iklan baris

Khasiat Cuka dan Kebaikannya Menurut Perubatan Islam

Khasiat Cuka dan Kebaikannya Menurut Islam


Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca setia blog redzuan-ridz . topik yang agak menarik untuk saya kongsikan hari ini berkenaan khasiat cuka . Ramai diantara kita sendiri tidak bahawa cuka mempunyai nilai khasiatnya yang tinggi dan tersendiri . dan Nabi sendiri pernah bersabda mengenai kelebihan cuka untuk kesihatan .




(بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Cuka @ khal- dalil dan khasiatnya.

Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d.). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052)

Khasiat Cuka / Khal Menurut Perubatan Islam :-

Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka :-

1. dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser
2. membuang darah kotor & melancar aliran darah
3. mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
4. melancarkan pergerakan usus
5. merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
6. memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
7. menurunkan tahap kolesterol
8. mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam
9. membakar kalori dgn cepati
10. membuang toksin
11. merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
12. penyerapan kalsium lebih sempurna – menguatkan tulang
13. mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
14. merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
15. mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan an yg pelbagai
16. melancarkan pengeluaran susu ibu
17. melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)
18. memperbaiki fungsi limpa
19. menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan,
Merangsang pemecahan lemak.
20. Melancarkan perjalanan darah 21. Menguatkan tenaga dalaman
22. Melawaskan usus besar dan kecil
23.Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
24.Masalah kulit seperti jerawat
25.Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
26.Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
27. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
28.Melembapkan dan mengencangkan kulit
29. Mencegah dan mengawal selulit
30.Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
31.Meredakan sakit dan sengal sendi
32.Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
33.Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
34.Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
35. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang
36. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
37. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
38. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.

Wallahua'lam...





Antara yang utama, cuka dapat membantu membuangkan kolesterol dan lemak di dalam badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak di saluran jantung, lemak di buah pinggang, membaiki fungsi buah pinggang, dan lemak berlebihan yang boleh membawa pelbagai penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan.

Kaedah Pemakanan.

KHAL boleh diminum diminum dua kali sehari selepas makan pagi dan malam sebelum tidur. Sebelum diminumhendaklah terlebih dahulu dibaca Al-Fatihah (1x), selawat keatas Nabi (saw) (3x), mohon KHAL diberkati dan akhirnya mohon agar disembuhkan penyakit yang dialami.Jika masam boleh diminum dengan campuran madu.

Kandungan Cuka Kurma:-





Vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) & kaya dgn potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid & garam berlebihan dlm badan (yg membawa pelbagai penyakit berbahaya).
Kebanyakan orang belum mengetahui khasiat "CUKA KURMA".

Ok...selamat beramal semua dgn sunnah nabi saw...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai