Apa Beza Antara Samak dan Sertu ?



Ini mungkin biasa terpacul di mulut anda, namun apakah anda tahu dan faham apa itu samak dan apa itu sertu?

Samak

1. Samak ialah menyucikan sesuatu darmughalazah ( Najis Berat)t binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya.

2. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman­kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang mafhumnya:

Setiap kulit yang disamak menjadi bersih.
(Riwayat Muslim)

Contoh : Kulit kambing akan disamak terlebih dahulu untuk menyucikan daging tersebut untuk dibuat kompang atau kegunaan yang lain.

Sertu

1. Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu menyentuh anjing, babi dan keturunannya yang sedang basah akibat terkena hujan, ataupun terkena air liurnya/

2. Najis Mughalazah hendaklah disucikan dengan membasuhnya dengan 6 basuhan air mutlak dan 1 kali basuhan air yang dicampurkan tanah. Jumlah basuhan adalah 7 kali.

3. Menyucikan najis mughalazah dengan mengguna­kan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan tanah

Contohnya : Anda terpegang seekor anjing, dan anda hendaklah sertu tangan anda mengikut cara yang ditetapkan syarak.

Sekarang, anda dapat membuat kesimpulan bahawa apa yang anda sebut-sebutkan selama ini banyak yang salah.

Dalam dialog di atas sebentar tadi, ayat yang sebenarnya adalah :

“Woi, kau terpegang babi tu! Cepat, SERTU tangan kau. Eee, najis Mughalazah!”

Wallahu alam. Moga anda mendapat ilmu yang bermanfaat .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai