iklan baris

Al-Khazin : Kuasai Matematik dan Astronomi


ABU Jafar Muhammad ibn al-Hasan Khazin lahir pada tahun 900 Masehi di Khurasan yang terletak di timur Iran. Lebih dikenali sebagai al-Khazin dan merupakan ahli astronomi dan matematik terkenal pada zamannya.


Keluarga al-Khazin berasal dari Saba iaitu sebuah kota di benua Arab. Tempat itu lebih dikenali sebagai Sheba berdasarkan cerita Raja Solomon dan Ratu Sheba.


Al-Khazin merupakan salah seorang saintis yang tinggal di bandar dikenali, Rayy. Rayy ketika itu berada di bawah pemerintahan Dinasti Buyid iaitu ketuanya dikenali sebagai Adud ad-Dawlah.
Adud memerintah Rayy dari tahun 949 Masehi hingga 983 Masehi.


Pada tahun 959 atau 960 Masehi, Perdana Menteri Rayy yang dilantik oleh Adud ad-Dawlah meminta al-Khazin mengukur sudut tidak tepat gerhana iaitu sudut di mana permukaan rata atau datar yang muncul pada matahari untuk bergerak ke arah garisan Khatulistiwa di bumi. Selepas pengukuran dilakukan, al-Khazin berkata: “Saya menggunakan cincin yang saiznya kira-kira empat meter untuk mengukurnya.”

Salah satu hasil kerja al-Khazin iaitu Zij al-Safa’ih telah dinobatkan sebagai satu kejayaannya yang terbaik dalam kerja lapangan yang akhirnya menjadi bahan rujukan utama saintis lain.


Kerja itu menggambarkan peralatan astronomi dan salinannya telah dibuat di Jerman pada waktu Perang Dunia Kedua. Al-Khazin pernah dikritik oleh al-Biruni yang menuduhnya mengeluarkan kenyataan yang tidak perlu berhubung ulasannya terhadap teori aloi oleh Ptolemy.


Hanya satu bahagian kecil daripada ulasan itu dapat diselamatkan iaitu yang mengandungi topik perbincangan al-Khazin mengenai pendapat Ptolemy yang menyatakan alam semesta adalah berbentuk sfera.
Hasil kerja al-Khazin dikatakan banyak dipengaruhi oleh motivasi yang diterimanya daripada ahli Matematik, al-Khujandi.

Al-Khujandi mendakwa berjaya membuktikan bahawa x3 + y3 = z3 adalah mustahil untuk semua nombor x, y, z.

Selain itu, al-Khazin telah mengusulkan model solar yang berbeza daripada Ptolemy. Beliau mempunyai pendapat yang berbeza mengenai model solar yang dikemukakan oleh Ptolemy yang menyatakan bahawa pergerakan matahari adalah mengikut kitaran seragam yang bukan berpusatkan bumi. Al-Khazin yang tidak setuju dengan model itu mengusulkan satu model yang mana menurut beliau, matahari bergerak dalam satu pusingan yang berpusatkan bumi.



Beliau meninggal dunia pada tahun 971 Masehi. Berikut adalah bahan bacaan mengenai al-Khazin:

Biography in Dictionary of Scientific Biography (New York 1970-1990).
Buku-buku yang boleh dibaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai al-Khazin antaranya ialah:

R Rashed, The Development of Arabic Mathematics : Between Arithmetic and Algebra (London, 1994).
R Rashed, Entre Arithmatique et Algbre: Recherches Sur L’histoire des Mathmatiques Arabes (Paris, 1984).
Manakala artikel mengenainya pula adalah seperti berikut:


A Anbouba, Treatise on Arithmetic Triangles by Abu Ja’far al-Khazin (Arabic), 2. J. Hist. Arabic Sci. 3 (1) (1979), 178-134.
D A King, New light on the Zij al-Safa’ih of Abu Ja’far al-Khazin, Centaurus 23 (2) (1979/80), 105-117.
R Lorch, Abu Ja’far al-Khazin on Isoperimetry and the Archimedean Tradition, Z. Gesch. Arab.-Islam. Wiss. 3 (1986), 150-229.
R Rashed, L’analyse Diophantienne au Xe Sicle : L’exemple d’al-Khazin, Rev. Histoire Sci. Appl. 32 (3) (1979), 193-222.
J Sams, A Homocentric Solar Model by Abu Ja’far al Khazin, J. Hist. Arabic Sci. 1 (2) (1977), 268-275.
A S Saydan, Treatise on arithmetic triangles by abu Ja’far al-Khazin (Arabic), Dirasat Res. J. Natur. Sci. 5 (2) (1978), 7-49

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai