsia yang menunjukkan ramuan hidup abadi.
Namun beberapa pakar juga mengatakan bahawa manuskrip ini hanyalah sekadar hoax (tipuan) sahaja. Pada 2003, seorang pakar komputer Gordon Rugg sempat mendemonstrasikan bahawa teks-teks dalam manuskrip itu boleh dipecahkan dengan sebuah perangkat software enkripsi yang ditemui pada tahun 1550 iaitu Cardan Grille.
“Walaupun saya belum yakin 100 peratus dengan keakuratan perkiraan usia manuskrip ini”. Menurut Nick Pelling, penulis buku “The Curse of the Voynich”, berkemungkinan kecil manuskrip itu telah dihasilkan selepas tahun 1500. ~ audaf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai