iklan baris

Az-Zahwari : Bapa Pembedahan Moden






Assalamualaikum dan salam hormat buat pembaca budiman blog redzuan-ridz . Untuk perkongsian kali ini saya ingin berkongsi satu lagi tokoh islam yang telah dilupai , dari tokoh dan ilmuwan islam ulung yang pernah saya kongsikan dalam pelbagai bidang  . Jika bidang perubatan , nama ilmuwan seperti ibnu sina pasti dikenali . Namun dalam bidang perubatan , aspek pembedahan sangat penting . Terdapat seorang tokoh ilmuwan islam ulung dalam bidang PEMBEDAHAN ,

 Beliau  adalah Abu Al-Qasim Khalaf bin Abbas Az-Zahrawi Al-Anshari atau dipanggil dengan nama Az-Zahrawi kerana dilahirkan dikota Az-Zahra iaitu sebuah kota di pinggiran Cordova iaitu ketika menjadi pusat pemerintahan Khalifah dinasti Umawiyyah di Andalusia.Abu Al-Qasim Az-Zahrawi telah dilahirkan pada tahun 325H (937M) setelah kota ini dibangunkan pada masa pemerintahan Khalifah Umayyah, Abdurrahman An-Nashir.

Selain dengan gelaran Az-Zahrawi, beliau juga dipanggil Al-Anshari, kerana nenek moyangnya berasal dari Madinah Al-Munawwarah. Dalam bahasa Latin dan bahasa Eropah pada umumnya, nama Az-Zahrawi telah diubah menjadi Alzahravius. Sedangkan julukannya, Abu Al-Qasim, telah diubah ke dalam dua versi, iaitu Albucasis dan Abulcasis di mana kedua nama ini sehingga kini dikenali di Eropah.

Abu Al-Qasim Az-Zahrawi adalah ilmuan Arab dan muslim terbesar dalam bidang pembedahan. Beliau dikenali sebagai ahli bedah terulung di dunia hingga masa kebangkitan Eropah kerana beliau merupakan pelopor pertama dalam pelbagai cabang ilmu bedah dan seninya, serta banyak menemukan berbagai peralatan untuk pembedahan. Oleh kerana itu, beliau wajar mendapat gelaran bapa pembedahan dalam sejarah kedoktoran.

 Beliau juga seorang sasterawan dan sejarawan, al-Humaidi mengatakan dalam bukunya ‘Jadzwatul Muqtabas fi Akhbari Ulama’il Andalus’ bahawa az-Zahrawi merupakan orang yang sangat dihormati, agamawan dan berilmu. Bahkan, ada juga yang berpendapat mengatakan Az-Zahrawi menggunakan separuh waktu siangnya secara khusus untuk mengubati orang yang sakit secara percuma kerana beliau hanya mendamba reda Allah Ta’ala sahaja.

Di barat, namanya masyhur sebagai ‘Albucasis’, dan jolokan terkenal untuk beliau pada zaman pertengahan itu, merupakan ‘Bapa Pembedahan’ atau ‘The Father of Surgery’. Beliau bukan sahaja handal dalam selok belok pembedahan, bahkan sangat pakar dalam menggunakan pelbagai jenis ubatan, hinggakan beliau juga digelar ‘Pharmacist Surgeon’. Manakala, gelaran az-Zahrawi pula diberikan kepadanya kerana beliau lahir di sebuah bandar bernama al-Zahra, enam batu di utara Cordova, Sepanyol.

Ada beberapa sebahagian sumber menyebutkan bahawa Az-Zahrawi bekerja sebagai doktor di istana Abdurrahman An-Nashir. Namun pendapat ini sangat jauh, kerana Abdurrahman bin An-Nashir wafat pada tahun 350H (961M), sedangkan umur Az-Zahrawi pada saat itu masih 25 tahun. Yang benar adalah bahawa dia memang bekerja sebagai doktor di istana, tetapi iaitu di masa khalifah Al-Hakam Al-Mustanshir bin Abdurrahman An-Nashir.

Dalam tatacara pembedahan, beliau menemui berbagai macam ubat-ubatan untuk pembedahan yang sesuai dengan berbagai tujuan pembedahan dan peralatannya seperti gunting, pengikat, alat pelebar, dan baju pelindung daripada besi dengan pelbagai ukuran.

Di dalam karyanya yang berjudul “At-Tashrif” terdapat berbagai-bagai cara dan pelbagai gambar yang menjelaskan tentang alat-alat itu. Di antaranya terdapat alat pelebar untuk mengatasi tertutupnya lubang kencing pada anak yang baru dilahirkan.

Az-Zahrawi juga menjelaskan beberapa kaedah untuk menolong kelahiran yang hingga kini masih dipakai dengan mengeluarkan janin dengan alat-alat khusus.Beliau juga banyak menemui cara-cara pembedahan dan merupakan orang yang pertama mengikat urat nadi dan pembuluh darah dengan benang sutera untuk mengatasi keluarnya darah ketika sedang melakukan pembedahan, sebagaimana dia menemui cara menjahit luka atau bedah dengan dua jarum dan satu benang. Malah beliau juga telah menggunakan benang yang diperbuat daripada usus binatang (Catgut) dalam menjahit usus manusia.

Az-Zahrawi juga adalah orang yang pertama menemui cara mengeluarkan penampukan zat kapur pada saluran kencing. Dalam bukunya “At-Stashrif” dia menasihatkan kepada para ahli bedah agar melakukan pembedahan dengan cara yang sesuai untuk mengeluarkan tompokan zat kapur yang telah  menjadi batu, dan dipecahkan dengan kempa (apitan), lalu dikeluarkan sepotong demi sepotong. Beliau juga telah menemui cara mengeluarkan tompokan zat kapur yang telah menjadi batu melalui alat kelamin pada perempuan.

Az-Zahrawi dikenali dengan memiliki keistimewaan dan pengalaman yang banyak dalam mencampur dan menggunakan ubatan, hingga dapat diperolehi dalam bukunya yang berjudul “At-Tashrif.” Malah dalam bukunya itu terdapat banyak pembahasan iaitu daripada tiga puluh artikel yang ada di dalamnya yang membahaskan secara teliti mengenai ubat-ubatan dan pelbagai permasalahan pembedahan.

Beliau turut diakui oleh pelbagai ilmuan yang lain sebagai ilmuan yang tiada tolok bandingnya dalam ilmu perubatan. Dalam hal ini, Ibnu Abu Ushaibi’ah dalam bukunya, “ Uyun Al-Anba’, “ mengatakan, “Az-Zahrawi adalah seorang doktor yang terkemuka dan berpengalaman dalam mengolah ubat-ubatan baik yang tunggal mahu pun yang dicampur, dan pengubatannya sangat efektif dan berkesan kepada pesakit.


Karyanya yang terkenal dalam ilmu perubatan telah diabadikan dalam kitabnya yang berjudul “ At-Tashrif liman ‘Ajiza ‘an At-Ta’lif” iaitu merupakan ensiklopedia kedoktoran yang lengkap dan ditulis oleh Az-Zahrawi yang meliputi semua cabang kedoktoran, sehingga orang yang telah membaca buku ini tidak perlu lagi membaca buku perubatan yang lain.Selain itu, Az-Zahrawi juga turut berjaya mengubati ganguan pada gusi dan memperbaiki gigi dengan alat-alat operasi yang ditemukannya sendiri. Beliau juga merupakan orang yang pertama menggunakan sambungan gigi yang diperbuat daripada emas dan perak serta alat penekan mulut.

Beliau juga telah banyak memberikan jasa dan nasihat kepada para ahli bedah yang lain iaitu dengan mempelajari ilmu anatomi terutama apabila melakukan pembedahan dengan membuat latihan sebelum mempraktikannya. Di samping itu juga, mereka juga harus mengetahui kedudukan dan keadaan tulang, urat dan otot serta tempat dan hubungan antara satu dengan yang lain.

Menurut riwayat seorang sejarawan Al-Hasan Al-Wazzan, Az Zahrawi telah meninggal dunia pada tahun 404 H atau 1013 Masihi.



Sumbangan beliau :

Al-Zahrawi sememangnya seorang pakar bedah yang dikagumi dan dihormati ramai. Ramai pesakit dan pelajar yang datang berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan dan meminta nasihat. Antara sumbangan beliau yang terbesar dalam dunia perubatan  :

i Sebagai seorang pengkaji alat-alat pembedahan,Al-Zahrawi terkenal dalam menghasilkan alat-alat untuk mengenalpasti bahagian dalaman badan seperti telinga dan saluran kencing.

ii. Beliau ialah orang pertama yang mengenal pasti penyakit keturunan yang dikenali sebagai hemofilia.

iii. Al-Zahrawi juga menyumbang kepada penyediaan ubat-ubatan dan aplikasi teknik-teknik dalam pembedahan.

iv. Beliau juga merupakan manusia pertama menceritakan dengan terperinci mengenai hemofilia dan penggunaan benang sutera untuk tisu yang berselirat.

v. Sebagai seorang pengamal perubatan, al-Zahrawi mengkaji penyakit dan pengkelasan penyakit, dan membincangkan mengenai cara-cara mengelakkan penyakit (profilaksis), meningkatkan kesihatan dan mengurangkan kesakitan.

vi. Sebagai seorang ahli bedah beliau telah membincangkan tentang pembedahan dan membicarakan mengenai alat-alat yang beliau guna secara terperinci. Sebagai seorang ahli kimia ubat, beliau telah memberi sumbangan yang banyak terhadap bentuk ubat atau dos, teknik dan alat penyediaan ubat.

vii. Al-Zahrawi juga pakar dalam bidang pergigian dan pembedahan mulut. Bahagian yang terakhir dalam buku ini membincangkan mengenai penyakit gigi dan pengubatannya. Ia mengandungi lakaran-lakaran alat yang diciptanya.Beliau juga mengenal pasti langkah-langkah untuk menyediakan gigi tiruan yang dibuat daripada tulang haiwan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai