Salam sejahtera semua buat semua pembaca blog redzuan-ridz. Entri kali ini saya bawakan kepada anda semua segmen kereta. Apa yang ingin saya kongsikan kali ini bukanlah model kereta biasa . tetapi kereta yang kalis peluru dan bom. Mungin pelik dan seperti tidak logik bunyinya bagi anda semua , apa kata anda baca sendiri info mengenai kereta ini dibawah .
Dartz Kombat T98 Luxury SUV adalah kereta Range Rover Vogue yang telah diubahsuai oleh Armet Armored Vehicles yang dimiliki oleh seorang usahawan Rusia, Armet Gurkha menjadi sebuah kereta anti peluru. Kereta Dartz Kombat T98 Luxury SUV direka menjadi seperti Hummer .
Bukan saja kebal peluru yang ditembak oleh senjata jenis AK-47, bahkan kereta ini pun tidak musnah oleh letupan bom tangan sekalipun. Body kereta ini dibuat dari besi yang tebal sedangkan kacanya menggunakan kaca dengan ketebalan sehingga 7 cm. Walaupun berat, dengan mesin Vortec V8 nya, kereta ini masih mampu dipandu sehingga 180 km/jam.Menurut maklumat,kereta ini dijual pada harga US$ 200.000 .
gile ar..kalis bom tu
BalasPadamDah macam kereta kebal!!
BalasPadam