Gambar Tuk Guru Nik Aziz Masa Muda




Assalamualaikum buat semua pembaca blog redzuan-ridz , moga kita sentiasa dilimpahi rahmat dari-Nya . kali ini saya hanya ingin kongsikan gambar Tuan Guru Nik Aziz masa muda.  ketepikan fahaman politik , dan entri ini tiada kaitan mengenai fahaman saya  bias (menyebelahi fahaman mana  )  . 

Tetapi satu perkara ingin saya higlightkan dalam entri ini , wajah mereka yang beriman kepada Allah swt ni, kalau kita pandang , hati kita pun akan terasa tenang dan bahagia. rasa sejuk mata memandang Sebab Nur dan Cahaya keimanan Allah dah dikurniakan kepada mereka atas ketaatan mereka dengan melaksanakan perintah Allah dan melakukan segala yang disukai Allah . Tak kira hensem atau tidak, sering menerima tohmahan puak-puak yang buta hati dan buta islam . tapi sedikit pun Allah tidak kurangkan cahaya di wajah orang beriman ini .di wajah orang beriman ini seperti ada sesuatu yang membuatkan kita sentiasa ingin menatap wajah mereka sepanjang masa .  


Dibawah ini gambar Tuan Guru Nik Aziz  semasa muda remaja. nampak kewarakan dan cahaya yang terpancar di muka Tuk Guru Nik Aziz


image 


Boleh lawati Blog TokGuru. Klik pada banner dibawah . 



p/s : walau apapun fahaman politik saya ( tidak perlu saya nyatakan ). saya sangat menyanjungi tuk guru kerana perjuangan tuk guru bukan kerana berkepentingan peribadi tetapi perjuangan untuk menegakkan islam yang pasti perjuangan menegakkan islam merupakan perjuangan yang akan menegakkan yang haq dan menolak segala kebatilan. mApa yang pasti menyeru amar makruf nahi mungkar .semoga tuk guru nik aziz panjang umur dan sihat wal afiat saya doakan dari hati saya yg tulus ini .

semoga perjuangan menegakkan islam akan berjaya insyallah .cepat atau lambat islam pasti akan gemilang dan mencapai zaman keemasaannya seperti dikecapi  pada zaman khulafa ar-rasyidin , zaman dinasti abbasiyah , zaman dinasti umayyah tahap ke-2 di cordova sepanyol , zaman dinasti uthmaniyyah ..

1 ulasan:

  1. sangat kagum dengan arwah tuk guru :'(
    kehilangan sgt dirasai walau x pernah jumpa..
    walau berbeza fahaman politik,bukan juga dr negeri kelahiran yg sama..
    rasa hormat pd arwah tok guru kerana dia seorang ulamak yang sngt dikagumi
    the best leader,,,semoga org yang sefahamn politik dgn arwah faham perjuangan arwah yg sebenar dlm politik... kamu ada ketua yang sgt2 hebat..copy peribadi arwah..
    insya'allah..
    perjuangan masih belum selesai

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai