iklan baris

Kisah Saidina Ali R.A dan Hasan Al-Basri



Assalamualaikum dan salam hormat bua semua pembaca setia blog redzuan-ridz . Bila kita kaji sejarah bagaimana peranan masjid di zaman Rasulullah dan salafussoleh (300 tahun selepas Rasulullah), kita akan nampak betapa masjid telah mengambil peranan dan memberi jasa yang sangat besar pada pembangunan masyarakat Islam. Imam yang dipilih bukan sebarang imam. Guru yang mengajar bukan sebarang guru.

Ketika Sayidina Ali bin Abu Talib k.w.j. yang menjadi khalifah masuk ke sebuah masjid besar, waktu itu masjid masih menjadi gudang ilmu, dilihat di setiap sudut ada kelompok-kelompok pengajian. Guru-guru yang mengajar di waktu itu adalah tokoh-tokoh besar di zamannya. Sayidina Ali bertanya untuk menguji setiap ulama atau guru yang mengajar di masjid itu. Banyak yang tidak dapat menjawab pertanyaan Sayidina Ali itu. Padahal pertanyaannya mudah saja iaitu ,”Apa yang merosakkan manusia.” Maka beliau sebagai khalifah, orang yang paling bertanggung jawab dalam mendidik masyarakat berkata,” Engkau tidak layak untuk mengajar”.


Di salah satu sudut masjid dia lihat seorang anak berusia 12 tahun yang sedang mengajar. Padahal yang sanggup mengajar di masjid waktu itu bukan sebarang orang. Sebagai guru, tempat duduk dia lebih tinggi dari murid-muridnya yang duduk di lantai beralaskan karpet. Bukan sekadar untuk menghormati guru tetapi juga untuk memuliakan ilmu. Murid-murid yang mendengar kuliah anak itu sudah tua-tua.

Sayidina Ali terkejut melihat anak kecil itu lalu berkata,”Saya ingin bertanya satu pertanyaan, kalau engkau dapat menjawabnya, maka engkau boleh terus mengajar, kalau tidak engkau tidak layak untuk mengajar di masjid ini. Pertanyaan saya adalah apa yang merosakkan manusia?” Anak kecil itu menjawab, ”Yang merosakkan manusia ialah kerana cintakan dunia.” Sayidina Ali terkejut mendengarnya kerana jawapan itu betul, cinta dunia merupakan ibu kejahatan.

Rupanya anak yang berusia 12 tahun itu ialah Hassan Al Basri seorang tokoh yang menjadi besar akhirnya. Bahkan dia salah seorang imam mazhab, tetapi hari ini ajarannya sudah banyak hilang dan dilupakan orang. Kalau kita sebut Hassan Al Basri, kebanyakan orang akan kenal, umur 12 tahun sudah dikagumi orang dan sudah mengajar. Di antara orang yang mendengar kuliahnya adalah Sahabat Rasulullah.

Peristiwa ini untuk menggambarkan peranan masjid yang sebenarnya dalam Islam. Masjid merupakan sumber segala kebaikan. Untuk mengkaderkan dan melahirkan pemimpin, didikan bermula di masjid, untuk menjadi pejuang dibina di masjid. Tetapi setelah dunia Islam rosak, lebih-lebih lagi setelah kejatuhan empayar Islam, umat Islam dijajah pula, selepas itu merdeka setelah 700 tahun rosak, maka peranan masjid sudah tidak ada, sekadar tempat solat dan belajar membaca Al Quran sahaja.

Di akhir zaman ini, kalau hendak membangunkan Islam jangan bermula di masjid tetapi berperananlah di pasar, di restoran, di tengah-tengah orang ramai, rapat dengan pemuda-pemudi, kalau boleh buat di hotel-hotel, gedung-gedung besar, bangunan-bangunan besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai