iklan baris

Ibn Al-Awwam : Bapa Pertanian dan Penternakan

Salam hormat buat semua pembaca blog redzuan . semoga anda sihat selalu dan sentiasa berada didalam rahmat-Nya.

Dalam Islam, pertanian dan penternakan amat penting kerana ia merupakan sumber makanan bagi umat manusia.Negara yang memberikan perhatian kepada pertanian tidak akan mengalami kebuluran di kalangan rakyatnya.Di kalangan ilmuwan Islam tidak kurang juga yang memiliki kepakaran serta mahir dalam bidang tersebut.

Beliau ialah Abu Zakaria Yahya bin Muhammad bin al-Awamm al-Isybil atau lebih dikenali sebagai Ibnu Al-Awwam.Beliau dilahirkan di Seville dan hidup pada zaman kejatuhan peradaban Islam di Andalusia.



Walaupun beliau menghadapi kesukaran dan pelbagai rintangan hidup, namun beliau tetap mampu menghasilkan kitab yang berkaitan dengan pertanian dan ternakan.Baginya kitab mengenai pertanian ini penting bagi umat manusia.

Kitab pertanian yang dihasilkannya itu berjudul ‘al-Filahah’ yang mengandungi 34 fasal atau bab. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu pertanian dan penternakan.

Bahagian pertama menceritakan cara memilih tanah dan bagaimana untuk menyuburkannya, memilih baja, menyalurkan air dan cara menanam dan memilih benih pokok sama ada sesuai ditanam atau tidak.

Seterusnya beliau menerangkan cara menguruskan kebun bermula daripada kaedah memilih benih, jenis pokok yang boleh ditanam dan sesuai dengan tanah serta kawasan.

Kitab Al-Filahah

Beliau juga menunjukkan cara bagaimana untuk menyuntik pokok, mengahwinkan pokok, menyembuhkan penyakit pokok, serta cara menyimpan benih dan cara menyimpan buah-buahan yang kering atau basah.

Dalam bahagian kedua kitab “al-Filahah” pula, Ibnu Awwam menerangkan mengenai dunia penternakan haiwan. Pada bab ini beliau menerangkan bagaimana menternak haiwan dan merawatnya termasuk cara pembedahan yang patut dilakukan ke atas haiwan sekiranya dihinggapi penyakit.



Kitab tersebut juga mempunyai satu bab khusus mengenai cara-cara memelihara kuda, termasuk pemakanan haiwan, dan rawatan yang harus diberikan. Selain itu beliau turut menerangkan cara bagaimana menunggang kuda, sama ada menunggang dengan membawa senjata atau tanpa senjata.

Ketinggian ilmu beliau dalam bidang penternakan tidak dapat dipertikaikan. Beliau turut menerangkan cara untuk memelihara unggas dengan sempurna dan baik malah beliau mampu mengulas secara terperinci.

Oleh kerana bukunya mengenai pertanian dan penternakan itu dianggap sangat berguna, maka ia telah diterjemahkan kepada beberapa bahasa antaranya bahasa Sepanyol (dicetak di Madrid-1802), Seville (1878) dan bahasa Perancis (dicetak di Paris 1865).

Dalam bidang tersebut, beliau telah mengkaji terlebih dahulu sebelum menghasilkan resolusi yang berkaitan dalam pertanian dan penternakan. Ibnu Awwam dianggap sebagai tokoh dan ilmuan yang sangat teliti dalam mengembangkan ilmu yang diketahuinya.

Beliau menulis bukan saja berdasarkan teori semata-mata tetapi berasaskan amalan yang dilakukannya terlebih dahulu dan mempraktikkannya.



Sekiranya sesuatu tumbuhan itu tidak sesuai di sesuatu kawasan, beliau akan menyenaraikan sebab yang terjadi dan menerangkan apa yang harus dilakukan seterusnya. Ini membuktikan bahawa beliau seorang tokoh yang bertanggungjawab dan jujur dalam mengembangkan ilmu pertanian.

Selain itu, Ibnu Awwam juga berjaya mencipta cara menghasilkan pelbagai jenis bunga yang berwarna-warni dan menghasilkan buah epal di luar musim.

Kisah tokoh ilmuan ini telah menjadi kebanggaan umat Islam pada masa kini.

Hasil karya-karya beliau telah banyak diterjemahkan dalam pelbagai bahasa untuk rujukan terutama para petani dan peladang.

Dalam riwayatnya, beliau pernah berkata:-

“Sesiapa yang menyemai semaian atau terlibat dalam pertanian, lalu hasilnya dimakan oleh manusia, burung atau haiwan maka ia adalah sedekah bagi dirinya.”

Mari Belajar Bahasa Arab

Mari Belajar Bahasa Arab | Kamus Bahasa Arab Online



Jom belajar ungkapan yang biasa digunakan dalam bahasa arab

🌸terima kasih - syukran (شكرًا )
🌸sama sama - afwan ( عفواً )
🌸saya minta maaf - aseef (asif) ( آسف )
🌸baiklah - hasanan ( حسناً )
🌸mungkin - rubbama (ربما )
🌸awas! - intabih ( انتبِه )
🌸berhati hatilah - ihzar ( احذر )
🌸jangan lupa - la tansa ( لا تنسىٰ )
🌸samiinun - gemuk ( سمين )
🌸Tawiilun - panjang ( طويل )
🌸Qasirun - pendek ( قصير )
🌸khofiidhun - rendah ( خفيض )
🌸nahiifun - kurus ( نحيف )
🌸yaum - hari ( يوم )
🌸usbu' - minggu ( أسبوع )
🌸syahr - bulan ( شهر )
🌸sanah - tahun ( سنة )
semoga berjaya ..

Ucapan dalam bahasa arab .
🌻Selamat malam - laila sa'edah ( ليلة سعيدة )
🌻sobahul khair - selamat pagi ( صباح الخير )
🌻ucapan balas sobahul khair - sobahannur ( صباح النور )
🌻semoga berjaya - bitaufiq wannajah ( بالتوفيق والنجاح )
🌻salam ukhuwah - salam perkenalan ( سلام اخوة )
🌻jazakallah hukhairan - semoga Allah membalas jasamu ( جزاك الله خيرا )
🌻tobat masauk - selamat tengahari ( طابت مساؤك )
🌻azhoma allahu ajrak - semoga Allah memuliakan amalan kamu ( عظّم الله أجرك )
🌻uhibbuki - saya sayang awak (perempuan) ( أحبكِ )
🌻uhibbuka- saya sayang awak (lelaki) ( أحبكَ )
semoga berjaya ..

Ganti nama/personal pronouns
..aku/saya - ana ( أنا )
..kamu (lelaki) - anta ( أنتَ )
..kamu (perempuan) - anti ( أنتِ )
..dia (lelaki -seorang ) - huwa ( هُوَ )
..dia (perempuan-seorang) - hiya ( هِيَ )
..dia (lelaki/perempuan -2orang) -huma ( هماَ )
..dia (lelaki -3 dan keatas) - hum ( هُمْ )
..dia (perempuan-3 dan keatas) - hunna ( هنَّ )
..kami - nahnu ( نحنُ )
..kalian (ramai) - antum ( أنتم )
..mereka - hum ( هُمْ )
..cantik = jameelah ( جميلة )
..buruk = qabih ( قبيح )
..Bersih = nadziifun ( نظيف )
..Malas = kaslaan ( كسلان )
..Ata'allamu = saya belajar ( أتعلم )
..a'kulu = saya makan ( أاكل )
..Asyrobu = saya minum ( أشرب )
..Aqrou = saya membaca ( أقرا )
..aktubu = saya menulis ( أكتب )
..Atakallamu = saya berbicara ( أتكلم )
..Amsiku = saya memegang ( أمسك )
..A'malu = saya mengerjakan ( أعمل )
..Albasu = saya memakai ( ألبس )
..Toriiqon = jalan ( طريق )
..Baytun = rumah ( بيت )
..Mirsamun = pensil ( مِرسم )
..Qolamun = pulpen ( قلم )
..Mimsahatun = pemadam ( ممسحة )
..Mishbaahun = lampu ( مصباح )
..Sabbuurotun = papan tulis ( سبورة )
..Kaifahaluka- apa khabar (lelaki) ( كيف حالكَ )
..Kaifahaluki- apa khabar (girl) ( كيف حالكِ )
..Askunufi- saya tinggal di ( أسكن في )
..Umri- umur saya ( عمري )
..Masmuki? Siapa namamu (untuk perempuan) ( ما اسمكِ )
..Masmuka? Siapa namamu (untuk laki2) ( ما اسمكَ )
..Ana tilmiidzatun = saya seorang murid (untuk perempuan) ( انا تلميذة )
..Ana tilmiidzun = saya seorang murid (untuk laki2) ( انا تلميذ )
..Ahlam Saiidah = semoga mimpi indah ( احلام سعيدة )
..Syafakallah-smoga Allah menyembuhkn kamu ( شفاك الله )
smoga bermanfaat

♪BELAJAR BAHASA ARAB♪

*Ukhwahfillah = Pshabatan Krna Allah ( اخوة في الله )
*Ukhtin = Kakak @ Saudara Perempuan ( اخت )
*Akhun = Abang @ Saudara Lelaki ( أخ )
*Zauj = Suami @ Pasangan (L) ( زوج )
*Zaujah = Isteri @ Pasangan (P) ( زوجة )
*Asiff Jiddan = Saya minta maaf sangat2 ( آسف جداً )
*Ukhwahfillah Abadan Abada = Psaudaraan krna Allah Selama2nya ( اخوة في الله أبداً ابدا )
*Fa'idza Adzamta fatawakkal'alallah = Stelah kmu brazam maka bertawakallah pd Allah ( فإذا عزمت فتوكل على الله )
*Inni Akhafullah = Ssguhnya aku takutkan Allah ( إني أخاف الله )
*Maafi Qalbi Ghairullah = Tiada di hatiku selain Allah ( مافي قلبي غير الله )
*Lau Samatha = Maafkan saya ( لَو سمحتَ )
*Naltaqi Ghadan = Kta jmpa esok ( نلتقي غداً )
*Illalliqa' = moga bertemu lagi ( الى اللقاء )
*Syafakallah = moga Allah myembuhkan awak (L) ( شفاكَ الله )
*Syafakillah = moga Allah myembuhkan awak (P) ( شفاكِ الله )
*Tafaddhol = Silakan ( تفضل )
*La Aadri = Saya Tak Tahu ( لا أدري )
*Maa fii Musykilah = tiada masalah ( مافي مشكلة )
*Jazakallahu khairan khatsiira = Smga Allah mblasmu dgn kbaikan (L) ( جزاكَ الله خيراً كثيراً )
*Jazakillahu khairan khatsiira = Smga Allah mblasmu dgn kebaikan (P) ( جزاكِ الله خيراً كثيراً )
*Jazakumullahu khairan khatsiira = Smga Allah mblasmu dgn kebaikan (L&P) جزاكمُ الله خيراً كثيراً )
*Wa iyyaka (L) = Dan utkmu jua.Blasan utk ucapan 👆( وإياكَ )
*Wa iyyaki (P) = dan utkmu jua.Blasan utk ucapan👆( وإياكِ )
*Allahukhairujaza' = Allah adalah Sebaik-baik Pemberi ( الله خير الجزاء )
*Fahimtum? = Adakah kalian faham.? ( فهمتم )
*Fahimna = Kami telah faham ( فهمنا )
*Ijhad wala taksal = Bsguh2 dn jgnlah kmu malas ( اجهدْ ولا تكسلْ )
*La Tahzan Innallaha Ma'ana = Jgnlah bsdih, Ssguhnya Allah bsma kita ( لا تحزنْ انا الله معنا )
*Kafaa Bilmauti waa'izhan = Cukuplah kmatian itu mjadi pringatan ( كفى بالموت واعظاً )
*Bi idznillah = Dgn izin Allah ( بإذن الله )
*InshaAllah kull khayr ! Aamiin = inshaaAllah smuanya baik,Aamiin ( إن شاء الله كل خير. آمين )
*Barakallahu Fiq = Smga Allah mrahmati kamu/mbrkati kamu ( بارك الله فيك )
*Masa ul khair = slmt ptg ( مساء الخير )
*Na'am = Ya ( نعم )
*Yallah2 bisura'h = mari2 cpat (lekas2) ( يالله بسرعة )
*Ismahli ya ustaz/ustazah = Tumpang tanya wahai Ustaz/Ustazah ( اسمحلي يا أستاذ/أستاذة )
*Uridu an azhaba ilal dauratul miah = Blhkah sy ingin ke bilik air ( أريد أن أذهب الى دورة المياه )
*Sanah Helwah = Slmt hr jd ( سنة حلوة )lu
*Ana Aidon = Saya Juga ( أنا أيضاً )

Kongsi bersama..moga bermanfaat

Cara Membezakan Madu Asli Dengan Palsu

Cara Bezakan Madu Asli Dengan Palsu | Cara Kenal Madu Palsu

madu asli

Madu asli atau palsu



Itulah persoalan yang kerap ditanya setiap kali didekati penjual madu di jalanan.

Pada hakikatnya, madu palsu memang wujud di pasaran hari ini (mungkin disebabkan harga tinggi untuk sesetengah jenis madu seperti madu tualang). Malah, ada yang percaya 80% madu yang berada di pasaran adalah madu palsu!

Bagi mereka yang yakin akan khasiat madu dan mengamalkan pengambilan madu, perkara yang paling sukar ialah untuk mendapatkan bekalan madu yang asli dan berkualiti. Tertipu duit mungkin perkara kecil, yang lebih penting adalah kesihatan diri dan keluarga tidak terjamin dan boleh memudaratkan badan.

Jadi, pengetahuan dan pengalaman dalam cara membezakan madu asli dan palsu amat penting. Bagi madu asli pula, anda boleh menggunakan cara-cara di bawah untuk memastikan tahap keaslian dan kualitinya.


Madu asli tidak mengeras di dalam peti sejuk.

Madu yang mengeras apabila disejukkan bukanlah semestinya palsu, tetapi ini menunjukkan kandungan air yang tinggi dan kurang berkualiti. Madu asli juga kadang-kala mempunyai kandungan air disebabkan keadaan cuaca dan proses pembungkusan.


Madu asli tidak akan dihurungi semut.

Pelik, tetapi benar! Madu adalah satu-satunya makanan manis yang tidak disukai oleh semut. Hanya madu palsu yang mengandungi gula pemanis akan dimakan semut.


Madu asli akan mengumpal di dalam air.

Sesudu madu asli yang dituangkan di dalam air (tanpa dikacau) akan mengumpal dan jatuh di dasar air. Madu palsu akan bercampur dengan air (sebanyak mana bergantung kepada kandungan air di dalamnya).


Madu asli tidak putus bila ditarik.

Madu asli yang ditarik tinggi hanya akan membentuk alur yang halus apabila mengalir turun dan tidak putus. Madu palsu (atau madu asli yang mempunyai kandungan air yang tinggi) akan putus-putus pengalirannya.


Madu putih selalunya palsu.

Madu putih yang selalunya dikatakan royal jelly oleh penjual jalanan biasanya adalah palsu. Pertama, royal jelly biasanya hanya diperoleh dalam kuantiti yang sangat sedikit dan jarang memenuhi satu botol (seperti botol-botol yang dijual di jalanan). Bayangkan, produk yang mengandungi royal jelly beberapa gram sudah mencecah ratusan ringgit. Kedua, royal jelly perlu sentiasa disejukkan kerana khasiatnya sensitif kepada suhu. Oleh itu, royal jelly tidak sesuai dijual di jalanan.


Madu asli mempunyai sijil ketulenan.

Ini mungkin bukan cara yang terbaik untuk mengenalpasti ketulenan madu, tetapi jika anda biasa membeli madu di pasar raya, pilihlah madu yang mempunyai sijil seperti Kosher, Organik, UMR® (untuk madu manuka sahaja) dan Halal.


Madu asli akan menyebabkan kuning telur masak dengan sendirinya.

Cara ini seumpama lagenda kerana tidak ramai yang berjaya menggunakannya, walaupun dengan madu asli. Ini kerana hanya madu yang benar-benar segar mengandungi enzim-enzim aktif yang ‘memasak’ kuning telur. Sekiranya anda mendapat madu yang boleh ‘memasak’ kuning telur, madu tersebut adalah benar-benar berkualiti dan segar!


Madu asli mempunyai komposisi gula tertentu.

 Cara yang paling tepat untuk membezakan madu asli dan palsu adalah dengan menjalankan ujian makmal. Madu asli dan tulen mempunyai nisbah komposisi glukosa dan fruktosa antara 0.30 – 1.35 sahaja. Madu palsu sukar untuk menyamai nisbah ini.