Cara Elakkan Password Digodam | Cara Elak Akaun di Hack

Cara Elak Dari Password di Hack / di Godam | Cara Pastikan Kata Laluan tidak Di godam



Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca Blog Redzuan-Ridz

Password atau Kata laluan biasanya digunakan untuk mengakses perkhidmatan dan maklumat dalam Internet . Kebiasaannya pasti terdapat banyak kata laluan yang anda perlu ingat , kata laluan email , kata laluan facebook , kata laluan laman sosial , dan kata laluan pelbagai perkhidmatan lain . Oleh itu, kebanyakan daripada kita pasti akan memilih kata laluan yang mudah diingati malah menulisnya di tempat yang boleh dilihat orang .

elak-hack


Berikut merupakan beberapa langkah untuk memastikan  kata laluan anda sentiasa selamat  dan tips  bagi membina kata laluan yang kuat:

- Jangan kongsi kata laluan anda dalam Internet, menerusi e-mel atau dalam telefon. Tiada sesiapa akan meminta untuk menghantar kata laluan anda kepada mereka. Berhati-hati jika ada yang bertanya .

- Menggunakan kata laluan yang mempunyai sekurang-kurangnya 8 aksara, yang termasuk kombinasi nombor dan simbol. ini akan menyukarkan sesuatu program atau software hacking dari berjaya memecahkan akses kata laluan anda.

- Elakkan dari menggunakan perkataan atau frasa biasa. Penggodam boleh menggunakan program atau software yang akan mencuba setiap perkataan tertera dalam kamus sebagai contoh seperti dibawah :

- nasiayam
- passw0rd
- abc123
- 123456
- abcdefg
- 00000000
- qwerty

-  Elakkan daripada menggunakan maklumat peribadi anda atau sebarang perkataan atau frasa yang berkaitan dengan anda . sebagai contoh jangan gunakan kata laluan facebook , twitter , instagram anda  sama seperti nama di akaun laman sosial anda . kebarangkalian untuk akaun anda dihack adalah tinggi .

- Anda perlu sentiasa menukar kata laluan dengan kerap. Tukar password anda 6 bulan sekurang-kurangnya .

-  Digallakan anda menggunakan kata laluan  yang berlainan pada setiap akaun  penting yang sering anda akses . sebagai contoh pastikan kata laluan perbankan anda tidak sama dengan akses kata laluan akaun email anda . ini bagi mengelakkan jika akaun email anda dihack , kebarangkalian untuk penggodam mencuba godam segala akaun milik anda yang lain yang tertera seperti didalam email tidak akan berjaya .

-  Satu cara mencipta kata laluan yang kuat ialah mendapatkan frasa yang anda senang ingat dan mengambil huruf pertama bagi setiap perkataan sebagai kata laluan anda, menukar huruf yang anda boleh ingat. Contohnya, “Pisang Goreng Cheese yang dijual di gombak sangat sedap ” akan menjadi “PGcYdG$S”.



Diharapkan segala urusan transaksi didalam talian seperti perbankan Internet, urusan emel, dan segala akaun dan  maklumat anda  akan terpelihara jua dengan mencuba beberapa tips dan langkah yang telah saya kongsikan diatas .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai