Kenapa Doa Tidak Dimakbulkan Allah SWT ?


Allah SWT berfiman: “Berdoalah kepadaku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” ( Surah al Mukmin, 40: 60 )

Ibrahim Adham, seorang ahli sufi yang sangat masyhur pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah, mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah pada hal kami selalu berdoa. Ibrahim Adham menjawab: ” Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan 10 perkara, iaitu:

1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan haknya.

2. Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.

3. Kamu membaca al Quran tetapi kamu tidak beramalnya dengannya.

4. Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak beryukur kepada Nya.

5. Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentengnya.

6. Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.

7. Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.

8. Kamu mengaku mati itu benar tetapi kalu tidak bersedia untuknya.

9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.

10. Kamu kebumikan mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

Daripada 10 sebab yang membutakan hati itu tersimpul satu sifat bahawa kebanyakan kita tidak menjunjung tugas sebagai hambanya yang sebenar bagi Allah. Sebab itu wajar sekali kita tidak mendapat keistimewaan yang melimpah ruah, setiap panggilan tak mungkin disahut dan setiap permintaan tak mungkin dikabulkan Allah.

Bey Ariffin dalam bukunya Samudra Al Fatihah antara lain mengatakan:

Doa seseorang itu tidak akan dimakbulkan Allah walaupun ia merendah diri serendah-rendahnya (khusyu’ dan tawadhu”) sewaktu berdoa, serta memuliakan Allah dengan semulia-mulianya, tetapi apabila sebelum berdoa atau sesudahnya dia mengerjakan pekerjaan yang sangat dilarang dan dimurkai Allah.

ILMU ITU LEBIH MULIA DARI AMAL TETAPI MULIANYA ILMU ITU KERANA AMAL – IMAM AL GHAZALI

2 ulasan:

  1. bila fikir balik, risau jugak akan doa kita selama ini kan

    BalasPadam
  2. sekarang ramai owg yang berdoa waktu mendapat musibah buruk.. kalau x pasti mereka melupakan NYA.. xketingalan jugak seperti aq..
    yaallah..besarnya dosaku padamu :(
    mod: sedih

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai