Assalamualaikum dan salam sejahtera, untuk entri kali ni, saya ingin berkongsikan anda mengenai info ini untuk renungan kita bersama. entri kali ini mengenai 7 golongan yang akan mendapat naungan atau dalam erti kata lain mendapat perlindungan di padang masyar.
RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah
1) pemerintah yang adil,
2)pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya,
3)orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid,
4)dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah,
5)orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”,
6)orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya
7)orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
Ada tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu:
1. Pemerintah yang adil.
Ia kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan amat berat. Bukan mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.
2. Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya.
Sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja. Ini kerana pada usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa depannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna.
Pada masa muda juga pelbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka, beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan ini. Bahkan, usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.
3. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.
Sesungguhnya ada hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah dan dikategorikan sebagai suatu sedekah.
Maka, apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.
4. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah
Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah supaya ia mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.
5. Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu dia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”
Ia menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar sudah berjaya menangkis segala bentuk godaan.
Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut dosanya.
6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya
Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan ada perasaan riak dan ingin menunjuk-nunjuk. Ia supaya mendapatkan pujian atau sanjungan atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakukannya.
7. Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah
Inilah sifat mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh itu, hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara yang melalaikan.
p/s: moga2 dengan perkongsian ini akan meningkatkan lagi kecintaan kita melakukan kebaikan dan perkara diredhai serta menjauhi perkara yang ditegah dalam agama. hopefully kita semua akan tergolong antara golongan yang mendapat naungan di padang masyhar, insyallah :)
iklan baris
7 KEAJAIBAN DUNIA PURBA YANG ASAL
7 keajaiban dunia purba yang asal
Hampir 3 hari saya tak update blog kerana sibuk dengan tugasan thesis, harini baru ada kelapangan ckit. So arini saya nak kongsikan dengan anda fakta dan info yang sangat menarik. Selama ni kita sering mendengar mengenai 7 keajaiban dunia.
Buat pengetahuan anda ungkapan 7 keajaiban dunia telah diungkapkan pertama kalinya oleh Herodotus (Bapa sejarawan dunia) antara 484 dan 425 SM( sebelum Masihi). dan pada zaman purba dulu telah wujud monumen-monuem agung dan luarbiasa binaan dan dan keindahannya namun telah musnah. dibawah ni saya senaraikan 7 keajaiban dunia zaman kuno yang asli tersebut ======>
• The Great Pyramid of Giza
• Taman Tergantung Babylon
• Patung Zeus di Olympia
• Kuil Artemis di Ephesus
• Makam Maussollos
• Colossus Rodos
• Mercusuar Iskandariah
Tujuh Keajaiban Dunia Purba dari kiri ke kanan, atas ke bawah): Piramid Agung Giza, Taman Tergantung Babylon, Kuil Artemis, Berhala Zeus di Olympia, Makam Maussollos, Patung Raksasa Rhodes dan Rumah Api Iskandariah
1)The Great Pyramid of Giza
Dari tujuh keajaiban dunia purba lampau yang asli, Piramid Agung Giza adalah satu-satunya masih tegak berdiri sehingga kiini. Piramid Giza ini turut dikenali sebagai piramid Khufu, dibina sekitar tahun 2560 SM dan dikatakan telah dibina sebagai makam untuk Firaun Khufu. Piramid ini mengambil masa lebih dari 20 tahun untuk dibina dan telah menjadi struktur tertinggi buatan manusia selama lebih dari 3500 tahun (146,6 meter). Dianggarkan 6 juta tan kubik bongkah batu diperlukan untuk membina piramid ini dan mengambil masa 20 tahun untuk disiapkan. Bagaimana bongkah-bongkah batu ini dibawa menyusuri sungai Nil dan dipindahkan ke lokasi pembinaan masih kekal misteri. Awalnya, permukaan luar struktur dikatakan licin. Sejarawan menganggarkan bahawa sebanyak 200,000 pekerja mahir dan budak yang bekerja di lokasi pembinaan.
2)Taman Tergantung Babylon
Walaupun ada beberapa perdebatan tentang lokasi sebenar taman ini, ramai yang percaya bahawa taman ini terletak di Hilla Al atau kini Babil di Iraq. Kewujudan Hanging Gardens ini pernah didokumentasikan oleh Strabo dan Diodorus Siculus, iaitu sejarawan terkenal Yunani. Taman ini telah dibina sekitar tahun 600 SM oleh Raja Nebuchednezar II untuk isterinya yang merindukan harum tanaman dan tumbuh-tumbuhan. Menurut sejarawan Diodorus, ianya merupakan sebuah taman bertingkat dan setiap petak kebun adalah 100x100 kaki dan seakan teater.
3)Patung Berhala Zeus
Patung ini telah dibina sebagai menghormati dewa ini. dianggarkan ketinggian patung ini adalah 39 meter dan digambarkan dibina dalam posisi duduk. Patung ini telah disimpan di dalam kuil Zeus dan selama berabad-abad orang dari seluruh dunia telah datang melawat Olympia untuk melihat patung ini. Patung ini telah dipahat oleh pakar pembuat patung terkenal Greek iaitu Pheidias sekitar tahun 432 SM. Patung ini diperbuat daripada gangsa dengan tatahan gading dan diselaputi dengan emas, kayu hitam dan batu mulia. Sebuah keterangan yang sangat terperinci tentang pembinaan patung ini dan struktur binaannya telah direkodkan oleh Pausanias seorang pengembara pada abad kedua. Berdasarkan keterangannya digambarkan patung Zeus iaitu ketua segala dewa Yunani memegang sebuah patung kecil Nike ( dewi Kemenangan) di tangan kanan dan tongkat yang ditakhta dengan emas di tangan kanan. Bagaimana dan bila patung Zeus ini lenyap dan musnah telah menjadi 1 perdebatan. Beberapa catatan sejarah ada mencatatkan patung itu telah dibawa ke Constantinople( kini adalah Istanbul) di mana ia akhirnya hancur dalam kebakaran pada 475 M, sementara yang lain berpendapat bahawa patung ini musnah ketika kuil Zues dibakar pada tahun 425 M.
4)Kuil Artemies
Kuil atau Candi ini dibina di Efesus pada tahun 550 SM yang terletak sekitar 50 kilometer di selatan bandar pelabuhan kini Izmir di Turki. Juga dikenali sebagai bait Diana, adalah kuil Yunani yang didedikasikan untuk Artemis iaitu Dewi Yunani yang dihormati. Dikatakan bahawa sebelum ini terdapat candi lain yang pernah dibina di tempat yang sama sekitar 800 BC, namun musnah akibat banjir dan sebagai gantinya kuil baru mula dibina sekitar 550 SM. Pembinaan candi ini diawasi oleh seorang arkitek bernama Chersiphron dan anaknya Metagenes. Candi ini menjadi daya tarikan pelancong dan dikunjungi oleh para pedagang, raja dan penyembah banyak yang melakukan tawaran barang-barang mereka dan emas untuk Artemis. Kuil ini telah musnah pada 21 Julai, 356 SM. Dan tercatat bahawa kemusnahan kuil ini terjadi pada hari Alexander the great dilahirkan.. Kuil ini dikatakan telah dibina semula setelah kematian Alexander, tetapi sekali lagi dihancurkan oleh Goth pada 262 SM. Saat ini, hanya serpihan candi sahaja yang masih wujud dan boleh dilihat.
5)Makam Maussollos
Maussollos adalah seorang raja kaya dari kerajaan kecil yang ibukotanya terletak di Halicarnussus. Menyukai kemegahan, ia bersama dengan isterinya Artemisia mula membina ibukota dengan bantuan arkitek terbaik dan pematung dari Yunani. Mereka menghabiskan sejumlah besar duit dari cukai negara untuk membina patung-patung indah , kuil dan bangunan marmar putih berkilau. Di pusat bandar, Artemisia merancang membina sebuah makam besar sebagai tempat istirehat terakhir bagi suaminya dan dirinya setelah kematian mereka. Makam ini telah dibina antara 353 dan 350 SM dan direka oleh arkitek terkenal Yunani iaitu Satyros dan Pythis. saiz makam ini sekitar 45 meter dan disisi makam telah dipahat tulisan-tulisan relief yang sukar dibaca oleh pembuat patung Greek terkenal. Struktur ini begitu indah dan unik sehingga menjadi salah satu dari tujuh keajaiban dunia yang asli. Malangnya sebelum kerja pembinaan makam diselesaikan, Maussollos meninggal, Tertekan oleh kehilangan suaminya, Artemisia meninggal dua tahun kemudian. bekas yang mengandungi abu mereka telah ditempatkan di dalam makam tersebut yang belum siap sepenuhnya. Menurut sejarawan, para pekerja telah memutuskan untuk terus menyiapkan kerja-kerja pembinaan makam walaupun selepas kematian Artemisia. Walaupun banyak pencerobohan terhadap Makam ini, namun makam ini bertahan dan terus wujud dan tidak rosak selama hampir 16 abad sehinggalah terjadinya 1 siri gempa bumi yang akhirnya menghancurkan makam ini sekitar tahun 1404 M.
6)Patung Raksasa Colossus Rodos
Colossus dari Rhodes adalah patung dewa Yunani Hilios dan dibina di pulau Yunani Rhodes antara 292 dan 280 oleh Chares dari Lindos. Ketinggian patung ini dianggarkan 30 meter tinggi dan dibina di pelabuhan. Patung ini dipasang pada dua tiang marmar putih yang masing-masing 15 meter tinggi. Struktur ini dibina dengan menggunakan batang besi waja. dikatakan bahawa banyak logam telah digunakan untuk membina patung itu dari pelbagai senjata yang ditinggalkan oleh tentera Demetrius ketika mereka berundur selepas gagal untuk menyerang kota Rhodes. Patung ini hanya sempat berdiri megah selama 56 tahun sebelum Rhodes dilanda gempa bumi pada 226 SM. Patung ini dikatakan telah tumbang dan terbaring di tanah selama 800 tahun dengan hanya sedikit kerosakan kecil sahaja akibat gempa bumi. Namun pada 654 M, dipercayai Khalifah Muawiyah( Khalifah pertama Kerajaan Bani Umayyah) dengan tentera islam telah menakluki kota ini.Patung tersebut telah diangkut dengan 900 ekor unta sebelum dileburkan.
7)Rumah Api Alexandria
Rumah api ini dibina di pulau Pharos, sebuah pulau kecil yang terletak di pantai Alexandria, Mesir. Kerana garis pantai Mesir sangat datar dan tanpa sebarang landmark yang menonjol, rumah api ini pada awalnya dibina sebagai mercu tanda yang menunjukkan lokasi pelabuhan untuk pelaut. Bertahun-tahun kemudian (sekitar abad ke-1), itu diubah menjadi sebuah rumah api oleh Rom. Bangunan itu berukuran sekitar 8,5 meter persegi di setiap sisi dan tingginya dianggarkan antara 115 hingga 135 meter. Ada catatan kuno yang menyebut rumah api ini boleh dilihat sejauh 35 batu nautika oleh pelaut. Dinding rumah api ini telah dibina menggunakan timah yang bagi diperkuatkan untuk menahan hakisan yang akan merosakkan struktur rumah api ini. Rumah api ini kekal bertahan selama berabad-abad sehingga kemusnahan teruk yang terjadi akibat dua gempa bumi pada 1303 dan 1323.
11 spesis haiwan yang telah pupus masa kini
Haiwan yang Telah Pupus Masa Kini
entri kali ni memang sangat menarik untuk saya kongsikan info. hasil dari bacaan saya dalam sebuah encyclopedia dan juga searching di website , memang sangat mengejutkan kerana rupanya banyak haiwan yang telah pupus dalam tempoh 4 dekad ini. kepupusan spesis haiwan ni semua disebabkan oleh kerakusan manusia dalam pembangunan yang sekaligus telah merosakkan ekosistem dan habitat haiwan. kat bawah ni saya senaraikan 11 spesis haiwan yang telah pupus dalam tempoh 40 tahun terakhir ini.
1. Golden Toad (1989)
Golden Toad: bukan satu-satunya spesies haiwan yang hilang dalam 40 tahun terakhir ini - tetapi salah-satu dari spesis yang tercatat telah pupus. Amfibia fluorescent itu sebenarnya sangat mudah ditemu di ketinggian kaki bukit Costa Rica, tetapi akibat dari pencemaran, pemanasan global spesies ini telah pupus pada tahun 1989.
2. Zanzibar Leopard (1996)
Salah satu dari beberapa subspesies harimau kumbang di Zanzibar. Leopard ini adalah penghuni kepulauan Zanzibar di Tanzania. Masih belum jelas apakah spesis ini benar-benar telah pupus Namun penduduk sekitar ada sesekali melihat haiwan ini . Namun dipastikan bahawa spesis ini kali terakhir dilihat manusia pada 1996. Penyebab kepupusan : haiwan ini diburu dengan agresif dan penduduk tempatan melihat haiwan ini dilihat sebagai pemangsa jahat yang harus dihapuskan.
3. Po'ouli (2004)
Po'ouli, atau Black-Faced Honeycreeper, ini merupakan penghuni asli Maui, Hawaii. Spesis burung ini hanya baru ditemui pada tahun 1970-an oleh para pengkaji. Namun populasinya tiba-tiba menurun dengan mendadak selepas itu, dan pada tahun 1997 hanya terdapat tiga ekor Po'ouli yang wujud di dunia ini. akhirnya spesies ini dinyatakan pupus secara rasmi tujuh tahun kemudian. iaitu pada 2004. Penyebab kepupusan: kemusnahan habitat asal, serangan penyakit, serangan pemangsa dan penurunan dalam sumber makanan.
4. Madeiran Large White (2007)
Large Madeiran merupakan rama-rama yang menakjubkan. Rama-rama putih ini hanya boleh ditemui di lembah-lembah dari hutan Laurisilva di Kepulauan Madeira Portugal. Rama-rama ini memiliki hubungan dekat dengan spesis rama, Large White, yang banyak boleh didapaiti di seluruh Eropah, Afrika dan Asia. Dipercayai spesis ini telah pupus dan kali terakhir dilihat oleh para penyelidik spesis pada 2007 . Penyebab kepupusan, kemusnahan habitat kerana pembangunan dan peningkatan populasi manusia dikawasan tersebut.
6. Pyrenean Ibex (2000)
Ibex Pyrenean terakhir dilihat pada tahun 2000. Namun, clone Ibex, dibuat dari kulit sampel yang diambil dari Pyrenean Ibex terakhir, ini dilahirkan pada tahun 2009. Namun meninggal tak lama setelah lahir karena komplikasi paru-paru.
Penyebab kepupusan ialah haiwan ini menjadi mangsa pemburu haram yang telah menyebabkan jumlah haiwan ini berkurang secara serius dan ahli pencinta alam menyalahkan pemerintah Spanyol yang gagal bertindak pada waktunya untuk menyelamatkan haiwan ini dari kepupusan.
7. Badak Hitam Afrika Barat (2006)
Badak Hitam Afrika Barat telah dinyatakan pupus pada tahun 2006, setelah pengkaji haiwan gagal menemui spesies ini lagi dalam habitat mereka di Kamerun. Badak Hitam Afrika Barat adalah salah satu dari empat subspesies badak.
Penyebab kepupusan disebabkan pemburuan dari pemburu haram untuk mendapatkan tanduk
8. Harimau Jawa (1979)
Serupa dalam tampilannya dengan Harimau Sumatra, harimau jawa adalah macan asli pulau Jawa Indonesia. Pada tahun 1800-an haiwan ini begitu banyak sekali dan mudah ditemui tapi kerana Pulau Jawa telah dibangunkan dan dikembangkan sebagai petempatan manusia ,populasi harimau Jawa telah menurun dengan mendadak. Pada tahun 1950-an, hanya tinggal 20 harimau jawa ini. dan kini secara rasmi haiwan ini telah pupus.Penyebab kepupusan, Kehilangan habitat dan pembangunan pertanian mengakibatkan penurunan populasi harimau jawa ini.
9. Spix's Macaw (2004)
Juga disebut Little Blue Macaw, dikenali kerana mempunyai bulu biru yang sangat cantik. Hanya terdapat beberapa ekor shaja burung ini yang masih wujud didunia dan berjaya diselamatkan. burung biru kecil ini sudah tidak dapat ditemui di habitat liar. dan dijangka juga bakal pupus dalam tempoh jangka terdekat. Penyebab kepupusan : kemusnahan habitat dan perdagangan haram burung ini yang telah menyumbang kepada kepupusan haiwan ini.
10. Boa Round Island (1975)
Ular ini merupakan spesis Asli Round Island, iaitu sebuah pulau kecil di pantai Mauritius, Boa Round Island lebih suka tinggal di puncak-lapisan tanah dari lereng gunung berapi. Hal ini pernah ditemukan pada beberapa pulau-pulau lain di sekitar Mauritius, tetapi jumlahnya telah menurun pada tahun 1940-an, dan akhirnya hanya boleh ditemui di Round Island setelah 1949. Ular ini kali terakhir dilihat manusia pada tahun 1975 dan dipercayai kini telah pupus.
11. Kupu Alcon Biru Belanda (1979)
Kupu-kupu ini merupakan subspesies dari Alcon Biru - banyak ditemui terutama di padang rumput di Belanda. Alcon Biru Belanda terakhir dilihat pada tahun 1979. Penyebab kepupusan : Pertumbuhan dalam pembangunan pertanian menyebabkan habitat Alcon Biru ini terancam dan menyebabkannya kehilangan sumber makanan utama.
p/s: bayangkan dalam tempoh 100 tahun lagi, spesis haiwan apala yang masih wujud kat muka bumi ni. teringat pada spesis burung dodo yang telah pupus pada lewat abad ke-17, burung yang sangat unik dan cantik bentuknya dan spesis burung ini tak boleh terbang.
ASAL-USUL KEWUJUDAN BANGSA MELAYU
Asal-Usul kewujudan Bangsa Melayu
untuk kali ini saya nk kongsikan dengan anda semua mengenai 1 topik menarik tapi jarang kita ambik kisah iaitu mengenai ASAL-USUL BANGSA MELAYU. Mungkin ramai diantara kita sendiri langsung xmengetahui asal-usul bangsa melayu ni. saya kongsikan di sini dan entri ni mungkin perlu diupdate lagi.
Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:
- Teori Bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan)
- Teori Bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara)
TEORI BANGSA MELAYU BERASAL DARI YUNAN
Teori ini merupakan teori yang popular dan telah diterima umum. Berdasarkan teori ini, dikatakan orang Melayu ini datang dan berasal dari Yunnan dan telah bermigrasi ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang migrasi yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya.:Orang Negrito
Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut keriting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.
Melayu Proto
Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam. Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang dikenali sebagai Pinang.
Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang.
Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang.
Melayu Deutro
Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.
TEORI BANGSA MELAYU BERASAL DARI NUSANTARA
Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti John Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:
- Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
- K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa. Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan".
- Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
- Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).
Dalam teks Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) ada disebut bahawa Melayu adalah nama sungai di Sumatera Selatan yang mengalir disekitar bukit Si Guntang dekat Palembang. Si Guntang merupakan tempat pemunculan pertama tiga orang raja yang datang ke alam Melayu. Mereka adalah asal dari keturunan raja-raja Melayu di Palembang (Singapura, Melaka dan Johor), Minangkabau dan Tanjung Pura.
Sejarah Melayu merupakan karya penulisan yang paling penting dalam bahasa Melayu yang merupakan sumber yang otentik untuk informasi mengenai ke-Melayu-an. Disusun sekitar tahun 1612 tetapi didasarkan catatan-catatan yang lebih tua. Disebut juga bahwa anggota kerajaan Kesultanan Melayu Melaka menyebut diri mereka berasal dari keturunan Melayu di daerah Palembang. Pada waktu itu sebutan Melayu merujuk pada keturunan sekelompok kecil orang Sumatera pilihan. Seiring dengan berlalunya waktu, definisi Melayu berdasarkan ras ini mulai ditinggalkan.Definisi Melayu kini berdasarkan budaya dan adat, dimana orang Melayu adalah orang yang mempunyai etika, tingkah laku dan adat Melayu. Pada waktu Islam mula dianuti didaerah Sumatera dan Semenanjung Malaka, keyakinan dan ketaatan terhadap agama islam menjadi salah satu ciri khas dari orang Melayu.
Pada abad ke-18, William Marsden menyebutkan bahwa dalam percakapan sehari-hari, penyebutan bangsa Melayu adalah sama dengan sebutan bangsa Moor di India dalam ertian ketaatannya terhadap agama Islam.
Sumber :
*Virginia Matheson, Encyclopaedia of Asian History: Prepared under auspices of the asia society,
*R.O. Winstedt, The Malays: A Cultural History,
*G. Benjamin, “In the long term: Three Themes in Malayan Cultural Ecology,” in Cultural Values and Tropical Ecology in Southeast Asia,
*Teks Sulalatus Salatin( Sejarah Melayu) hasil tulisan Tun Seri Lanang.
p/s : info yang sy dapat ni hasil dr pembacaan saya di dalam rujukan2 diatas dan searching sy di forum dan website . jika ada kekurangan dengan fakta yang dinyatakan anda boleh tambah di ruangan komen untuk perkongsian bersama dan entri ini akan diupdate :)
PENDUDUK KAMPUNG CHINA BERKETURUNAN TENTERA EMPAYAR ROM?
Salam, harini terasa tertarik nak kongsikan anda mengenai info ni, mengenai penduduk disebuah perkampugan di China yang mempunyai pertalian keturunan dari tentera Rom pada zaman kuno yang dulu. kat bawah ni ada gambar perbandingan penduduk kampung dengan sebuah patung ukiran panglima jeneral Crassus dari zaman Rom purba.
Hasil dari penyelidikan, pakar-pakar sejarah dan ahli antropologi percaya penduduk kampung di Liqian, pedalaman utara China, berasal daripada keturunan tentera Empayar Rom pimpinan Jeneral Marcus Crassus pada tahun 53 Sebelum Tahun Masihi (SM) yang menetap di kawasan berkenaan.
Penduduk kampung itu telah menarik perhatian pakar-pakar sejarah kerana kebanyakannya mempunyai kulit putih selain bermata hijau serta berambut perang seperti orang Barat.
Kini, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap penduduk Liqian menunjukkan dua pertiga daripada mereka berasal daripada bangsa kulit putih.Menurut teori pakar-pakar sejarah, penduduk kampung tersebut berasal daripada keturunan 145 askar Rom yang melarikan diri selepas ketua mereka, Jeneral Crassus terbunuh dalam perang menentang askar-askar negara Parthia di Parsi, kini Iran.
Jeneral Crassus atau nama sebenarnya Marcus Licinius Crassus merupakan pemimpin tentera Rom yang terkenal dan seangkatan dengan Julius Caesar dan Pompey yang pernah dianggap sebagai tiga orang paling berkuasa di dunia.
Kaitan kampung tersebut dengan Rom pertama kali dinyatakan oleh seorang pakar sejarah Cina di Universiti Oxford London pada tahun 1950-an, Homer Dubs.
Beliau percaya saki-baki tentera Rom itu mengembara ke timur selepas perang tersebut dan mereka kemudiannya ditangkap oleh tentera China.
sumber : dipetik dan diolah dr Agensi
LAGI ISLAM DIKUTUK ,DIHINA DALAM FORUM !!!
Untuk entri kali ni sy nak meluahkan kemarahan saya terhadap sebuah forum yang dimiliki oleh laknatullah yang cuba mengkutuk dan menghina kesucian islam. anyway thanx kepada rakan blogger yied pozi kerana sharing info ni di akaun facebook saya. setelah mendapat link forum tu saya pun search. Cuba lihat dibawah.
Ni link'nya nak ke forum laknatullah tu. dari pembacaaan saya kat forum ni jelas menunjukkan owner forum ni seorang kristian dan dari segi bahasa dalam thread forum ni dalam bahasa indonesia. ketepikan soal ras dan bangsa apa, yg penting sekarang kita yang seagama xkira Malaysia,Indonesia ke or bangsa apa, perlu sama-sama pertahankan kesucian agama kita.
Dibahagian kanan forum ini ada 1 video penghinaan terhadap islam dan cuba menyongsangkan pemikiran masyarakat dengan memamaparkan gambar kekejaman islam dan membandingkan dengan gambar seorang jururawat kristian sedang membantu seorang pesakit memberi makanan. kebanyakan isi dan thread perbincangan dalam forum ini jelas mengutuk dan menghina islam dan menyebarkan kesesatan.
p/s: sebarkan info ini kepada semua saudara-saudara seislam kita, share la ye keakaun facebook,twitter, laman sosial anda yg lain or sila linkkan blog ni ke blog anda. smbil berblogging sambil2 tu kita sebarkan kebenaran dan pertahankan kesucian agama kita jika ada pihak2 dan agen-agen laknatullah yang cuba mencemarinya.
KEAJAIBAN KOTA MEKAH
Salam sejahtera buat semua pembaca blog setia blog ini. Dengan nama Allah swt saya kongsikan dengan anda mengenai kebesaran kekuasaan Allah swt. Entri kali ini saya kongsikan dengan anda semua 1 keajaiban kebesaran Allah s.w.t. yang mungkin ramai dari kita sendiri tidak mengetahuinya. keajaiban cahaya terang dari kota Mekah yang dapat dilihat dengan jelas diluar ruang angkasa. Sila lihat bukti gambar dibawah ini.
II
II
II
II
II
II
II
vvv
vv
vv
v
gambar diatas hasil pencitraan dari IKONOS Satelite milik Space Imaging Inc, AS. Masjidil Haram yang ‘diintai’ oleh AS pada 31 Oktober 1999 itu menampilkan fenomena menakjubkan. Terlihat di gambar hanya bagian Masjidil Haram saja yang berkilau sementara bangunan di sekitarnya tampak lebih gelap. Subhanallah. (NASA Astronomy Picture of The Day)
Para astronaut telah melihat bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, dan akhirnya mereka secara rasmi mengumumkan penemuan tersebut di Internet pada 1999, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan telah dihapuskan seperti ada 1 konspirasi jahat dari pihak-pihak tertentu bagi menutup kebenaran.
Berdasarkan gambar satelit yang diambil dari angkasa, Mekah selalu mengeluarkan cahaya paling terang.Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’aBah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat tidak berpenghujung , Hal ini dibuktikan ketika mereka mengambil foto planet Marikh, radiasi tersebut masih berlanjutan terus sehingga kini. Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.
p/s: subbhanallah maha suci allah, betapa hebatnya kekuasaan Allah. hope anda sebar2kan lah entri ni ye , kongsikan entri ni di facebook, twitter dan lman sosial anda yang lain atau linkkn sj entri ini ke blog anda biar saudara2 kita dapat melihat kebenarannya.
GEMPAR LELAKI BERWAJAH ALIEN DITEMUI DI PAKISTAN.
salam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca blog ini. untuk entri ini saya tertarik nak kongsikan dengan anda gambar seorang lelaki dengan rupa mirip seperti alien makhluk asing. berdasarkan info , lelaki yang dilahirkan dengan wajah seperti "alien" ini berasal dari Pakistan. bukan sekadar rupa seperti alien tapi fizikal badan pun pelik. Namun semuanya yang berlaku semua atas kejadian Allah.
da sedia nak tengok ? jom tengok di bawah ni .
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
VIIV
VV
V
inilah gambar lelaki berwajah alien yang ditemui di Pakistan
lagi gambar lelaki berwajah "alien" dengan shot lebih dekat
perhatikan gambardibawah btul2
sama tak spert wajah alien yang sering kita lihat dalam filem or internet.
p/s: first time tengok gambar ni, mmg agak terkejut.nauzubilah,selama ni mmg ramai jgak manusia yang lahir dgn kecataan rupa, tapi gambar ni mengundang sdikit rasa takjub dengan kekuasaan allah. so moralnya. bersyukurlah dengan rupa dan kejadian yang allah cipta kepada. tidak perlu rasa rendah diri dengan rupa kita, walau tak handsome or tak cantik ke yang penting kita dijadikan dengan sempurna dan kita sepatutnya bersyukur dengan kurniaan Allah kepada kita..
Lawak Politik : Sindiran Tajam
Ada sebuah keluarga dari golongan pertengahan, di mana suami dan isteri bekerja. Mereka mempunyai dua orang anak. Seorang anak lelaki berusia 10 tahun dan seorang perempuan berusia 2 tahun. Segala urusan rumah dikendalikan oleh seorang pembantu rumah Indonesia .
Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang berusia 10 tahun itu bertanya pada si ayah, "Ayah, politik itu ape eh?" Tersedak si ayah yang sedang minum bila mendengar persoalan anaknya itu.
Lalu si ayah pun menjawab, "Politik itu macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?"
Terkedip-kedip mata si anak pejam celik kerana tidak memahami maksud si ayah. Lantas si ibu mencelah, "Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang ayah cakap dan cuba fahamkan ye."
Jadi semalaman si anak berusia 10 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang maksud si ayah tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung
tengah-tengah malam pulak. Si anak pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama Abdullah itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis. Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si ayah pula tiada di sebelah ibu. Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah. Bila dibuka bilik pembantu rumah, dia lihat si ayah sedang 'bermain' dengan si pembantu Indonesia itu.
Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.
Sewaktu bersarapan keesokan paginya, si ayah bertanya, "Dah faham ke apa tu politik?"
Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, "Dah!". Si ayah dan ibu terkejut dengan jawapan selamba itu. Lantas si ibu mencelah, "jadi apa dia politik tu?".
Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab. "sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan pekerja. Akibatnya rakyat diabaikan dan masa depan bergelumang najis! Itulah politik".
p/s: sistem ekonomi kapitalis yang diguna pakai kerajaan sekarang hanya mnybabkan monopoli golongan kelas aristrokrat dan atasan je. semua tender dorg sapu, duit rakyat pun sapu.. cukai, minyak hrga brang semua naik, rakyat bawah apa yang dapat ?? perut siapa yang kenyang lepas tu ? fikir2 kanlah .. kotornya politik sbb ahli politik yg mencorakkkannya mnjdi kotor dan najis kerana mtlamat menghalakan cara.. nepotisme, kronisme dan pnylewengn berleluasa tp snyap dan xdidedahkan.
Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang berusia 10 tahun itu bertanya pada si ayah, "Ayah, politik itu ape eh?" Tersedak si ayah yang sedang minum bila mendengar persoalan anaknya itu.
Lalu si ayah pun menjawab, "Politik itu macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?"
Terkedip-kedip mata si anak pejam celik kerana tidak memahami maksud si ayah. Lantas si ibu mencelah, "Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang ayah cakap dan cuba fahamkan ye."
Jadi semalaman si anak berusia 10 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang maksud si ayah tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung
tengah-tengah malam pulak. Si anak pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama Abdullah itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis. Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si ayah pula tiada di sebelah ibu. Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah. Bila dibuka bilik pembantu rumah, dia lihat si ayah sedang 'bermain' dengan si pembantu Indonesia itu.
Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.
Sewaktu bersarapan keesokan paginya, si ayah bertanya, "Dah faham ke apa tu politik?"
Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, "Dah!". Si ayah dan ibu terkejut dengan jawapan selamba itu. Lantas si ibu mencelah, "jadi apa dia politik tu?".
Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab. "sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan pekerja. Akibatnya rakyat diabaikan dan masa depan bergelumang najis! Itulah politik".
p/s: sistem ekonomi kapitalis yang diguna pakai kerajaan sekarang hanya mnybabkan monopoli golongan kelas aristrokrat dan atasan je. semua tender dorg sapu, duit rakyat pun sapu.. cukai, minyak hrga brang semua naik, rakyat bawah apa yang dapat ?? perut siapa yang kenyang lepas tu ? fikir2 kanlah .. kotornya politik sbb ahli politik yg mencorakkkannya mnjdi kotor dan najis kerana mtlamat menghalakan cara.. nepotisme, kronisme dan pnylewengn berleluasa tp snyap dan xdidedahkan.