Kelebihan dan khasiat Surah Al-Baqarah Ayat 286.

( Doa Agar Diringankan Beban Dan Diberi Kemenangan ).



Maksud:

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.


Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami.


Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.  ( Surah al Baqarah : 286. )



Kelebihan lain surah Al-Baqarah ayat 286 berdasarkan hadis Nabi :


عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَنْ قَرَأَ بِالْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ
" .

Bermaksud:

Dari Ibn Masuud : Rasulullah saw bersabda: " Sesiapa yang membaca dua ayat terakhir dari Surah al Baqarah di satu malam, kedua-duanya telah mencukupi. ( Hadis Riwayat al Bukhari ).


عَنْ أَبِي ذَرٍّ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " أُعْطِيتُ خَوَاتِيمَ سُورَةِ الْبَقَرَةِ مِنْ كَنْزٍ تَحْتَ الْعَرْشِ ، لَمْ يُعْطَهُنَّ نَبِيٌّ قَبْلِي " .

Bermaksud:

Dari Abi Zarr katanya, Rasulullah saw bersabda: " Aku telah dikurniakan penutup surah al Baqarah dari satu khazanah di bawah arasy, belum pernah mana-mana nabi dikurniakan sebelumku. " (Hadis Riwayat Ahmad)



عَنْ عَبْدِ اللَّهِ ، قَالَ : لَمَّا أُسْرِيَ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْتُهِيَ بِهِ إِلَى سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى ، وَهِيَ فِي السَّمَاءِ السَّادِسَةِ إِلَيْهَا يَنْتَهِي مَا يُعْرَجُ بِهِ مِنَ الْأَرْضِ فَيُقْبَضُ مِنْهَا ، وَإِلَيْهَا يَنْتَهِي مَا يُهْبَطُ بِهِ مِنْ فَوْقِهَا فَيُقْبَضُ مِنْهَا ،
قَالَ إِذْ يَغْشَى السِّدْرَةَ مَا يَغْشَى النَّجْمِ : 16 ] ،
قَالَ : فِرَاشٌ مِنْ ذَهَبٍ . قَالَ : وَأُعْطِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثًا : أُعْطِيَ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسَ ، وَأُعْطِيَ خَوَاتِيمَ سُورَةِ الْبَقَرَةِ ، وَغُفِرَ لِمَنْ لَمْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ مِنْ أُمَّتِهِ شَيْئًا الْمُقْحَمَاتُ .

Bermaksud:

Dari Abdillah katanya: Apabila diisra'kan ( diperjalankan di malam isra' dan mi'raj ) Rasulullah saw dibawa sehingga sampai ke sidratil muntaha di langit ke enam yang mana berakhirnya sesuatu yang naik dari bumi dan ditahan di situ.

Di situ juga berakhirnya sesuatu yang turun dari atasnya maka ia tertahan di situ. Sebgaimana firman Allah swt " Ketika menyelubungi sidratul muntaha itu apa yang menyelubunginya . " Dia berkata : Ia adalah tilam dari emas. Baginda saw dikurniakan tiga perkara; Sembahyang lima waktu, penutup surah al Baqarah dan diampunkan kepada mereka yang tidak melakukan syirik kepada Allah swt sesuatu dosa-dosa besar.
( Hadis Riwayat  Muslim)

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : بَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعِنْدَهُ جِبْرِيلُ ; إِذْ سَمِعَ نَقِيضًا فَوْقَهُ ، فَرَفَعَ جِبْرِيلُ بَصَرَهُ إِلَى السَّمَاءِ ، فَقَالَ : هَذَا بَابٌ قَدْ فُتِحَ مِنَ السَّمَاءِ مَا فُتِحَ قَطُّ . قَالَ : فَنَزَلَ مِنْهُ مَلَكٌ ، فَأَتَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : أَبْشِرْ بِنُورَيْنِ قَدْ أُوتِيتُهُمَا ، لَمْ يُؤْتِهُمَا نَبِيٌّ قَبْلَكَ : فَاتِحَةُ الْكِتَابِ ، وَخَوَاتِيمُ سُورَةِ الْبَقَرَةِ ، لَنْ تَقْرَأَ حَرْفًا مِنْهُمَا إِلَّا أُوتِيتُهُ ، رَوَاهُ مُسْلِمٌ وَالنَّسَائِيُّ ، وَهَذَا لَفْظُهُ .

Bermaksud:

Dari Ibn Abbas ra katanya:

Sedang Rasulullah saw bersama Jibril as, tiba-tiba dia mendengar satu suara kuat dari atasnya. Jibril mengangkat pandangannya ke langit. Dia berkata: Inilah pintu yang dibuka pada hari ini. Ia belum pernah dibuka sebelum ini. Turunnya dari satu malaikat.

Dia datang bertemu Nabi saw dan berkata: " Bergembiralah dengan dua cahaya yang aku dikurniakannya. Belum pernah diberi kepada seseorang Nabi sebelummu. Surah al Fatihah dan penutup surah al Baqarah. Engkau tidak membaca satu huruf darinya melainkan engkau akan dikurniakannya.
(Hadis Riwayat Muslim dan an Nasaie)

4 ulasan:

  1. satu perkongsian menarik..
    terima kasih di atas peringatan....

    BalasPadam
  2. Semoga kita tergolong di dalam golongan yang dirahmati dan sentiasa diberi taufik dan hidayah. Ameen

    BalasPadam
  3. Alhamfulillah kerana diberi ilmu yang bermanfaat.

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai