iklan baris

Stylez Store House : Online Shopping Dengan Harga Murah

Salam hormat buat semua  pembaca blog .Siapa yang suka shopping online tu,saya nak kenalkan lagi satu website yang u all boleh cuci mata sambil berbelanja.. (",) Stylez Store House ada jual macam2 barang tau... Antara ketegori produk yang Stylez Store House jual, Apparel & AccecoriesHealth & BeautyJewelry & watchesLingerieShawlsSport & entertaiment... Kesemua produk yang Stylez Store House jual murah2 tau... dengan kata lain, mampu milik la.. (",).. meh sini saya tunjuk kat u all antara barang yang Stylez Store House jual..


VINTAGE WRISTWATCH.. Sangat2 cantik..!! Saya suka yang vintage camni... harga dia pun murah je u all.. RM50 termasuk pos... murah kan... boleh beli untuk bagi hadiah dekat insan2 tersayang (^_^)




Blouse ni pun cantik.. Rasa macam ayu je bila guna.. cewah.. hahah... yang menariknya bahagian butang & lace tu la.. pakai g opis pun ok gak ni (",) Blouse ni pun berharga RM50 termasuk pos...


Stylez Store House pun ada jual spek mata.. Opsttt!! ini bukan sebarangan spek mata yer... Ini nama diaEYESIGHT THERAPY GLASSES... Ia bagus untuk u all yang ada masalah mata seperti rabun dekat, rabun jauh, katarak... Hanya guna dalam 15 minit sehari, dalam masa beberapa minggu, u all dah nampak kesannya... Harganya cuma rm 50 untuk member


Brooch Chanel ni memang meletoppp lah... Cantik sesangat!!.. Harganya cuma RM40 tapi yang ni kene pre-order la...


SHISEIDO BLACK MASK ni macam menarik.. Sesuai sangat sapa2 yang ada bintik2 kat hidung tu... saya pun ada jugak bintik2 tu.. heheh.. lenkali boleh beli ni... Eh, u all patut beli jugak.. nanti time raya, cantiklah sikit nak mekap.. takdalah nampak bintik2 hitam or putih kat hidung (",) Harganya cuma RM18 untuk 10pcs..


CRYSTAL COLLAGEN EYEMASK ni macam best... Best sebab antara fungsi dia boleh hilangkan lingkaran hitam bawah mata... Kalau nak cantik time raya nanti, kene beli sekarang tau!! hihii.. Ohya, harganya murah je... RM2.50 sepasang..


Stylez Store House pun ada jual SAUNA BELT tau...Produk ni bagus untuk sesiapa yang ingin hilangkan lemak2 macam kat PERUT, PEHA & PINGGUL.. SAUNA BELT ni murah sesangat tau..!!RM50 je...


Amacam?? memang murah2 kan produk yang Stylez Store House jual.. Macam2 produk ada tau... U all terjah jeBlog Stylez Store House or Fanpage Stylez Store House

Nisfu Syaaban : Fadhilatnya Sahih Tetapi Tiada Amalan Khusus





Hadith sahih fadhilat nisfu sya'ban :

“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)".

(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)

Berdasarkan hadith ini cukuplah bagi kita meningkatkan amalan kita pada malam tersebut mengikut cara yang telah diajar nabi dengan amalan harian seperti bangun solat tahajud, membaca al-Qur'an (jangan mengkhusus surah-surah tertentu untuk diabaca), berzikir dengan zikir-zikir mathur dan berdoa.

Daripada Aisyah ra berkata: (Adalah Rasulullah saw apabila berpuasa, sehingga kita menganggap Baginda tidak akan berbuka, dan apabila Baginda berbuka, seolah-olah kita akan menganggap Baginda tidak akan berpuasa, dan aku tidak pernah melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat Baginda memperbanyakkan puasanya (selain bulan Ramadhan) melainkan pada bulan Sya’ban).
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Daripada hadith di atas kita juga disunnah memperbanyakkan puasa dalam bulan sya'baan TETAPI jangan kita mengkhususkan puasa pada nifsu syaa'ban dengan mengatakan sunnah untuk puasa pada nifsu syaa'ban.Hadith sahih hanya mengatakan sunnah untuk memperbanyakan puasa pada bulan sya'baan sahaja tiada hadith yang menyebut khusus tentang sunnah berpuasa pada nifsu sya'ban.

Jadi sesiapa yang hendak berpuasa pada hari nifsu sya'ban dengan niat aku berpuasa pada hari ini kerana nabi memperbanyakkan puasa pada bulan sya'ban maka sesunggunhnya dia telah mengikut sunnah.

TETAPI

Jika seseorang berpuasa pada hari nifsu sya'ban dengan niat aku berpuasa pada hari ini kerana nabi mengkhususkan puasa pada nifsu sya'baan maka sesungguhnya ini bukan sunnah daripada nabi dan amalan ini tertolak.


Tiada amalan-amalan khusus pada nifsu sya'ban

Tiada amalan-amalan khusus yang diajar nabi untuk dilakukan pada malam tersebut.Kita melihat banyak hadith-hadith lemah tentang amalan-amalan khusus pada malam nifsu sya'baan dan ia ditambahkan lagi dengan hadith-hadith palsu yang direka tentang amalan-amalan khusus pada malam tersebut.


Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradawi mengenai amalam-amalan khusus nisfu sya'baan:

“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya...perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka."
(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Wahai pereka-pereka hadith ingatlah sesungguhnya kamu semua telah berdusta ketas nabi dengan hadith-hadith rekaan dan tulisan kamu, siaplah api neraka bagi kamu semua, hal ini berdasarkan hadith sahih dibawah :“

Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka)


Ulasan terhadap hadith palsu dan daif tentang amalan-amalan khusus pada malam nisfu Sya'baan

(1) Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra:

(Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari dan berfirman: “Adakah sesiapa yang memohon ampun daripada-Ku akan Ku ampunkannya. Adakah sesiapa yang memohon rezeki daripada-Ku, akan Ku kurniakan rezeki kepadanya. Adakah sesiapa yang sakit yang meminta penyembuhan, akan Ku sembuhkannya. Adakah sesiapa yang yang meminta daripada-Ku akan Ku berikan kepadanya, dan adakah begini, adakah begitu dan berlakulah hal ini sehingga terbitnya fajar)
ULASAN : Hadis ini adalah maudhu’, diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman. Rujuk Dhaifah al-Jami’ dan Silsilah al-Dhaifah oleh al-Albani, Dhaif Ibn Majah.

(2) Hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Umar ra :

(Barang siapa membaca seribu kali surah al-Ikhlas dalam seratus rakaat solat pada malam Nisfu Sya’ban ia tidak keluar dari dunia (mati) sehinggalah Allah mengutuskan dalam tidurnya seratus malaikat; tiga puluh daripada mereka mengkhabarkan syurga baginya, tiga puluh lagi menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh yang lain mengawalnya daripada melakukan kesalahan dan sepuluh lagi akan mencegah orang yang memusuhinya)).Hadis ini menurut Ibn al-Jauzi adalah Maudhu’.
(Rujuk Ibn al-Jauzi, al-Maudhu’at, Dar al-Fikr, cet. 1983, 2/128).

ULASAN : Imam al-Daruqutni pula meriwayatkan hadis ini daripada Muhamad bin Abdun bin Amir al-Samarqandi dan dia mengatakan bahawa Muhamad adalah seorang pendusta dan pembuat hadis. Pendapat ini juga sama seperti yang disebut oleh Imam al-Zahabi bahawa Muhamad bin Abdun terkenal sebagai pembuat hadis.

(3) Hadith yang diriwayatkan daripada Ja’far bin Muhammad daripada ayahnya berkata:

(Sesiapa yang membaca pada malam Nisfu Sya’ban seribu kali surah al-ikhlas dalam sepuluh rakaat, maka ia tidak akan mati sehingga Allah mengutuskan kepadanya seratus malaikat, tiga puluh menyampaikan khabar gembira syurga kepadanya, tiga puluh menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh akan mengawalnya dari berbuat salah dan sepuluh akan menulis mengenai musuh-musuhnya).
ULASAN :Ibn al-Jauzi turut menghukum hadis ini dengan maudhu’.

Hadis-hadis yang menyebut tentang amalan-amalan yang khusus seperti solat, doa dan sebagainya adalah tidak sahih.

Justeru, tidak ada amalan–amalan atau ibadah khusus yang disunatkan untuk dilakukan pada malam Nisfu Sya’ban seperti solat tertentu yang dinamakan solat al-Alfiyah atau membaca sesuatu surah (seperti surah Yaasin) supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman atau sebagainya.
Jika amalan ini thabit, pasti Rasulullah saw akan mengajarkannya kepada para sahabat dan generasi selepas itu akan menyampaikannya kepada kita.


Ulasan tokoh-tokoh Hadith


Al-Hafiz al-Iraqi berkata:

(Hadis tentang solat pada malam Nisfu Sya’ban adalah maudhu’, direka cipta dan disandarkan kepada Rasulullah saw.


al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’:

Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan I’syak pada malam Jumaat pertama bulan rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Sya’ban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bid‘ah (ditokok tambah dalam agama).
(Rujuk: Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, cetakan ke-3, Uni.Islam Madinah, hal. 14).


Syiekh Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz berkata:

(Dan di antara perkara-perkara ibadah yang direka cipta oleh manusia ialah merayakan malam Nisfu Sya’ban dan berpuasa sunat khusus pada siangnya, dan tidaklah ada sebarang dalil yang mengharuskan perkara ini. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan amalan ini adalah dhaif dan tidak boleh berhujah dengannya. Ada pun riwayat yang menyebut tentang kelebihan solat yang khas, semuanya adalah maudhu’ seperti mana yang telah dijelaskan oleh kebanyakan ahli ilmu).
(Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, hal. 11).


Dr. Yusof al-Qaradhawi juga menyatakan di dalam fatwanya:

(Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah).

(Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya).

(Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)

Para ulama muktabar lain seperti Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah, Imam al-Suyuti, Abu Bakr al-Turtusyi, al-Maqdisi, Ibn Rejab dan lain-lain lagi juga menafikan akan wujudnya amalan ibadah yang khas pada malam Nisfu Syaaban ini. Namun, ini bukanlah bererti malam ini tidak mempunyai kelebihannya, bahkan terdapat hadis-hadis yang thabit yang menyebut akan fadhilat dan kelebihannya, tetapi tidak dinyatakan tentang amalan ibadah khas yang perlu dilakukan.

Maka sebarang ibadah yang dilakukan pada malam tersebut tidak boleh disandarkan dengan mana-mana hadis atau pun menganggapnya mempunyai kelebihan yang khas dan tidak juga dilakukan secara berjemaah. Hal ini telah disebut al-Imam al- Suyuti:

(Dan pada malam Nisfu Sya’ban itu padanya kelebihan, dan menghidupkannya dengan ibadah adalah digalakkan, tetapi hendaklah dilakukan secara bersendirian bukan dalam bentuk berjemaah).

(Rujuk: al-Suyuti, al-amru bi al-ittiba’ wa al-nahyu an al-ibtida’ (Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyah, cet. 1, 1998), hal 61)

Panduan Lulus Peperiksaan MUET : Pakej Lengkap Rahsia Lulus MUET

Panduan Lulus MUET | Cara Lulus MUET 





Salam sejahtera buat anda semua . harini saya ingin review mengenai sebuah pakej ebook  Rahsia pakej lengkap Rahsia Lulus Muet
Ramai yang telah mendapat manfaat dari  ebook “Pakej Lengkap Rahsia Lulus MUET
Tidak kira samada anda pernah  atau tidak menghadiri peperiksaan MUET
atau pernah gagal… mahu tidak mahu anda mesti menduduki peperiksaan MUET ini.
Ia adalah wajib bagi pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta
Jika anda tidak lulus peperiksaan  MUET tidak mungkin anda akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat  ijazah pertama (Degree) di Institusi Pengajian Tinggi awam (IPTA) tempatan dan seterusnya. Dengan kata lain, peperiksaan  MUET merupakan perkara paling kritikal perlu dilepasi.
Secara kasarnya pakej ebook ini bukan sahaja terkandung maklumat umum tentang
peperiksaan MUET malah jauh lebih banyak lagi. Setiap seksyen dihuraikan dengan terperinci
beserta contoh soalan dan jawapannya  dipecahkan kepada perincian detail untuk  memudahkan persediaan anda.
Anda tidak perlu bersusah payah mencari bahan rujukan kerana kesemua yang perlu anda tahu telah
dipakejkan. Apa yang perlu  anda lakukan hanyalah segera miliki pakej ebook
Pakej Lengkap Rahsia Lulus MUET”  dan mula membacanya.
Jika anda fikir soalan Reading susah biar Team MUET tunjukkan betapa mudah untuk menjawab soalan tersebut. Ianya tidaklah sesukar seperti dibayangkan. Anda akan diberikan puluhan contoh soalan dari pelbagai seksyen dan topik.


Walaupun soalan-soalan tersebut tidaklah "sesukar" mana namun persedian perlu dilakukan kerana soalan-soalan tersebut tetap mengelirukan jika kali pertama anda melihatnya.Jika  anda berasa takut mungkin ianya tidak berbaloi buat anda ,  Team MUET memberi jaminan buat anda
Saya petik semula JANJI mereka;
Untuk lebih menyakinkan anda biarlah saya berikan JAMINAN TANPA RISIKO buat anda tanpa menaikkan nilai pelaburan anda :
Dalam masa 12 bulan selepas anda memiliki ebook ini  dan anda rasa anda mahu wang anda semula disebabkan tiada satu pun teknik yang dikongsikan itu berkesan  maka anda hanya perlu hubungi saya dan saya akan  pulangkan kesemua wang pelaburan anda dengan tanpa banyak soal
Itu JANJI kami dari Team MUET."
Jadi anda tidak perlu risau kerana belian anda mempunyai jaminan.Di samping itu anda akan mendapat ‘update’ dengan berita-berita terkini mengenai ujian seterusnya. Yang menariknya ia akan diberikan percuma sahaja jika anda memliki ebook ini sekarang!! klik gambar banner di bawah dapatkan sekarang ..

Ikhlas dari saya ,
MOHD REDZUAN BIN ABDUL MULOK
p/s Jangan bimbang masih ada masa lagi untuk anda lakukan persediaan untuk LULUS PEPERIKSAAN MUET  sekaligus mendapat keputusan BAND Tertinggi dalam Peperiksaan MUET kali ini;


Amalan Sunat Bulan Syaaban




Beberapa amalan Sunnah dalam Bulan Sya'ban

Di dalam bulan Sya’ban, terdapat beberapa ajaran daripada sunnah Rasulullah s.a.w. yang dapat diamalkan oleh seseorang muslim. Di antaranya ialah seperti berikut:


1- Perbanyakkan puasa dalam bulan ini:

…أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا حَدَّثَتْهُ قَالَتْ لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ شَهْرًا أَكْثَرَ مِنْ شَعْبَانَ فَإِنَّهُ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ وَكَانَ يَقُولُ خُذُوا مِنْ الْعَمَلِ مَا تُطِيقُونَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا وَأَحَبُّ الصَّلَاةِ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا دُووِمَ عَلَيْهِ وَإِنْ قَلَّتْ وَكَانَ إِذَا صَلَّى صَلَاةً دَاوَمَ عَلَيْهَا[1]

Maksudnya: ‘Aisyah berkata ‘Tidak pernah Nabi s.a.w. berpuasa pada satu bulan melebihi bulan Sya‘ban. Baginda berpuasa bulan Sya‘ban kesemuanya. Baginda sering berkata “Ambil amalan yang kamu mampu lakukan kerana Allah tidak akan bosan kecuali jika kamu bosan.” Sebaik-baik solat kepada Nabi s.a.w. ialah apa yang diteruskan walaupun sedikit. Jika baginda melakukan satu solat Baginda akan meneruskannya.


2- Apabila sampainya pertengahan Sya‘ban, pastikan kita mempunyai sifat-sifat mulia ini (mukmin, tidak bersengketa dan tidak berhasad):

يطلع الله تبارك و تعالى إلى خلقه ليلة النصف من شعبان ، فيغفر لجميع خلقه ، إلا لمشرك أو مشاحن []

Maksudnya: Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam pertengahan Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).


3- Apabila berada di pertengahan kedua Sya‘ban, puasalah pada hari yang biasa kita puasa sahaja, jika
tidak biasa puasa pada hari itu elok jangan berpuasa:

إِذَا بَقِيَ نِصْفٌ مِنْ شَعْبَانَ فَلَا تَصُومُوا []

Maksudnya: Apabila datangnya pertengahan Sya‘ban maka janganlah kamu berpuasa.


4- Pastikan tidak berpuasa pada hari yang diragui adakah masih Sya‘ban atau sudah masuk Ramadhan:

لَا تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلَا يَوْمَيْنِ إِلَّا رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ []

Maksudnya: Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan puasa satu hari atau dua hari kecuali orang yang biasa puasa hari tertentu bolehlah dia berpuasa pada hari itu.

…فَقَالَ عَمَّارٌ مَنْ صَامَ الْيَوْمَ الَّذِي يَشُكُّ فِيهِ النَّاسُ فَقَدْ عَصَى أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ [5]

Maksudnya: Maka Ammar berkata ‘Siapa yang puasa pada hari yang manusia meraguinya maka dia telah membuat maksiat terhadap Abu al-Qasim s.a.w.



[1] HR al-Bukhari, Kitab al-Saum, Bab Saum Sya‘ban, No. 1834. Juga Muslim, Kitab al-Siyam, Bab Siyam al-Nabi s.a.w. Fi Ghair Ramadhan Wa Istihbab An La Yukhliya Shahran ‘An Saum, No. 1957.
[2] HR Ibnu Abi ‘Asim, Ibnu Hibban dan lain-lain, dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, No. 1144.
[3] HR al-Tirmizi, Kitab al-Saum, Bab Ma Ja’ Fi Karahiyah al-Saum Fi al-Nisf al-Thani Min Sya‘ban Li Hal Ramadhan, No. 669.
[4] HR Muslim, Kitab al-Siyam, Bab La Taqaddamu Ramadhan Bi Saum Yaum Wa La Yaumain, No. 1912.
[5] HR al-Tirmizi, Kitab al-Saum, Bab Ma Ja’ Fi Karahiyah Saum Yaum al-Syak, No. 622. Dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan Abi Daud, No. 686.



dipetik dari blog ustaz fadlan .

Ringkasan Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW




Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca blog dirahmati Allah sekalian . Salam Israk dan Mikraj. Sebelum ini saya pernah kongsikan entri mengenai  peristiwa israk dan mikraj Nabi Muhammad S.A.W . Di bawah ini saya kongsikan  ringkasan peristiwa yang dialami oleh Baginda junjungan kita ketika peristwa israk mikraj .



Secara ringkasnya, antara peristiwa yang dialami oleh Rasulullah SAW ketika Isra' dan Mi'raj adalah seperti berikut:


1. Orang yang bercucuk tanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat: Gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah.

2. Mencium bau yang wangi iaitu bau tukang sikat Firaun (Mashitah) yang beriman kepada Allah.

3. Sekumpulan manusia menghempap kepala masing-masing dengan batu berulangkali : Gambaran orang yang berat melakukan solat fardhu.

4. Kumpulan manusia telanjang memakan rumput berduri, buah zaqqum yang sangat pahit dan memakan bara api Jahannam: Balasan orang yang tidak suka menderma, bersedekah dan tidak mengeluarkan zakat.

5. Orang yang mengguntingkan lidah tidak berhenti-henti: Balasan orang yang bercakap tetapi tidak mengamalkannya.

6. Sekumpulan manusia makan daging busuk sedangkan ada daging baik: Balasan orang yang berzina sedangkan dirinya ada isteri yang sah.

7. Orang yang tenggelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan batu: Balasan orang yang memakan riba.

8. Kumpulan manusia mencakar-cakar muka dan dada dengan kuku yang tajam: Balasan orang yang suka mengumpat.

9. Orang yang membawa berkas kayu yang banyak tidak terangkat olehnya: Balasan orang yang menerima amanah tetapi tidak sanggup melaksanakannya.

10. Seekor lembu keluar dari lubang kecil tetapi tidak dapat masuk semula ke dalam lubang tersebut: Gambaran orang yang suka bercakap besar.

11. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu: Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.

12. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk : Balasan wanita yang tidak menutup auratnya.

13. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti keldai: Balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.

14. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri: Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.

15. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya: Balasan orang yang membesarkan diri dan takabbur kepada orang ramai.

16. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya: Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.

17. Wanita tergantung rambutnya di pohon Zaqqum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar: Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.

18. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya : Balasan wanita yang menjadi penyanyi tanpa sempat bertaubat.

19. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut : Balasan orang yang makan harta anak yatim.

20. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya :  Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.



Details kisah israk dan mikraj sila klik ==> Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW