Kepentingan Doa Bagi Orang Islam


Kenapa Kita Perlu Berdoa ?


Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca setia blog redzuan-ridz . Semoga kita semua sentiasa dilimpahi rahmat-Nya .Semua penganut agama dimuka bumi ini akan berdoa namun, bagi kita yang merupakan seorang muslim doa merupakan satu kuasa spiritual yang menjadi pengikat kita dengan pencipta kita . setiap dari kita pasti pernah berdoa meminta pelbagai hajat dan sesuatu dari pencipta kita . Setelah setiap kali selesai solat pasti kita akan berdoa kepada Allah swt . Namun pernahkah anda tahu kepentingan berdoa itu sendiri . kebiasaan daripada kita hanya berdoa ketika ingin meminta sesuatu hajat atau permintaan .dan ketika kita didalam kesusahan . 



Dibawah ini saya kongsikan diantara kepentingan dan hikmah disebail kita berdoa kepada Allah swt :  

1. Yang pertama Doa merupakan  pelindung dan senjata kepada setiap orang mukmin agar dapat mengelakkan diri dari godaan dan hasutan syaitan dan juga dari kejahatan manusia.

2. Berdoa dapat meningkatkan lagi ketaqwaan dan kekuatan iman seseorang mukmin itu sendiri. Apabila kita berdoa ianya secara tidak langsung akan mendekatkan kita kepada pencipta kita sekalgus dapat meningkat rasa ketaqwaan kita.

3. Allah swt amat mengasihi dan menyukai akan hamba-hambaNya yang selalu berdoa dan meminta sesuatu kepada-Nya. Maka oleh itu jika anda berada dalam kesusahan mahupun ketika senang berdoalah kepada-Nya . jika mendapat kesenangan dari-Nya berdoa lah kerana Allah swt akan sentiasa menambahkan lagi rezeki pada hambanya yang bersyukur dengan rezekinya dan yang mereka yang tabah menghadapi ujian dari-Nya .

4. Berdoa dapat mententeramkan jiwa kita, berdoa dapat menjadi penawar dan penenang kepada hati yang sedang bersedih dan ditimpa musibah . Firman Allah, 'Ketahuilah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang'. (surah Ar-Ra'du ayat 28).Maka jika menghadapi sesuatu msalah atau musibah berdoalah padanya nescaya hati akan menjadi lebih kuat dan tenang dalam menghadapi ujiannya

5.Dengan berdoa ianya dapat menjadi ubat penyembuh bagi segala jenis penyakit yang ada pada diri manusia sama ada penyakit zahir mahupun penyakit batiniah seperti hasad dengki , irihati ,bangga diri ,riak dan seumpamanya.

6. Doa merupakan tali penghubung di antara anak dengan kedua ibu bapa yang telah meninggal dunia maka doa dari anak-anaknya yang soleh amatlah dinantikan untuk mendoakan kesejahteraan mereka di dalam kubur. Bersabda Rasulullah, 'Apabila anak Adam meninggal dunia, maka putuslah semua amalannya melainkan 3 perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu yang manfaat dan anak yang soleh yang (setiasa) mendoakannya'. (H.R.Bukhari dan Muslim)

7. Dengan berdoa , Allah swt akan membukakan pintu rahmat-Nya kepada manusia. Apabila kita sentiasa dibawah rahmat-Nya hidup kita akan tenang dan berjaya dalam segala kita lakukan . Sabda Rasulullah SAW , 'Doa itu adalah anak kunci kepada pintu rahmat'. (H.R.Ad-Dailami) .

8.Akhir sekali Doa adalah penghubung dan pengikat tali persaudaraan dan kasih sayang di antara sesama mukmin.Jika berlaku persengketaan atau pergeseran berdoalah untuk kedamaian kerana Allah swt akan memakbulkan . Sabda Rasulullah, 'Doa seseorang mukmin terhadap saudaranya (mukmin) secara diam-diam, pasti diperkenankan oleh Allah. (H.R.Muslim)


Kesimpulannya , walau apapun kejayaan yang kita kecapi atau kita berada dalam musibah ingatlah bahawa segalanya datang dari Allah SWT . maka berdoalah kerana dengan beroda ianya akan mendekatkan lagi kita dengan pencipta kita . sehebat hebat senjata di muka bumi ini . tiada satu senjata yang mampu melawan Doa . Maka berdoalah dalam apa jua keadaan kerana pertolongan dan janji Allah swt itu pasati :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai