Beza Air Mani, Air Mazi dan Wadi



Air mani ialah cecair yang keluar ketika mencapai kemuncak syahwat ketika berjimak atau bermimpi hingga mengeluarkan mani. Hukum air mani adalah suci. Walau bagaimanapun apabila keluar air mani, maka seseorang itu wajib mengangkat hadas besar iaitu mandi wajib.

Air mazi ialah air yang keluar ketika ghairah. Jika diyakini air yang keluar itu adalah air mazi, maka seseorang itu tidak wajib mandi hadas, memadai dia membasuh sahaja kemaluannya dan tempat yang terkena air mazi tersebut. Ini kerana air mazi adalah najis mutawassitah (pertengahan).

 Air wadi pula ialah air putih pekat yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita selepas membuang air kecil, atau mengangkat sesuatu barang yang berat atau kepenatan. Hukumnya adalah najis mutawassitah iaitu sama dengan air mazi dan tidak perlu mandi wajib memadai dengan membasuhnya sahaja.

Sekiranya air mazi dan wadi terkena pada pakaian ketika solat, solat tidak sah kerana kedua-duanya adalah najis mutawassitah. Air mani tidak najis, jika terkena pakaian ketika solat, solat tidak batal.




Sumber : albakriah.wordpress.com

4 ulasan:

  1. trima kasih .baru jelas sekarang ;)

    BalasPadam
  2. Roughly motivational place of duty you give rise to at this juncture. Seems to facilitate lots of relations enjoyed and benefited from it. Cheers and credit.

    BalasPadam
  3. Inilah masalah yg slalu menganggu saya.Baru jelas trm kasih

    BalasPadam
  4. assalamualaikum..klau kta transang apabila melihat atau brfantasi tntg prkara mnghairahkan tnpa ad sentuhan pada kemaluan, lalu mngeluarkan cecair dlm kuantiti sdikit..adakah itu mazi @ mani.

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai