iklan baris

Kesinambungan Azan Di Seluruh Dunia

KESINAMBUNGAN AZAN DISELURUH DUNIA ...

Dunia ini mempunyai perbezaan waktu antara satu tempat dengan tempat yang lainnya . . .

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui ‘Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.’



Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.
Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.
Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.

Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.

Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.

Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.
Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.
Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.

Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.
Seiring dengan pergantian siang dan malam . . .

Insya Allah gema Azan akan selalu mengawal dunia ini . .sampai akhir zaman . .



Urutan Wali Nikah Bagi Perempuan Menurut Islam | Susunan Wali Nikah Perempuan Dalam Islam




Assalamualikum buat semua pembaca blog redzuan-ridz . Umunya semua mengetahui urutan wali nikah perempuan dalam Islam adalah sangat penting. Sekiranya seorang gadis yang kematian ayahnya, siapakah yang berhak menjadi wali semasa nikahnya kelak? Adakah mengikut senarai urutan hierarki tertentu?



Jawapannya adalah sekiranya seorang gadis yang kematian ayah, maka urutan wali nikah perempuan dalam Islam yang kematian ayahnya ialah datuknya.

Berikut merupakan susunan atau urutan yang layak menjadi wali nikah perempuan dalam Islam

Wali-wali dalam pernikahan atau perkahwinan mestilah mengikut hierarki atau susunan seperti berikut:

Bapa :

Ayah kepada bapa (datuk)
Adik-beradik lelaki seibu sebapa
Adik-beradik lelaki sebapa
Anak saudara (anak kepada adik-beradik lelaki seibu sebapa)
Anak saudara (anak kepada adik-beradik lelaki sebapa)
Bapa saudara seibu sebapa (adik-beradik lelaki kepada bapa yang seibu sebapa)
Bapa saudara sebapa (adik-beradik lelaki kepada bapa yang sebapa)
Sepupu (anak lelaki kepada bapa saudara yang seibu sebapa)
Sepupu (anak lelaki kepada bapa saudara yang sebapa)

Jika semua wali di atas tidak ada maka yang menjadi wali ialah wali sultan sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Sultan (pemerintah) menjadi wali bagi sesiapa yang tidak ada wali.” (Riwayat Abu Daud).

Bagi wali yang berada pada turutan yang ke-9 (juga yang ke-10), iaitu anak lelaki kepada bapa saudara, yang bapa saudara itu seibu sebapa dengan bapa perempuan (pengantin). Contohnya: Rohaya merupakan anak tunggal kepada pasangan Razali dan Halimah. Selepas kematian ayahnya, Rohaya tinggal bersama ibunya.  Rohaya tidak mempunyai bapa saudara sebelah ayahnya, kecuali seorang sahaja iaitu adik kandung ayahnya yang bernama Khaidir.

Naji mempunyai dua anak, Fuad dan Salwa. Fuad dan Salwa ialah sepupu Rohaya. Mereka juga senasib Rohaya kerana ayah mereka (Khaidir) sudah meninggal dunia. Apabila Rohaya hendak melangsungkan pernikahan kelak, Fuad ialah walinya kerana Fuad merupakan anak lelaki kepada bapa saudara yang seibu sebapa dengan bapa ‘pengantin’ perempuan.

Semoga artikel ini dapat membantu kita untuk sama-sama lebih memahami urutan wali nikah perempuan menurut Islam.