iklan baris

Cara Buka Akaun Semasa Maybank


Cara Buka Akaun Semasa Maybank Online

Salam sejahtera dan assalamualaikum

Ada yang masih belum berjaya buka akaun semasa Maybank ? Hari ni saya kongsikan cara buka akaun semasa Maybank tetapi untuk individu bukan perniagaan. Sekali lagi saya highlight CARA BUKA AKAUN SEMASA PREMIER MAYBANK ONLINE. Nak buka akaun semasa Maybank sangat mudah kerana TAK PERLU INTRODUCER dan hanya RM500 deposit. 

Ada 2 cara mudah untuk buka Akaun Semasa Maybank
  1. Secara online
  2. Walk in di cawangan Maybank berhampiran anda. 

Jadi hari ni fokus entri ini adalah buka akaun secara online yang sudah pasti menjimatkan masa dan wang anda!

1) Log in website Maybank2U

2) Klik Apply Online

buka akaun semasa maybank

3) Pilih Maybank2U Premier


4) Kemudian anda isikan email anda dan pilih negeri dan daerah

Contoh di sini saya tinggal di Selangor daerah Gombak, automatik akan keluar cawangan yang ada di daerah Gombak beserta dengan alamat. Di sebabkan ada 4 cawangan jadi saya pilih yang paling hampir dengan saya.  Kemudian tekan NEXT.


5)  Seterusnya anda check email, cawangan pilihan anda dan tick T&C dan PIDM kemudian klik Submit. Dan print slip dan bawa ketika anda ingin mengaktifkan akaun anda.


6) Tunggu la cawangan Maybank anda call dan sekiranya tiada panggilan daripada pihak mereka anda sendiri perlu call dan tanya mengenai permohonan akaun semasa anda. Anda dikehendaki ke cawangan yang anda pilih tadi untuk mengaktifkan akaun anda dan jangan lupa bawa duit RM500 beserta dokumen yang diperlukan. 

Dokumen yang diperlukan
  1. Kad Pengenalan atau passport *wajib
  2. Lesen Memandu *sokongan
  3. Bil utiliti (elektrik/air/telefon/sewa rumah atas name dan alamat anda)*sokongan
  4. Letter of employment *sokongan 

Anda perlu mengaktifkan akaun anda dalam masa 10 hari dan sekiranya anda terlupa untuk mengaktifkan akaun dalam masa 10 hari, akaun anda akan ditutup serta mera dan anda boleh apply lagi tetapi selepas 6 bulan dari tarikh akaun anda ditutup.

Anda juga akan diberi buku cek Maybank. Biasanya pihak Maybank akan suruh datang collect buku cek.




2 ulasan:

  1. as salam, adakah introducer diperlu? tq

    BalasPadam
  2. Tahun lepas saya ingat nk buka maybank2u premier perlukan SSM, so tak terpikir nak search kat google 😅 Bulan ni savings akaun dah kena freeze baru menggagau pergi maybank untuk unfreeze dan apply maybank2u premier 😂 Sebelum unfreeze dah kena ceramah dulu dengan pegawai khidmat pelanggan maybank 🤭

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai