Senaman Menambah Ketinggian


Cara tambah ketinggian | tambah ketinggian secara semulajadi


Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca setia blog redzuan-ridz . Harini saya ingin kongsikan tips bagaimana untuk menambah ketinggian . Setiap dari kita pasti ingin memiliki ketinggian yang ideal . Tubuh yang tinggi tentu menjadi dambaan bagi setiap orang. Dengan ketinggian yang ada , kita akan tampil lebih berkeyakinan ,selain memudahkan kita untuk menceburi bidang karier yang kita ingini .

Seperti  sedia maklum , kadar pertambahan ketinggian seseorang adalah berbeza dan kita perlu tahu beberapa perkara iaitu faktor yang mempengaruhi ketinggian seseorang dan juga aktiviti yang kita perlu lakukan untuk meningkatkan kadar pertumbuhan kita secara semula jadi.


Terdapat 3 faktor utama yang mempengaruhi kadar pertumbuhan dan ketinggian seseorang individu.


1.  Gizi yang Cukup dan Seimbang.

Pastikan kita mendapat protein, lemak, vitamin (seperti vitamin A dan D) dan mineral (seperti zat besi, kalsium, protein) yang mencukupi kerana sumber sumber ini sangat mempengaruhi proses pertumbuhan badan. Pengambilan susu tinggi kalsium telah terbukti mampu menambahkan ketinggian .


2. Faktor Keturunan

Faktor keturunan memainkan peranan dalam menentukan tinggi seseorang. Ibu bapa yang memiliki ketinggian badan yang ideal memberi potensi untuk memiliki anak yang juga mempunyai tinggi yang ideal.


3. Kadar Hormon

Hormon pertumbuhan berfungsi untuk merangsang pertumbuhan tulang. Hormon tiroid diperlukan untuk melancarkan proses metabolisme. Hormon seks, yang terdiri dari hormon estrogen, progesteron dan androgen, bertugas dalam proses kematangan seksual.

Masalah kurang ketinggian kadang-kala boleh menjadikan kita kurang keyakinan dan tidak selesa berada di khalayak ramai. Mungkin ada yang tidak kisah dengan tinggi mereka, ada yang merasakan mereka lebih comel kalau tidak cukup tinggi. Dan untuk yang ingin mengatasi masalah tidak cukup tinggi , sebenarnya anda boleh mencuba senaman yang betul yang mampu meransang pertumbuhan badan kita.

Dibawah merupakan senaman yang boleh dilakukan untuk meransang kadar pertumbuhan dan dalam masa yang sama dapat membantu menambah ketinggian walaupun anda telah berusia lebih dari 21 TAHUN :


1. Hanging (Bergayut)

Salah satu halangan  terbesar  untuk menjadi lebih tinggi adalah graviti.  Kita menghabiskan sebahagian besar hari anda dalam tegak atau kedudukan menegak. Semua graviti sepanjang hari telah memampatkan tulang punggung dan sendi,  serta menipiskan tulang rawan dan menjadikan kita lebih pendek.


2.  Swimming ( Berenang )

Semasa berenang, seluruh badan akan mengalami peregangan dari badan sampai ujung kaki. Disamping itu, gerakan renang hampir melibatkan semua otot-otot tubuh.


3. Head to Knee  (Kepala ke Lutut )

 Kedudukan seperti ini  dipanggil Janu Shirshasana dalam istilah yoga . ianya  merupakan cara yang bagus untuk tulang punggung dan meregangkan otot paha belakang (hamstring) anda.

Pastikan tulang belakang anda tetap lurus  untuk mendapatkan kesan yang maksimum daripada latihan senaman ini.


4. Downward Facing Dog

Juga dikenali sebagai Adho Mukha Svanasana, ini merupakan salah satu gerakan dari senaman yoga dan ianya adalah satu cara yang bagus untuk menambah tinggi melalui peregangan dan meningkatkan fleksibiliti tubuh anda.


5.Standing Forward Bend

Gerakan yang mudah tetapi sebenarnya sangat efektif dan  ini juga merupakan satu daripada  cara yang bagus untuk berehat dan merangsang tulang belakang.


6. Stretching ( Regangan )

Gerakan meregangkan badan. Sehingga otot dan tulang-tulang punggung tertarik. Jika gerakan ini dilakukan secara rutin dan intensif maka dapat membantu merangsang penambahan ketinggian.


Semasa kita melakukan senaman , badan akan melepaskan satu jenis hormon yang dipanggil Hormon Pertumbuhan Manusia (Human Growth Hormone, HGH) ke dalam sistem tubuh kita. Hormon yang  kompleks inilah yang meransang  tulang, otot, dan sel tubuh untuk meningkatkan saiz. Semakin baik latihan yang dilakukan, akan lebih banyak HGH dirembeskan dalam sistem badan kita.

Jadi sesiapa yang rasa nak sangat tinggi boleh lah cuba senaman senaman ini. Mungkin cara ini tidak berkesan kepada semua sebab badan manusia sangat berbeza tapi tak salah kalau nak cuba.

1 ulasan:

  1. jika nak tambah ketinggian hanya pada umur 12-17 tahun shj kan? selepas waktu itu, ketinggian adalah tetap....nak tambah ketinggian tips diatas cukup sempurna...beli kalsium ostematrix amat2 membantu

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai